Saturday, 25 May 2019

Puasa

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 29 Julai 2013* 


Assalamualaikum.. Apa khabar? Bagaimana anda menjalani ibadah-ibadah wajib dan sunat di bulan Ramadhan ini? Moga istiqamah hendaknya..

Baiklah, kali ini, memandangkan kita semua berada di bulan Ramadhan ini, saya nak kongsikan dengan para pembaca mengenai puasa.. Ye lah, puasa merupakan ibadah wajib yang perlu kita laksanakan di bulan Ramadhan ini kan..


Related image


Apa yg saya nak kongsi? Banyak.. Ade hukum puasa, rukhsah puasa, hari-hari yang dilarang untuk berpuasa, kelebihan puasa & lain-lain lagi.. Semua perkongsian ni saya rujuk dari banyak sumber, terutama buku & internet.. Harapnya ia dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian.. ^_^

Pertama sekali, nak puasa, kita kena tahu lah kan pengertian puasa.. Baiklah, puasa bermaksud, menahan diri dengan niat ibadah kepada Allah SWT daripada makan, minum & dan hal-hal yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.. (dah macam budak sekolah menghafal buku teks daaa… haha)


Hukum-hukum puasa :-
1. Wajib
   i) Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan
  ii) Qada’ puasa (menggantikan puasa yang tertinggal di bulan Ramadhan)
 iii) Puasa nazar (niat melakukan puasa apabila suatu perkara yang dicita-citakan tercapai sebagai nazar)

2. Sunat
i) Puasa Arafah (9 Zulhijjah)
ii) Puasa Assyura (9&10 Muharam)
iii) Puasa pada 6 hari di bulan Syawal
iv) Puasa Nisfu Syaaban
v) Puasa 3 hari di setiap pertengahan bulan
vi) Puasa isnin & Khamis

3. Makhruh
i) Puasa yang dilakukan pada hari yang ragu-ragu. Contohnya ketika ketentuan masuknya waktu Ramadhan.
4. Haram
   i) Puasa pada 2 hari raya Aidilfitri
  ii) Puasa pada Hari Tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah)


Hari-hari yang dilarang untuk berpuasa :-
1) Dilarang berpuasa sunat bagi wanita jika suaminya berada di rumah, kecuali mendapat izin suami.
2) Pada 1 & 2 Syawal
3) Pada hari Tasyrik (3 hari berturut-turut setelah Hari Raya Aidiladha)
4) Larangan berpuasa yang mengkhususkan hari Jumaat
5) Larangan berpuasa yang mengkhususkan hari Sabtu
6) Berpuasa terus menerus tanpa henti sepanjang masa
7) Larangan berpuasa wishal (puasa 2,3 hari berturut-turut tanpa berbuka dan sahur)
8) Berpuasa pada hari yang meragukan atau yaumusy-syak (29 & 30 Syaaban)


Perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika berpuasa :-
1) Melewatkan sahur
2) Segerakan berbuka
3) Bersedekah
4) Membaca al-Quran
5) Iktikaf di Masjid
6) Banyakkan solat sunat
7) Solat terawih (hanya di bulan Ramadhan sahaja)


Image result for perkara sunat puasa



Perkara makhruh ketika puasa :-
1) Berkumur-kumur dengan keterlaluan
2) Merasa makanan dengan lidah tanpa hajat
3) Bercakap-cakap perkara buruk & keji
4) Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
5) Gosok gigi setelah gelincir matahari
6) Mencium & memeluk pasangan (suami isteri)
7) Menderma darah
8) Bersugi selepas waktu Zohor (selepas gelincir matahari)
9) Banyak tidur
10) Berbekam
11) Mengumpul banyak air liur dan menelannya.


Rukhsah puasa :-
1) Wanita hamil & menyusukan anak
2) Orang tua yang sudah lanjut usia dan tidak mampu lagi berpuasa
3) Musafir
4) Merasa makanan (untuk wanita yang memasak dan merasa sedikit makanan pada hujung lidah)
5) Mendapatkan suntikan
6) Mandi, gosok gigi & berkumur-kumur
7) Berciuman
8) Memakai celak mata
9) Makan dan minum kerana lupa


Perkara-perkara yang membatalkan puasa :-
1) Makan dan minum dengan sengaja
2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka
3) Memasukkan ubat atau sewaktunya kedalam dubur
4) Muntah dengan sengaja
5) Mengeluarkan air mani dengan sengaja
6) Makan dan minum kerana menyangka matahari telah terbenam, tetapi sangkaan itu salah. Puasa batal & tidak perlu denda.
7) Keluar haid
8) Keluar nifas
9) Gila atau murtad

Related image


Perkara yang wajib dilakukan kalau terbatal puasa :-
1) Qada -> Kewajipan umum untuk setiap orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja (kerana uzur)
2) Kafarah -> Berlaku disebabkan persetubuhan pada siang hari dalam bulan Ramadhan
3) Fidyah -> Tebusan puasa (perempuan yang hamil atau menyusukan anak dan orang-orang tua yang uzur)

3 peringkat puasa :-
1) Puasa orang umum ( menahan perut & kemaluan daripada syahwat, makan, minum, bersetubuh & lain-lain)
2) Puasa orang khusus (ditambah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan lain-lain anggota badan dari segala perbuatan dosa)
3) Puasa orang khusus Khusus (puasa hati -> menahan daripada perkara yang remeh, keduniaan, & pendeknya menahan daripada segala sesuatu selain Allah S.W.T)


Rahsia & syarat puasa batin :-
1) Menajamkan mata & menahan pandangan daripada segala sesuatu yang tercela dan dibenci atau kepada sesuatu yang menyebabkan kelalaian hati serta melupakan daripada berzikir atau ingat kepada Allah.
2) Menjaga lidah daripada perkara yang tidak bermanfaat, berdusta, mengumpat, mengadu domba, perkataan kotor, caci-maki, permusuhan dan riak.
3) Menahan pendengaran daripada mendengar segala perkara yang dibenci dan segala perkara yang haram diucapkan, maka haram juga didengar.
4) Menahan anggota badan lain daripada segala perbuatan dosa
5) Tidak terlampau banyak makan pada waktu sesudah berbuka
6) Hati dipenuhi rasa ketakutan kepada Allah SWT & harapan penuh agar diterima amalan yang dilakukan seharian.


2 kelebihan puasa :-
1) Ibadat puasa merupakan suatu pengekangan & pembersihan diri
2) Ibadat puasa merupakan tentangan kepada musuh Allah (syaitan)

Related image



Alhamdulillah, ini sahaja yang mampu saya kongsikan dari info-info yang saya kumpul dari banyak sumber.. Nampak banyak, tapi pasti masih ada yang kurangnya lagi, Wallahualam

Selamat meneruskan ibadah berpuasa ya kawan-kawan! ^_^

Assalamualaikum..

P/s: gambar-gambar yang terdapat di entry ini semuanya hasil carian google



No comments:

Post a Comment