Friday, 19 October 2018

Trip Review; Pulau Tinggi

Tarikh
 29/09/2018 (Sabtu) - 30/09/2018 (Ahad)

Pakej
 2 Hari 1 Malam

Agent
 RAHA LEGACY HOLIDAY SDN BHD
- Proses booking: Saya cuma isi borang booking yang terdapat di website, dan pihak Raha akan memberi maklum balas melalui emel berkenaan kekosongan bilik resort yang kita pilih. Setelah Confirm booking, mereka akan sediakan invoice dan Hotel Voucher akan diberikan setelah pembayaran dibuat.

Resort
 TAD Marine Resort

Bilik
 Standart Twin Sea View
- 1 Queen bed, private bathroom, air-conditioner, TV, almari, peti sejuk 


Harga
Pakej: RM350 seorang (belum termasuk tax) 
Bot: RM90 seorang
- Free Lunch, Dinner & Breakfast

Trip
Jeti: Jeti Tanjung Leman, Mersing 
Bot bertolak: 1.00 petang 
- Di jeti tersebut ada 1 kaunter khas untuk TAD Marine Resort, just pergi ke kaunter tersebut & tunjuk Hotel Voucher yang telah diberikan oleh pihak RAHA Agency melalui emel.
- Perjalanan menaiki bot dari Jeti Tanjung Leman ke TAD Marine resort hanya mengambil masa selama 30 minit.
- Bila check-in di pendaftaran, kami disajikan dengan jus oren (welcome drink)
- Lunch & dinner disediakan oleh pihak hotel. Mereka masak 5-6 lauk dan hidangkan
- Breakfast secara buffet
- Sebelum bertolak balik, pihak receptionist akan call untuk memberitahu pukul berapa bot bertolak dan pukul berapa kita perlu check-out 



Makanan dinner yang dimasak & disediakan oleh pihak resort untuk 2 orang
 
Pemandangan pagi dari depan bilik

Tips / Penambahbaikan
1) Bawa insect repellent. Ada banyak agas di sekitar kawasan pantai (Ini kalau nak jalan-jalan tepi pantai jauh sikit dari resort). Tapi pihak resort turut menyediakan botol-botol cecair insect repellent sepanjang laluan resort.

2) Tips dari pihak pengurusan resort, masa terbaik untuk melancong ke pulau ialah selepas Tahun Baru Cina sampai bulan Julai.

3) Better pergi atau ambil pakej 3 hari 2 malam, & tambahkan aktiviti seperti snorkeling, island hopping dan sebagainya.

4) Bawa buku. Boleh baca buku ketika bosan tiada aktiviti sebab kadang-kadang line internet pun slow.



Tuesday, 14 August 2018

Hubungkait Al-Quran dan fakta-fakta saintifik

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 3 Mei 2012* 



Tajuk Forum: Hubungkait Al-Quran & Fakta-fakta Saintifik

Tempat: Kolej Pendeta Za'aba, UPM
Tarikh: 20/04/2012

Panel:-
1) Prof. Dr. Mat Rofa Ismail (Fakulti Sains, UPM)
2) Ustaz Mohd Hafiz bin Ghazali (Pusat Islam UPM)


Bismillahirrahmanirahim..


Moderator forum..

- Majlis ilmu merupakan salah 1 dari taman-taman Syurga.

- 4 perkara yg akan kita dapat bila pergi ke majlis ilmu :-
    1) Sakinah (ketenangan)
    2) Rahmat dari Allah
    3) Malaikat akan merendahkan sayapnya, duduk bersama-sama kita di majlis ilmu tersebut & akan mengingati wajah kita & akan meminta pada Allah memberikan rahmat kepada kita..
    4) Allah akan sebarkan pada sekalian penduduk langit nama-nama & wajah-wajah mereka yg menghadiri majlis ilmu sehingga membuatkan seluruh penduduk langit menyintainya..


