Thursday, 25 July 2019

Book Review; Untuk kita pendosa, harapan selalu ada


Tajuk Buku: Untuk Kita Pendosa
Penulis: Hilal Asyraf

Sebenarnya dah lama habis baca buku ni, tetapi baru sekarang nak update beberapa point-point menarik yang saya dapat dari buku ini

Image result for untuk kita pendosa

Antara point-point penting yang terdapat dalam buku ini:-

1) Para pendosa ini sentiasa mempunyai harapan. Harapan sentiasa terbuka selagi ajal & kiamat belum tiba.


2) Dosa adalah perbuatan yang dipalitkan kepada mereka yang melanggar batasan yang Allah tetapkan.


3) “Setiap nak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah yang bertaubat” (HR Ahmad, Tirmizi & Ibnu Majah).


4) Berdosa bukan penutup kepada pintu rahmat


5) Allah tidak memaksa kita mentaati-Nya ataupun tidak, hendak berjaya ataupun tidak. Tetapi Allah menceritakan keburukan tidak mentaati-Nya & keburukan apabila memilih kegagalan.


Image result for taubat dosa kartun

6) Allah adalah yang terampuh. Dia yang menciptakan kita. Dia yang menciptakan semuanya


7) Ketenangan, perasaan selamat, perasaan bahagia & perasaan aman ini wujud ketika menghadapi kesukaran & pada saat kritikal. Perasaan ini hanya diperoleh apabila merapatkan diri dengan Allah


8) Allah Maha Mengetahui, Maha Halus pemerhatian-Nya. Pengetahuan & pemerhatian Allah tidak terlepas walaupun dalam sekecil-kecil perkara & yang tersembunyi jauh dalam lubuk hati.


9) Istidraj merujuk kepada keadaan seorang yang dilimpahkan rezeki & kejayaan yang melimpah ruah dalam hidupnya secara berterusan walaupun dia bukan hamba Alaah yang taat


10) Orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung (HR Bukhari)

Image result for taubat dosa


11) Orang yang dilumuri dosa sukar memikirkan kebaikan


12) Khasiat mendekati Allah:-
i- Orang yang beriman percaya bahawa Allah menurunkan musibah sebagai ujian
ii- Orang yang beriman percaya bahawa segala bentuk musibah yang Allah turunkan masih dalam batas kemampuan manusia
iii- Orang yang beriman percaya bahawa Allah tidah memungkiri janji-Nya


13) Semua manusia berdosa. Tidak ada seorang pun manusia terlepas.


14) Sekiranya kita mahu melihat sejauh mana keimanan kita, kita dapat mengukurnya dari segi layanan kita kepada dosa:
i- Orang beriman -> segera kembali kepada Allah S.W.T
ii- Orang tidak beriman (lemah iman, mempunyai penyakit hati) -> terus-terusan berasa seronok bergelumang dengan dosa


15) Resepi utama menghidupkan hati adalah menjaga perkara-perkara dosa:
i- Mendirikan solat fardhu
ii- Membaca al-Quran


Related image


16) Allah tidak pernah menzalimi para hamba-Nya. Tetapi para hamba-Nya sahaja yang menzalimi diri mereka sendiri


17) Satu petanda bahawa iman kita tidak beroperasi adalah kita tidak mampu melakukan amal kebaikan


18) “Iman itu bukan sekadar bicara, bukan juga sekadar cita-cita, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat dalam hati & dibuktikan dengan amal” - Tabi’in


19) Taubat Allah hanya tertutup pada 2 perkara:
i- Mati
ii- Matahari terbit dari Barat


20) 3 cabaran besar dalam kehidupan manusia:-
i- Mempunyai kalbu yang sifatnya berbolak-balik
ii- Mempunyai iman yang sifatnya turun & naik
iii- Mempunyai syaitan yang bersumpah bagi menyesatkannya setiap detik


Imej mungkin mengandungi: teks

 Ini sahaja beberapa point yang boleh saya kongsikan. Sebenarnya banyak lagi input menarik untuk bacaan, jadi, saya syorkan pembaca membeli sendiri dan hayatilah pembacaan buku ini.

Insya-Allah, kita akan lebih memahami akan taubat & akan segera melakukan taubat selepas ini. ^_^

Nota kaki: Gambar-gambar di entry ini adalah hasil carian di laman sesawang google

No comments:

Post a Comment