Tuesday, 24 July 2018

Permasalahan Wanita, Apa yang anda ingin tahu

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 28 April 2012*


Assalamualaikum..

Baru-baru nie (26/4/2012), saya ada pergi menghadiri sebuah forum yang bertajuk, "Permasalahan Wanita ; Apa anda ingin tahu?" di Kolej Pendeta Za'aba (KPZ) UPM, tak jauh pun dari kolej kediaman saya, jalan kaki jer..

Ahli panel utk forum malam itu ialah.., jeng.. jeng.. jeng.. Sekali lagi, seorang ustazah yang amat saya kagumi kesolehahannya, sangat lembut, & saya suka baca novel-novel beliau, iaitu, Ustazah Fatimah Syarha binti Mohd Noordin. 

Seorang lagi ahli panel yang dijemput ialah ustazah Nik Farhan dari Pusat Islam UPM sendiri, & kini beliau aktif dgn program tanyalah ustazah di tv9 (tidak pasti sekarang masih lagi atau tidak sebab dah lama tak menonton TV), & saya sendiri pernah menghadiri kuliah fiqh wanita bersama dia semester lepas. Kata-kata beliau juga kadang-kadang sangat terkesan di hati saya.. ^^



Image result for ustazah fatimah syarha
Ustazah Fatimah Syarha mohd Noordin

                                 

Ini adalah beberapa info yang saya sempat salin dari forum tersebut, yang dapat saya kongsikan dengan kawan-kawan sekalian..

Bismillahirrahmanirrahim...


Bagaimana nak menghargai penghormatan yang Islam berikan kepada wanita? (Ustazah Nik Farhan)
~ Dulu ketika zaman jahiliah, sebelum turunnya al-Quran, wanita ditindas & dikongkong. (wanita tidak boleh menghadiri majlis ilmu, anak-anak perempuan yang lahir ditanam hidup-hidup & sebagainya)

~ Tapi, setelah al-Quran diturunkan & setelah Rasulullah s.a.w diutuskan menjadi seorang Rasul, barulah maruah wanita diangkat menjadi setaraf dengan lelaki.

~ Islam amat menghargai & menghormati wanita.

~ Kita kena kenal agama kita.

~ Kita kena terus belajar mendalami agama Islam

~ Orang Islam yang lahir dalam Islam, ada yang sampai stop belajar pasal Islam.

~ Kadang-kadang bila kita automatik dah tahu sesuatu perkara tersebut, kita akan jadi kurang menjaga perkara tersebut & tak akan ada rasa bangga.

~ Tolong faham bacaan dalam solat, sebab setiap ayat adalah doa.

~ Bila kita faham, insya-Allah takkan ada apa-apa masalah.

~ Dalam Islam, ilmu Islam tiada takat maximum.

~ Ilmu ini infinity, makin banyak kita belajar, makin banyak kita sedar yang kita tak tahu sebenarnya.

~ Belajarlah, dalamilah ilmu agama ini, walaupun mula dari bawah, basic..

~ Ketaatan yang jadi kebiasaan, akan hilang kemanisan. Jadi, tambahlah rasa taat itu agar kemanisan itu tidak hilang.



Image result for seindah hiasan adalah wanita solehah



Bagaimana manjadi seorang wanita yang mulia dalam dirinya & bagaimana kita hendak mengatasi kata-kata bahawa wanita itu fitnah? (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Ada yang mengatakan bahawa wanita ini pemula/penentu kepada kebaikan.

~ Tetapi tidak, wanita itu bukan pemula kepada kebaikan dan bukan juga punca kepada sesuatu kejahatan.

~ Allah ciptakan wanita ini bukan untuk buat kejahatan.

~ Wanita dan lelaki, sama-sama ada potensi untuk melakukan kebaikan & sama-sama ada potensi untuk melakukan keburukan.

~ Islam tidak prnah mendiskriminasikan wanita.

~ Islam adil --> melayan semua hak kena pada tempatnya.

~ Wanita itu pun manusia juga --> ada yang kita suka, ada yang kita tidak suka.

~ Jangan paksa wanita itu berkahwin tanpa kerelaannya.

~ FAHAM --> kekuatan utama untuk wanita.

~ Faham akan agama, bagaimana Islam angkat darjat wanita.

~ Apa yg kita dengar, lihat & baca sebenarnya mempengaruhi tingkah laku kita.

~ Wanita itu fitnah.

~ Fitnah --> bukan bererti jahat, tapi ujian.

~ Lelaki pun fitnah juga --> ujian bagi wanita.

~ Siapa yang buat baik berhak dapat pahala atas kebaikannya, siapa yang buat jahat, berhak dapat dosa atas kejahatannya.




Image result for wanita dimuliakan Islam kartun



Itu merupakan pusingan pertama, di mana moderator bertanya soalan pada kedua-dua ahli panel. Pusingan ke-2 & ke-3 pulak, penonton diberi peluang untuk bertanya kepada ahli panel & akan dijawab oleh panel ketika itu juga. Antara soalan-soalannya ialah:-



1) Jika keluar darah istihadah, dikatakan boleh dilakukan jamak. Bagaimana hendak menjalankan jamak ini & adakah ia digalakkan? (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Definisi haid --> darah yg normal

~ Definisi istihadah --> darah yg tidak normal

~ Ada 4 golongan wanita dlm mengenal antara haid & istihadah ni (kaedah adat tami'iz) :-
  i) Perempuan tersebut ada 'adat' & ada 'tami'iz'. 
Maksudnya kitaran haidnya tetap, & dia mmpu membezakan antara darah haid & istihadah.
 ii) Perempuan tersebut ada 'adat' tapi tiada 'tami'iz'. 
Maksudnya kitaran haidnya tetap, tapi dia tidak mmpu membezakan antara darah haid & istihadah.
 iii) Perempuan tersebut tiada 'adat' tapi ada 'tami'izi. 
Maksudnya kitaran haidnya tidak tetap, tapi dia mampu membezakan darah haid & istihadah.
 iv) perempuan tersebut tiada 'adat' & tiada 'tami'iz'. 
Maksudnya kitaran haidnya tidak tetap & dia tidak mampu membezakan antara darah haid & istihadah. Golongan yg ke-4 nie, guna cara yg telah dianjurkan, iaitu mengira darah istihadah keluar bukan dalam tempoh 15 hari dari hari pertama darah haid.

~ Warna darah istihadah berbeza sedikit dengan haid.

~ Rukhsah keringanan --> jamak

~ Sebab dibolehkan jamak --> bila kita berada dlm kesusahan.

~ Wanita yang sedang istihadah, tak boleh qasar, boleh jamak sahaja.



2) Macam mana nak handle stress & ujian, sebab kadang-kadang semua tu buat kita rasa putus asa & macam mana nak tingkatkan motivasi? (Ustazah Nik Farhan)
~ Kalau tiada stress dalam kehidupan, tak seronok hidup nie..

~ Balik semula pada Allah.

~ Bila balik semula pada Allah, insya-Allah stress akan menurun.

~ Anggap stress itu sebagai 1 ujian Allah untuk bagi kita pahala.

~ Bila rasa stress tu, sebenarnya seronok untuk dekat pada Allah, sebab masa itulah pengharapan kita bergantung sepenuhnya pada Dia. Masa itulah masa terbaik untuk dekat pada Allah.

~ Jangan putus asa. Yakin pada Allah.

~ Jangan pandang negatif pada ujian tersebut.

~ Allah tak pernah bagi sesuatu yang kita tak mmpu.

~ Biasalah, sebagai seorg manusia, ada masa kita rasa baik, elok jer, & ada masa kita akan rasa down.

~ Anggap ujian tu, untuk meraih pahala & kasih syg dari Allah.



Image result for handle stress cartoon



3) Hukum berhias. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Jangan bertabarruj.

~ Bila tiada ilmu, kita akan mudah menghukum, mencela org lain. Contoh, "ish, dia tu tak pakai tudung lah, tiada iman lah tu"

~ Tabarruj --> berasal dari perkataan buruj.

~ Tabarruj dalam konteks wanita --> menunjukkan aurat yang sepatutnya ditutup, mendedahkan lekuk badan dalam berpakaian, berjalan lenggang lenggok & sering masuk dalam golongan lelaki & berlaku ikhtilat tanpa urusan yang penting. (Prof Sheikh Yusuf al-Qaradawi)

~ 3 golongan yang berkata mengenai fesyen wanita yang sepatutnya :-
   i) Wanita itu kene tutup semua sekali. 
Means, tutup seluruh badan, tutup muka, pakai purdah & kalau boleh, jangan keluar rumah langsung.
  ii) Wanita itu kene dedahkan segala2nya. Ini fahaman dari barat.
 iii) Dalam ajaran Islam pula, tiada model pakaian tertentu, & tiada warna tertentu untuk wanita. Terpulang wanita itu nak pakai apa, warna apa, asalkan menutup aurat dengan sempurna.

~ Adat --> sesuatu yang baik dalam masyarakat. Ada adat yang tidak bertentangan dengan syariat Islam, ada adat yang bertentangan.

~ Khilaf --> suatu rahmat sebenarnya. Jadi, rasalah bersyukur.

~ Islam menyambut baik hal-hal yang memudahkan kita.

~ Begitu juga dgn fesyen. Tak kisah kita nak pakai macam mana, tapi kena ikut syarak, iaitu tutup aurat.


