Friday, 24 July 2015

Kisah kesihatan yang memberi keinsafan

Hari ini saya belajar 1 perkara.
Perkara yang memberi sedikit kesedaran pada saya.
Tentang kesihatan diri,
Tentang dugaan penyakit dan kesihatan yang kita alami.

Selama ini, bila saya demam, selsema, atau pening kepala,
Saya mudah mengeluh,
“Hurm.., sakitnya kepala”
“ish, selsema! Gatalnya…”
Rungutan demi rungutan saya ungkapkan.

Kadang-kadang, kesakitan paling teruk yang saya alami, iaitu keracunan makanan,
Masa tu mesti terguling-guling tahan sakit perut,
Beribu kali keluar masuk toilet,
Sampai muntah-muntah,
Dengan linangan air mata, pasti saya berdoa, “Ya Allah, sembuhkanlah sakitku ini, aku dah tak tertahan menanggungnya”
Padahal baru 30 minit sakit-sakit tu.

Dan hari ini,
Di tempat praktikal saya,
Semasa berborak dengan salah seorang pekerja Chinese (perempuan),
Saya tersedar satu perkara,
Kalau kita rasa tak tertahan dengan ujian kesakitan yang kita hadapi, fikirkanlah, mungkin ada orang lain yang jauh lebih sakit daripada kita.

Kisahnya bermula dengan dia nak tempeh jahit skirt kat mak saya je,
Tapi makin lama, makin panjang pulak ceritanya.
Katanya dia susah nak cari skirt di kedai-kedai pakaian sebab dia memerlukan skirt yang besar, kerana pinggang dia besar hasil disebabkan beberapa series pembedahan yang dialaminya dulu.

Yang saya pulak, mulut ni gatallah pulak nak bertanya,
“U buat operation dulu, U sakit ke?”

Dia pun memulakan cerita,
Kisahnya bermula bila dia mengandungkan anak keduanya,
Dan ketika dia nak melahirkan anaknya itu, dia terpaksa melahirkan dengan kaedah caeseran. (maksudnya kene bedahlah)
Katanya ketika bedah tu, doctor ikat dia punya fallopian tube.
Lepas tu, beberapa hari selepas itu, ketika dia bangun tidur waktu pagi, dia lihat ada darah di seluruh pinggangnya.
Cepat-cepat dia pergi hospital.
& dia dibedah sekali lagi sebab ada masalah dengan jahitan & ikatan fallopian tubenya.
Jadi ketika itu doctor tebuk lubang sikit pada bawah pinggangnya untuk memudahkan darah dan cecair seperti nanah keluar.
Selama 6 bulan dia berkeadaan macam tu,
Katanya perut dia masa tu pun dah macam orang tengah pregnant.

Then, 3 years after that,
Sekali lagi dia buat operation,
Sebab pada kedua-dua fallopian tube dia semacam ada ketumbuhan di situ,
Jadi, buat operation lagi.

Setahun kemudian,
Terdapat lagi masalah dengan abdomen dia,
Focus pada Rahim dia,
Jadi, ketika pembedahan itu, dia ambil keputusan supaya doctor buangkan saja Rahim dia,
Sebab dia dah tak tahan tanggung sakit + banyak kali kena buat operation.
Dah sekali operation, bukannya terus baik, memakan masa berbulan-bulan juga untuk sembuh dari operation tu.

& katanya sekarang,
Walaupun dah 10 tahun perkara tersebut berlalu,
Sekarang ni, bekas jahitan dia masih terasa gatal-gatal dan tidak selesa, tambah lagi bila dia memakai pakaian yang ketat di bahagian pinggang.
Seluar & skirt pun dia terpaksa pakai jenis besar, untuk elakkan terkena bekas jahitan dia tu.

Semasa dengar cerita dia,
Saya yang mulanya khusyuk mendengar, terus speechless.
Lepas dia habis bercerita, saya pun senyap,
Tak tahu nak cakap apa, nak bagi respon apa.
Speechless.
Terfikir, kalau berlaku pada diri saya, kuatkah saya menempuhinya?

First of all, kesian.
Ya kesian pada dia.
Iyalah, rahim kan merupakan satu anggota badan anugerah terbesar dari Allah untuk insan bernama perempuan.
Tetapi dia terpaksa buang rahim dia atas sebab kesihatan.

Saya rasa,
Ya Allah, lemahnya saya,
Setakat demam sikit, pening kepala sikit, saya dah merungut dah.
Sedangkan ramai lagi orang lain,
Menanggung kesakitan yang jauh lebih hebat dari saya.

Insaf,
Sangat insaf.
Itu yang saya rasakan.
Hurm…,
Bila Allah nak tarik nikmat kesihatan yang ada pada diri kita,
Kun fayakun,
Sekejap sahaja Dia tarik, & meranalah kita…

Moralnya di sini, jagalah kesihatan kita dengan baik.
Mungkin kita selalu lupa untuk bersyukur atas nikmat Allah yang 1 ini.

Wallahualam…

Monday, 20 July 2015

Tips Bergembira

Assalamualaikum w.b.t





Kegembiraan. Kebahagiaan.


1 perkataan, tetapi saya percaya, itulah perkara yang diingini oleh semua orang, tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, kaya mahupun miskin, kan?

haa, jom-jom, saya kongsikan tips untuk bergembira yang saya jumpa entah tahun bila, entah kat mana (tak ingat dah,, huhu..)





Jangan ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos mahupun guru dan pensyarah. Perasaan benci itu merosakkan niat dan keikhlasan anda. Ibarat 'api dalam sekam', yang akan membangkitkan pergaduhan.


Jangan terlalu bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian. Don't worry be happy!!


Hidup secara sederhana adalah tuntutan agama Islam. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna, dan tidak popular tetapi sekurang-kurangnya kamu mempunyai ketenangan di hati.


Jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengahrapan itu akan mengecewakan anda. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlalu mengharap yang besar dan yang tak mungkin akan menjadi milik kamu.



Sentiasa bersabar dengan apa jua kerenah dan kelakuan orang di sekeliling kita. Sikap sabar dapat menenangkan jiwa dan hati kita. Sabar juga dapat mendidik kita untuk terus tekun menjalani hari-hari dalam kehidupan yang kita lalui.




Kredit kepada penulis asal (walaupun tak tahu sapa), terima kasih kerana kongsikan tips yang Allah ilhamkan kepada kamu ini. Semoga Allah merahmati kamu di mana sahaja kamu berada. =)

Tuesday, 31 March 2015

Cerpen krisis air...

      “Assalamualaikum, Mas. Saya nak tanya, di blok awak ada air tak sekarang ni?” Soal Nur Izzatul Hani sebaik sahaja Nurul Afiqah Mastura menjawab panggilan telefonnya…
      “Waalaikumusalam, Hani. Ada je air di blok saya ni. Kenapa?” soal Nurul Afiqah Mastura, pelik kerana tiba-tiba Nur Izzatul Hani bertanya sebegitu.
      “Di blok saya tak ada air langsung sekarang ni. Saya ingat nak tumpang mandi di blok awak. Boleh kan?”
      “Oooo, boleh, boleh. Awak datanglah sini. Bilik saya nombor 17 tau.”
      Selepas menamatkan perbualan singkat tersebut, Nur Izzatul Hani terus bersiap-siap dan mencapai kelengkapan mandinya. Setelah itu, dia bergerak menuju ke bilik rakannya, Nurul Afiqah Mastura yang terletak di blok yang bersebelahan dengan bloknya.

     ‘Tok, tok’ Hani mengetuk pintu bilik Nurul Afiqah Mastura. “Assalamualaikum, Mas.” Perlahan Nur Izzatul Hani memberi salam. Terdengar bunyi kunci pintu bilik dibuka dari dalam dan Nurul Afiqah Mastura menjengukkan mukanya.
      “Oh, Hani. Masuklah.” Nurul Afiqah Mastura mempelawa. Nur Izzatul Hani melangkah masuk dan duduk di birai katil Nurul Afiqah Mastura.
      “Kenapa di blok awak tak ada air Hani?” tanya Nurul Afiqah Mastura sebaik sahaja Nur Izzatul Hani melabuhkan punggungnya.
      “Saya pun tak tahulah Mas. Tiba-tiba je tak ada air. Tadi masa saya on the way nak ke sini pun, saya nampak ramai penghuni blok saya datang mandi kat sini juga.” Jawab Nur Izzatul Hani sambil membuka tudung yang dipakainya. Sejujurnya, dia sendiri pun tidak tahu kenapa bloknya tiada bekalan air ketika itu.
“Tak ada apa-apa notis ke?” Tanya Nurul Afiqah Mastura lagi.
“Tak ada pun. Tak tahulah kalau saya yang tak perasan ada notis dinaikkan. Eh, Mas, saya pergi mandi dulu ye. Nak Maghrib dah ni.”
      Nurul Afiqah Mastura mengangguk. Lantas Nur Izzatul Hani melangkah menuju ke bilik air. Selesai sahaja membersihakan diri dan mengambil air sembahyang, Nur Izzatul Hani kembali semula ke biliknya dan berjanji dengan Nurul Afiqah Mastura untuk keluar makan malam selepas menunaikan solat Maghrib.

      Sesudah menunaikan solat Maghrib, Nur Izzatul Hani bersiap-siap untuk keluar makan malam. Sesampainya di kedai makan, Nur Izzatul Hani terus memesan nasi goreng seafood dan teh ais manakala Nurul Afiqah Mastura pula memesan hidangan mi hailam dan air laici ais sebagai juadah makan malam mereka.
      “Hani, awak nak tahu, tadi masa saya nak keluar, di blok saya pun dah mula tak ada air.” Ujar Nurul Afiqah Mastura.
      “Ye ke? Kenapa tiba-tiba tak ada air ye? Peliklah.” Nur Izzatul Hani berfikir-fikir. “Jadi sekarang ni, cuma blok Jelawat sahajalah yang ada air kan?” Soal Nur Izzatul Hani lagi.
      “Mungkin lah kot.” Jawab Nurul Afiqah Mastura pendek.
      “Pelik. Kenapa tiba-tiba tak ada air ye? Tak pernah-pernah jadi macam ni.” Nur Izzatul Hani masih berfikir-fikir.
      “Hehe. Bagi saya tak pelik sangat Hani. Sejak ada renovation tandas di kolej kita ni, blok saya memang selalu tak ada air masa petang. Tapi nanti dalam pukul 10, ada balik lah air tu.”
      “Yeke? Harap-harap betullah kata awak. Ni pertama kali saya mengalami masalah air macam ni kat blok saya.”

      Makanan tiba. Mereka berdua begitu berselera menjamah hidangan panas yang dipesan. Lupakan sejenak masalah air yang sedang dihadapi sambil berborak mengenai berbagai perkara. Sesudah makan malam, mereka terus pulang ke kolej kediaman. Sesampainya di kolej, mereka melihat ramai penghuni blok Kalui dan Kelah berpus-pusu menuju ke blok Jelawat untuk membersihkan diri..
      Di dalam bilik, setelah menunaikan solat Isyak, Nur Izzatul Hani melayari laman sosial facebook. Ketika itu barulah dia terperasankan notis mengenai gangguan bekalan air yang dikeluarkan oleh Syabas. UPM merupakan salah-satu tempat yang turut mengalami gangguan tersebut.

     Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Nur Izzatul Hani bergerak menuju ke blok Jelawat untuk membersihkan diri, mandi dan menunaikan solat Subuh. Sehingga sekarang masih belum terdapat tanda-tanda air akan pulih di bloknya. Bagi dirinya, keadaan ini amat menyusahkan. Nak mandi dan membersihkan diri, terpaksa pergi ke blok lain. Nak menunaikan solat pun, dia terpaksa menggunakan sebotol kecil air mineral yang disimpannya di dalam bilik.
      “Hani, awak dah mandi?” Tanya Nurul Afiqah Mastura sejurus menelefon Nur Izzatul Hani. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 9.
      “Saya dah mandi pagi tadi. Saya mandi di blok Jelawat. Kenapa Mas?” Tanya Nur Izzatul Hani kembali.
      “Saya nak mandi, tapi air di blok Jelawat pun dah habis.” Adu Nurul Afiqah Mastura.

      Situasi ini berlanjutan sehingga petang. Bukan di kolej kediaman Nur Izzatul Hani sahaja yang mengalami gangguan air, malah di kolej-kolej kediaman lain pun mengalami gangguan air yang sama. Pendek kata, 1 UPM tak ada air.
      Petang itu, ketika Nur Izzatul Hani hendak menunaikan solat Asar, dia menuju ke bilik air dengan membawa sebotol kecil air mineral untuk digunakannya mengambil air wuduk nanti. Ketika itu, dia terdengar perbualan beberapa orang penghuni bloknya mengatakan air sudah kembali ada di bloknya.
      Masuk sahaja ke bilik air, Nur Izzatul Hani cuba membuka pili air di sinki. Air keluar! Nur Izzatul Hani tersenyum. “Alhamdulillah”. Dia berasa lega apabila melihat air mengalir keluar dari pili air itu. Dan malam itu, keadaan air sudah semakin pulih di sekitar kolej kediamannya dan mungkin juga di sekitar UPM.

      Disebabkan peristiwa ketiadaan air ini, Nur Izzatul Hani berfikir panjang, dan mula mengambil iktibarnya. Selama ini, air cuma dianggap sebagai sumber kegunaan harian seperti mandi, membasuh baju, mencuci dan sebagainya. Kadang-kadang manusia terlupa bahawa air ini juga merupakan salah satu nikmat dari Allah yang perlu disyukuri. Sekejap sahaja Allah Tarik nikmat air itu, dalam lebih kurang 24 jam sahaja, tetapi seluruh kolej kediaman Nur Izzatul Hani dan mungkin juga seluruh UPM mula menjadi kecoh, gelisah, terasa kesusahannya bila tiada air.

      Manusia lebih gemar mencari nikmat lain seperti nikmat kecantikan, kekayaan, jodoh dan sebagainya tetapi lupa nikmat yang Allah bagi secara automatik. Mungkin bekalan air itu dianggap sebagai nikmat yang remeh-temeh sahaja selama ini, tetapi bila Allah tarik sekejap nikmat itu, terasa kesusahannya, terasa tak lengkap hidup. Jadi syukurilah segala nikmat yang Allah bagi pada kita, dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.





Thursday, 19 March 2015

Tidur Selepas Subuh

Assalamualaikum…
Apa khabar awak semua? sihat? Alhamdulillah, semoga awak semua dalam keadaan yang baik-baik belaka ya..
Kali ni saya nak share sikit pasal tidur selepas subuh…
Jujur cakap, kalau dulu, selalu jugalah saya tidur selepas subuh ni… Lagi2 kalau kuliah lewat…
Tapi, Alhamdulillah, sekarang ni, saya dah kurangkan tidur selepas subuh…
Jujur cakap, bila saya tak tidur lepas subuh, hari-hari saya jadi macam sedikit produktif… rasa macam banyak rezeki yang masuk… Alhamdulillah…
Baru-baru ni, bila melayari laman sosial facebook, saya terjumpa 1 artikel ini di page “Tepuk Dada Tanya Iman”. Berkaitan dengan tidur selepas subuh… Harap awak sudi lah ye meluangkan masa untuk membaca sekejap… :)




Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh. Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yg baik. Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni. 

Diberi peluang, aku terus bertanya. "ustaz,macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"

Dia menjawabkan,"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".

Ohhh,"jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?"

“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?” Dia mengatakan lagi.

Aku bisik dalam hati, "ada byk mazhab ke dia ni?"

“Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.”

"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku"

"maaf ustaz". Aku ckp dekat dia,"dua dua mazhab lah ustaz".

Dia kata, “kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.”

Aku nak menangis."Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yg aku tau, orang yg mcm ni dia jatuh KUFUR!"

Aku senyap. "kenapa ustaz?"

Dia menjawab, “orang yang mcm ni SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah! Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidurrr. Umpama mcm kalau kau seorang yg jutawan, bawa duit yg berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi ape yg dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata, dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong plak tu".

Aku tersentak.

Dia berkata lagi, "org yang tidur lepas subuh dan lepas tu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar. Orang mcm ni lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya org ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha."

Allahuakbar. Bila duduk dengan org yg setiap masa takutkan Allah, baru sedar mcm mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ni. Jauh beza nak banding amalan kita yg tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa. Allahhh. kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi, "orang yg riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yg sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?"




Allahuakbar.. Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi, "ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sbb tak cukup tidur malam tadi sbb main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"

"Allah dah kata dlm Al-quran siang aku jadikan utk kau bekerja, malam utk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sbb itulah hidup kau tunggang langgang. Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?"

Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yg takut dengan Allah. Orang yg dekat dengan Allah. Hidup mmg kena pandu Al-quran dan hadis. Tapi, carilah orang yg boleh memperjelaskan lagi ape yg ada dlm al quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari org itu org ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada org bawa Al-quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Idris al Marbawi pun ada menukilkan dlm bahrul madzi, dia mengatakan siapa yg melakukan sesuatu yg sia-sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram.

Jangan memandang haram itu seperti biasa. Umpamakanlah malam yg haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir. Seperti engkau meminum arak. Barulah rasa haramnya itu.

Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tengok kesalahan.

Tapi bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari orang yg soleh, ulama', auliya', Ahlullah. Baru kita tau perbuatan kita dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya byk mendatangkan murka Allah. Kita sendiri tau antara org yg Allah tak berckp dgn mereka di akhirat adalah org yg miskin tapi sombong tak bersyukur. Kita ni miskin, miskin amalan. Janganlah kita sombong depan Allah.

Nabi dah kata: Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.

Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah. Takutlah Allah. Jagalah adab dengan Allah. Jadilah org yg tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia.

Semoga dgn Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita ini menghargai org lain. Prihatin antara satu sama lain. Bukannya memandang diri sendiri mulia dengan amalan yg kita rasa seperti lebih baik berbanding org lain. Sebab itulah punca hati ini su'zon. Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakkn dari dzon itu adalah sangka buruk.

Ulama' sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap seseorang itu. Nampak tak disitu betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum menghukum org lain. Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan sbb itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan org lain.

Sedikit perkongsian. Semoga boleh menjadi resepi utk tidak tidur lepas subuh.


Semoga bermanfaat utk kita semua..


Monday, 2 March 2015

Bila ini sujud terakhirku

Program :- Bengkel Smart Solat (kursus Tahsin [memperbaiki] solat)
Tajuk :- Bila ini sujud terakhirku
Penceramah :- Ustaz Khairul Amin


Slot 1 :- Pengenalan



- Untuk mencapai kepuasan (kejayaan) kena ada 2 perkara;
i) hidayah à petunjuk dari Allah S.W.T
ii) taufik à Allah beri kekuatan untuk beramal kepada hidayah
- Untuk menjadi hamba Allah yang sempurna didunia dan diakhirat, mestilah menunaikan solat.
- Najah à Perbuatan yang membawa maksud kejayaan dunia je.
- Falah à Perbuatan yang membawa maksud kejayaan dunia dan akhirat.
- Berjaya dunia dan akhirat, asasnya jaga solat.
- 3 prinsip solat :-
i) Besarkan Allah dalam hati dan kenal/hadirkan Allah (dalam lafaz Allahuakbar)
- Buat ulang-ulang kali pun tak ape. Benda yang mengulang, boleh membuang lalai, menanggalkan dosa & memberi focus dalam ibadah.
- Barangsiapa yang gagal membentuk hati, maka dia gagal membentuk peribadi.
ii) Lafaz kalimah Syahadah (buat ikhlas kerana Allah)
iii) Solat mengikut Sunnah Rasul
- “Solatlah kamu sebaibana kamu melihat aku solat” (HR Bukhari)
- Pernah tak tanya soalan ini dalam diri?
i) Solat aku selama ini ikut siapa ye?
ii) Kenapa solat setiap orang berbeza?
iii) Pernahkah aku cari dalil-dalil tentang solat?
iv) Bagaimana nak perbaiki solat aku selama ini?
- Kita duduk di dunia ini untuk menjadi hamba Allah.
- Belajar dan terus belajar.. Walau salah pun, terus belajar lagi.
- Siapa yang belajar, mengingati Allah, hatinya tenang.
- Nak jadi baik, kena tengok banyak kebaikan orang.
- Untuk membuah amal, kena bentuk hati.


 



Sesi soal jawab slot 1 :-
1) Kita tahu ada 4 mazhab yang dipegang di seluruh dunia ini, iaitu Mazhab Syafie, Hanbali, Hanafi, dan Maliki. Adakah keempat-empat mazhab tersebut, bila solat mengikut Sunnah Rasul, sebab ada certain cara berbeza sedikit di antara keempatnya.
- 4 Mazhab ini mengambil hadis-hadis yang sahih.
- Kenapa ada beza, sebab riwayat sahabat yang pelbagai.
- Menyebabkan riwayat dan kaedah itu pelbagai.
- Kepelbagaian itu sebab riwayat sahabat-sahabat yang pelbagi nampak Nabi solat mengikut pandangan mereka.
- Nabi juga solat dengan cara yang berbaza di tempat yang berbeza. Contoh, mungkin di tempat A, Nabi solat dengan meletakkan tangan di perutnya, tapi di tempat B, Nabi meluruskan tangannya ke bawah sahaja, mengikut kesesuaian tempat tersebut.


