Assalamualaikum
w.b.t…
Alhamdulillah,
syukur pada nikmat Allah..
Minggu
ni, bermula semester baru untuk saya teruskan lagi pengajian saya di UPM..
Semester
ke-7, tahun ke-4, final year, dalam bidang Fizik..
Allahuakbar,
rasa cepat sangat masa berlalu..
Rasa
macam masih baru je dapat surat tawaran, pergi buat medical check-up, mendaftar
masuk, & sesi orientasi, tup tup sekarang dah masuk final year dah..
Terasa pantas
masa berlalu..
Heee,
tapi saya belum ada roommate lagi..
Semasa
mendaftar masuk hari tu, bila saya tanya pada Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej
saya, katanya roommate saya pelajar tahun pertama.
Bila saya
masuk bilik, bilik saya kosong je.. (tapi agak kemas).. pelik juga saya..
Keesokannya
saya diberitahu bahawa roommate saya tu dia pindah ke kolej lain sebab nak
masuk SUKSIS (lebih kurang macam polis juga lah) & saya diberitahu juga,
roommate saya tu sebenarnya berasal dari Sarawak.. Adelah rasa terkilan sikit
sebab dia pindah, sebab kalau tak, tentu dah ade teman saya dalam bilik ni
sambil borak dalam loghat Sarawak.. hehehe (saya pun berasal dari Sarawak)..
So sekarang ni, kenalah tunggu kemasukan kedua pelajar baru..
Nak
kongsi sikit..,
Sebenarnya,
sepanjang 3 tahun saya berada di UPM ni, banyak benda yang saya pelajari..
Buat program
Bakti Siswa di rumah penjagaan orang tua, panjat gunung, join volunteer, &
macam-macam lagi..
&
dalam semua yang berlaku ni, saya sedar, saya belajar,
Perkara
yang baik yang datang kepada kita, tidak selamanya akan kekal dalam hidup
kita..
Kita
tak tahu, mungkin kebahagiaan yang kita rasa tu, mungkin boleh direntap dari
kita dengan sekelip mata sahaja..
Di
sini, saya belajar untuk bersyukur dengan semua perkara yang baik yang berlaku
pada saya sekarang, & belajar redha pada kehilangan..
note to myself |
Heee...
apelah saya ni, cakap bukan-bukan pulak.. hehe
Tak nak
sedih-sedih dah, cuba untuk terima dengan redha & senyum, walaupun pahit..
Apa
yang berlaku tu, pasti ada sebab kenapa Allah jadikan perkara itu berlaku,
pasti akan ada hikmahnya yang kita tak sedar nanti..
Sabar,
percaya pada Allah.. (^_~)
Akhir
kata,
Kepada
semua kawan-kawan yang seangkatan dengan saya, selamat memulakan semester baru
ini dengan azam & semangat yang baru..
Kepada
adik-adik yang bari mendaftar bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, selamat maju
jaya.. Ingat priority, iaitu belajar & belajar & banggakan ibu ayah
dengan pencapaian anda.. hehe..
Jaga
diri, jaga iman..
Assalamualaikum..
(^_^)
No comments:
Post a Comment