Assalamualaikum…
Semalam
(20/10/14), dalam pukul 2 lebih, saya menonton sebuah rancangan di saluran DIVA
(saluran 702 astro), sebuah rancangan yang bertajuk “Magic Beyond Words; JK
Rowling”
Rancangan
itu menunjukkan kisah hidup JK Rowling, seorang penulis siri novel terkenal,
Harry Potter..
Mesti
ramai yang tahu & dah tengok cerita Harry Potter tu kan.. Saya sendiri pun
merupakan salah seorang peminat cerita Harry Potter itu & saya sendiri
sudah membeli ketujuh-tujuh siri buku Harry Potter tersebut. Tapi yang dalam bahasa
malayu punya lah..
Tapi
tak ramai sangat yang tahu tentang JK Rowling, bagaimana hidup beliau sebelum
karya Harry Potter diterbitkan, bagaimana beliau mula mendapat ilham untuk
menulis cerita Harry Potter & bagaimana rentetan hidupnya semasa cerita
Harry Potter ditulis.
Kisah
JK Rowling yang dipaparkan tu bermula dengan kisah dirnya semasa kecil. Beliau
suka bermain bersama adiknya & seorang kawan baiknya. Permainan mereka? Permainan
mereka bukanlah seperti kita zaman kecil2 dulu, main batu seremban, guli,
gasing, dan sebagainya. Mereka suka bermain di pinggi hutan, mengenakan pakaian
seakan-akan ahli sihir, siap membawa tongkat sakti lagi. Itulah permainan
mereka setiap hari.
Bila beliau
remaja, ketika itu barulah mereka mendapat tahu bahawa ibunya sakit. Penyakit
Sclerosis berganda, dan sudah berada di peringkat yang teruk. Ketika itu juga
JK Rowling cuba memohon masuk ke Universiti Oxford dalam bidang penulisan,
tetapi permohonannya ditolak. Akhirnya beliau memilih untuk mengambil bidang Bahasa
di Universiti of Exeter.
Seperti
yang dipaparkan dalam rancangan semalam, saya memahami bahawa JK Rowling telah
banyak kali bertukar kerja, kerana beliau sendiri merasakan tidak seronok
dengan pekerjaan yang dilakukannya. Sebenarnya, satu-satunya perkara yang
membuatkan dia gembira ialah menulis, kerana beliau memang suka menulis.
1 hari
semasa dia dalam perjalanan pergi temuduga, (saya tak pasti sama ada dia baru
nak pergi, atau dah nak balik), di dalam kereta api yang sedang rosak, beliau
tertidur. Dalam tidurnya, beliau bermimpikan Harry Potter.. Sejak itulah beliau
mula merangka cerita, draft, nota dan sebagainya maklumat untuk Harry Potter.
Tidak lama
selepas itu, ibu beliau meninggal dunia disebabkan penyakit yang ditanggung.
Beliau pun berpindah ke Portugal, dan bekerja sebagai seorang guru Bahasa Inggeris.
Di sana, beliau mengenali seorang lelaki dan mereka berkahwin. Tidak lama lepas
berkahwin, suaminya berlaku kasar kepadanya, mendera beliau dari segi fizikal
dan emosi.
Setelah
melahirkan seorang anak perempuan, JK Rowling sudah tidak tahan untuk hidup
bersama suaminya. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan
suaminya dan membawa anaknya bersama. JK Rowling membawa anaknya ke Edinburgh,
Scotland untuk tinggal berdekatan dengan adiknya, Dianne.
Disebabkan
tiada pekerjaan dan terpaksa menanggung perbelanjaan seorang anak yang sedang
membesar, beliau terpaksa meminta bantuan dari kerajaan negeri, sebagai seorang
ibu tunggal, dan mendapat bantuan sebanyak 60 poun seminggu.
Bila
dia meluahkan semua masalah kepada adiknya, adiknya memberi 1 nasihat
kepadanya, iaitu, “buat sesuatu yang kamu suka, yang menggembirakan kamu.” Atas
nasihat adiknya itu, beliau menunjukkan semua manuskrip Harry Potter yang dah
ditulisnya kepada adiknya, dan meminta adiknya membaca. Lepas membaca manuskrip
Harry Potter karya JK Rowling tersebut, hanya 1 ayat yang mampu diucapkan oleh
Dianne, “It’s magical.” Dianne menyuruh JK Rowling untuk teruskan penulisannya,
mencari sebuah syarikat agen yang bertanggungjawab mencari syarikat untuk
menerbitkan karyanya dalam bentuk sebuah buku.
Banyak
syarikat agen yang menjadi tempat beliau menghantar manuskripnya, tetapi hanya
satu tempat sahaja yang betul-betul membaca manuskripnya dan bersetuju untuk
menerima, iaitu syarikat Christopher Little Literary Agent. Pihak Christopher
bersetuju untuk menjadi agen penerbitan buku Harry Potter dan bersetuju untuk
mencari syarikat yang berminat untuk menerbitkan karya Harry Potter. Walau
bagaimanapun, Christ selalu berpesan pada JK Rowling, “jangan menaruh harapan
yang terlalu tinggi sebab buku kanak-kanak agak sukar untuk mendapat keuntungan”
Akhirnya,
setelah banyak syarikat penerbitan yang telah dicari oleh agensi Christopher Little,
sebuah syarikat penerbitan, iaitu Syarikat Bloomsbury berminat untuk membukukan
karya Harry Potter. Setelah setahun menunggu, akhirnya karya Harry Potter pun
dibukukan & dipasarkan di kedai-kedai buku.
Selepas
buku Harry Potter dipasarkan, ketika itulah hidup JK Rowling mula berubah
sedikit demi sedikit. Ramai orang mengagumi tulisannya.. Hidupnya pun berubah
daripada seorang ibu tunggal yang tiada pekerjaan sehingga perlu meminta
bantuan daripada kerajaan, hinggalah menjadi seorang wanita terkaya di Great
Britain..
Nampak
kan, rezeki seseorang, tiada siapa yang menduga.
Sebelum
lahirnya Harry Potter, JK Rowling pernah meresakan bahawa hidupnya gagal. Ye
lah, lepas je graduate dari universiti, dia tiada pekerjaan, perkahwinannya
gagal dan hidup sebagai seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan.
Tapi
sekarang, kita tengoklah sendiri. Karya Harry Potter hasil tulisannya ada di
mana-mana, dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat di seluruh pelosok dunia. Christopher, agen penerbitan buku JK Rowling sering menasihatkan beliau ,"Jangan menaruh harapan terlalu tinggi, kerana buku kanak-kanak sukar mendapat keuntungan." Tapi lihatlah sendiri, buku kanak-kanak itulah yang telah merubah hidup JK Rowling sepenuhnya menjadi lebih baik.. That’s
is means by magic beyond words..
Dari
kisah hidupnya, mesti semua orang nampak kan, tak semua kegagalan dan kedukaan
itu merugikan. Bagi JK Rowling sendiri, setiap kegagalan yang dia tempuh itulah
menjadi ruang dan peluang untuknya untuk terus menulis cerita Harry Potter.
Rezeki
Allah pada setiap orang berbeza, datang dalam bentuk yang berbeza dan datang
pada waktu yang berbeza.. :)
Jadi,
sabarlah atas rezeki yang tertangguh, & bersyukurlah atas rezeki yang
diperolehi, walaupun sedikit.. (^_^)
Sampai
di sini saja.. Jumpa lagi, Insya-Allah..
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment