*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 3 Mei 2012*
Tajuk Forum: Hubungkait Al-Quran & Fakta-fakta Saintifik
Tempat: Kolej Pendeta Za'aba, UPM
Tarikh: 20/04/2012
Panel:-
1) Prof. Dr. Mat Rofa Ismail (Fakulti Sains, UPM)
2) Ustaz Mohd Hafiz bin Ghazali (Pusat Islam UPM)
Bismillahirrahmanirahim..
Moderator forum..
- Majlis ilmu merupakan
salah 1 dari taman-taman Syurga.
- 4 perkara yg akan kita
dapat bila pergi ke majlis ilmu :-
1)
Sakinah (ketenangan)
2)
Rahmat dari Allah
3)
Malaikat akan merendahkan sayapnya, duduk bersama-sama kita di majlis ilmu tersebut
& akan mengingati wajah kita & akan meminta pada Allah memberikan rahmat
kepada kita..
4)
Allah akan sebarkan pada sekalian penduduk langit nama-nama & wajah-wajah
mereka yg menghadiri majlis ilmu sehingga membuatkan seluruh penduduk langit
menyintainya..
Apakah sebenarnya sikap
orang bukan Islam yang menganggap Islam itu sebagai agama keganasan? (Prof. Dr. Mat Rofa Ismail)
- Kajian yang dilakukan
oleh pihak barat (dulu-dulu lah), daripada 6.6 billion penduduk di muka bumi
ini, 2.2 billion adalah beragama Kristian & 1.6 billion pula beragama
Islam. Itu yang diketahui, yang tidak diketahui tak disebarkan pada umum.
- Kemudian ada para
pengkaji lain, (di Eropah juga) nak buat balik kajian tersebut, rupa-rupanya
kajian yang sebelum ini tertukar. sebenarnya, 2.2 billion penduduk bumi ialah
beragama Islam, manakala 1.6 billion lagi beragama Kristian.
- Muhammad adalah nama
popular di Belanda. 1/3 daripada penduduknya adalah muslim.
- Orang di barat semakin
galak mengkaji tentang Islam.
- Statistik menunjukkan,
pada tahun 2050 di barat, kemungkinan besar semua penduduknya ialah Islam.
- Kemanisan Islam
sebenarnya telah dirasai oleh penduduk-penduduk Eropah.
- Tapi di timur, semakin
hilang keislamannya (mungkin sebab dah lama duduk dalam Islam)
- Hadis Rasulullah s.a.w,
"Urusan Islam akan sampai di mana saja, di mana siang & malam sampai,
takdir menguasai segalanya"
- Lepas mengkaji Islam ~
penduduk Eropah berebut-rebut memeluk Islam setelah melihat keindahan Islam
dari pelbagai sudut.
Bagaimana proses kejadian manusia menurut al-Quran? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)
- Lihat kembali hikmah
dalil aqli & naqli tentang penciptaan kita.
- 2 jalan kita di dunia
ini ;-
i) Jalan menuju
kebaikan
ii) Jalan menuju
kejahatan
- Allah utuskan 2 perkara
untuk kita di dunia ini untuk dijadikan panduan hidup kita:-
i) Nabi Muhammad
s.a.w sebagai Rasul
ii) al-Quran
- Allah menciptakan
manusia sebagai khalifah.
- Jaga hubungan dengan Allah
& manusia.
- Kita kena ingat balik
tujuan kita dilahirkan di dunia.
- Kita tahu, kita hidup ni, melalui beberapa alam.
i) Alam roh ~ hanya Allah
yang tahu berkenaan alam ini, (bila & dimana), alam dimana kita telah buat
perjanjian dgn Allah.
ii) Alam rahim
iii) Alam dunia
iv) Alam barzakh
Apa itu alam barzakh & dimana alam tersebut? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)
- Akidah Islamiah ~
perkara yang diremehkan pada hari ini.
- Kira orang Islam tak lari
untuk percaya perkara-perkara ghaib.
- Beriman pada perkara
ghaib --> percaya pada hari kiamat & adanya makhluk-makhluk yang tak dapat kita
lihat dengan mata kasar.
- Alam barzakh -->
Alam perantaraan di antara alam mati dan alam dibangkitkan dari mati.
- Bermula bila roh
terpisah dari jasad.
- Kekuatan orang Islam
=> doa
- Sebelum menempuh alam
barzakh
i) Jaga hubungan dengan
Allah & sesama manusia.
ii) Kuatkan tautan hati
pada Allah.
