Friday, 10 May 2019

TRIP REVIEW; PAHANG 2019

Assalamualaikum..

Pada 27/4/2019 & 28/4/2019 lepas, saya telah pergi ke Kuantan, Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kawan mak. Kami pergi menaiki kereta saya dan trip ini disertai oleh 4 orang iaitu saya, Mira, mak & kawan Mak (Aunty Jess).

Perjalanan saya, mak & Mira dimulakan pada pukul 7.30 pagi dari Banting dan menuju ke Damansara dahulu untuk mengambil Aunty Jess. Selepas itu Aunty Jess membawa kami bersarapan di Village Park Restaurant Damansara. 


Sedap! Sangat kena dengan tekak saya.. Recommended!




Dari luar lagi memang nampak dah bertapa popularnya restauran ni. Ramai orang & even meja di luar kedai pun semua penuh. Kami kena berdiri sekejap untuk tunggu pekerja dapatkan meja kosong untuk kami, & of course, kebanyakkannya kena berkongsi meja dengan pelanggan lain kerana kepadatan pengunjung. Apa pun, nasi lemak ayam goreng di restaurant itu memang sedap! Sangat kena dengan tekak saya. Portion dia pun banyak.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Pahang. Tapi langit tidak selalunya cerah. Tengah drive, tiba-tiba sahaja kereta rasa bergegar teruk, tidak jauh dari stesen minyak berdekatan simpang nak ke UIAM & Tol Gombak. Mulanya ingat mungkin sebab jalan tak rata, tapi tengok keadaan jalan okay jer. Saya terfikir ada masalah enjin ke, apa ke masa tu. Cuak sangat! Alhamdulillah lah, entah macam mana saya dapat kekuatan untuk terus tenang & drive carefully sampai ke stesen minyak tu. 

Sampai jer di stesen minyak tu, keluar kereta, nampak tayar kereta belakang sebelah kanan dah pancit habis. Ya Allah, speechless terus. Nasib baik beberapa orang pekerja Shell & pakcik yang jual lemang periuk kera di situ sudi membantu kami tukar tayar. Memang satu pengalaman ni.


          

Terima kasih pada pakcik jual lemang periuk kera ni sebab membantu..




Lepas itu, kami teruskan perjalanan ke Kuantan. Sampai di hotel pilihan kami pukul dalam pukul 1.30 petang. Actually, ini kali ke-2 saya menginap di hotel ini.

Nama Hotel: V Hotel
Bilik: Twin bed, private bathroom, air conditioner, TV, sarapan disediakan
Harga untuk semalam: RM98.00









Sebelum masuk hotel, kami lunch di restoran sebelah The Season View Hotel (Di hadapan V Hotel). Kami pesan Spaghetti Carbonara & makanan dia pun sedap, boleh diterima oleh tekak. 




Sebelah malamnya pulak, saya dan Mira pergi makan malam di Kuantan City Mall. Memang dari Banting lagi kami terasa nak try makan Topokki di Myeong-dong Topokki Kuantan City Mall. Tapi bukan rezeki kami, topokki habis. Jadi kami belilah menu lain. 







Masa nak balik pulak, lagi 1 dugaan.. Kat Kuantan jemmed sangat agaknya sampai kereta nak keluar parking dari Kuantan City Mall langsung tak bergerak-gerak. Masa tu baru pukul 9 malam. Bila dapat tahu tu, saya dan Mira decide untuk stay sekejap di mall tu. Kononnya nak tunggu traffik reda sikit baru balik lah.

Masuk balik KCM, kebetulan kumpulan Ukays ada buat show di situ. So just tengok show tu saja lah. Dah nak dekat pukul 10, masa tu memang dah tak larat rasanya, kami ambik keputusan, balik jer lah. Walau masih jemmed pun, redahkan saja. Tak kan nak tunggu kan. Ambik masa sejam jugaklah kami nak keluar parking KCM tu. Boleh pulak karok dalam kereta tu sementara menghadap jemmed. Hilang sekejap lah stress nyanyi lagu high note.. Hihi.. Sampai hotel dah 11 lebih. 

Esoknya pukul 9 pagi dah checkout sebab nak pergi 2 tempat kenduri. Sebelum checkout, sarapan dulu.

Berangkat ke kenduri. Perjalanan pulak tidak se-smooth yang saya sangka. Orang nak memotong kat selekoh, lalu jalan sempit + jalan raya tak rata, berselisih dengan lori besar-besar dalam keadaan yang agak laju, & macam-macam lagi lah. Actually masih fobia dengan tayar kereta pancit semalam tu. Bila kat jalan tak rata, kereta pun bergerak tak smooth, bergegar-gegar, memang dah cuak jugak lah. Dari Kuantan nak ke tempat kenduri rumah pertama bukanlah 1 perjalanan yang menyenangkan bagi saya. Stress & badmood dah di ditu. Aduhai

Tapi Wawa badmood tak lama, lepas makan, okay dah balik.. hehe..


Muka happy lepas makan.. haha


Lepas tu sambung perjalanan ke kenduri kedua di Lanchang. Sampai pun dah petang, pukul 2 lebih, jadi tak ramai orang dah kat dewan tu. Mak pun seronok dapat jumpa & mini reunion dengan kawan sekolah dia yang dah 37 tahun tak jumpa. Jauh-jauh negeri Sarawak, kat Pahang jugak berjumpa.

Lepas tu balik. Singgah di R&R Genting Sempah untuk solat dulu then hantar aunty Jess ke Damansara. Sampai Banting dalam pukul 6. Tamatlah sudah perjalanan yang memenatkan fikizal & mental. 

1 comment: