Thursday, 13 November 2014

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : 
Nabi Ibrahim AS

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : 
Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : 
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : 
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : 
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: 
Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : 
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : 
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : 
Az-Zubair bin Al-Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW :
Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :

Khadijah bt Khuwailid

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : 
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : 
Umar Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : 
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair


30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : 
Nabi Muhammad SAW.

Monday, 20 October 2014

Magic beyond words

Assalamualaikum…

Semalam (20/10/14), dalam pukul 2 lebih, saya menonton sebuah rancangan di saluran DIVA (saluran 702 astro), sebuah rancangan yang bertajuk “Magic Beyond Words; JK Rowling”

Rancangan itu menunjukkan kisah hidup JK Rowling, seorang penulis siri novel terkenal, Harry Potter..





Mesti ramai yang tahu & dah tengok cerita Harry Potter tu kan.. Saya sendiri pun merupakan salah seorang peminat cerita Harry Potter itu & saya sendiri sudah membeli ketujuh-tujuh siri buku Harry Potter tersebut. Tapi yang dalam bahasa malayu punya lah..

Tapi tak ramai sangat yang tahu tentang JK Rowling, bagaimana hidup beliau sebelum karya Harry Potter diterbitkan, bagaimana beliau mula mendapat ilham untuk menulis cerita Harry Potter & bagaimana rentetan hidupnya semasa cerita Harry Potter ditulis.

Kisah JK Rowling yang dipaparkan tu bermula dengan kisah dirnya semasa kecil. Beliau suka bermain bersama adiknya & seorang kawan baiknya. Permainan mereka? Permainan mereka bukanlah seperti kita zaman kecil2 dulu, main batu seremban, guli, gasing, dan sebagainya. Mereka suka bermain di pinggi hutan, mengenakan pakaian seakan-akan ahli sihir, siap membawa tongkat sakti lagi. Itulah permainan mereka setiap hari.

Bila beliau remaja, ketika itu barulah mereka mendapat tahu bahawa ibunya sakit. Penyakit Sclerosis berganda, dan sudah berada di peringkat yang teruk. Ketika itu juga JK Rowling cuba memohon masuk ke Universiti Oxford dalam bidang penulisan, tetapi permohonannya ditolak. Akhirnya beliau memilih untuk mengambil bidang Bahasa di Universiti of Exeter.

Seperti yang dipaparkan dalam rancangan semalam, saya memahami bahawa JK Rowling telah banyak kali bertukar kerja, kerana beliau sendiri merasakan tidak seronok dengan pekerjaan yang dilakukannya. Sebenarnya, satu-satunya perkara yang membuatkan dia gembira ialah menulis, kerana beliau memang suka menulis.

1 hari semasa dia dalam perjalanan pergi temuduga, (saya tak pasti sama ada dia baru nak pergi, atau dah nak balik), di dalam kereta api yang sedang rosak, beliau tertidur. Dalam tidurnya, beliau bermimpikan Harry Potter.. Sejak itulah beliau mula merangka cerita, draft, nota dan sebagainya maklumat untuk Harry Potter.

Tidak lama selepas itu, ibu beliau meninggal dunia disebabkan penyakit yang ditanggung. Beliau pun berpindah ke Portugal, dan bekerja sebagai seorang guru Bahasa Inggeris. Di sana, beliau mengenali seorang lelaki dan mereka berkahwin. Tidak lama lepas berkahwin, suaminya berlaku kasar kepadanya, mendera beliau dari segi fizikal dan emosi.

Setelah melahirkan seorang anak perempuan, JK Rowling sudah tidak tahan untuk hidup bersama suaminya. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya dan membawa anaknya bersama. JK Rowling membawa anaknya ke Edinburgh, Scotland untuk tinggal berdekatan dengan adiknya, Dianne.

Disebabkan tiada pekerjaan dan terpaksa menanggung perbelanjaan seorang anak yang sedang membesar, beliau terpaksa meminta bantuan dari kerajaan negeri, sebagai seorang ibu tunggal, dan mendapat bantuan sebanyak 60 poun seminggu.
Bila dia meluahkan semua masalah kepada adiknya, adiknya memberi 1 nasihat kepadanya, iaitu, “buat sesuatu yang kamu suka, yang menggembirakan kamu.” Atas nasihat adiknya itu, beliau menunjukkan semua manuskrip Harry Potter yang dah ditulisnya kepada adiknya, dan meminta adiknya membaca. Lepas membaca manuskrip Harry Potter karya JK Rowling tersebut, hanya 1 ayat yang mampu diucapkan oleh Dianne, “It’s magical.” Dianne menyuruh JK Rowling untuk teruskan penulisannya, mencari sebuah syarikat agen yang bertanggungjawab mencari syarikat untuk menerbitkan karyanya dalam bentuk sebuah buku.

Banyak syarikat agen yang menjadi tempat beliau menghantar manuskripnya, tetapi hanya satu tempat sahaja yang betul-betul membaca manuskripnya dan bersetuju untuk menerima, iaitu syarikat Christopher Little Literary Agent. Pihak Christopher bersetuju untuk menjadi agen penerbitan buku Harry Potter dan bersetuju untuk mencari syarikat yang berminat untuk menerbitkan karya Harry Potter. Walau bagaimanapun, Christ selalu berpesan pada JK Rowling, “jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi sebab buku kanak-kanak agak sukar untuk mendapat keuntungan”

Akhirnya, setelah banyak syarikat penerbitan yang telah dicari oleh agensi Christopher Little, sebuah syarikat penerbitan, iaitu Syarikat Bloomsbury berminat untuk membukukan karya Harry Potter. Setelah setahun menunggu, akhirnya karya Harry Potter pun dibukukan & dipasarkan di kedai-kedai buku.

Selepas buku Harry Potter dipasarkan, ketika itulah hidup JK Rowling mula berubah sedikit demi sedikit. Ramai orang mengagumi tulisannya.. Hidupnya pun berubah daripada seorang ibu tunggal yang tiada pekerjaan sehingga perlu meminta bantuan daripada kerajaan, hinggalah menjadi seorang wanita terkaya di Great Britain..





Nampak kan, rezeki seseorang, tiada siapa yang menduga.
Sebelum lahirnya Harry Potter, JK Rowling pernah meresakan bahawa hidupnya gagal. Ye lah, lepas je graduate dari universiti, dia tiada pekerjaan, perkahwinannya gagal dan hidup sebagai seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan.

Tapi sekarang, kita tengoklah sendiri. Karya Harry Potter hasil tulisannya ada di mana-mana, dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat di seluruh pelosok dunia. Christopher, agen penerbitan buku JK Rowling sering menasihatkan beliau ,"Jangan menaruh harapan terlalu tinggi, kerana buku kanak-kanak sukar mendapat keuntungan." Tapi lihatlah sendiri, buku kanak-kanak itulah yang telah merubah hidup JK Rowling sepenuhnya menjadi lebih baik.. That’s is means by magic beyond words..

Dari kisah hidupnya, mesti semua orang nampak kan, tak semua kegagalan dan kedukaan itu merugikan. Bagi JK Rowling sendiri, setiap kegagalan yang dia tempuh itulah menjadi ruang dan peluang untuknya untuk terus menulis cerita Harry Potter.
Rezeki Allah pada setiap orang berbeza, datang dalam bentuk yang berbeza dan datang pada waktu yang berbeza.. :)
Jadi, sabarlah atas rezeki yang tertangguh, & bersyukurlah atas rezeki yang diperolehi, walaupun sedikit.. (^_^)
Sampai di sini saja.. Jumpa lagi, Insya-Allah..

Assalamualaikum..


Monday, 6 October 2014

Salam Aidiladha (^_^)

Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar? Apa khabar iman? Sihatkah atau sakitkah?
Kalau sihat, Alhamdulillah.. Kalau sakit, rawatlah ia sebaiknya.. :)

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat kalian semua..
Semoga Allah redha dengan segala amalan kita di bulan zulhijjah yg mulia ini..


 


Hari raya Aidiladha..
Ada yg panggil sebagai hari raya haji..
Xramai juga yang sebut sebagai hari raya korban..

Bila tiba je hari raya Aidiladha ni, ada 1 perkataan yang dikaitkan dengan Aidiladha ni..
Pengorbanan!
Ya, sebuah pengorbanan..
Hari raya Aidiladha, cukup sinonim dengan kisah pengorbanan Nabi ibrahim, Siti Sarah, Siti Hajar & Nabi Ismail.
Kisah pengorbanan Siti Sarah yang membenarkan suaminya Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar untuk mendapatkan zuriat,
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar & anaknya Nabi Ismail di sebuah padang yang panas,
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail,
Kisah pengorbanan Nabi Ismail yang redha bila mengetahui ayahnya diperintahkan untuk menyembelih dirinya..
Allah, sungguh besar pengorbanan mereka, hingga dikenang sehingga ke hari ini..

Dari kisah mereka, saya sedar, tiada pengorbanan yang mudah..
Pasti ada sakitnya, pasti ada sukarnya..
Berkorban, bukan semata-mata berkorban nyawa, pangkat atau harta..
Sanggup berhenti kerja demi menjaga ibu bapa yang sakit di kampong, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup tolak duit berjuta-juta ringgit kerana tidak mahu mengambil rasuah, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup berlapar sehari kerana memberi sedekah kepada orang yang lebih susah, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup berjaga malam kerana hendak mengulangkaji pelajaran, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup ketepikan masa rehat semata-mata untuk menggembirakan rakan yang sedang bersedih, itu sebuah pengorbanan.





Kalau nak disenaraikan, memang banyak perkara yang boleh dikatakan sebagai pengorbanan..
Apa sahaja yang kita buat untuk kebaikkan & kegembiraan orang lain, itulah sebuah pengorbanan..
Dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan keluarganya itu, saya belajar,
Setiap pengorbanan, jika kita ikhlas melakukannya & membawa Allah ke dalam hati kita,
Insya-Allah, Allah akan ganti pengorbanan itu dengan nikmat, suatu nikmat yang tidak kita jangka..
Sebelum mendapatkan pelangi, kita perlu menghadapi hujan dulu kan… :)

Jika perlu berkorban, berkorbanlah..
Allah tahu ia pedih & sakit untuk kita,
Tapi insya-Allah, Allah tidak akan mensia-siakan segala pengorbanan baik yang kita lakukan..
Segala kesakitan, segala kepedihan, segala kesedihan, insya-Allah Allah akan ganti dengan nikmat kegembiraan yang tidak terhingga kepada kita suatu hari nanti..
Cuma kita tidak tahu, bila, cepat atau lambat, dan bagaimana nikmat itu akan datang kepada kita..

Sabar, redha & jangan putus doa.. :’)



Wednesday, 10 September 2014

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW…





---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda. 
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.

Tuesday, 9 September 2014

Semester baru sesi 2014/2015…. (^_^)



Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, syukur pada nikmat Allah..
Minggu ni, bermula semester baru untuk saya teruskan lagi pengajian saya di UPM..
Semester ke-7, tahun ke-4, final year, dalam bidang Fizik..
Allahuakbar, rasa cepat sangat masa berlalu..
Rasa macam masih baru je dapat surat tawaran, pergi buat medical check-up, mendaftar masuk, & sesi orientasi, tup tup sekarang dah masuk final year dah..
Terasa pantas masa berlalu..
Heee, tapi saya belum ada roommate lagi..




Semasa mendaftar masuk hari tu, bila saya tanya pada Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej saya, katanya roommate saya pelajar tahun pertama.
Bila saya masuk bilik, bilik saya kosong je.. (tapi agak kemas).. pelik juga saya..
Keesokannya saya diberitahu bahawa roommate saya tu dia pindah ke kolej lain sebab nak masuk SUKSIS (lebih kurang macam polis juga lah) & saya diberitahu juga, roommate saya tu sebenarnya berasal dari Sarawak.. Adelah rasa terkilan sikit sebab dia pindah, sebab kalau tak, tentu dah ade teman saya dalam bilik ni sambil borak dalam loghat Sarawak.. hehehe (saya pun berasal dari Sarawak)..
So sekarang ni, kenalah tunggu kemasukan kedua pelajar baru.. 

Nak kongsi sikit..,
Sebenarnya, sepanjang 3 tahun saya berada di UPM ni, banyak benda yang saya pelajari..
Buat program Bakti Siswa di rumah penjagaan orang tua, panjat gunung, join volunteer, & macam-macam lagi..


& dalam semua yang berlaku ni, saya sedar, saya belajar,
Perkara yang baik yang datang kepada kita, tidak selamanya akan kekal dalam hidup kita..
Kita tak tahu, mungkin kebahagiaan yang kita rasa tu, mungkin boleh direntap dari kita dengan sekelip mata sahaja..
Di sini, saya belajar untuk bersyukur dengan semua perkara yang baik yang berlaku pada saya sekarang, & belajar redha pada kehilangan..



note to myself





Heee... apelah saya ni, cakap bukan-bukan pulak.. hehe
Tak nak sedih-sedih dah, cuba untuk terima dengan redha & senyum, walaupun pahit..
Apa yang berlaku tu, pasti ada sebab kenapa Allah jadikan perkara itu berlaku, pasti akan ada hikmahnya yang kita tak sedar nanti..
Sabar, percaya pada Allah.. (^_~)

Akhir kata,
Kepada semua kawan-kawan yang seangkatan dengan saya, selamat memulakan semester baru ini dengan azam & semangat yang baru..
Kepada adik-adik yang bari mendaftar bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, selamat maju jaya.. Ingat priority, iaitu belajar & belajar & banggakan ibu ayah dengan pencapaian anda.. hehe..
Jaga diri, jaga iman..
Assalamualaikum.. (^_^)




Sunday, 31 August 2014

Birthday Shout to adik Mariam!!! (^_^)


 Assalamualaikum w.b.t…

Ni first time nak buat birthday shout kat blog... hehe
This special first time birthday shout is for……, one of my special sister, 
Siti Mariam binti Abdull Rahman… *yeay!! tepuk2*




*nyanyi sikit*
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to adik Mariam,
Happy birthday to you..... (n_n)

Hehe..
Alhamdulillah, di kehidupan dunia yang singkat ni,
Allah bagi saya kenal dengan adik..
Perkenalan dengan adik bermula sebab saya berkenalan dari Facebook, adik add saya nak berkenalan katanya.. hihi
Saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab diberi peluang oleh Allah berkenalan dengan adik..

Adik ni seorang yang baik sangat..
Pendengar yang baik..
Dia banyak kali pinjamkan saya telinga dia untuk mendengar cerita & luahan hati saya,
Bila saya ada buat salah atau terhilang arah sikit, dia banyak bagi nasihat & pendapat..
Kadang-kadang sampai kene marah.. hehehe
Tutur kata adik lembut je, penuh hikmah, sebab tu, kadang-kadang rasa selesa nak bercerita dengan dia..





--------------------------------------------------

Buat adik,
Selamat hari lahir, happy birthday, sanah helwah..
Semoga Allah panjangkan umur adik, bagi rezeki halal yang melimpah-ruah kat adik & mempermudahkan segala urusan adik..
Semoga Allah sentiasa meredhai, merahmati & melindungi adik dalam lindungan rahmat & kasih-sayang-Nya..
Semoga adik turut diberikan kesihatan diri yang baik..
Semoga adik juga disayangi & disenangi sentiasa oleh semua orang yang bertemu dengan adik & adik sentiasa berbahagia..
Semoga adik akan dipertemukan jodoh dengan seseorang jejaka yang baik hati, bertanggungjawab & sayang sangat2 kat adik, & dipanjangkan jodoh dengannya hihi.. *yang penting time kawin jangan lupa jemput akak! :p*
Adik seorang adik yang baik bagi akak,
Terima kasih sebab sudi berkongsi banyak cerita dengan akak, dengar cerita & luahan akak..
Maaf sebab banyak susahkan adik, susahkan hati adik..
Maaf juga sebab akak xmampu jadi seorang kakak yang baik buat adik..
Apepun, u are one of the very wonderful sister that I ever have.. 
Jaga diri & bahagiakan dirimu selalu…
Akak saaayaaaaannngggg adikkkk…
Muah! Muah! \(^o^)/


 




Saturday, 23 August 2014

Allah yang Maha hebat… (^_^)

Assalamualaikum w.b.t…
Apa khabar semua? Saya harap semuanya sihat2 sahaja.. 
Entry kali ni saya rasa nak bercerita sikit lah pasal dugaan, dan permintaan kita yang tidak dimakbulkan Allah..
Saya percaya, setiap orang pasti ada sesuatu yang diminta kat Allah tiap hari, kan?
Tentu ramai yang ternanti2 & berharap supaya permintaan tu dimakbulkan..
Pasti ada juga yang rasa sedih bila permintaan tu tak dimakbulkan, betul tak? Walau xbanyak pun, tapi rasa sedih tu pasti ade juga sikit kan..

Hari ni, saya ada tengok sebuah cerita Hindustan, God Tussi Great Ho (God, Kamu sangat hebat).
Walaupun cerita tu bukanlah bergenre Islamik, dilabelkan sebagai “Indian fantasy comedy film”, tapi sebenarnya kan, ada maksud yang sangat tersirat yang cuba disampaikan melalui filem ni.. Cuma kita nampak atau tak je maksud tersirat dari filem ni..


 


Cerita ni mengisahkan kisah Arun Prajapati atau dipanggil AP, yang melalui banyak dugaan dalam hidupnya & sentiasa menyalahkan ‘Tuhan’ atas apa yang berlaku padanya.. AP bekerja di sebuah syarikat televisyen sebagai wartawan, tetapi kerjaya dia sangatlah tak berjaya.. Banyak program yang dia kendalikan gagal.. Selain tu, AP juga mempunyai keluarga yang turut menjadi dugaan buatnya.. Ayah AP seorang pegawai yang sudah pencen, & sering membebel & mengungkit kegagalan AP dalam kerjayanya.. AP juga mempunyai seorang adik perempuan, tetapi adiknya ini tergolong dalam golongan seorang gadis yang tidak cantik & banyak lelaki menolak untuk mengambilnya menjadi isteri.. Semua ni sentiasa merunsingkan AP.. Jika dia runsing, perkara yang dia lakukan ialah menjerit, marah-marah sambil memandang langit, kononnya dia sedang memarahi ‘Tuhan’.

Dalam diam, AP menyukai rakan wartawan dia, Alia.. Alia ni cantik, ‘friendly’, berdedikasi & kiranya mempunyai ciri2 yang ramai lelaki sukalah.. Tapi AP ni tak berani langsung nak luahkan perasaan dia, & selalu bersaing dengan Rocky, kawan lama Alia hanya untuk menarik perhatian Alia. AP ada cita-cita, untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya, dia cuba memperkenalkan program baru, (saya lupa tajuk), yang membuatkan orang yang disoal untuk bercakap benar & dapat mengesan jika seseorang itu berbohong.. Alia memberi sepenuh sokongan pada AP.. Tapi satu perkara yang tak diduga berlaku pada malam pelancaran program itu, AP disabotaj oleh Rocky & disebabkan sabotaj tu, AP dibuang kerja & Rocky diberi tugas untuk mengambil alih program tu..