Related image



Apakah sebenarnya sikap orang bukan Islam yang menganggap Islam itu sebagai agama keganasan? (Prof. Dr. Mat Rofa Ismail)

- Kajian yang dilakukan oleh pihak barat (dulu-dulu lah), daripada 6.6 billion penduduk di muka bumi ini, 2.2 billion adalah beragama Kristian & 1.6 billion pula beragama Islam. Itu yang diketahui, yang tidak diketahui tak disebarkan pada umum.

- Kemudian ada para pengkaji lain, (di Eropah juga) nak buat balik kajian tersebut, rupa-rupanya kajian yang sebelum ini tertukar. sebenarnya, 2.2 billion penduduk bumi ialah beragama Islam, manakala 1.6 billion lagi beragama Kristian.

- Muhammad adalah nama popular di Belanda. 1/3 daripada penduduknya adalah muslim.

- Orang di barat semakin galak mengkaji tentang Islam.

- Statistik menunjukkan, pada tahun 2050 di barat, kemungkinan besar semua penduduknya ialah Islam.

- Kemanisan Islam sebenarnya telah dirasai oleh penduduk-penduduk Eropah.

- Tapi di timur, semakin hilang keislamannya (mungkin sebab dah lama duduk dalam Islam)

- Hadis Rasulullah s.a.w, "Urusan Islam akan sampai di mana saja, di mana siang & malam sampai, takdir menguasai segalanya"

- Lepas mengkaji Islam ~ penduduk Eropah berebut-rebut memeluk Islam setelah melihat keindahan Islam dari pelbagai sudut.



Bagaimana proses kejadian manusia menurut al-Quran? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)

- Lihat kembali hikmah dalil aqli & naqli tentang penciptaan kita.

- 2 jalan kita di dunia ini ;-
  i) Jalan menuju kebaikan
 ii) Jalan menuju kejahatan

- Allah utuskan 2 perkara untuk kita di dunia ini untuk dijadikan panduan hidup kita:-
 i) Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul
 ii) al-Quran

- Allah menciptakan manusia sebagai khalifah.

- Jaga hubungan dengan Allah & manusia.

- Kita kena ingat balik tujuan kita dilahirkan di dunia.

- Kita tahu, kita hidup ni, melalui beberapa alam.
i) Alam roh ~ hanya Allah yang tahu berkenaan alam ini, (bila & dimana), alam dimana kita telah buat perjanjian dgn Allah.
ii) Alam rahim
iii) Alam dunia
iv) Alam barzakh


Image result for al quran dan sains



Apa itu alam barzakh & dimana alam tersebut? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)

- Akidah Islamiah ~ perkara yang diremehkan pada hari ini.

- Kira orang Islam tak lari untuk percaya perkara-perkara ghaib.

- Beriman pada perkara ghaib --> percaya pada hari kiamat & adanya makhluk-makhluk yang tak dapat kita lihat dengan mata kasar.

- Alam barzakh --> Alam perantaraan di antara alam mati dan alam dibangkitkan dari mati. 

- Bermula bila roh terpisah dari jasad.

- Kekuatan orang Islam => doa

- Sebelum menempuh alam barzakh
i) Jaga hubungan dengan Allah & sesama manusia.
ii) Kuatkan tautan hati pada Allah.

- Jangan sesekali kita menggadaikan akidah kita.




Apakah persoalan @ nilai tentang Islam itu sendiri yang dapat menarik orang bukan Islam (Eropah) memeluk Islam? (Prof Dr Mat Rofa Ismail)

- Islam berkembang dengan benar.

- Memeluk islam bukanlah 1 paksaan.

- Sebenarnya, di dunia ini, orang melayu ialah golongan yang paling mudah diperintah & mempunyai lidah yang lembut.

- Melihat sejarah orang Islam, bagaimana toleransi umat Islam --> menarik orang bukan Islam

- Contoh, kisah King Richard & Salehuddin al-Ayubi & kisah toleransi umat Islam ketika peperangan Badar di mana umat Islam memberi makan terlebih dahulu pada tawanan & bagaimana mereka semua melayan tawanan lebih baik berbanding tentera Islam sendiri.

