*Dipetik
(a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama
saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 14 Jun 2012*
Tarikh: 28/4/2012
Tarikh: 28/4/2012
Tajuk Forum: Kau & Aku OSEM
Ahli panel :-
1) Imam Muda (IM) Nazrul
2) Puan Norlaila Amiza binti Zakaria (anak didik Dr Fadzilah Kamsah -kalau tak silap)
Bismillahirrahmanirahim..
Boleh tak terangkan, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Kau dan Aku OSEM" ni? (IM Nazrul)
~ OSEM
O --> Ordinary
S --> Student
E --> Extraordinary
M --> Muslim
M --> Muslim
~ Proses tarbiyah yang
dibawa oleh Rasulullah s.a.w sebenarnya untuk jadikan seseorang itu extraordinary
muslim.
~ 3 syarat jadi
extraordinary muslim :
i) Amar makruf
ii) Nahi mungkar
iii) Belajar / menekuni
ilmu
~ Kena berani menegur
kawan yang buat mungkar.
~ Imam Hassan al-Banna
--> ada 10 ciri untuk lahirkan extraordinary muslim.
Boleh baca di link ini 10 pesanan Imam Hassan al- Banna,
[https://missnahzatulnazwa.blogspot.com/2018/07/10-nasihat-hassan-al-banna.html]
[https://missnahzatulnazwa.blogspot.com/2018/07/10-nasihat-hassan-al-banna.html]
~ Pelajar yang ada akidah
--> tidak akan berlaku mereka yang berjaya lahirkan anak luar nikah.
~ Nak jadi superb punya
muslim --> kena ada sifat ihsan.
~ "Kamu buat apa
benda sekalipun, anggap seolah-olah ada Allah di sebelah"
Bagaimana cara untuk mencapai OSEM itu sendiri? (Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria)
~ Cara nak menyampaikan
kasih sayang --> sebarkan salam.
~ Laga-laga pipi --> salah
1 saham dapat pahala.
~ Untuk lelaki -->
makhruh jumpa peluk hari-hari tiap kali jumpa.
~ Untuk perempuan -->
sunat jumpa peluk hari-hari tiap kali jumpa.
~ Ulama-ulama besar sangat
menjaga salam.
~Bersalaman lepas habis
solat berjemaah.
~ Buat sunnah-sunnah Nabi
Muhammad s.a.w dulu.
~ Ilmu tidak akan masuk dalam hati
yang gelap.
~ Tidur --> baca doa
sebelum tidur & lepas bangun tidur, jangan raup wajah bila baru bangun.
~ Baca doa bila tengok
cermin
~ Sebelum tidur, ambil
wuduk.
~ Yang payah itulah yang
Allah nilai untuk jadi saham-saham masuk ke Syurga.
~ Masuk tandas -->
masuk kaki kiri, keluar kaki kanan.
~ Jangan tinggalkan
amalan-amalan kecil itu, mana tahu amalan-amalan kecil itu yang menyebabkan kita masuk Syurga
& sebaliknya.
~ Masuk tandas pun ada
doa.
~ Amalkan sunnah-sunnah kecil
dulu.
~ Senyum -->
sekurang-kurangnya nampak 2 batang gigi --> untuk menampakkan keikhlasan.
~ Pandang wajah orang
yang berbual dengan kita (sama jantina)
~ Tundukkan wajah
(berlaianan jantina)
~ Ada banyak cara kreatif
untuk menjadi OSEM
~ Berbual seperti mana kita
mengangkat akidah kita.
~ Syarat pertama dalam Islam bila menerima pujian --> istighfar
~ Apa-apa je yang berlaku,
sebut nama Allah.
Apa significant "Kau & Aku" ni? (IM Nazrul)
~ Bila ada perkataan
"Kau & Aku" ni boleh jadi ada 2 orang manusia, sesama jantina atau
berlainan jantina.
~ Bukan kita seorang, tapi
kalau boleh, kita nak ajak semua sekali jadi OSEM.
~ Orang yang sayang diri
sendiri, dia akan buat yang terbaik untuk diri dia.
~ Kalau nak check
iman kita, lihat bila kita duduk seorang diri.
~ Kemanisan iman -->
rasa sayang pada Allah, lebih dari sayang pada diri sendiri & segala-galanya.
~ Kamu sayang seseorang,
kamu tidak sayang dia melainkan kerana Allah.
~ 2 orang yang bertemu
& berpisah kerana Allah, insya-Allah akan dapat naungan Arasy.
~ Benci dlm hati itu
selemah-lemah iman.
~ Punca maksiat :-
i) Bermula dengan
mata
ii) Diikuti dengan
senyum
iii) Bercakap &
berkata-kata
iv) Adanya temujanji
v) Adanya pertemuan
Vi) Berlakulah maksiat
~ Cinta lepas kahwin itu
nikmat.
