Assalamualaikum…
Apa khabar awak semua? sihat? Alhamdulillah, semoga awak semua dalam keadaan yang baik-baik belaka ya..
Kali ni
saya nak share sikit pasal tidur selepas subuh…
Jujur
cakap, kalau dulu, selalu jugalah saya tidur selepas subuh ni… Lagi2 kalau
kuliah lewat…
Tapi, Alhamdulillah,
sekarang ni, saya dah kurangkan tidur selepas subuh…
Jujur
cakap, bila saya tak tidur lepas subuh, hari-hari saya jadi macam sedikit
produktif… rasa macam banyak rezeki yang masuk… Alhamdulillah…
Baru-baru
ni, bila melayari laman sosial facebook, saya terjumpa 1 artikel ini di page “Tepuk
Dada Tanya Iman”. Berkaitan dengan tidur selepas subuh… Harap awak sudi lah ye
meluangkan masa untuk membaca sekejap… :)
Sebelum
ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh. Hatinya itu terlekatnya ilmu
basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat
dengannya, hati-hati. Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan
perkara yg baik. Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali
berdepan dengan beliau ni.
Diberi peluang, aku terus bertanya. "ustaz,macam
mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"
Dia
menjawabkan,"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".
Ohhh,"jadi
ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?"
“Kau
nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?” Dia mengatakan lagi.
Aku
bisik dalam hati, "ada byk mazhab ke dia ni?"
“Jangan
kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.”
"Astaghfirullah,
dia membaca lintasan hati aku"
"maaf
ustaz". Aku ckp dekat dia,"dua dua mazhab lah ustaz".
Dia
kata, “kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau
teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.”
Aku nak
menangis."Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yg aku tau, orang
yg mcm ni dia jatuh KUFUR!"
Aku
senyap. "kenapa ustaz?"
Dia
menjawab, “orang yang mcm ni SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah! Dia
menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu
menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia
boleh tidurrr. Umpama mcm kalau kau seorang yg jutawan, bawa duit yg berjuta
juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi ape yg
dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung
duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan
kata, dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong plak tu".
Aku
tersentak.
Dia
berkata lagi, "org yang tidur lepas subuh dan lepas tu bangun, ada hati
lagi nak dhuha, Allahuakbar. Orang mcm ni lagi tak malu depan Allah. Tadi dia
tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya
manusia itu jahil. Sepatutnya org ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat
dhuha."
Allahuakbar.
Bila duduk dengan org yg setiap masa takutkan Allah, baru sedar mcm mana amalan
kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ni. Jauh beza nak banding
amalan kita yg tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa
byk dosa. Allahhh. kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan
dosa.
Dia
kata lagi, "orang yg riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yg
sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?"
Allahuakbar..
Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm nak ke neraka. Belum tanya
hal lain lagi.
Dia
kata lagi, "ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sbb tak cukup
tidur malam tadi sbb main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir
siang dan malam itu adalah sunnatullah?"
"Allah
dah kata dlm Al-quran siang aku jadikan utk kau bekerja, malam utk kau berehat.
Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sbb itulah hidup kau
tunggang langgang. Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?"
Allahuakbar,
jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yg takut dengan Allah. Orang yg dekat
dengan Allah. Hidup mmg kena pandu Al-quran dan hadis. Tapi, carilah orang yg
boleh memperjelaskan lagi ape yg ada dlm al quran dan hadis itu. Janganlah
asyik meminta dalil dari org itu org ini dan memproses dengan kepala sendiri.
Ada org bawa Al-quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya
dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Idris
al Marbawi pun ada menukilkan dlm bahrul madzi, dia mengatakan siapa yg
melakukan sesuatu yg sia-sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya,
maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram.
Jangan
memandang haram itu seperti biasa. Umpamakanlah malam yg haram itu seperti
engkau memakan daging Khinzir. Seperti engkau meminum arak. Barulah rasa
haramnya itu.
Pakar
motivasi kata, cerminlah diri sendiri tengok kesalahan.
Tapi
bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari orang yg soleh, ulama', auliya',
Ahlullah. Baru kita tau perbuatan kita dari bangun tidur, sehingga kita tidur
semula itu rupanya byk mendatangkan murka Allah. Kita sendiri tau antara org yg
Allah tak berckp dgn mereka di akhirat adalah org yg miskin tapi sombong tak
bersyukur. Kita ni miskin, miskin amalan. Janganlah kita sombong depan Allah.
Nabi
dah kata: Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
Jangan
rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah. Takutlah Allah. Jagalah
adab dengan Allah. Jadilah org yg tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita
akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia.
Semoga
dgn Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita
ini menghargai org lain. Prihatin antara satu sama lain. Bukannya memandang
diri sendiri mulia dengan amalan yg kita rasa seperti lebih baik berbanding org
lain. Sebab itulah punca hati ini su'zon. Allah dah kata, jangan lah kita
bersangka kerana kebanyakkn dari dzon itu adalah sangka buruk.
Ulama'
sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap
seseorang itu. Nampak tak disitu betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum
menghukum org lain. Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan
sbb itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan org
lain.
Sedikit
perkongsian. Semoga boleh menjadi resepi utk tidak tidur lepas subuh.
Semoga
bermanfaat utk kita semua..
No comments:
Post a Comment