Tuesday, 12 August 2014

First Love Story........

Assalamualaikum w.b.t..





Apa khabar semua? Sihat?
Nak tanya ni, sape pernah tengok cerita “First Love” dari Thailand? Hehehe
Ni nak berkongsi sikit lah tentang cerita tersebut.. Kita ambik pandangan dari sudut positif je ye..
Saya dapat cerita tersebut semasa saya melawat seorang teman baik saya (muslimah), dan dia tolong copy & masukkan cerita itu ke dalam laptop saya.

Sebenarnya, pertama kali tengok cerita itu, saya dah jatuh hati dah..
Kenapa? Sebab hero dia comel! Hahaha.. :p
Xadalah.. itu Cuma sebab sampingan je.. Tapi sebab utama kenapa saya suka tengok cerita tu, disebabkan jalan cerita dia yang menarik.
Walaupun cerita itu bukanlah cerita berbentuk cinta islamik, tetapi ada pengajaran secara islamik yang kita boleh ambil dari situ..
Baiklah, saya mula bercerita dulu sinopsisnya sedikit ya.. J
Begini…………………….,


 


Ada seorang pelajar sekolah menengah perempuan bernama Nam menyukai seorang senior di sekolahnya secara diam-diam yang bernama Shone. Shone ni boleh tahan comellah.. Memang ramai perempuan yang meminati dia. Boleh dikatakan dia selalu dapat hadiah dari perempuan & ramai perempuan cuba mengambil perhatian dia.. Tapi berbeza dengan Nam.. Nam ni seorang yang boleh dikatakan agak kurang cantik berbanding dengan pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Dia berwajah gelap & pendek, berbanding pelajar perempuan lain di sekolah itu yang putih, tinggi & berkacukan cina. Tapi walau macam mana pun, Nam tidak pernah berasa rendah diri dengan keadaan dirinya. Nam ada 3 orang kawan.. Cheer, Nim dan Gie.. Satu hari, Cheer menjumpai sebuah buku yang bertajuk, “9 recipe of love book”.. Dengan bantuan & sokongan dari Gie, Cheer & Nim, Nam Berjaya buat semua cara yang ada dalam buku itu.. Sampailah satu hari dia menyertai kelab drama sekolah dan memegang watak Snow White. Dalam drama itu pulak, Shone bertanggungjawab untuk menguruskan “prop” lakonan. Semenjak menjadi Snow White tu, wajah Nam sedikit sebanyak berubah menjadi cantik.. Ramai yang mula meminati Nam termasuklah bestfriend Shone, Top. Tapi bagi Nam, Shone tetap di hati.. hehehe.. Top meluahkan perasaan kepada Nam & meminta Nam menjadi kekasih dia.. Dalam terpaksa, Nam bersetuju sebab itu juga merupakan cara dia boleh dekat dengan Shone. Diorang melalui hari-hari dengan biasa, sampailah satu hari, Nam meminta untuk putus hubungan dengan Top, dengan alasan, dia menyintai orang lain.. Tibalah pada Hari Valentine terakhir diorang di sekolah, dengan sokongan rakan-rakannya Gie, Nim & Cheer, Nam mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan yang disimpannya terhadap Shone. Tapi menyedihkan, bila lepas dia meluahkan perasaan tu, rupa-rupanya Shone couple dengan rakan dia yang bernama Pin.

Secara kasarnya di sini, kita Nampak yang Shone macam xda hati je kat Nam kan.. Tapi sebenarnya tak.. Lepas Nam meluahkan perasaan & dapat tahu Shone couple dengan Pin tu, Shone pulang ke rumah.. Di rumah itu lah baru ditunjukkan, Shone membuka sebuah buku nota, di dalamnya penuh dengan gambar Nam & kenangan diorang. Tapi Shone tak dapat nak meluahkan semuanya pada Nam sebab dia kene pergi ke Bangkok, untuk menyertai kelab bola sepak yang terkenal di Bangkok.. & lepas tu, Nam juga menyambung pelajaran ke US dan menjadi pereka fesyen yang terkenal. 9 tahun berlalu, mereka dipertemukan semula dalam sebuah program bual bicara televisyen.. Terharunya, bila kedua-dua mereka rupanya masih setia menanti antara satu sama lain untuk berkahwin..




Macam mana? Sweet ending kan.. hehehe..
Dari cerita ni, apa yang saya dapat, take love in a positive way.. Kerana cinta, Nam berubah, berubah menjadi cantik, berubah menjadi pandai, (dari tempat ke-30 dalam kelas ke tempat pertama), berubah segala-galanya ke arah yang positif..

Pengajaran yang kedua, dari segi cinta islamiknya, mungkin seseorang itu memang ditakdirkan menjadi jodoh kita, tetapi kita dipertemukan dengan dia pada masa yang salah.. Jadi Allah pisahkan kita dengannya  buat sementara waktu untuk kita sama-sama memperbaiki diri, & bersatu dalam keadaan yang lebih bersedia.
Lihat sajalah kisah antara Shone & Nam, mereka menyintai Antara satu sama lain, tetapi ketika itu merupakan masa yang salah, & mereka terpisah, & last-last kembali bertemu dalam keadaan yang lebih bersedia & dengan ekonomi yang lebih kukuh..

Ya, masa perpisahan tu terjadi, memanglah sedih.. Saya akui tu.. Tapi Allah tak akan biar sesuatu itu terjadi tanpa memberi hikmahnya kan?
Dalam cerita tu juga, ada sebuah lagu yang turut dimainkan, & juga buat hati saya rasa tersentuh. Lagu Thailand, tapi ade translation English..

I don’t understand
Why it must be you
To be the one in my heart
I have met many people
But it must be you eventually
Who are in my heart
Love, is not a coincidence
Love, can connect you with me
There’s only the heart that knows
Who is the one in my dream
You’re the one that I’ve been waiting
Because the heart is begging
Cause the heart is calling for
Born to be your forever
It’s because my heart
Never confused
It’s certain that you are the only one
There are not many reasons
It just because my heart chooses you

Saya rasa sedih bile tengok bait-bait lirik ni..
Kenapa? Mungkin sebab saya sedang rasa sakitnya menyintai seseorang tapi kini terpisah..
Cuma bezanya, tak tahu sama ada dalam jarak terpisah ini, kami akan bertemu kembali & saya dapat bersama dengan jejaka impian saya, sama macam yang dialami oleh Nam, atau tak..
 Serahkan je semuanya pada Allah kan.. Dia lebih mengetahui segala yang terbaik… :’(

Eh, mengarut pulak saya ni..
Ok lah semua, penat dah tangan menaip..
Ape pun, saya juga nak berpesan, jika menonton sesuatu cerita, cubalah ambil sisi positifnya & dabil engajaran dari sudut islamiknya walaupun cerita tersebut bukanlah cerita bergenre islamik.
Dan, jika kita menyintai seseorang, serahkan hati kita pada Allah, biar Dia yang tetapkan.. & doakanlah yang baik2 tentang orang itu..

Sampai di sini sahaja entry saya kali ini.. semoga bertemu lagi di entry lain yang akan datang..
Insya-Allah..

Assalamualaikum..













No comments:

Post a Comment