Saturday, 25 May 2019

Lailatul Qadar


*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 29 Julai 2013* 

Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Alhamdulillah..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para Malaikat dan roh (Jibrail) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 1-5)


Pada entry kali ini, saya nak kongsi sedikit info yang saya tahu tentang 1 malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Malam ini disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Qadr (kemuliaan) & ia lebih baik dari seribu bulan. Itu lah dia Lailatul Qadar.


Image result for lailatul qadr


Bila Lailatul Qadar?
-> Tidak diketahui dengan tepat tarikhnya
-> Biasanya di malam-malam ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan.
-> Waktunya dikira apabila masuk waktu waktu Maghrib hingga terbit fajar.
-> 1 kaedah mengetahuinya, sesetengah ulama mengira dengan hari permulaan puasa.
   1) Ahad atau rabu => hari yang ke-29
   2) Jumat atau selasa => hari yang ke-27
   3) Khamis => hari yang ke-25
   4) Sabtu => hari yang ke-23
   5) Isnin => hari yang ke-21
-> Tapi kaedah ini bukanlah suatu yang muktamad
-> Mungkin juga berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tapi bagi negara yang puasa lewat atau awal 1 hari, ia malam yang ganjil.


Cuaca pada Lailatul Qadar
1) Sangat terang & tenteram, Malaikat turun berduyun-duyun, memberi salam & aminkan doa mereka yang sedang beribadah.
2) Diriwayatkan dalam 1 hadis Imam Bukhari, pernah berlaku malam Lailatul Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu, jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan Lailatul Qadar. Hujan kan rahmat dari Allah.. 
3) Pada siangnya suasana menjadi cerah, matahari bersinar namun tidak terasa panas


Tanda malam Lailatul Qadar
-> Ada yang berkata orang yang menemui Lailatul Qadar, ia melihat nur yang terang-benderang di segenap tempat hingga di segala ceruk yang gelap gelita.
-> Ada pula yang berkata dia mendengar ucapan salam dan kata-kata lain dari Malaikat
-> Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon kayu sujud
-> Ada pula yang berkata permohonannya makbul

Image result for lailatul qadr


Doa & amalan Lailatul Qadar
1) Doa “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku & kedua ibu bapaku”
2) Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa & zikir
3) Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur (sekurang-kurangnya baca surah al-Ikhlas 3 kali)
4) Bagi perempuan yag haid atau nifas, banyakkan berzikir sentiasa



Tanda orang yang menemui Lailatul Qadar
-> Malaikat masuk ke dalam rumah orang beriman dan member salam, kecuali rumah yang ada berhala, rumah yang menjadi batu api, orang berkekalan dengan dosa besar & derhaka kepada ibu bapa.
-> 3 tanda orang mendapat salam malaikat, bulu roma memerang, mengalir air mata jernih & hati berasa tenang sekali.
->Orang yang mendapat Lailatul Qadar ialah orang yang meningkatkan ketakwaannya, hubungan dengan Allah semakin meningkat & perangai berubah kepada lebih baik.


Image result for lailatul qadr kartun



Terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda Lailatul Qadar iaitu dapat saksikan kejadian ganjil-ganjil, tapi cerita itu tidak dapat disahihkan kebenarannya, ia tidak disebut dalam al-Quran & al-Hadis. Jadi ia bukan petanda utama Lailatul Qadar, cuma pengakuan rohani orang-orang tertentu saja.


Kejarlah malam Lailatul Qadar selagi masih punya kesempatan., sebab kita tidak tahu, adakah tahun hadapan kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan atau tidak


Yang penting, walaupun sudah tamat bulan Ramadhan nanti, diharap semua amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini pun tidak ‘tamat’ ye.. Teruskan dengan istiqamah kerana Allah..

Image result for lailatul qadr


Related image


Sayang kalian kerana Allah.. ^_^

Assalamualaikum..

P/s: gambar-gambar yang terdapat di entry ini semuanya hasil carian google


No comments:

Post a Comment