*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 5 Disember 2013*
Bila
putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan,
Kita biasa
dengar ungkapan ini;
"Dah takde jodoh..."
Tapi
saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya,
ianya
adalah pengajaran dari Allah.
Orang bercinta atau orang
yang tengah sayang-menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka
rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,
"Dialah
segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia
seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku
milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku
milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah
satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing
seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam
lagilah.
Bila
sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat
kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT
DILEBIHKAN.
Dengan kata lain, melebihkan cinta seseorang
melebihi cinta kepada Tuhan.
Pada Tuhan tak pernah-pernah
diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia
yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya, beri
hatinya.
Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka
terputuslah di tengah jalan.
Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, gaduh, ibu bapa tidak memberi restu, keluarga, harta, sikap, tak sefahaman, atau kerana sebab-sebab kecil seperti berebut murtabak, bluetick, tak reply mesej 2-3 jam, tak call sehari dan macam-macam sebab lagi. Itu cumalah asbab.
Sedang yang
mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau
celaru, semua di tangan Allah.
After hubungan tak
kesampaian, sekarang siapa yang di tuju?
Allah juga jadi
tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu
terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu,
nukilanmu,
"Cukuplah Allah bagiku."
Selama
ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
Lalu
Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,
"Kun Fayakun."
Putuslah.
Berakhirlah.
"Kembali
sujud pada-KU!"
Sekarang setelah dah tiada
jodoh,
Siapa yang awk lebih perlukan?
Barulah
tersedar,
"Saya perlukan Allah.
Saya sayang
Allah."
Akhir kata, jangan cabar Allah
Ta'ala..
Dengan sengaja atau tidak sengaja
Setiap
apa yang kita baca, setiap teguran & nasihat orang lain kepada
kita, kadang-kadang secara tidak langsung ianya merupakan teguran
dari Allah untuk kita yang disampaikan oleh-Nya melalui hamba-Nya
yang lain.. Keep smiling.. ^_^
Ajarkan
aku untuk redha dengan segala ketentuan-Nya.. :)
Nota kaki: Semua nukilan adalah dari copy & paste blog lama dan saya sendiri sudah lupa di mana sumber asalnya.
Nota kaki 2: Gambar-gambar di entry ini adalah hasil carian di laman sesawang google
Nota kaki: Semua nukilan adalah dari copy & paste blog lama dan saya sendiri sudah lupa di mana sumber asalnya.
Nota kaki 2: Gambar-gambar di entry ini adalah hasil carian di laman sesawang google
No comments:
Post a Comment