- Jangan sesekali kita
menggadaikan akidah kita.
Apakah persoalan @ nilai tentang Islam itu sendiri yang dapat menarik orang
bukan Islam (Eropah) memeluk Islam? (Prof Dr Mat Rofa Ismail)
- Islam berkembang dengan
benar.
- Memeluk islam bukanlah
1 paksaan.
- Sebenarnya, di dunia
ini, orang melayu ialah golongan yang paling mudah diperintah & mempunyai
lidah yang lembut.
- Melihat sejarah orang
Islam, bagaimana toleransi umat Islam --> menarik orang bukan Islam
- Contoh, kisah King
Richard & Salehuddin al-Ayubi & kisah toleransi umat Islam ketika
peperangan Badar di mana umat Islam memberi makan terlebih dahulu pada tawanan
& bagaimana mereka semua melayan tawanan lebih baik berbanding tentera
Islam sendiri.
- Datuk Bandar England
sendiri mengatakan, (bila gejala lesbian & gay mula berkembang) --> masa depan Eropah bergantung pada agama Islam.
- Tarikan lain -->
sumbangan tamadun Islam..
- Islamlah yang mula-mula menubuhkan Universiti
- Pada kurun ke-12, Alam
Melayu juga mempunyai sebuah Universiti, sedangkan Eropah ketika itu berada di
zaman gelap.
- Islam ialah cahaya
& cahaya takkan boleh dipadamkan..
Apakah itu ilmu al-Quran? (Ustaz
Mohd Hafiz b. Ghazali)
- Hadis, "sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya"
- Apa yang penting bagi
umat Islam ialah mempraktikkan al-Quran.
- Orang yang datang
majlis ilmu, tentu akan dapat ilmu baru. Walau tak banyak pun, pasti akan dapat juga
sikit.. Kalau pergi majlis ilmu, tak dapat apa-apa ilmu baru, ada something wrong lah
tu..
- Mukjizat al-Quran :-
i) Cara bacaan
al-Quran saja ada banyak cara oleh ulama-ulama, tapi masih memberikan maksud yang
sama.
ii) Mengandungi bahasa
& maksud yang baik..
Mukjizat al-Quran dari sudut pandangan saintifik. (Prof. Dr Mat Rofa Ismail)
- Dalam al-Quran ada
mengatakan, kiamat tidak mungkin berlaku kecuali bila bumi Arab (gurun-gurun di Arab) tumbuh banyak tumbuhan & terdapat sungai-sungai yang mengalir.
- Sekarang ais di Kutub
Utara mencair kerana global warming. Air yang mencair itulah membentuk sungai
& mula mngalir ke Semenanjung Tanah Arab.
- Latitude bumi sekarang
sedikit berubah.
- Gempa bumi yang berlaku
baru-baru ini, buat kedudukan latitude bumi semakin tunggang-langgang.
- Ais di Kutub Utara
semakin cepat mencair..
Sampai di sini sajalah dulu yer.. ukhuwah fillah abadab abada..
jaga diri semua, jaga iman.. ^^
Ini sahajalah yang sempat saya salin ketika itu. By the way, kalian juga boleh cuba cari dan membeli buku Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin. Saya ada membeli & telah membacanya.. Seriously best!
Dalam buku ni ada beberapa bahagian:
1) Ayat al-Quran
2) Alam Semesta
3) Asal-usul Manusia
4) Tujuan & matlamat hidup manusia
Saya paling suka baca bahagian Alam Semesta & Asal-usul manusia. Ada ilmu yang disampaikan.
Cubalah cari di kedai buku & bacalah. Insya-Allah, dapat sedikit ilmu.. (^_^)
Assalamualaikum
Ini sahajalah yang sempat saya salin ketika itu. By the way, kalian juga boleh cuba cari dan membeli buku Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin. Saya ada membeli & telah membacanya.. Seriously best!
Dalam buku ni ada beberapa bahagian:
1) Ayat al-Quran
2) Alam Semesta
3) Asal-usul Manusia
4) Tujuan & matlamat hidup manusia
Saya paling suka baca bahagian Alam Semesta & Asal-usul manusia. Ada ilmu yang disampaikan.
Cubalah cari di kedai buku & bacalah. Insya-Allah, dapat sedikit ilmu.. (^_^)
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment