Assalamualaikum
w.b.t…
Apa
khabar semua? Saya harap semuanya sihat2 sahaja..
Entry
kali ni saya rasa nak bercerita sikit lah pasal dugaan, dan permintaan kita
yang tidak dimakbulkan Allah..
Saya
percaya, setiap orang pasti ada sesuatu yang diminta kat Allah tiap hari, kan?
Tentu
ramai yang ternanti2 & berharap supaya permintaan tu dimakbulkan..
Pasti
ada juga yang rasa sedih bila permintaan tu tak dimakbulkan, betul tak? Walau
xbanyak pun, tapi rasa sedih tu pasti ade juga sikit kan..
Hari
ni, saya ada tengok sebuah cerita Hindustan, God Tussi Great Ho (God, Kamu
sangat hebat).
Walaupun
cerita tu bukanlah bergenre Islamik, dilabelkan sebagai “Indian fantasy comedy
film”, tapi sebenarnya kan, ada maksud yang sangat tersirat yang cuba
disampaikan melalui filem ni.. Cuma kita nampak atau tak je maksud tersirat
dari filem ni..
Cerita
ni mengisahkan kisah Arun Prajapati atau dipanggil AP, yang melalui banyak
dugaan dalam hidupnya & sentiasa menyalahkan ‘Tuhan’ atas apa yang berlaku
padanya.. AP bekerja di sebuah syarikat televisyen sebagai wartawan, tetapi
kerjaya dia sangatlah tak berjaya.. Banyak program yang dia kendalikan gagal..
Selain tu, AP juga mempunyai keluarga yang turut menjadi dugaan buatnya.. Ayah
AP seorang pegawai yang sudah pencen, & sering membebel & mengungkit
kegagalan AP dalam kerjayanya.. AP juga mempunyai seorang adik perempuan,
tetapi adiknya ini tergolong dalam golongan seorang gadis yang tidak cantik
& banyak lelaki menolak untuk mengambilnya menjadi isteri.. Semua ni
sentiasa merunsingkan AP.. Jika dia runsing, perkara yang dia lakukan ialah
menjerit, marah-marah sambil memandang langit, kononnya dia sedang memarahi ‘Tuhan’.
Dalam
diam, AP menyukai rakan wartawan dia, Alia.. Alia ni cantik, ‘friendly’,
berdedikasi & kiranya mempunyai ciri2 yang ramai lelaki sukalah.. Tapi AP
ni tak berani langsung nak luahkan perasaan dia, & selalu bersaing dengan
Rocky, kawan lama Alia hanya untuk menarik perhatian Alia. AP ada cita-cita,
untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya, dia cuba memperkenalkan program
baru, (saya lupa tajuk), yang membuatkan orang yang disoal untuk bercakap benar
& dapat mengesan jika seseorang itu berbohong.. Alia memberi sepenuh
sokongan pada AP.. Tapi satu perkara yang tak diduga berlaku pada malam
pelancaran program itu, AP disabotaj oleh Rocky & disebabkan sabotaj tu, AP
dibuang kerja & Rocky diberi tugas untuk mengambil alih program tu..
Seperti
biasalah, AP akan memarahi ‘Tuhan’ disebabkan kegagalannya.. & satu hari, ‘Tuhan’
memanggil AP untuk berjumpa dengannya & dalam perjumpaan tu, AP meluahkan
semua ke-tidak-puas-an hati dia pada ‘Tuhan’ sebab menyebabkan ramai manusia
derita dan kecewa disebabkan permintaan mereka tidak dimakbulkan.. Kemudian ‘Tuhan’
memberikan kuasa sebagai ‘Tuhan’ kepada AP selama 10 hari & memberi peluang
kepada AP untuk memerintah dunia.. Sudah tentulah, AP sebagai manusia biasa,
dia cuba baiki keadaan diri dia dulu.. Jadikan diri dia seorang bintang,
mengubah wajah adik perempuannya menjadi cantik sampai semua lelaki
tergila-gilakan adik dia, kenakan Rocky dengan teruk & cuba mendapatkan
cinta Alia.. Hanya pada hari terakhir AP mendapat kuasa sebagai ‘Tuhan’ itulah,
barulah dia cuba membantu manusia lain.. AP memperkenankan semua doa manusia,
kononnya semua manusia akan berasa gembira bila permintaan mereka dimakbulkan..
