Monday, 6 October 2014

Salam Aidiladha (^_^)

Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar? Apa khabar iman? Sihatkah atau sakitkah?
Kalau sihat, Alhamdulillah.. Kalau sakit, rawatlah ia sebaiknya.. :)

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat kalian semua..
Semoga Allah redha dengan segala amalan kita di bulan zulhijjah yg mulia ini..


 


Hari raya Aidiladha..
Ada yg panggil sebagai hari raya haji..
Xramai juga yang sebut sebagai hari raya korban..

Bila tiba je hari raya Aidiladha ni, ada 1 perkataan yang dikaitkan dengan Aidiladha ni..
Pengorbanan!
Ya, sebuah pengorbanan..
Hari raya Aidiladha, cukup sinonim dengan kisah pengorbanan Nabi ibrahim, Siti Sarah, Siti Hajar & Nabi Ismail.
Kisah pengorbanan Siti Sarah yang membenarkan suaminya Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar untuk mendapatkan zuriat,
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar & anaknya Nabi Ismail di sebuah padang yang panas,
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail,
Kisah pengorbanan Nabi Ismail yang redha bila mengetahui ayahnya diperintahkan untuk menyembelih dirinya..
Allah, sungguh besar pengorbanan mereka, hingga dikenang sehingga ke hari ini..

Dari kisah mereka, saya sedar, tiada pengorbanan yang mudah..
Pasti ada sakitnya, pasti ada sukarnya..
Berkorban, bukan semata-mata berkorban nyawa, pangkat atau harta..
Sanggup berhenti kerja demi menjaga ibu bapa yang sakit di kampong, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup tolak duit berjuta-juta ringgit kerana tidak mahu mengambil rasuah, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup berlapar sehari kerana memberi sedekah kepada orang yang lebih susah, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup berjaga malam kerana hendak mengulangkaji pelajaran, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup ketepikan masa rehat semata-mata untuk menggembirakan rakan yang sedang bersedih, itu sebuah pengorbanan.





Kalau nak disenaraikan, memang banyak perkara yang boleh dikatakan sebagai pengorbanan..
Apa sahaja yang kita buat untuk kebaikkan & kegembiraan orang lain, itulah sebuah pengorbanan..
Dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan keluarganya itu, saya belajar,
Setiap pengorbanan, jika kita ikhlas melakukannya & membawa Allah ke dalam hati kita,
Insya-Allah, Allah akan ganti pengorbanan itu dengan nikmat, suatu nikmat yang tidak kita jangka..
Sebelum mendapatkan pelangi, kita perlu menghadapi hujan dulu kan… :)

Jika perlu berkorban, berkorbanlah..
Allah tahu ia pedih & sakit untuk kita,
Tapi insya-Allah, Allah tidak akan mensia-siakan segala pengorbanan baik yang kita lakukan..
Segala kesakitan, segala kepedihan, segala kesedihan, insya-Allah Allah akan ganti dengan nikmat kegembiraan yang tidak terhingga kepada kita suatu hari nanti..
Cuma kita tidak tahu, bila, cepat atau lambat, dan bagaimana nikmat itu akan datang kepada kita..

Sabar, redha & jangan putus doa.. :’)



No comments:

Post a Comment