Assalamualaikum..
Baru-baru ni saya ada menonton 1 rancangan Korea bertajuk Hello Counselor, episod 193. Ini pertama kali saya menonton rancangan ini. Itupun sebab Seo Hyun jadi tetamu jemputan bersama 2 orang lagi ahli Girl's Generation (Saya memang minat Seo Hyun Girl's Generation.. hehe)
Sedikit info mengenai rancangan ni, Hello Counselor ini merupakan sebuah rancangan bertemakan "talk show" di Korea. Dibarisi beberapa orang host dan tetamu jemputan bagi membincangkan masalah-masalah yang dihadapi rakyat Korea (yang menghantar penyertaan) dan seterusnya cuba mencari solusi atau memberikan nasihat.
Dalam erti kata lain, kalau kita ada problem dengan seseorang, hantar penyertaan kita, cerita problem kita pada pihak Hello Counselor, nanti sama-sama bincangkan kenapa problem itu mengganggu diri kita dan host serta tetamu jemputan akan memberi pandangan atau menasihati kita dan seseorang itu DI HADAPAN RAMAI ORANG.
Dalam 3 masalah yang diketengahkan dalam episod 193:
1) Kisah seorang abang yang tak suka perangai adik-adiknya yang gemar menari; tak kira masa, depan siapa, kat mana
2) Kisah seorang suami yang rimas kerana isteri dia gemar memengang punggung dia; tak kira bila & dimana saja
3) Kisah seorang perempuan yang rimas kerana kekasihnya lebih menumpukan hal kerja dan meminta dia melakukan sedikit kerjanya berbanding menghabiskan masa bersama-sama dengan gembira
Dalam ketiga-tiga tu, yang paling menarik perhatian saya ialah kisah yang kedua, dimana suami rimas isteri suka menyentuh penggungnya, lalu dia mengambil keputusan untuk ketengahkan perkara itu ke Hello Caunselor.
Kisahnya, lelaki itu menceritakan mengapa dia rimas apabila isterinya menyentuh punggungnya. Perkahwinan mereka baru berusia SATU BULAN. Antara perkara yang di highlight kan:
1) Isteri menyentuh tak kira masa
2) Isteri menyentuh punggungnya di hadapan kawan-kawan (tidak kira kawan isteri atau suami)
3) Isteri melakukannya di tempat public
4) Isterinya tidak berasa malu menyentuh punggungnya di hadapan siapa pun
5) Suami merasakan maruahnya rasa tercalar
Di sini, sepanjang menonton bahagian ini, ketika suami & isteri bersoal-jawab dengan host & tetamu jemputan, saya dapat rasaakan, tentu si isteri agak malu bila perkara ini di ketengahkan secara umum di sebuah rancangan televisyen yang ramai orang pasti menontonnya. Dari wajahnya pun kelihatan unhappy.
Di sini, nampaklah hikmah mengapa Islam melarang isteri menceritakan aib suaminya dan mengarah suami menjaga aib isterinya juga. Perkara sebegini perlulah diselesaikan bersama secara matang agar air muka masing-masing terjaga dan tidak berasa dimalukan depan khalayak ramai.
Jika ada perselisihan dengan pasangan, atau ada perkara yang pasangan kita lakukan yang tidak kita sukai, seharusnya di selesaikan secara baik, slow talk, berbincang heart-to-heart secara private, jangan diceritakan kepada umum (kecuali masalah itu berat dan sudah buntu untuk menemukan jalan penyelesaian, itupun diceritakan kepada mereka yang dipercayai sahaja, atau meminta kaunseling). Jadi, tidak adalah perasaan malu atau terasa jatuh air muka bila orang ramai mendengar kekurangan kita.
Okay, sampai sini saja entry kali ini. Tak tahu nak cakap apa lagi. Apa-apa pun, ambillah iktibar & jagalah aib pasangan kita. Bukan aib suami/isteri kita sahaja yang perlu kita jaga, tapi sebaiknya aib keluarga, rakan-rakan dan orang di sekeliling kita pun, kita jaga.
Okay, Assalamualaikum (^_^)
P/s: Saya suka nasihat Seo Hyun di akhir segmen kisah kedua ini, katanya, "You should respect each other in close relationship. They help make the relationship last longer."

No comments:
Post a Comment