Setelah
itu, ada masalah yang berlaku.. Rusuhan di sana-sini, banduan2 yang sering
berdoa untuk dibebaskan, dilepaskan dari penjara, lelaki yang teruk selalu
berdoa untuk mengahwini adik AP berjaya mengahwininya, perempuan yang menang
loteri yang banyak ditinggalkan suami yang melarikan duit itu, &
macam-macam lagi.. Keadaan negara menjadi huru-hara.. Sampailah klimaksnya, Alia
berkahwin dengan Rocky sebab Rocky sering berdoa supaya dia berkahwin dengan
Alia, & Alia terbunuh bila ada banduan yang dilepaskan dari penjara datang
menghuru-harakan majlis perkahwinan Alia. Ketika itulah AP berjumpa dengan ‘Tuhan’
lagi & minta ‘Tuhan’ kembalikan keadaan seperti asal.. Ketika itulah AP
menyedari, tak semua permintaan yang diminta oleh seseorang manusia itu, baik
untuk manusia tersebut..
Nampak
kan, 1 cerita yang penuh dengan pengajaran.. Ya, mungkin dari sudut diri kita
sebagai orang Islam, kita merasakan filem ini mempersendakan Allah.. Ya,
mungkin.. Saya tak nafikan tu..
Cuma apa
yang saya cuba nampakkan ialah, mesej yang cuba disampaikan melalui filem ini..
Beberapa mesej yang saya nampak,
1. Bila
kita memohon sesuatu pada Allah, & jika Allah tidak memperkenankan
permintaan kita, janganlah menyalahkan & berputus asa dengan situasi itu.
Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita.
2.
Mungkin sesuatu yang kita minta itu membawa bencana pada diri kita di kemudian
hari, jadi sebab itu Allah tidak memperkenankan doa kita.
3.
Mungkin sesuatu yang kita minta itu belum sesuai masanya untuk kita, jadi Allah
menangguhkan masa untuk memperkenankan doa kita.
4.
Allah mengetahui apa yang baik & buruk untuk kita, sedangkan kita tidak
mengetahui.
5.
Allah tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, tapi kita tidak tahu.
6. Kita
cuma manusia biasa, punya banyak kekurangan.. Apa sahaja kelebihan yang kita
ada, pasti akan ada kelemahannya.
7.
Quote by Salman Khan, “Everything that God give is enough for every human. Everyone
need to be happy with what they have.”
Apa
yang saya dapat, teruskan berdoa setiap masa.. Jika apa yang kta doakan itu
baik untuk diri kita & akibatnya pada sekeliling kita nanti, insya-Allah
Allah akan memakbulkannya.. Tapi jika doa kita itu tidak diperkenankan,
janganlah berputus harapan dengan rahmat Allah.. Mungkin belum sesuai masanya
untuk Allah makbulkan doa kita atau sesuatu yang kita pnta itu akan membawa
bencana pada diri kita & akibatnya pada sekeliling kita nanti.. Tapi
insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik untuk
kita.. Insya-Allah..
Sebenarnya
tiap apa yang saya katakana di entry ni, merupakan 1 motivasi buat diri saya,
supaya jangan terus bersedih & sentiasa ingat bahawa Allah lebih mengetahui
apa yang kita tidak tahu.. Sampai di sini sahaja.. Semoga kamu semua gembira
dengan kehidupan kamu.. Smile.. Apa-apa yang kita buat, ingatlah Allah.. Apa
yang berlaku pada kita, baliklah pada Allah.. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui.. (^_^)
No comments:
Post a Comment