Tajuk buku: Mars And Venus Together Forever
Penulis:
John Gray
Sebelum
Ramadhan hari itu, saya baru habiskan membaca buku “Mars and Venus Together
Forever” (MVTF) karya penulis John Gray (JG). Sebelum ini, John Gray terkenal
dengan sebuah buku beliau bertajuk “Men are from Mars, Women are from Venus”
(MMWV). Saya tidak tahu MVTF ini buku keberapa yang JG tulis selepas MMWV.
Kalau search online, beliau telah menulis beberapa buah buku motivasi.
Saya
beli buku MVTF ini di kedai buku MPH Alamanda Putrajaya. Sudah tentu saya beli
edisi Bahasa Melayu, lebih senang nak faham bila baca buku dalam bahasa ibunda
kan.. Hihi.
Kalau
dalam buku MMWV menceritakan secara umum mengenai perasaan wanita & lelaki,
di buku ini pula lebih spesifik merujuk akan keadaan zaman sekarang di mana
kebanyakan wanita zaman sekarang turut bekerjaya sepertimana kaum lelaki.
Dalam
buku MMWV, (sebenarnya saya cuma baca beberapa bab sebab pinjam buku itu dari
kawan. Belum sempat habis baca dan ada beberapa pekara yang menghalang, buku
itu dipulangkan semula kepada kawan) buku ini merungkaikan persoalan wanita
mengenai lelaki ini tidak difahami & lelaki merasakan wanita ini
‘complicated’. Isi yang saya ingat secara umumnya dinyatakan perbezaan antara
lelaki & perempuan, iaitu:-
1) Lelaki
umpama gelang getah (berlaku bila lelaki rasa perasaan bahagia mereka sudah
berada di puncak)
->
Akan ada masa tiba-tiba dia terasa bosan dengan pasangan, & menarik diri
umpama getah. Bila sudah okay dan rasa rindu pada pasangan, dia akan berpatah
balik kepada pasangan & bagi kasih sayang yang banyak pada pasangan. Tidak
dapat dipastikan berapa lama & berapa jauh gelang getah yang ditarik itu.
2) Bila
ada masalah, lelaki lebih suka berada di dalam “gua”
->
Definisi lelaki suka menyendiri atau buat perkara lain yang boleh mengalih
perhatian mereka dari masalah bila ada masalah. Perempuan better biarkan saja
hingga dia keluar dari guanya. Lelaki dapat lupakan masalah mereka yang sebenar
dengan menumpukan perhatian terhadap perkara lain yang kurang penting buat
sementara waktu.
3)
Perempuan umpama ombak
->
Emosi yang turun naik. Ada kalanya tiba-tiba dia sedih, & perkara yang
disedihkan itu kadang-kala sudah pernah dibincangkan. Lelaki perlu bombing perempuan
ke dasar ombak terendah dia, biarkan perempuan meluahkan segala yang ada di
hati dan selepas itu perempuan akan ceria kembali.
Dalam
MVTF pulak, JG masih menerangkan perbezaan lelaki dan perempuan, tetapi secara
terperinci dalam konteks kedua suami isteri bekerja, di mana ada skill-skill
tertentu yang perlu dipraktikkan keduanya agar semua masalah dapat diselesaikan
secara aman dan perkahwinan kekal bahagia. Apa yang boleh saya katakana,
sebagai seorang perempuan, pasti ramai yang bersetuju dengan apa yang
diperkatakan oleh JG dalam buku ini dan boleh faham serta belajar mengenai
sifat lelaki / suami.
Antara
point-point penting yang terdapat dalam buku ini:-
1)Perempuan
zaman dahulu sudah cukup rasa bahagia bila suami keluar mencari rezeki kerana
bagi mereka, itu tandanya suami sayangkan mereka. Tapi, disebabkan perempuan
zaman sekarang pun kebanyakkannya turut keluar mencari rezeki (bekerja), jadi
apa yang perempuan perlukan ialah sokongan emosi dari lelaki.
2)
Skill hubungan paling penting ~> Menjangkakan rintangan & sanggup
mempelajari apa jua yang diperlukan sehingga rintangan itu tidak lagi menjadi
isu yang utama.
3)
Apabila seorang lelaki mengahwini seorang perempuan, matlamat utama adalah
membahagiakan isteri mereka.
4)
Wanita zaman moden tidak gembira kerana bebanan tugas yang golongan wanita
pikul ternyata lebih banyak. Wanita rasa begitu keletihan.
i)
Wanita juga keluar bekerja seperti lelaki. Namun, bila balik ke rumah, mereka
perlu mengemas, memasak, membasuh & mengasuh anak-anak
ii) Di
tempat kerja, wanita dituntut supaya berperanan dan berfikir seperti seorang
lelaki
iii) Di
rumah, mereka perlu menjadi seorang isteri & ibu yang bersikap mesra,
feminine & pemurah
5) Para
suami perlu belajar memberi sokongan emosi yang diperlukan oleh isteri dengan
mengurangkan pemberian solusi. Apabila isteri berhadapan dengan masalah, suami
tidak perlu memberi jalan penyelesaian serta-merta, sebaliknya dengar dahulu
luahan hati isteri secara empati (memahami kedudukannya)
6) Lelaki
rasa bahagia bila pasangan menghargainya
7) Bila
isteri meluahkan perasaan (tidak mengharapkan suami memberi solusi), tetapi
suami pula memberi solusi, isteri menolak solusi tersebut, pasti suami rasa
tidak dihargai lantas suami rasa tidak gembira. Bila suami tidak gembira,
isteri pun tidak gembira kerana tidak dapat sokongan emosi dari suami.
8)
Apabila seorang isteri mendapat sokongan emosi dari suami, isteri rasa lebih
tenang. Apabila hati isteri tenang,isteri dapat menentukan tugas mana mengikut
priority, bergantung pada masa & kudratnya ketika itu.
9)
Lelaki pula, apabila dia pulang ke rumah & rasa dihargai oleh isteri,
secara perlahan-lahan dia cuba lebih membantu dalam urusan rumah tangga.
10)
Paling penting, orang lelaki dapat menunjukkan sikap memahami & empati terhadap
isteri, supaya isteri juga dapat memberi khidmat yang terbaik kepadanya.
11)
Lelaki hari ini perlu memahami bahawa wanita hari ini lebih memerlukan peluang
bagi meluahkan perasaan mereka.
12)
Wanita bukan meluahkan perasaan untuk mendapat solusi. Jika lelaki memberi
solusi saat wanita meluahkan perasaan, wanita rasa lelaki tidak memahami
mereka.
13)
Lelaki lebih suka bertindak & tidak bercakap, wanita pula lebih suka
berbual dahulu sebelum bertindak.
14)
Fungsi otak;
Wanita:-
Emosi -> Pertuturan -> Pemikiran
Lelaki:-
Emosi -> Tindakan -> Pemikiran
15)
Orang lelaki mudah rasa kecewa & putus asa apabila melihat pasangan mereka
masih mengadu tidak puas hati walaupun suami sudah melakukan yang terbaik.
16)
Wanita sebenarnya jarang menghargai apa-apa solusi semasa mereka sedang
tertekan. Perkara yang paling penting mereka perlukan adalah didengari, bukan
penyelesaian masalah.
17) Apabila
perbualan suami isteri sering bertukar menjadi perbalahan, pintu hati mulai
tertutup, kasih sayanh juga turut memudar.
18)
Apabila isteri diberi peluang untuk berkongsi perasaannya dengan suami secara
bebas, dia cenderung menjadi lebih penyayang.
19)
Nasihat buat orang lelaki apabila hendak memberi sokongan kepada wanita:-
i)
Apabila lihat isteri sedang runsing, jangan tunggu higga dia memulakan bicara
(sekiranya suami mula dahulu, itu sudah meredakan 50% tekanannya)
ii)
Semasa isteri sedang meluahkan perasaan, sentiasa ingatkan diri supaya tidak
ambil hati terhadap kata-katanya
iii)
Jangan ikutkan perasaan setiap kali terasa mahu membalas kata-kata isteri
iv)
Sekiranya suami tidak tahu apa yang harus dikatakan ataupun berkata yang
positif secara sopan, lebih baik diam sahaja
v)
Sekiranya isteri enggan bercakap, kita haruslah bertanya sehingga dia bersuara
vi) Tidak
kira apa yang kita buat, jangan sesekali mengadili ataupun menegur sikap isteri
yang sedang beremosi
vii)
Sentiasa bawa bertenang & tahan diri daripada membalas.
20)
Ketika wanita dalam keadaan emosi -> mereka mahu diberi perhatian
Ketika lelakidalam keadaan emosi ->
Mereka mahu dibiarkan bersendirian
21)
Semasa meluahkan perasaan, wanita hanya mahu bercakap dengan bebas. Dia tidak
perlu fikirsama ada kata-katanya itu betul, tepat ataupun logik. Tetapi lelaki
tidak selesamendengarnya sebab mereka tidak memahami keperluan wanita brhubung
perkara itu kerana apabila lelaki bersuara, mereka berterus-terang, bercakap
secara logik, & fokus pada matlamat selepas membuat pertimbangan dan
berfikir panjang.
22)
Orang lelaki suka dipuji apabila pandangannya diiktiraf
23) 3
cara menunjukkan wanita hilang keseimbangan diri:-
i)
Tertekan dan makan secara berlebihan
ii)
Terlalu banyak membuat kerja
iii)
Mahu orang lelaki lebih banyak bercakap
24)
Seorang wanita rasa tidak selamat kerana mengganggap diri tidak disayangi
ataupun pasangan mereka masih belum tahu bagaimana hendak membuatkan diri
mereka rasa terjamin.
25) 3
tingkah laku yang menunjukkan orang lelaki hilang pertimbangan diri:-
i)
Kerja secara berlebihan
ii)
Tidak keluar dari guanya
iii)
Mahukan sokongan yang lebih dari wanita
26) 7
rahsia menyuburkan perasaan cinta:-
i)
Perbezaan ituumpama magnet
ii)
Perubahan dan berkembang maju
iii)
Perasaan, keperluan & kelemahan
iv)
Mengubat hati, tanggungjawab sendiri
v)
Cinta, hubungan romantic & monogamy
vi) Persahabatan,
otonomi (menggesa) & keseronokan
vii)
Berganding bahu
27)
Langkah bagaimana wanita dapat memupuk jiwa feminine:-
i) Luangkan
lebih banyak masa pada setiap hari untuk berbual mengenai apa-apaisu tanpa
berorientasikan matlamat bersama rakan yang bukan tempat kita meminta nasihat
ii) Pergi
berurut ataupun melakukan rawatan tubuh
iii) Berhubung
dengan rakan ataupun sedara-mara melalui telefon ataupun cara lain
iv)
Luangkan masa untuk aktiviti seperti riadah, yoga, menulis jurnal ataupun
berkebun secara tetap
v)
Cipta cara kerja yang dapat memupuk naluri wanita. Contoh; minta bantuan orang
lain dan tidak terlalu bergantung pada diri sendiri atau melakukan
segala-galanya seorang diri
vi)
Peluk ahli keluarga & rakan-rakan
vii)
Luangkan masa menulis kad ucapan tanda terima kasih kepada semua orang yang
pernah menyokong anda
viii)
Guna jalan yang berlainan apabila memandu pulang ke rumah
ix)
Sekali-sekala, ambil peluang bercuti beberapa hari
x)
Sertai kumpulan sokongan atau buat janji temu dengan juru terapi demi
memastikan kita dapat berkongsi perasaan secara bebas
xi)
Luangkan masa untuk diri sendiri melakukan perkara yang paling kita suka sekali
seminggu
xii)
Senaraikan perkara yang hendak kita lakukan kemudia tandakan dengan huruf besar
di atas mana-mana perkara yang tidak perlu disiapkan segera
28)
Cara orang lelaki dapat memupuk jiwa maskulinnya:-
i)
Luangkan masa bersama rakan lelaki untuk aktiviti riadah
ii)
Menonton filem aksi
iii)
Ambil masa untuk bersendirian
iv)
Berlatih kawal diri – elakkan beronani
v)
Mengerah otot setiap minggu. Contoh, angkat berat, jogging, menunggang basikal,
memanjat bukit, berenang
vi)
Buat sesuatu bagi melawan rasa malas bila berada di rumah
vii)
Lakukan kebaikan pada orang lain
viii)
Jangan lepaskan perasaan marah pada orang lain
ix)
Apabila perlu menyiapkan sesuatu yang tidak mengambil masa yang lama, maka kita
buatlah segera
x)
Apabila rasa takut melakukan sesuatu,teruskan juga. Lebih baik gagal semasa
mencuba daripada tidak mencuba langsung
29)
Antara faktor yang boleh membunuh perasaan kasih sayang adalah perkara rutin.
Sekali sekala, buatlah aktiviti yang berlainan dari kebiasaan bersama pasangan.
Setiap kali mencuba sesuatu yang laindari kebiasaan, ia pasti membawa perubahan
yang lebih bermakna dalam hubungan.
30) 6
sikap menunjukkan pintu hati tertutup:-
i)
Hilang kepercayaan
ii)
Hilang rasa prihatin
iii)
Hilang penghargaan
iv)
Hilang rasa hormat
v)
Hilang sikap menerima
vi)
Hilangnya sikap memahami
31) Lelaki
yang mengamalkan monogami dilihat sebagai ‘kuat’ (tidak mudah tergoda &
akan dipercayai orang lain)
32)
Buku ‘Think and Grow Rich’ (Napolean Hill) -> 500 individu paling Berjaya di
America berhubung kualiti yang diperlukan demi mencapai kejayaan, semua hanya
mengamalkan monogami
Baiklah,
ini sahaja point-point yang terdapat dalam buku MVTF ini. Buku ini sangat bagus
dibaca terutama oleh pasangan suami isteri yang keduanya bekerja, di mana
mungkin selepas membaca buku ini, mereka akan lebih memahami antara 1 sama
lain.
Point
yang saya bagi cuma sedikit sahaja (walaupun sampai 32 point.. hihi), tetapi
huraian lengkap yang lebih menarik & lebih kefahaman, ada dalam buku itu..
Tak salah kan kalau kita pergi kedai buku & membelinya? Tidak kiralah yang
sudah berkahwin atau masih bujang. Lagipun, membaca itu kan jambatan ilmu. =)
P/S: Semua gambar-gambar di artikel ini adalah diperolehi daripada carian Google
No comments:
Post a Comment