Saturday, 29 February 2020

RESEPI; Kek Masam Manis (Kek Lapis Sarawak)


 Assalamualaikum..

Kek lapis merupakan salah-satu identiti Sarawak.. Sebut je nama Sarawak, orang akan ingat kek lapis.. Biasanya, kek lapis ni menjadi satu hidangan wajib untuk tetamu yang datang beraya.. Pergi lah mana-mana rumah, bersusun kek lapis pelbagai jenis..

Kali ni, saya nak buat 1 kek lapis antara yang popular di Sarawak, iaitu Kek Masam Manis. Buat ni pun sebab ada kawan tempah..


 Bahan-bahannya:-
- Biskut Cream Crackers (dihancurkan menjadi tepung)
Note: Boleh juga guna tepung gandum
- 250g Butter
- Gula kastor
- Horlick
- 10 biji telur
- Susu pekat
- Ovalette
- Kepingan Asam
- Pewarna


Cara Membuatnya:-


Mula sekali, pukul mentega & 1 setengah (1-1/2) cawan gula sehingga kembang.
Sukatan gula tu terpulang pada masing-masing.. Ada orang tak nak manis sangat, mereka guna 1 cawan sahaja..




 Lepas itu boleh masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sekata
*Nota kaki: Saya masukkan 2 biji baru pukul sekata sebab nak jimatkan masa hihihi




 Biskut cream cracker tu kita tumbuk & hancurkan jadi tepung.. Lepas semua telur dah dipukul sekata, masukkan 2 cawan tepung biskut.
Sebenarnya kalau nak guna tepung gandum pun boleh juga, biasanya kami memang guna tepung gandum, tapi kali ni special sikit guna tepung biskut..




 Kemudian masukkan 1 paket kecil horlick.. Pukul sebati..




 Masukkan 1/2 tin susu pekat manis.. Pukul sebati lagi..




 Masukkan 1 sudu besar ovalette



 Bila dah sebati adunannya, boleh bahagikan kepada 3 bahagian (Sebab kami nak guna 3 warna berbeza.. Biasanya kek masam-manis yang dijual di pasaran menggunakan 2 warna sahaja iaitu hijau & original) Haa, ini mencabar sikit sebab kena buat kira-kira nak bagi adunan sekata.. 
Biasanya 1 lapisan mak akan letak lapisan adunan 8 sudu besar.. Kalau nak minimum 3 lapisan untuk 1 warna, jadi boleh letak 8x3=24 sudu setiap bahagian.. Bila ada lebihan adunan, pandai-pandailah bahagikan lagi.. hihi



 Letak pewarna & kacau sebati guna sudu



 Ramai yang tanya saya, macam mana buat lapisan kek tu? Okay, caranya, saya letak lapisan warna kuning di loyang dahulu, lepas itu bakar atau kukus beberapa minit (kek kali ini saya guna cara kukus.. Kata orang, guna cara kukus lebih sedap berbanding bakar dalam oven sebab rasanya nanti moist-moist gituu)
Bila lapisan kuning tu dah keras, barulah masukkan lapisan lain pulak..
Ini yang leceh ni, & proses ini yang menyebabkan buat kek lapis ni menganbil masa yang agak lama..




 Disebabkan kita buat kek masam-manis, jadi lepas beberapa lapisan, susunlan kepingan asam mengikut kreativiti anda sendiri.. Saya buat simple jer, setiap lepas lapisan berwarna merah, saya kan letak lapisan asam



 Ini lah rupanya bila dah siap.. atas tu kami letak topping hirisan asam tadi.. kalau tak nak pun takpe.. Tiada masalah, ikut kreativiti masing-masing.. (^_^)



 Bila dah potong, nampaklah susunan kepingan asam yang kita susun awal-awal tadi

Tambahan: Biasanya resepi mak dulu, kena letak 1 tin kecil seri kaya, tapi kali ni lupa pulak nak letak.. Kalau nak, masukkan seri kaya tu selepas settle masukkan segala tepung-tepung atau selepas masukkan susu pekat..

Selamat mencuba! =)

No comments:

Post a Comment