Kali ni saya nak buat 1 itinerary semasa saya ke Kedah baru-baru ini. Tujuan ke Kedah sebenarnya nak menghantar sepupu untuk sambung belajar di sana, tapi disebabkan nenek saya ikut makcik saya menghantar sepupu saya, jadi saya, mak & adik saya pun menyibuk jugak (sebab nak spent time dengan nenek sebenarnya. Bapak tak dapat ikut sebab tak dapat cuti)
Makcik saya sekeluarga & nenek bertolak dari Airport Kuching, kemudian transit di KLIA2. Jadi saya, mak & adik cuma perlu jumpa mereka di KLIA2 dan menaiki kapal terbang yang sama untuk ke Alor Setar. Di Alor Setar pulak, makcik saya sudah sedia menunggu.
Tarikh Trip
4 Julai 2019 (Khamis) - 8 Julai 2019 (Isnin)
Transport
Kapal terbang Air Asia KL - Alor Setar: Depend pada harga semasa. Saya kena dalam +/-RM500 untuk 3 orang dewasa, pergi balik
Feri Kuala Kedah - Langkawi: RM23
Feri Langkawi - Kuala Kedah: RM23
Kereta Sewa Langkawi: Myvi - RM100, Toyota Innova - RM150 (saya tak buat apa-apa booking. Bila sampai saja di jeti, ada ramai orang offer kereta sewa. Tinggal pilih jer mana yang dipercayai hati)
Hotel Di Langkawi
Nama Hotel: De Baron resort
Bilik: Family room, 2 double bed, private bathroom, ada connecting door dengan bilik sebelah, peti sejuk, sea view, free breakfast, private parking
Harga: RM500 semalam untuk 2 bilik (booking di booking.com)

- Di hotel ini terdapat swimming pool siap dengan slide. Berbaloi bawa budak-budak. Dekat dengan jeti & depan hotel terletak Rams Home Decor Sdn Bhd so boleh shopping coklat & pinggan-mangkuk di situ
- Tak banyak ambil gambar di hotel, so bolehlah google saja ye kalau nak tengok lebih lanjut macam mana rupa hotel ini.
Antara tempat menarik di Langkawi yang sempat dilawati
1) Langkawi Cable Car
Harga: RM35 (Promosi hari itu untuk naik cable car + 3D Art + SkyDome + SkyRex)
- Naik cable car bergantung pada cuaca juga ye. Macam masa kami mula sampai, atas gunung sedang mendung & hujan barangkali, jadi penjualan tiket ditangguhkan & pengunjung tidak dibenarkan naik. Bila cuaca dah okay, baru jualan tiket dibuka semula.
- Tapi sayang kami cuma sempat naik cable car & masuk 3D Art sahaja
2) Makam Mahsuri
Harga: RM12
- Tak sempat nak explore banyak kat sini sebab cuaca hujan ketika tu
3) Underwater World
Harga: RM36
- Niat di hati nak pergi sini sebab nak ambil kesempatan jumpa penguin sebenarnya.. Hehe
Di Kedah
4) Menara Kedah
Harga: RM12
Tak banyak tempat yang dapat dijelajahi sebab terlalu ramai (14 orang termasuk 3 warga emas & seorang kanak-kanak), jadi kena fikirkan tahap kecergasan setiap orang juga.
Alhamdulillah, trip went well & boleh rapatkan family bonding, insya-Allah..

No comments:
Post a Comment