Allah ya Allah…
Xtahu macam mana nak describe hari ini..
Kesabaran & ketenangan hati diuji.. Tapi
dalam ujian tu, ada rasa syukur yang x terhingga dipanjatkan pada Illahi..
Kisahnya begini,
Hari ini, saya sebenarnya dah berjanji dengan
adik angkat saya, Nurul Amira (Saya panggil miey) untuk drive & temankan
dia pergi UPM, nak uruskan sesuatu di kolej kediaman dia..
Hari ini, hari yang dijanjikan, ktorg pun
pergilah ke UPM. Dalam pukul 9.00 pagi lebih, ktorg berangkat dari Banting..
Dalam pukul 10.00 lebih baru sampai UPM.. Sampai2 je, ktorg lepak dulu dalam
bilik Classmate Miey ni (saya pun kenal juga beberapa orang classmate dia),
sementara menanti seorang lagi rakan Miey dari Cheras, A.. Awal2 lagi kesabaran
kami diuji dengan menunggu..menunggu rakan A yang xsampai2.. Dalam pukul 11.00
lebih baru dia sampai.. Then lepas tu, kami turun lah ke pejabat pengurusan
kolej Miey tu.. Di sana pun, nampaknya kesabaran kami teruji dengan sistem
pengurusan yang…, entah xtahu nak kata macam mana.. Tapi memang kene sabar je
lah tadi.. Rasa nak marah pun ada juga lah..
Tapi masa tu saya fikir Miey lah.. Kalau saya
yang cuma memerhati pun rasa geram, rasa macam nak marah dengan cara diorang,
apatah lagi Miey kan.. Tentulah dia lagi tension dengan keadaan tu.. Dah lah
kami datang untuk menguruskan benda yang xberapa seronok nak diuruskan pulak
tu.. Tapi Miey chill je.. So saya fikir, saya kenelah bersabar juga.. So, saya
senyum je, dengan harapan supaya Allah redakan perasaan marah ni.. Dalam masa
menunggu tu, masuklah beberapa orang pelajar dari Jepun yang join 1 program di
kolej Miey tu ke dalam pejabat pengurusan itu.. Memang rasa terhibur sikit lah
tengok telatah diorang belajar perkataan2 bahasa melayu yang mudah macam
selamat pagi, selamat tengah hari, selamat malam & sebagainya.. Rasa best
juga lah dapat diperkenalkan dengan diorang.. Alhamdulillah..hehe.. Tapi
diorang xlama, kejap je, lepas makan, diorang kene pergi ke Bukit Ekspo..
(kiranya bukit yang popular lah untuk pelajar UPM beriadah).. So, tinggallah
saya, Miey, A dan Waheeda, bekas roommate Miey yang kebetulan ada di situ
juga..
Lama-lama, bila kesabaran kian menipis, kami
mula fikir nak balik je.. Yelah, masa tu jam dah pukul 3.00ptg & kami dah
rasa penat menunggu (dari pukul 12.00 tgh hari sampai 3.00 petang menunggu
hanya untuk perkara yang simple! Rasa macam x berbaloi sangat).. Jadi Miey
cakap kat akak yang bertugas di pejabat tu, supaya telefon diorang bila borang
yang perlu ditandatangan oleh pengetua tu dah siap.. Tapi xlama lepas tu, baru
je gerak, xkeluar pun lagi dari pagar UPM, baru sampai kat KOSASS, pihak
pejabat kolej tu call Miey & A, cakap borang dah siap.. Dah terpaksa
kitorang patah balik sebab nak ambik borang tu.. Lepas ambik tu, settle beberapa
hal kejap, baru gerak keluar..
Memang pada mulanya saya & Miey bercadang
nak singgah di Alamanda, Putrajaya lepas habis urusan di kolej dia tu.. Tapi
sebelum tu, kami hantar A & Waheeda ke stesen KTM Serdang dulu.. Lepas tu,
barulah gerak pergi ke Alamanda.. Masa tu dah pukul 4.00ptg, memang rushing lah
bawa kereta, sebab nak solat.. Sampai2 je Alamanda, terus cari surau, solat,
then pergi makan.. Makan punya makan, bercerita itu ini, then dalam pukul 6.00
lebih tu, ktorg nak balik dah..
Di sinilah dugaan terbesar hari ni berlaku..
Lepas bayar tiket parking kat mesin autopay, ktorg teruslah pergi kearah
kereta.. Saya bawa kereta viva mak saya.. Viva automatic warna hijau cair..Sampai
je kat kereta tu, saya tekan lah alarm yang kat kunci kereta tu, sebab nak buka
kunci kereta kan.. Tapi, kereta langsung xberbunyi.. Biasa kalau kita tekan
alarm kan, dia akan bunyi ‘tut tut’ lah kan.. Tapi nix de bunyi langsung..
Berkali2 saya tekan, xjuga ada respon ape2.. Masa tu fikir, “kunci ni dah habis
bateri ke? Xpelah, buka pintu secara manual je..” Jadi saya buka pintu secara
manual.. Masukkan kunci kat pintu, pusing, & terbukalah kunci.. Tapi of
course lah, lepas tu wajiblah kereta tu berbunyi alaram yang sangat bising..
Kalut juga masa tu nak hentikan bunyi yang sangat bingit tu..
Tapi masalah xberhenti setakat tu je.. Bila
saya nak hidupkan enjin kereta pulak, enjin kereta langsung xhidup.. Xda bunyi
langsung.. Even bunyi enjin tersekat-sekat pun xada.. Berkali2 juga cuba pusing
kunci, tapi enjin kereta still tak nak hidup.. Masa tu memang saya dah risau
& gabra dah.. Masa kalut-kalut cuba hidupkan enjin tu, datanglah seorang
makcik dari kereta yang park depan kereta saya ni.. Dia tanya kenapa, saya pun bagitahulah
apa masalahnya.. Rupa-rupanya, makcik itu pun bernasib sama macam saya, kereta
suami dia xboleh hidup juga.. Pada mulanya, memang saya ada niat nak minta
tolong dari suami makcik tu, (saat2 macam ni memang rasa perlukan pertolongan
lelaki kan..), tapi disebabkan kereta mereka juga mengalami masalah yang sama,
terus saya batalkan niat saya.. Xsampai hati pulak..
Jadi memang saya dengan Miey risau lah..xtahu
nak buat ape.. Ktorg nie perempuan, xtahu ape2 sangat pasal kereta pulak tu..
Dah dalam keadaan macam tu, saya pun xtahu nak buat ape, saya pun buat
panggilan kat ayah saya.. 3 kali saya try call ayah saya, langsung xdapat..
(rasanya masa saya call tu, ayah tengah pergi ambik adik saya dari sekolah
& xbawa fon).. Lagilah saya xtahu nak buat apa.. Miey pulak cuba call
abang2 saudara dia untuk bertanya pasal kereta & minta bantuan.. Lepas tu
baru ayah call balik, & terus cerita masalah ktorg ni.. Ayah pun memang
bagi beberapa cara lah untuk dicuba untuk menghidupkan enjin kereta tu &
siap cakap dia akan datang kalau cara2 yang dia bagi tu xberjaya.. Abang2
sedara Miey pun bagi beberapa tips juga& ada juga lah abang saudara Miey
yang offer nak datang ke tempat ktorg untuk tolong.. Semua jenis tips ktorg dah
cuba.. Ketuk2kan kunci kereta tu, try tutup pintu balik & cuba buka guna
kunci yang diketuk, (lepas buat tu kalut lah nak tutup bunyi alarm kereta yang
bingit tu), cuba gerak2kan gear kereta lah..macam-macam.. semua ktorg buat tapi
xmenjadi juga.. Siap dah buka tempat enjin kereta pun, blur xtahu nak buat
ape..
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.. Memang itu je
lah yang mampu saya & Miey sebutkan sepanjang dekat parking kereta tu..
Mengharap sangat ada keajaiban yang Allah bagi supaya enjin kereta tu hidup..
Pakcik yang mengalami masalah kereta xboleh hidup tu pun sama juga, dok
mundar-mandir depan belakang, sama2 xtahu nak buat ape.. Tapi dari apa yang
kitorang borakkan, nampaknya macam keadaan kereta pakcik tu lebih teruk dari
saya.. Kereta pakcik tu alarm kereta dia langsung xboleh berhenti berbunyi,
sampai kena cabut bateri baru berhenti.. Tapi saya at least alarm saya boleh
berhenti berbunyi, bila abang saudara Miey suruh check lampu kereta< radio,
signal semua pun, semua ok.. Cuma enjin je xnak hidup2..
Walaupun risau, walaupun gabra sangat2, saya
cuba lah untuk bertenang & cuba fikir positif.. Masa tu, saya banyak kali
cakap dalam fikiran saya, “relaks, relaks, mesti ada cara untuk hidupkan kereta
ni.. Allah akan tolong juga nanti.. Sabar.., sabar.., kena sabar sikit je”..
Lagipun, masa tu saya xtakut sangat dah.. Sebab ada Miey kat sebelah, pakcik
& makcik yang mengalami masalah yang sama dengan ktorg tu pun ada je kat
depan, abang saudara Miey yang banyak bagi tips & support kat ktorg, dengan
ayah saya yang dalam perjalanan menghala ke tempat ktorg.. Saya dengan Miey
cuba untuk relaks.. Dalam masa menunggu ayah saya sampai tu, saya dengan Miey
duduk je dalam kereta, (dengan pintu terbuka, sebab xnak tutup pintu, takut
pintu terkunci & kitorg kena berusaha matikan alarm lagi) cuba tenangkan
diri masing2, jangan takut sangat..
Masa kitorang duduk2 tu lah, 1 ‘miracle’
rasanya, Allah datangkan seorang Chinese man ni ke tempat ktorg.. Mulanya saya
& Miey xperasan kehadiran dia, sebab dia borak dengan pakcik tu dulu..
Then, bila nampak dia, saya keluar dari kereta, konon nak dengar apa perbualan
dia dengan pakcik tu, nak tahu apa masalahnya.. Tapi belum sempat apa-apa lagi,
pakcik tu dah tunjuk kat kereta saya, & Chinese man tu pun pergi kearah
ktorg dulu.. Dia tanya lah apa masalah kereta..Seriusly, jauh di sudut hati
saya masa tu, rasa memang kagumlah dengan Chinese man tu.. Sebenarnya masa tu
dia tengah rushing nak keluar dari car park tu, sebab takut masa tiket parking
tamat.. Tapi dalam dia rushing tu, dia tetap cuba membantu..dia cuba bagi
nombor kawan dia, seorang mekanik kat saya.. Mulanya saya ingat lepas dia bagi
nombor tu, dia akan pergilah kot, sebab tengok gaya dia memang macam sangat2
mengejar masa.. Tapi yang buat saya rasa kagum, dia xpergi pun..dia ckp kat
saya, “u call no ni, then bagi saya dengar suara”.. Lepas saya call, dia terus
ambil fon saya & bercakap sendiri dengan kawan dia tu..