- Datuk Bandar England sendiri mengatakan, (bila gejala lesbian & gay mula berkembang) --> masa depan Eropah bergantung pada agama Islam.

- Tarikan lain --> sumbangan tamadun Islam..

- Islamlah yang mula-mula menubuhkan Universiti

- Pada kurun ke-12, Alam Melayu juga mempunyai sebuah Universiti, sedangkan Eropah ketika itu berada di zaman gelap.

- Islam ialah cahaya & cahaya takkan boleh dipadamkan..




Apakah itu ilmu al-Quran? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)

- Hadis, "sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya"

- Apa yang penting bagi umat Islam ialah mempraktikkan al-Quran.

- Orang yang datang majlis ilmu, tentu akan dapat ilmu baru. Walau tak banyak pun, pasti akan dapat juga sikit.. Kalau pergi majlis ilmu, tak dapat apa-apa ilmu baru, ada something wrong lah tu..

- Mukjizat al-Quran :-
 i) Cara bacaan al-Quran saja ada banyak cara oleh ulama-ulama, tapi masih memberikan maksud yang sama.
ii) Mengandungi bahasa & maksud yang baik..





Mukjizat al-Quran dari sudut pandangan saintifik. (Prof. Dr Mat Rofa Ismail)

- Dalam al-Quran ada mengatakan, kiamat tidak mungkin berlaku kecuali bila bumi Arab (gurun-gurun di Arab) tumbuh banyak tumbuhan & terdapat sungai-sungai yang mengalir.

- Sekarang ais di Kutub Utara mencair kerana global warming. Air yang mencair itulah membentuk sungai & mula mngalir ke Semenanjung Tanah Arab.

- Latitude bumi sekarang sedikit berubah.

- Gempa bumi yang berlaku baru-baru ini, buat kedudukan latitude bumi semakin tunggang-langgang.

- Ais di Kutub Utara semakin cepat mencair..


Sampai di sini sajalah dulu yer.. ukhuwah fillah abadab abada.. jaga diri semua, jaga iman.. ^^


Ini sahajalah yang sempat saya salin ketika itu. By the way, kalian juga boleh cuba cari dan membeli buku Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin. Saya ada membeli & telah membacanya.. Seriously best! 


Image result for al quran and saintifik


Dalam buku ni ada beberapa bahagian:
1) Ayat al-Quran
2) Alam Semesta
3) Asal-usul Manusia
4) Tujuan & matlamat hidup manusia

Saya paling suka baca bahagian Alam Semesta & Asal-usul manusia. Ada ilmu yang disampaikan.

Cubalah cari di kedai buku & bacalah. Insya-Allah, dapat sedikit ilmu.. (^_^)

Assalamualaikum







Tuesday, 31 July 2018

Forum Kau & Aku OSEM

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 14 Jun 2012* 


Tarikh: 28/4/2012

Tajuk Forum: Kau & Aku OSEM

Ahli panel :-
1) Imam Muda (IM) Nazrul
2) Puan Norlaila Amiza binti Zakaria (anak didik Dr Fadzilah Kamsah -kalau tak silap) 


Bismillahirrahmanirahim..



Related image



Boleh tak terangkan, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Kau dan Aku OSEM" ni? (IM Nazrul)

~ OSEM
O --> Ordinary
S --> Student
    E --> Extraordinary
M --> Muslim

~ Proses tarbiyah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sebenarnya untuk jadikan seseorang itu extraordinary muslim.

~ 3 syarat jadi extraordinary muslim :
  i) Amar makruf
 ii) Nahi mungkar
iii) Belajar / menekuni ilmu

~ Kena berani menegur kawan yang buat mungkar.

~ Imam Hassan al-Banna --> ada 10 ciri untuk lahirkan extraordinary muslim.

Boleh baca di link ini 10 pesanan Imam Hassan al- Banna,
[https://missnahzatulnazwa.blogspot.com/2018/07/10-nasihat-hassan-al-banna.html]

~ Pelajar yang ada akidah --> tidak akan berlaku mereka yang berjaya lahirkan anak luar nikah.