2) Kenapa ada perbezaan mazhab?
- Jawapan dan huraiannya sama seperti di soalan pertama.


3) Nyatakan cara nasihat yang betul untuk menasihati orang untuk soalat awal waktu.
- Sebelum nak bentuk orang, bentuk diri sendiri dulu.
- Dakwah dan nasihat tu bukan untuk dia berubah, sebab berubah itu tugas Allah.
- Buat pada batas hak kita sahaja.


4) Bila baca doa qunut semasa solat subuh, perlu diaminkan tak?
- Lepas baca doa qunut, jangan lap ke muka, sebab dah melebihi kadar pergerakan.


5) Boleh ke baca doa dengan kadar pendek dan segera sebab nak cepat ke kuliah?
- Kalau ada emergency peringkat mudarat, dengan yakin tak sempat solat, boleh qadak.
- Tapi kalau andaikat dah lewat & nak cepat ke kuliah (tiada sebab mudarat), ambil yang wajib sahaja. Contoh hanya baca al-Fatihah di setiap rakaat, rukuk, iktidal & sujud, baca subhanallah sekali hanya untuk mengambil syarat Tama’ninah.



Slot 2 :- Wudhu’



- Rukun wudhu’
i) Niat
ii) Muka
iii) Tangan
iv) Kepala
v) Kaki
vi) Tertib
- Sunnah ambil wudhu’ dengan air paling sikit.
- Pastikan air mutlak.
- Makruh tempat ambil wudhu’ sekali dengan tandas. (kita berwudhu’ untuk bersuci, tetapi tandas adalah tempat yang kotor)
- Mulakan dengan baca Basmallah
- Mulakan wudhu’ dengan basuh tangan
- Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kuku.
- Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib
- Berkumur, makhur sembur sebelah kanan, sunat sembur sebelah kiri atau depan.
- Basuh hidung, sedut air sikit masuk hidung.
- Berniat (ada lintasan perasaan)
~~ Mazhab Syafie ajar lafaz niat untuk jaga niat dalam hati.
~~ Memperbaharui niat dengan lafaz
- Basuh muka
~~ Pastikan kena semua bahagian wajib muka
- Membasuh tangan ke siku
~~ Sunnah lebihkan sikit dari siku, takut-takut tak mencapai tahap kawasan wajib
- Basuh sebahagian kepala.
- Telinga (kadar dari bawah ke atas)
- Sunnah basuh tengkuk
~~ Banyak basuh tengkuk, sebab tengkuk tempat syaitan berlonggok
- Basuh kaki (buku lali, tumit, tapak kaki
- Allah nak tengok fardu, tapi sunah banyak tolong fardu.
- Lepas wudhu’, jangan banyak merenjis
- Jangan lap air wudhu’ sampai kering.
- Sentiasa jaga wudhu’ adar Allah jaga kita.
- Perkara membatalkan wudhu’ :-
i) keluar sesuatu dari kemaluan
ii) Tidur yang tidak tetap tempat duduk
iii) Hilang akal kerana mabuk atau sakit
iv) Bersentuhan lelaki dan wanita yang bukan mahram
v) Menyentuh kemaluan dengan 2 tapak
vi) Murtad




Slot 3 :- Solat



- Syarat sah solat :-
i) Beragama Islam
ii) Baligh
iii) Suci dari hadas
iv) Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat
v) Menutup aurat
vi) Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan
vii) Menghadap kearah kiblat
viii) Mengetahui mana yang termasuk rukun & mana yang sunat
- Cuba pujuk hati untuk solat di rumah Allah, berjemaah
- Niat nak solat (lintasan hati. Untuk menguatkan niat, lafazkan)
- Takbir (sebut Allahuakbar yang wajib)
~~ Kadar sebutan didengari telinga
~~ Jangan ganggu Jemaah lain
~~ Takbiratulihram (Haram mengingati selain Allah)
- Sunat baca iftitah
- Baca al-Fatihah (perbaiki bacaan al-Fatihah)
~~ Kalau sakit, banyakkan baca al-Fatihah
~~ Baca putus-putus satu ayat. Jangan gopoh, akan dapat ketenangan
- Sunat baca surah (al-Baqarah ke bawah, jangan An-Nas ke atas)
- Berdiri dengan betul
- Rukuk (lebih kurang 90 darjah)
~~ Simbolik patuh pada Allah
~~ Perempuan diwajibkan kepit
~~ Lelaki diwajibkan kembang
- Sunat solat, kaki & semua anggota  menghadap kiblat
- Iktidal
- Sujud
~~ Simbolik mengabdikan diri pada Allah
~~ Buang riak, ego, sombong, malas ibadah
- Duduk antara dua sujud
~~ ibu jari dilipatkan
~~ Sama dengan cara duduk tahiyat awal
- Tahiyat
~~ Lafaz ‘laaillahaillallah’ à jari telunjuk ditegakkan