Related image



4) Masalah aurat antara wanita Islam & wanita bukan Islam. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Pada asasnya, aurat wanita Islam & bukan Islam sama seperti aurat antara wanita & lelaki.

~ Tapi, dalam kes pelajar-pelajar sekarang, tinggal dalam 1 kolej, 1 blok @ 1 bilik dengan wanita bukan Islam, ada 3 pendapat :-
  i) Tetap berpegang pada yang asas.
 ii) Boleh buka sama sperti aurat sesama wanita muslim.
 iii) Mana yang mampu ditutup, kita tutup. Mana yang tidak mampu kita tutup depan mereka, dimaafkan. (ambil pendapat nie)



5) Nikah Khitbah --> terangkan dengan lebih mendalam. 

(Ustazah Nik Farhan)
~ Nikah khitbah --> akad nikah dulu, tapi lambatkan walimah.

~ Bila dah nikah - ada tanggungjawab.

~ Tanggungjawab akan jadi lebih lah..


(Ustazah Fatimah Syarha)
~ Rasulullah pun pernah nikah khitbah dgn Sayidatina Aisyah.

~ Nikah khitbah --> lambatkan walimah, tapi dah akad.

~ Rasional cadangan nikah khitbah sekarang ni --> untuk merawat gejala ikhtlat masa kini.

~ Cukup SISWA (suami, isteri, saksi, wali & akad), boleh akad nikah terus walaupun mungkin asalnya hanya nak bertunang dulu.

~ Andai berlaku persetubuhan dalam setelah nikah khitbah & melahirkan anak, anak itu memang anak yang sah di sisi syarak.

~ Nikah yg baik itu ialah nikah :-
  i) Tiada halangan dari kedua-dua pihak
 ii) Tiada halangan dari ibu bapa kedua-dua pihak
iii) Tiada halangan dari adat
 iv) Tiada halangan dari undang-undang.

~ Kalau mampu tahan, tahan dulu.

~ Sebelum nikah, dalam tempoh mujahadah ni adalah merupakan tempoh berpuasa.

~ Lepas nikah, ada nikmatnya sama sepert nikmat kita makan waktu berbuka selepas berpuasa sepanjang hari..



Image result for nikah khitbah kartun


6) Ada orang nak berubah (contoh dari tdung biasa nak ke tudung labuh), tapi takut dengan pandangan orang & takut orang tanya ilmu yg dia ada. (Ustazah Nik Farhan)
~ Jangan fikirkan orang lain.

~ Letak pada pandangan Allah.

~ Apa sahaja yang kita nak buat, tanya pandangan Allah.

~ Doa sentiasa --> mula buat, tgh buat, & akhir buat.

~ Sujud pada malam hari, letak dahi pada sejadah & mengadulah pada Allah.

~ Dialah sebaik-baik tempat mengadu.

~ Allah akan masukkan jawapan dalam hati kita, iaitu rasa ketenangan yang amat sangat untuk melakukan sesuatu.

~ Bukan bermakna kita tidak boleh ambil pandangan orang.

~ Boleh ambil pandangan orang lain, tapi bukan jadikan pandangan mereka adalah yang utama.



7) Masalah keputihan. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Keputihan --> perkara najis.

~ Pendapat dulu, jika terkena keputihan, kene tukar seluar, ganti dengan yang baru, kemudian barulah solat.

~ Tapi, andai kita pergi kem, msuk hutan & tiada tmpat nak tukar, bagaimana?

~ Pendapat baru, boleh jer kita renjis air pada tempat terkena keputihan tersebut & kemudan solatlah seperti biasa.



8) Kedoktoran wanita. Adakah dikira darurat jika kita sakit, tapi tiada doktor wanita ketika itu & doktor yang merawat kita adalah lelaki? (Ustazah fatimah Syarha)
~ Tempat berubat itu merupakan tempat darurat.

~ Darurat itu diukur dengan kadarnya.

~ Contoh, andaikata kita sakit buah pinggang, & doktor lelaki terbabit kena memeriksa bahagian pinggang kita, jadi just perlu buka bahagian pinggang sahaja, tak ada lah sampai nak buka tudung kan.

~ Allah nilai jika kita berusaha untuk mencari doktor muslimah, tapi jika tiada, itulah darurat & insya-Allah dimaafkan.



9) Batasan aurat sesama muslimah. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Aurat asas --> pusat ke lutut (tahap minimum)

~ Tapi tidak bermakna kita boleh sesuka hati buka pakaian, contoh tak pakai baju dalam bilik bila bersama muslimah lain sebab aurat yg wajib tutup hanya pusat ke lutut jer.

~ Itu berkisar pulak dengan akhlak kita.

~ Perlaksanaannya, lihat tahap ideal yang kita boleh buat.

~ Nilai akhlak itu diambil kira dalam pemakaian.

~ Akidah, akhlak & syariah --> 1 rangkuman.



10) Terangkan serba sedikit tentang solat istikharah. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Minta pendapat Allah untuk perkara yang harus sahaja. Bukan utk perkara yg wajib, sunat, makhruh & haram.

~ X cukup sekadar tanya Allah sahaja (istikharah), tapi ada gandingannya iaitu musyawarah (berbincang -> berbincang dengan ibu bapa, ustazah2 & rujuk buku-buku @ kitab-kitab yang muktabar)


Image result for solat istikharah



11) lelaki dapat ganjaran lebih bila solat berjemaah. Bagaimana pula dgn wanita sebab ada hadis mengatakan seorang wanita itu lebih afdal solat di rumah @ bilik. (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Hukum asal --> harus

~ Konteks hadis --> adalah untuk menutup fitnah.

~ Bergantung pada zaman tersebut.

~ Pada zaman dahulu, tiada kawalan keselamatan, sebab itu perempuan tidak digalakkan pergi masjid terutama pada waktu malam.

~ Dalam konteks zaman sekarang, wanita ada tujuan & maslahah utk pergi ke masjid untuk menghadiri majlis ilmu, bersolat berjemaah, maka dibolehkan.

~ Tambah-tambah lagi sekarang banyak kawalan keselamatan diperketatkan.


12) Apa tindakan yang boleh dilakukan bila kita lihat, ada orang Islam tu, tapi dia tak berpuas hati dengan Islam contoh selalu merungut konon Islam tidak adil, itu tidak boleh, ini tak boleh. Tolong perjelaskan. (Ustazah Nik Farhan)
~ Rasulullah pernah bersabda, "Aku diutuskan untuk mencantikkan akhlak"

~ Kita tunjuk akhlak Rasulullah (akhlak yang baik).

~ Kalau kita tidak mampu nak jawab sebab mungkin kita merasakan ilmu kita masih tak cukup untuk berkata-kata, senyap & senyum lah.

~ Dakwah yang terbaik, tunjukkan akhlak yang baik.

~ Cara Rasulullah berdakwah --> hanya diam & lembut.

~ Jika ada masalah dengan sahabat-sahabat, tunjukkan akhlak yang baik, jangan menjawab..


13) Apa hukum familisme di sisi Islam, terutama dari segi hal-hal berkaitan rumah tangga & poligami?  (Ustazah Fatimah Syarha)
~ Susah nak jawab ikut perinciannya.

~ Tapi biasalah, dalam fahaman begini, ada yang besifat liberal, ada yang bersifat moderate.

~ Kalau ikut poligami, ada 3 hak wanita yang berkaitan dengan poligami :-
  i) hak untuk merelakan
 ii) hak untuk mempertahankan monogami di mahkamah.
iii) hak untuk minta dibebaskan.



Related image




Slot penutup, berkaitan tip kearah menjadi seorg muslimah solehah.

Ustazah Nik Farhan
~ Ramai orang suka pada ilmu, tapi tiada perubahan pada diri.

~ Ilmu itu bukan untuk didapati hanya untuk akal, tapi kena diresapkan di dalam hati.

~ Islam kena tahu, faham, percaya & yakin.

~ Ilmu agama, bukan masalah kuantiti tapi kualiti.

~ Yakin yang terbaik dari Allah. Doa.



Ustazah Fatimah Syarha
~ Allah sayang kita.

~ Kita layak untuk hidup bahagia.

~ Perjalanan kita nak menuju kepada Allah, ada jalannya.

~ Kalau nak jadi baik, atau berusaha untuk jadi orang baik, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, tapi bandingkan diri kita dengan potensi diri.


Image result for jadilah muslimah kartun



Alhamdulillah, ini sajalah yang saya dapat catch-up & sempat salin dalam forum tersebut. Sebenarnya banyak lagi yang diperkatakan oleh kedua-dua ustazah, tapi saya hanya insan yang lemah, tak dapat & tak sempat nak salin semua.. Maafkan saya... 


Info-info ni untuk perempuan sebenarnya, sebab tajuk pun dah permasalahan wanita kan. Tapi, tak kisah jika kaum Adam juga turut nak membaca sebab ade info yang boleh dikongsi dengan lelaki seperti stress, nikah khitbah, solat istikharah & beberapa lagi hal yang umum..


Sampai di sini jer lah kot yg saya boleh kongsikan.. Insya-Allah, jika ada lagi nnti, saya update lagi untuk berkongsi ilmu yang saya dapat.. insya-Allah..

Semoga bertemu lagi di kalam yg lain nnti, insya-Allah..

Assalamualaikum ya sahabat-sahabat fillah..


P/S: Semua gambar-gambar di atas adalah gambar dari hasil carian Google...



No comments:

Post a Comment