Dia yang cerita masalah kereta, & dia cuba
buat apa yang kawan dia cakapkan.. Amazingly, enjin kereta hidup! Ya Allah, tak
tahu nak cakap apa masa tu.. Speechless.. Rasa bersyukur sangat Allah datangkan
Chinese man tu untuk tolong ktorg masa tu.. Berkali-kali juga saya ucap terima
kasih kat dia sebab sudi tolong ktorg walaupun dia sendiri rushing kan..yelah,
berkali2 juga dia tengok jam, sambil cakap, “sempat ke ni? I takut xboleh
keluar sebab I dh bayar tiket parking”.. Ya Allah.. Dalam rushing tu pun dia
sanggup spent masa kejap untuk tolong ktorg.. Dari mula ktorg menghadapi
masalah tu, ramai je yang orang yang datang & pergi dari tempat parking
tu.. Tapi xda sesiapa pun yang nak tolong atau bertanya.. Tibe2 datang Chinese
man tu, memang rasa bersyukur sangat & kagum dengan peribadi dia..Yelah,
mungkin Allah yg gerakkn hati dia utk tolong ktorg kan.. Setiap yang berlaku
ada hikmahnya..
Lepas enjin kereta hidup, saya terus call ayah,
cakap enjin dah boleh hidup.. Lepas tu sebelum balik, sempatlah ber’pamitan’
dengan makcik & pakcik tu.. Kata pakcik tu, kereta diorang memang dah xtahu
nak buat apa dah.. Memang kena panggil mekanik datang.. Jadi ktorg pun balik..
Tapi masalah xselesai lagi.. Tiket parking kereta.. Dah terlebih masa tu &
ktorg xdapat keluar dh kalau nak guna tiket tu.. Pergi kat bahagian bawah, ada
bahagian pengurusan parking, Miey turun & tanya pasal tu.. Mulanya abg
pertama yang Miey jumpa tu cakap boleh bayar balik dekat autopay station.. Tapi
Miey cuba, xboleh pulak.. Then dia pergi lagi ke tempat pengurusan tu, abg yg
kedua (masuk2 je dalam kereta, Miey berulang kali cakap abg tu hensem.. hihi)
pulak tolong buat something dengan tiket tu & lastly, ktorg boleh keluar
dengan selamat dari Alamanda tu..
Alhamdulillah..seriously.. Xtahu nak express
feeling macam mana untuk hari ini.. Gembira ada, marah ada, takut ada, sedih
ada & kadang2 rasa kelakar pun ada.. Semua bercampur aduk.. Alhamdulillah,
Allah mudahkan juga segalanya..& banyak juga pengajaran yang saya dapat
hari ni..
1. Be punctual on time.. Sebab kita xtahu mungkin bila kita berjanji dengan seseorang, tapi kita lambat, & kita xtahu mungkin org tu ade hal lain ke..
2. Kalau kita boleh rasa geram bila orang x punctual waktu dengan kita, bagaimana pulak Antara kita dengan Allah? X marahkah Allah pada kita jika kita x punctual dengan waktu solat?
3. Buat kerja biar ikhlas & always senyum.. Cubalah untuk efisien & xmembuatkan orang lain marah dengan cara kerja kita yang menyusahkan mereka..
4. Apa pun yang berlaku, cuba untuk tenang dahulu & berfikiran positif.. Apa pun yang kita hadapi, ingat, bantuan Allah sentiasa datang tepat pada masanya..
5. Walaupun rasa xmampu, sekurang2nya, cubalah untuk berbuat baik pada insan lain, walaupun orang tu kita xkenal.. Ya, mungkin sedikit pertolongan kita tu merupakan sesuatu yang beerti bagi mereka yang dibantu..
6. Nikmat Allah itu banyak, kadang2 diberi pada kita dengan cara yang kita xsedar.. Jadi, bersyukurlah sentiasa..
7. Bagi kita, mungkin apa yang kita alami tu sudah cukup teruk, tapi sebenarnya ada lagi insan yang diuji jauh lebih teruk dari kita.. =)
Okaylah semua pembaca CSM, panjang lebar dah
saya menulis.. Xtahu nak cakap apa lagi.. Penat badan, penat fikiran.., jadi
saya nak masuk tidur & berehat..
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan
kalian semua..
Senyum.. ^_^
Assalamualaikum…
No comments:
Post a Comment