~~ Lafaz ‘waasyhaduhannamuhammadarrasulullah’ à jari hantu dibulatkan







Wallahualam...
Maaf andai ada yang tersilap.. :)

Saturday, 28 February 2015

Cinta High Class

Tajuk :- Forum Cinta High Class
Tarikh :- 21/11/2014
Tempat :- Kolej Kelima, UPM
Panel jemputan :- 1) Ustazah Fatimah Syarha
                  2) Dr. Farhan Hadi




Isi Forum :-
1. Bagaimanakah cara untuk kita semaikan kedalam diri para mahasiswa/siswi untuk sentiasa beringat dan bersabar dalam mendapatkan cinta yang high class? Seperti yang kita sedia maklum di dalam dunia yang moden ini terlalu banyak godaan dan cabaran di luar sana. (Ustazah Fatimah Syarha) 
- Cinta ni ibarat keindahan alam sekitar.
- Bila ada kerosakan, alam akan musnah.
- Cek cuaca dalam cinta, adakah menghampiri bencana, atau kita nampak macam ada nikmat, tapi rupanya musibah lebih banyak.
- Cinta itu ada lebih 50 istilah.
- Tapi dalam banyak-banyak istilah ini, cinta terbahagi kepada 3 kategori, iaitu;
i) Pedang yang tajam
ii) Arak yang memabukkan
iii) Bencana besar
- Apa saja yang berlaku dalam hidup kita adalah ujian, termasuklah cinta.
- Setiap diri bertanggungjawab dengan diri sendiri.
- “Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini kepada beberapa golongan; di antaranya ada orang yang soleh dan diantaranya ada yang tidak sedemikian. Dan Kami uji mereka dengan nikmat yang baik dan bencana yang buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran” (Al-A’raf; 168)
- “Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar dan mohonlah keampunan untuk dosamu dan bertasbihlah serta memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi.” (Al-Ghafir; 55)
- Sabar, sesungguhnya janji Allah itu benar.
- Bila kita jatuh cinta, biar ia jadi pahala.


2. Mungkin ada di kalangan mahasiswa/siswi kita yang hadir pada hari ini sedang di lamun cinta. Jadi bagaimana untuk kita menasihatkan mereka untuk mengelola perasaan cinta dan kasih sayang ini sebaiknya terhadap pasangan mereka? (Dr Farhan Hadi)
- Kepentingan pengurusan cinta yang baik :-
i) Menjamin kebahagiaan rumah tangga
ii) Dapat melahirkan satu generasi yang hebat
iii) Hidup dalam keadaan Redha pada Allah
- Cinta ini 1 benda fitrah yang akan dirasai semua orang
- Tidak salah jatuh cinta, tapi salah atau betul itu bergantung pada tindakan kita.
- Cara-cara yang perlu dilakukan bila suka pada seseorang :-
i) mujahadah à tahan dahulu, sabar dahulu
ii) banyakkan bersukan
iii) baca zikir “la hawlawala quataillah billah” banyak kali.


3. Mungkin terdapat segelintir dari kalangan remaja hari ini yang menghantar sms tazkirah, call tolong kejutkan subuh, mengambil berat ketika sakit dan sebagainya ibarat membawa hubungan mereka ke arah positif, akan tetapi sebenarnya mereka tidak sedar perkara seperti itulah yang akan membawa mereka ke peringkat seterusnya. Apakah pandangan dan nasihat ustazah? (Ustazah Fatimah Syarha)
- Perasaan nak disayangi dan menyayangi itu fitrah.
- Kenal dengan jalan-jalan menghampiri pernikahan.
- Jangan berkenalan mengarah kepada zina.
- Kenal bertahun-tahun sekalipun, kita akan cuma kenal lakonannya.
- Perkenalan sesungguhnya adalah selepas nikah.