~ Nak jadi superb punya muslim --> kena ada sifat ihsan.

~ "Kamu buat apa benda sekalipun, anggap seolah-olah ada Allah di sebelah"


Image result for remaja islam kartun

 

Bagaimana cara untuk mencapai OSEM itu sendiri? (Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria)

~ Cara nak menyampaikan kasih sayang --> sebarkan salam.

~ Laga-laga pipi --> salah 1 saham dapat pahala.

~ Untuk lelaki --> makhruh jumpa peluk hari-hari tiap kali jumpa.

~ Untuk perempuan --> sunat jumpa peluk hari-hari tiap kali jumpa.

~ Ulama-ulama besar sangat menjaga salam.

~Bersalaman lepas habis solat berjemaah.

~ Buat sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w dulu.

~ Ilmu tidak akan masuk dalam hati yang gelap.

~ Tidur --> baca doa sebelum tidur & lepas bangun tidur, jangan raup wajah bila baru bangun.

~ Baca doa bila tengok cermin

~ Sebelum tidur, ambil wuduk.

~ Yang payah itulah yang Allah nilai untuk jadi saham-saham masuk ke Syurga.

~ Masuk tandas --> masuk kaki kiri, keluar kaki kanan.

~ Jangan tinggalkan amalan-amalan kecil itu, mana tahu amalan-amalan kecil itu yang menyebabkan kita masuk Syurga & sebaliknya.

~ Masuk tandas pun ada doa.

~ Amalkan sunnah-sunnah kecil dulu.

~ Senyum --> sekurang-kurangnya nampak 2 batang gigi --> untuk menampakkan keikhlasan.

~ Pandang wajah orang yang berbual dengan kita (sama jantina)

~ Tundukkan wajah (berlaianan jantina)

~ Ada banyak cara kreatif untuk menjadi OSEM

~ Berbual seperti mana kita mengangkat akidah kita.

~ Syarat pertama dalam Islam bila menerima pujian --> istighfar

~ Apa-apa je yang berlaku, sebut nama Allah.



Apa significant "Kau & Aku" ni? (IM Nazrul)

~ Bila ada perkataan "Kau & Aku" ni boleh jadi ada 2 orang manusia, sesama jantina atau berlainan jantina.

~ Bukan kita seorang, tapi kalau boleh, kita nak ajak semua sekali jadi OSEM.

~ Orang yang sayang diri sendiri, dia akan buat yang terbaik untuk diri dia.

~  Kalau nak check iman kita, lihat bila kita duduk seorang diri.

~ Kemanisan iman --> rasa sayang pada Allah, lebih dari sayang pada diri sendiri & segala-galanya.

~ Kamu sayang seseorang, kamu tidak sayang dia melainkan kerana Allah.

~ 2 orang yang bertemu & berpisah kerana Allah, insya-Allah akan dapat naungan Arasy.

~ Benci dlm hati itu selemah-lemah iman.

~ Punca maksiat :-
  i) Bermula dengan mata
 ii) Diikuti dengan senyum
iii) Bercakap & berkata-kata
iv) Adanya temujanji
 v) Adanya pertemuan
Vi) Berlakulah maksiat

~ Cinta lepas kahwin itu nikmat.

~ Masa kita, bukan hanya di dunia saja kita hidup, tapi kita juga akan hidup di akhirat.

~ "Seseorang yang sayang seseorang di dunia ini, dia akan duduk bersama dengan orang yang disayanginya di Syurga Allah"

~ Di alam dunia ini kita diuji oleh Allah.

~ Tugas & peranan kita kena jaga.

~ Kita semua ini ialah penjuru-penjuru bagi agama Islam.

~ Semua kena main peranan untuk jadi OSEM.


Image result for muslim awesome kartun


Ibrah-ibrah dari Zaman Rasulullah atau sahabat-sahabat untuk menjadi OSEM. (Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria)

~ Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w semua OSEM.

~ Umat Rasulullah semua OSEM.

~ Penuhkan jiwa dengan iman, kalaulah datang dugaan, boleh berjihad dengan nafsu.

~ Jangan kutuk / hina orang lebih-lebih. Sebab, mana tahu sebelum kita meninggal, Allah akan terbalikkan kita, kemungkinan besar kita akan buat perkara yang kita tak suka tu.

~ Cegah diri kita dan kawan-kawan dari maksiat.

~ Belajar dari orang yang konon-konon nampak tiada ilmu, tapi sebenarnya banyak benda lain yang dia tahu.

~ Jangan rasa diri kita baik. Kena baiki diri.

~ Wajib tunjuk diri kita baik depan orang secara zahirnya.

~ Jangan tinggalkan solat wajib.

~ Jadi orang yang benar-benar hidupkan agama.

~ Kenapa lelaki & prmpn yang baik boleh berzina? --> kerana mereka berlamaan dalam tempoh yang panjang.

~ Jika seseorang dah biasa berpegang tangan dengan yang tak halal, tak mustahil jika lepas kahwin nanti, dia berpegang tangan dengan yang tak halal juga.

~ Puasa Isnin & Khamis

~ Doa --> minta agar dijauhkan nikmat maksiat & diletakkan nikmat beribadah dalam hati.

~ Bergurau --> Tak salah, tapi jangan menipu dalam gurauan.

~ Tak boleh bergurau yang menyebabkan orang lain risau, gelisah.


Related image



Kesimpulan.

IM Nazrul

~ Renung firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143, "Aku jadikan kamu umat yang seimbang"

~ Hebat tak hebat kita, kita akan jadi saksi kepada umat sekalian manusia.

~ Jadilah apa sekalipun, engineer, doktor, saintis, guru, apa-apa saja, tapi letakkan Allah dalam jiwa.


Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria.

~ Cegah kemungkaran, kena bawa banyak kebaikan sebagai seorang muslim.

~ Kemungkaran tu ibarat bilik yang gelap, jadi kita kena pasang lampu untuk terangkan

~ Tunjuk akhlak yang baik, lemah lembut.

~ 1 tanggungjawab kita --> doa spesifik untuk orang yang kita nak cegah kemungkarannya.

~ Dilanda musibah, baca innalillahiwainnailaihirajiun.. --> doa, "Ya Allah, berikanlah pahala atas musibah ini & gantikanlah dengan lebih baik"

~ Beli manzil --> semoga akan dapat lindungi diri.

~ Ambil saham, jadi saksi berkumpul di tempat-tempat yang baik.


Image result for muslim awesome kartun


Sesi soal jawab.

1) Medium terbaik bagi seorang OSEM untuk mendptkan hiburan.

Puan Norlaila Amiza bt Zakaria

~ Kalau nak berhibur, tiada keperluan berhibur dengan drama-drama di tv yang tiada manfaat dengan agama.

~ Lebih baik banyakkan mengkaji siapa ulama-ulama besar kita.

~ Hiburan itu tidak akan menajamkan minda.


IM Nazrul

~ Berenang, memanah, berkuda --> apa yang diajarkan semasa zaman Rasulullah.

~ Boleh berhibur,tapi kena ada batasan.

~ Berhibur dengan Al-Quran  >saranan Rasulullah<

~ Masalah kita, kita anggap lakonan kat tv itu ialah hiburan.

~ Kita tak anggap majlis seperti taman-taman Syurga ini sebagai 1 hiburan.


2) Betulkah perempuan yang berambut panjang itu, rambut itu akan melindunginya dari api neraka?  (Puan Norlaila Amiza bt Zakaria)

~ Hadis itu bukan hadis sahih

~ Kena check, adakah itu hadis palsu atau hadis yang dhaif (lemah)

~ Tapi, perempuan memang disunatkan untuk simpan rambut panjang.


Jaga diri, jaga iman, semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan-Nya..