Assalamualaikum w.b.t
Kegembiraan. Kebahagiaan.
1 perkataan, tetapi saya percaya, itulah perkara yang diingini oleh semua orang, tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, kaya mahupun miskin, kan?
haa, jom-jom, saya kongsikan tips untuk bergembira yang saya jumpa entah tahun bila, entah kat mana (tak ingat dah,, huhu..)
Jangan
ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos mahupun guru
dan pensyarah. Perasaan benci itu merosakkan niat dan keikhlasan anda. Ibarat
'api dalam sekam', yang akan membangkitkan pergaduhan.
Jangan
terlalu bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada
dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian.
Don't worry be happy!!
Hidup
secara sederhana adalah tuntutan agama Islam. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan.
Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna, dan tidak popular
tetapi sekurang-kurangnya kamu mempunyai ketenangan di hati.
Jangan
terlalu mengharap. Kadang-kadang pengahrapan itu akan mengecewakan anda.
Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlalu
mengharap yang besar dan yang tak mungkin akan menjadi milik kamu.
Sentiasa
bersabar dengan apa jua kerenah dan kelakuan orang di sekeliling kita. Sikap
sabar dapat menenangkan jiwa dan hati kita. Sabar juga dapat mendidik kita
untuk terus tekun menjalani hari-hari dalam kehidupan yang kita lalui.
Kredit kepada penulis asal (walaupun tak tahu sapa), terima kasih kerana kongsikan tips yang Allah ilhamkan kepada kamu ini. Semoga Allah merahmati kamu di mana sahaja kamu berada. =)
No comments:
Post a Comment