4. adakalanya kita mendengar ungkapan seperti “kalau bercinta lepas kahwin, macam mana kalau lelaki itu bukan di kalangan orang baik-baik. Jadi lebih baik berkenalan terlebih dahulu sebelum berkahwin”. Bila tiba-tiba hubungan terputus tengah jalan & membuatkan kita rasa kecewa, bagaimana cara untuk mengatasinya? (Dr Farhan Hadi)
- Apabila kita sentiasa memikirkan hikmah, kita takkan rasa kecewa.
- Mungkin Allah nak tunjukkan jalan yang lain (bila ditolak)
- Suatu hari nanti, mungkin kita akan jumpa dengan seseorang yang lebih sesuai dengan kita.
- Baiki diri kita dulu.
- Mungkin masih ada sifat-sifat sebaik dalam diri kita.
- Fikirkan hikmah
- Kena bersangka baik pada Allah.





 



Sesi soal jawab :-
1. Apa ciri-ciri lelaki yang betul-betul suka dan nak kat kita bukan kerana rupa, tapi kerana akhlak? (Dr. Farhan Hadi)
- kalau dia betul-betul ikhlas, dia akan berjumpa ibu bapa kita dulu.


2. Kita tahu perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. Tapi bagaimana pula dengan kisah Nabi Nuh? Nabi Nuh adalah seorang nabi utusan Allah tetapi isterinya menderhaka pada Allah. (Ustazah Fatimah Syarha)
- Kebiasaannya yang baik untuk yang baik.
- Kalau kita minat pada kebaikan, insya-Allah dapat pasangan yang minat kebaikan juga.
- Mulia dan hina diri kita tak bergantung pada pasangan kita.
- Jaga diri kita sendiri terlebih dahulu.


3. Sedikit penjelasan berkenaan istikharah. (Dr Farhan Hadi)
- Sangat digalakkan untuk mencari pasangan yang baik.
- Pasangan kita cuma faktor luaran sahaja.
- Yang penting diri kita sendiri sebenarnya.
- Faktor dalaman lebih penting.
- Istikharah adalah petanda.
- Tetapi tidak semestinya mimpi.
- Petanda paling penting,
i) Diberi kelapangan hati kita dengan pilihan kita
ii) Dimudahkan urusan
iii) mimpi itu cuma bonus
- Istikharah bukan untuk pilih jodoh je, tapi untuk semua urusan kita.
- Lepas solat dhuha, buat istikharah supaya dapat bimbingan dari Allah.


4. Pada pandangan ustaz, seorang lelaki yang biasa, tapi ingin mengahwini seorang wanita yang tinggi keturunannya, contohnya Syarifah, boleh ke tak? (Dr Farhan Hadi)
- Ada golongan Syed & Syarifah yang tegas terhadap perkara ini kerana berfikir mereka dari keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
- Bukan nama atau keturunan yang penting, tapi paling penting keimanan yang baik.
- Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa.
- Nak berkahwin tu, kalau boleh, carilah pasangan yang dekat jurang sosial.
- Sebab takut-takut jika ada jurang, boleh menghambat kebahagiaan.
- Tengok faktor agama, lepas tu faktor keturunan.


5. Wali dah setuju, tetapi perempuan itu tak sedia lagi. Bagaimana ye? (Dr Farhan Hadi)
- Perempuan itu tak bersedia mungkin sebab ada faktor lain, contohnya dah ada orang lain.
- Hal perkahwinan tak boleh dipaksa.
- Kalau tak sedia, tunggu dulu
- Takut-takut kalau kahwin juga, rumah tangga tak bahagia.
- Soal hati tak boleh dipujuk tak boleh dipaksa.


6. Apa yang dimaksudkan dengan perkenalan kearah berzina sebenarnya? (Ustazah Fatimah Syarha)
- Siapa yang tergesa-gesa nak cepat, dia ditakdirkan tak dapat benda tu.
- Perasaan-perasaan nak dilayan, dibelai tu, biar lepas nikah.
- Biar dibaja lepas nikah.
- Kalau dibaja sebelum nikah, buat rasa nak nikah cepat-cepat.
- Ciri-ciri orang yang dapat syurga Firdaus (terdapat dalam surah mukminun)
i) Khusyuk dalam solat
ii) Jangan buat perkara yang tidak berfaedah
- Tundukkan pandangan à Kalau berurusan dibolehkan tapi kurangkan
iii) Tunaikan zakat (penyucian) hati

iv) Menjaga faraj (jangan dekati jalan-jalan zina)