Program
:- Bengkel Smart Solat (kursus Tahsin [memperbaiki] solat)
Tajuk
:- Bila ini sujud terakhirku
Penceramah
:- Ustaz Khairul Amin
Slot 1
:- Pengenalan
- Untuk
mencapai kepuasan (kejayaan) kena ada 2 perkara;
i) hidayah
à petunjuk dari Allah S.W.T
ii)
taufik à Allah beri kekuatan untuk beramal kepada hidayah
- Untuk
menjadi hamba Allah yang sempurna didunia dan diakhirat, mestilah menunaikan
solat.
- Najah
à Perbuatan yang membawa maksud kejayaan dunia je.
- Falah
à Perbuatan yang membawa maksud kejayaan dunia dan
akhirat.
-
Berjaya dunia dan akhirat, asasnya jaga solat.
- 3
prinsip solat :-
i)
Besarkan Allah dalam hati dan kenal/hadirkan Allah (dalam lafaz Allahuakbar)
- Buat
ulang-ulang kali pun tak ape. Benda yang mengulang, boleh membuang lalai,
menanggalkan dosa & memberi focus dalam ibadah.
-
Barangsiapa yang gagal membentuk hati, maka dia gagal membentuk peribadi.
ii)
Lafaz kalimah Syahadah (buat ikhlas kerana Allah)
iii)
Solat mengikut Sunnah Rasul
-
“Solatlah kamu sebaibana kamu melihat aku solat” (HR Bukhari)
-
Pernah tak tanya soalan ini dalam diri?
i)
Solat aku selama ini ikut siapa ye?
ii)
Kenapa solat setiap orang berbeza?
iii)
Pernahkah aku cari dalil-dalil tentang solat?
iv)
Bagaimana nak perbaiki solat aku selama ini?
- Kita
duduk di dunia ini untuk menjadi hamba Allah.
-
Belajar dan terus belajar.. Walau salah pun, terus belajar lagi.
- Siapa
yang belajar, mengingati Allah, hatinya tenang.
- Nak
jadi baik, kena tengok banyak kebaikan orang.
- Untuk
membuah amal, kena bentuk hati.
Sesi
soal jawab slot 1 :-
1) Kita
tahu ada 4 mazhab yang dipegang di seluruh dunia ini, iaitu Mazhab Syafie,
Hanbali, Hanafi, dan Maliki. Adakah keempat-empat mazhab tersebut, bila solat
mengikut Sunnah Rasul, sebab ada certain cara berbeza sedikit di antara
keempatnya.
- 4
Mazhab ini mengambil hadis-hadis yang sahih.
-
Kenapa ada beza, sebab riwayat sahabat yang pelbagai.
-
Menyebabkan riwayat dan kaedah itu pelbagai.
-
Kepelbagaian itu sebab riwayat sahabat-sahabat yang pelbagi nampak Nabi solat
mengikut pandangan mereka.
- Nabi
juga solat dengan cara yang berbaza di tempat yang berbeza. Contoh, mungkin di
tempat A, Nabi solat dengan meletakkan tangan di perutnya, tapi di tempat B,
Nabi meluruskan tangannya ke bawah sahaja, mengikut kesesuaian tempat tersebut.
2)
Kenapa ada perbezaan mazhab?
-
Jawapan dan huraiannya sama seperti di soalan pertama.
3)
Nyatakan cara nasihat yang betul untuk menasihati orang untuk soalat awal
waktu.
-
Sebelum nak bentuk orang, bentuk diri sendiri dulu.
-
Dakwah dan nasihat tu bukan untuk dia berubah, sebab berubah itu tugas Allah.
- Buat
pada batas hak kita sahaja.
4) Bila
baca doa qunut semasa solat subuh, perlu diaminkan tak?
- Lepas
baca doa qunut, jangan lap ke muka, sebab dah melebihi kadar pergerakan.
5)
Boleh ke baca doa dengan kadar pendek dan segera sebab nak cepat ke kuliah?
- Kalau
ada emergency peringkat mudarat, dengan yakin tak sempat solat, boleh qadak.
- Tapi
kalau andaikat dah lewat & nak cepat ke kuliah (tiada sebab mudarat), ambil
yang wajib sahaja. Contoh hanya baca al-Fatihah di setiap rakaat, rukuk,
iktidal & sujud, baca subhanallah sekali hanya untuk mengambil syarat Tama’ninah.