~ Masa kita, bukan hanya
di dunia saja kita hidup, tapi kita juga akan hidup di akhirat.
~ "Seseorang yang
sayang seseorang di dunia ini, dia akan duduk bersama dengan orang yang disayanginya di Syurga
Allah"
~ Di alam dunia ini kita
diuji oleh Allah.
~ Tugas & peranan
kita kena jaga.
~ Kita semua ini ialah
penjuru-penjuru bagi agama Islam.
~ Semua kena main peranan
untuk jadi OSEM.
Ibrah-ibrah dari Zaman Rasulullah atau sahabat-sahabat untuk menjadi OSEM. (Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria)
~ Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w semua OSEM.
~ Umat Rasulullah semua
OSEM.
~ Penuhkan jiwa dengan iman,
kalaulah datang dugaan, boleh berjihad dengan nafsu.
~ Jangan kutuk / hina orang
lebih-lebih. Sebab, mana tahu sebelum kita meninggal, Allah akan terbalikkan kita,
kemungkinan besar kita akan buat perkara yang kita tak suka tu.
~ Cegah diri kita dan
kawan-kawan dari maksiat.
~ Belajar dari orang yang
konon-konon nampak tiada ilmu, tapi sebenarnya banyak benda lain yang dia tahu.
~ Jangan rasa diri kita
baik. Kena baiki diri.
~ Wajib tunjuk diri kita
baik depan orang secara zahirnya.
~ Jangan tinggalkan solat
wajib.
~ Jadi orang yang benar-benar hidupkan agama.
~ Kenapa lelaki &
prmpn yang baik boleh berzina? --> kerana mereka berlamaan dalam tempoh yang panjang.
~ Jika seseorang dah biasa
berpegang tangan dengan yang tak halal, tak mustahil jika lepas kahwin nanti, dia berpegang tangan
dengan yang tak halal juga.
~ Puasa Isnin & Khamis
~ Doa --> minta agar
dijauhkan nikmat maksiat & diletakkan nikmat beribadah dalam hati.
~ Bergurau --> Tak salah, tapi jangan menipu dalam gurauan.
~ Tak boleh bergurau yang
menyebabkan orang lain risau, gelisah.
Kesimpulan.
IM Nazrul
~ Renung firman Allah
dalam surah al-Baqarah ayat 143, "Aku jadikan kamu umat yang seimbang"
~ Hebat tak hebat kita,
kita akan jadi saksi kepada umat sekalian manusia.
~ Jadilah apa sekalipun,
engineer, doktor, saintis, guru, apa-apa saja, tapi letakkan Allah dalam jiwa.
Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria.
~ Cegah kemungkaran, kena bawa banyak kebaikan sebagai seorang muslim.
~ Kemungkaran tu ibarat
bilik yang gelap, jadi kita kena pasang lampu untuk terangkan
~ Tunjuk akhlak yang baik,
lemah lembut.
~ 1 tanggungjawab kita
--> doa spesifik untuk orang yang kita nak cegah kemungkarannya.
~ Dilanda musibah, baca
innalillahiwainnailaihirajiun.. --> doa, "Ya Allah, berikanlah pahala
atas musibah ini & gantikanlah dengan lebih baik"
~ Beli manzil -->
semoga akan dapat lindungi diri.
~ Ambil saham, jadi saksi
berkumpul di tempat-tempat yang baik.
Sesi soal jawab.
1) Medium terbaik bagi seorang OSEM untuk mendptkan
hiburan.
Puan Norlaila Amiza bt Zakaria
~ Kalau nak berhibur, tiada
keperluan berhibur dengan drama-drama di tv yang tiada manfaat dengan agama.
~ Lebih baik banyakkan
mengkaji siapa ulama-ulama besar kita.
~ Hiburan itu tidak akan
menajamkan minda.
IM Nazrul
~ Berenang, memanah,
berkuda --> apa yang diajarkan semasa zaman Rasulullah.
~ Boleh berhibur,tapi
kena ada batasan.
~ Berhibur dengan Al-Quran
>saranan Rasulullah<
~ Masalah kita, kita
anggap lakonan kat tv itu ialah hiburan.
~ Kita tak anggap majlis
seperti taman-taman Syurga ini sebagai 1 hiburan.
2) Betulkah perempuan yang berambut panjang itu, rambut itu akan melindunginya dari api neraka? (Puan Norlaila Amiza bt Zakaria)
~ Hadis itu bukan hadis
sahih
~ Kena check, adakah itu
hadis palsu atau hadis yang dhaif (lemah)
~ Tapi, perempuan memang
disunatkan untuk simpan rambut panjang.
Jaga diri, jaga iman, semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan-Nya..
No comments:
Post a Comment