Seperti biasalah, AP akan memarahi ‘Tuhan’ disebabkan kegagalannya.. & satu hari, ‘Tuhan’ memanggil AP untuk berjumpa dengannya & dalam perjumpaan tu, AP meluahkan semua ke-tidak-puas-an hati dia pada ‘Tuhan’ sebab menyebabkan ramai manusia derita dan kecewa disebabkan permintaan mereka tidak dimakbulkan.. Kemudian ‘Tuhan’ memberikan kuasa sebagai ‘Tuhan’ kepada AP selama 10 hari & memberi peluang kepada AP untuk memerintah dunia.. Sudah tentulah, AP sebagai manusia biasa, dia cuba baiki keadaan diri dia dulu.. Jadikan diri dia seorang bintang, mengubah wajah adik perempuannya menjadi cantik sampai semua lelaki tergila-gilakan adik dia, kenakan Rocky dengan teruk & cuba mendapatkan cinta Alia.. Hanya pada hari terakhir AP mendapat kuasa sebagai ‘Tuhan’ itulah, barulah dia cuba membantu manusia lain.. AP memperkenankan semua doa manusia, kononnya semua manusia akan berasa gembira bila permintaan mereka dimakbulkan..

Setelah itu, ada masalah yang berlaku.. Rusuhan di sana-sini, banduan2 yang sering berdoa untuk dibebaskan, dilepaskan dari penjara, lelaki yang teruk selalu berdoa untuk mengahwini adik AP berjaya mengahwininya, perempuan yang menang loteri yang banyak ditinggalkan suami yang melarikan duit itu, & macam-macam lagi.. Keadaan negara menjadi huru-hara.. Sampailah klimaksnya, Alia berkahwin dengan Rocky sebab Rocky sering berdoa supaya dia berkahwin dengan Alia, & Alia terbunuh bila ada banduan yang dilepaskan dari penjara datang menghuru-harakan majlis perkahwinan Alia. Ketika itulah AP berjumpa dengan ‘Tuhan’ lagi & minta ‘Tuhan’ kembalikan keadaan seperti asal.. Ketika itulah AP menyedari, tak semua permintaan yang diminta oleh seseorang manusia itu, baik untuk manusia tersebut..


 



Nampak kan, 1 cerita yang penuh dengan pengajaran.. Ya, mungkin dari sudut diri kita sebagai orang Islam, kita merasakan filem ini mempersendakan Allah.. Ya, mungkin.. Saya tak nafikan tu..
Cuma apa yang saya cuba nampakkan ialah, mesej yang cuba disampaikan melalui filem ini.. Beberapa mesej yang saya nampak,
1. Bila kita memohon sesuatu pada Allah, & jika Allah tidak memperkenankan permintaan kita, janganlah menyalahkan & berputus asa dengan situasi itu. Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita.
2. Mungkin sesuatu yang kita minta itu membawa bencana pada diri kita di kemudian hari, jadi sebab itu Allah tidak memperkenankan doa kita.
3. Mungkin sesuatu yang kita minta itu belum sesuai masanya untuk kita, jadi Allah menangguhkan masa untuk memperkenankan doa kita.
4. Allah mengetahui apa yang baik & buruk untuk kita, sedangkan kita tidak mengetahui.
5. Allah tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, tapi kita tidak tahu.
6. Kita cuma manusia biasa, punya banyak kekurangan.. Apa sahaja kelebihan yang kita ada, pasti akan ada kelemahannya.
7. Quote by Salman Khan, “Everything that God give is enough for every human. Everyone need to be happy with what they have.”






Apa yang saya dapat, teruskan berdoa setiap masa.. Jika apa yang kta doakan itu baik untuk diri kita & akibatnya pada sekeliling kita nanti, insya-Allah Allah akan memakbulkannya.. Tapi jika doa kita itu tidak diperkenankan, janganlah berputus harapan dengan rahmat Allah.. Mungkin belum sesuai masanya untuk Allah makbulkan doa kita atau sesuatu yang kita pnta itu akan membawa bencana pada diri kita & akibatnya pada sekeliling kita nanti.. Tapi insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita.. Insya-Allah..


Sebenarnya tiap apa yang saya katakana di entry ni, merupakan 1 motivasi buat diri saya, supaya jangan terus bersedih & sentiasa ingat bahawa Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu.. Sampai di sini sahaja.. Semoga kamu semua gembira dengan kehidupan kamu.. Smile.. Apa-apa yang kita buat, ingatlah Allah.. Apa yang berlaku pada kita, baliklah pada Allah.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. (^_^)