Slot 2
:- Wudhu’
- Rukun
wudhu’
i) Niat
ii)
Muka
iii)
Tangan
iv)
Kepala
v) Kaki
vi)
Tertib
-
Sunnah ambil wudhu’ dengan air paling sikit.
-
Pastikan air mutlak.
-
Makruh tempat ambil wudhu’ sekali dengan tandas. (kita berwudhu’ untuk bersuci,
tetapi tandas adalah tempat yang kotor)
-
Mulakan dengan baca Basmallah
-
Mulakan wudhu’ dengan basuh tangan
-
Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kuku.
-
Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib
-
Berkumur, makhur sembur sebelah kanan, sunat sembur sebelah kiri atau depan.
- Basuh
hidung, sedut air sikit masuk hidung.
-
Berniat (ada lintasan perasaan)
~~
Mazhab Syafie ajar lafaz niat untuk jaga niat dalam hati.
~~
Memperbaharui niat dengan lafaz
- Basuh
muka
~~
Pastikan kena semua bahagian wajib muka
-
Membasuh tangan ke siku
~~
Sunnah lebihkan sikit dari siku, takut-takut tak mencapai tahap kawasan wajib
- Basuh
sebahagian kepala.
-
Telinga (kadar dari bawah ke atas)
-
Sunnah basuh tengkuk
~~
Banyak basuh tengkuk, sebab tengkuk tempat syaitan berlonggok
- Basuh
kaki (buku lali, tumit, tapak kaki
- Allah
nak tengok fardu, tapi sunah banyak tolong fardu.
- Lepas
wudhu’, jangan banyak merenjis
-
Jangan lap air wudhu’ sampai kering.
-
Sentiasa jaga wudhu’ adar Allah jaga kita.
-
Perkara membatalkan wudhu’ :-
i)
keluar sesuatu dari kemaluan
ii)
Tidur yang tidak tetap tempat duduk
iii)
Hilang akal kerana mabuk atau sakit
iv)
Bersentuhan lelaki dan wanita yang bukan mahram
v)
Menyentuh kemaluan dengan 2 tapak
vi)
Murtad
Slot 3
:- Solat
-
Syarat sah solat :-
i)
Beragama Islam
ii)
Baligh
iii)
Suci dari hadas
iv)
Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat
v)
Menutup aurat
vi)
Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan
vii)
Menghadap kearah kiblat
viii)
Mengetahui mana yang termasuk rukun & mana yang sunat
- Cuba
pujuk hati untuk solat di rumah Allah, berjemaah
- Niat
nak solat (lintasan hati. Untuk menguatkan niat, lafazkan)
-
Takbir (sebut Allahuakbar yang wajib)
~~
Kadar sebutan didengari telinga
~~
Jangan ganggu Jemaah lain
~~
Takbiratulihram (Haram mengingati selain Allah)
- Sunat
baca iftitah
- Baca
al-Fatihah (perbaiki bacaan al-Fatihah)
~~
Kalau sakit, banyakkan baca al-Fatihah
~~ Baca
putus-putus satu ayat. Jangan gopoh, akan dapat ketenangan
- Sunat
baca surah (al-Baqarah ke bawah, jangan An-Nas ke atas)
-
Berdiri dengan betul
- Rukuk
(lebih kurang 90 darjah)
~~
Simbolik patuh pada Allah
~~
Perempuan diwajibkan kepit
~~
Lelaki diwajibkan kembang
- Sunat
solat, kaki & semua anggota
menghadap kiblat
-
Iktidal
- Sujud
~~
Simbolik mengabdikan diri pada Allah
~~
Buang riak, ego, sombong, malas ibadah
- Duduk
antara dua sujud
~~ ibu jari
dilipatkan
~~ Sama
dengan cara duduk tahiyat awal
-
Tahiyat
~~
Lafaz ‘laaillahaillallah’ à jari telunjuk ditegakkan
~~
Lafaz ‘waasyhaduhannamuhammadarrasulullah’ à jari hantu dibulatkan
Wallahualam...
Maaf andai ada yang tersilap.. :)
No comments:
Post a Comment