Friday, 24 July 2015

Kisah kesihatan yang memberi keinsafan

Hari ini saya belajar 1 perkara.
Perkara yang memberi sedikit kesedaran pada saya.
Tentang kesihatan diri,
Tentang dugaan penyakit dan kesihatan yang kita alami.

Selama ini, bila saya demam, selsema, atau pening kepala,
Saya mudah mengeluh,
“Hurm.., sakitnya kepala”
“ish, selsema! Gatalnya…”
Rungutan demi rungutan saya ungkapkan.

Kadang-kadang, kesakitan paling teruk yang saya alami, iaitu keracunan makanan,
Masa tu mesti terguling-guling tahan sakit perut,
Beribu kali keluar masuk toilet,
Sampai muntah-muntah,
Dengan linangan air mata, pasti saya berdoa, “Ya Allah, sembuhkanlah sakitku ini, aku dah tak tertahan menanggungnya”
Padahal baru 30 minit sakit-sakit tu.

Dan hari ini,
Di tempat praktikal saya,
Semasa berborak dengan salah seorang pekerja Chinese (perempuan),
Saya tersedar satu perkara,
Kalau kita rasa tak tertahan dengan ujian kesakitan yang kita hadapi, fikirkanlah, mungkin ada orang lain yang jauh lebih sakit daripada kita.

Kisahnya bermula dengan dia nak tempeh jahit skirt kat mak saya je,
Tapi makin lama, makin panjang pulak ceritanya.
Katanya dia susah nak cari skirt di kedai-kedai pakaian sebab dia memerlukan skirt yang besar, kerana pinggang dia besar hasil disebabkan beberapa series pembedahan yang dialaminya dulu.

Yang saya pulak, mulut ni gatallah pulak nak bertanya,
“U buat operation dulu, U sakit ke?”

Dia pun memulakan cerita,
Kisahnya bermula bila dia mengandungkan anak keduanya,
Dan ketika dia nak melahirkan anaknya itu, dia terpaksa melahirkan dengan kaedah caeseran. (maksudnya kene bedahlah)
Katanya ketika bedah tu, doctor ikat dia punya fallopian tube.
Lepas tu, beberapa hari selepas itu, ketika dia bangun tidur waktu pagi, dia lihat ada darah di seluruh pinggangnya.
Cepat-cepat dia pergi hospital.
& dia dibedah sekali lagi sebab ada masalah dengan jahitan & ikatan fallopian tubenya.
Jadi ketika itu doctor tebuk lubang sikit pada bawah pinggangnya untuk memudahkan darah dan cecair seperti nanah keluar.
Selama 6 bulan dia berkeadaan macam tu,
Katanya perut dia masa tu pun dah macam orang tengah pregnant.

Then, 3 years after that,
Sekali lagi dia buat operation,
Sebab pada kedua-dua fallopian tube dia semacam ada ketumbuhan di situ,
Jadi, buat operation lagi.

Setahun kemudian,
Terdapat lagi masalah dengan abdomen dia,
Focus pada Rahim dia,
Jadi, ketika pembedahan itu, dia ambil keputusan supaya doctor buangkan saja Rahim dia,
Sebab dia dah tak tahan tanggung sakit + banyak kali kena buat operation.
Dah sekali operation, bukannya terus baik, memakan masa berbulan-bulan juga untuk sembuh dari operation tu.

& katanya sekarang,
Walaupun dah 10 tahun perkara tersebut berlalu,
Sekarang ni, bekas jahitan dia masih terasa gatal-gatal dan tidak selesa, tambah lagi bila dia memakai pakaian yang ketat di bahagian pinggang.
Seluar & skirt pun dia terpaksa pakai jenis besar, untuk elakkan terkena bekas jahitan dia tu.

Semasa dengar cerita dia,
Saya yang mulanya khusyuk mendengar, terus speechless.
Lepas dia habis bercerita, saya pun senyap,
Tak tahu nak cakap apa, nak bagi respon apa.
Speechless.
Terfikir, kalau berlaku pada diri saya, kuatkah saya menempuhinya?

First of all, kesian.
Ya kesian pada dia.
Iyalah, rahim kan merupakan satu anggota badan anugerah terbesar dari Allah untuk insan bernama perempuan.
Tetapi dia terpaksa buang rahim dia atas sebab kesihatan.

Saya rasa,
Ya Allah, lemahnya saya,
Setakat demam sikit, pening kepala sikit, saya dah merungut dah.
Sedangkan ramai lagi orang lain,
Menanggung kesakitan yang jauh lebih hebat dari saya.

Insaf,
Sangat insaf.
Itu yang saya rasakan.
Hurm…,
Bila Allah nak tarik nikmat kesihatan yang ada pada diri kita,
Kun fayakun,
Sekejap sahaja Dia tarik, & meranalah kita…

Moralnya di sini, jagalah kesihatan kita dengan baik.
Mungkin kita selalu lupa untuk bersyukur atas nikmat Allah yang 1 ini.

Wallahualam…

No comments:

Post a Comment