Tuesday, 31 October 2017

Canopy Walkway di FRIM

Assalamualaikum..

Lama dah tak menaip apa-apa di sini.. Okay, kali ni saya nak cerita sedikit pengalaman aktiviti meniti titian kanopi di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) bersama seorang bestfriend saya, Farlina (I call her Lina).

Start bila pada 29 Mei 2017 tu, saya ternampak 1 poster pasal penutupan titian kanopi tu hujung bulan Jun. Masa tengok poster tu, memang rasa nak pergi cuba naik, sebab dah lama tak buat aktiviti hiking ni, tapi masa tu dah bulan Ramadhan dah.



Terus whatsapp Lina, saya tanya dia, "Lina, possible tak kalau nak hiking tanpa minum air?" haha.. Lina pun jawablah possible tapi kemungkinan dihidrate tinggi.. Lepas tu cerita lah kat dia yang saya nampak poster pasal penutupan Canopy Walkway ni. Discuss punya discuss, terus kitorang buat keputusan nak pergi jer. Bulan puasa pun bulan puasa lah..

Disebabkan saya baca di laman web FRIM bahawa nak naik titian kanopi ni kena buat booking dulu, saya pun emel lah pegawai yang bertugas, bagi tarikh nak naik (Pilih tarikh 4 Jun 2017 sebab Lina cuti ahad jer) & bagitau untuk 2 orang. Sekali dapat balasan emel, katanya 4 Jun tu dah penuh, & ada kekosongan 7 Jun jer (Rabu).
 
 

 

Then bincang-bincang lagi dengan Lina, sepakat lah kitorang ambik cuti 7 Jun tu, jara-gara semangat pulak nak pergi Canopy Walkway tu kan.

Jarak Perjalanan Banting - FRIM: 75 km

Then 7 Jun tu, kitorang pun gerak pukul 8 dari Banting, padahal booking time pukul 10.30pagi. Saya risau jalan jemmed kat Highway ELITE & area Damansara, sebab selalu pergi kerja tiap pagi (Banting - USJ), selalu nampak lepas persimpangan tol USJ je kereta dah start bergerak slow. Jadi saya fikir, jalan mungkin sesak, & kami kena berkumpul sebelum 10.15pagi, lebih baik bertolak awal. Tapi last-last tengok, jalan lancar je tanpa jemmed sampailah ke FRIM. -_-"

 
 
 

Disebabkan kami sampai awal dalam 9.30 macam tu, just berlegar2 lah depan Visitor Information Centre tu sampai pukul 10.00. Lepas daftar & bayar (RM5 seorang), duduk je lah kat luar tu sementara tunggu ahli group lain & ranger hutan yang akan bawa kami ke dalam hutan. Dalam group tu, as expected, cuma saya & Lina jer Islam. Nasib baik dapat ranger lelaki Melayu, tentu fahamlah tengah-tengah Bulan Ramadhan ni kan.

Pukul 10.40 kami mulakanlah perjalanan masuk ke dalam hutan tu semua. Ranger tu pun okay, banyak info pasal pokok-pokok dalam hutan FRIM tu diterangkan oleh dia. Mula-mula tu just macam jungle tracking jer, so tak ada lah penat sangat. Lagipun banyak berhenti sebab ranger nak terangkan pasal pokok-pokok yang ada.
 
 
 
 
Tapi bila dah start mendaki tu Ya Allah, penatnya.. Saya tahu kita kena kawal pernafasan bila hiking.. Jangan bernafas laju2, jangan hembus nafas guna mulut, nanti cepat pancit & penat.. Itu apa yang saya pernah dengar dari kawan-kawan masa hiking zaman belajar dulu.. Betulkan kalau saya silap.. Tapi sepanjang hiking bukit di FRIM tu, saya rasa saya boleh kawal supaya tak hembuskan nafas melalui mulut. Cuma mungkin saya masih tak pandai nak kawal pernafasan, jadi cepat penat jugak.. haha.. Lina yang tengah demam masa tu pun, steady jer, tak ada lah menunjukkan tanda-tanda penat ke apa.. hihi

Lepas hiking dalam lebih kurang beberapa minit, sampailah di bawah titian kanopi.. Okay, di titian kanopi tu tak boleh jalan sekali gus.. Cuma 4 orang sahaja yang dibenarkan ada di atas titian dalam satu-satu masa, dengan jarak yang ditetapkan.. Mula-mula excited, sekali dah kat atas tu, tiba-tiba rasa gayat datang.. Rasa macam menyesal datang situ & rasa nak balik jer.. Haha..




Sebelum pergi FRIM, saya dah buat research dah, baca pengalaman orang lain yang dah pernah naik titian kanopi ni, tapi semua cakap tak gayat pun.. Saya pulak rasa gayat kat atas tu.. Sebab dia bergoyang-goyang kot.. Lina kat depan saya, saya tengok steady je dia jalan, siap pegang monopod rakam video lagi.. Saya pulak jalan selangkah-selangkah, slow-slow..

Titian kanopi tu ada 3 section.. section pertama paling panjang kalau tak silap saya, sebab siap ada intersection bentuk L lagi. Kat intersection bentuk L tu lah yang saya tiba-tiba takut sangat.. haha.. Lepas tu section kedua, ingat macam yang pertama, tapi sekali tengok, lagi kuat goyang dia dari yang pertama.. Lepas tu section ketiga, paling pendek pada pandangan mata saya, saya dah ready dah nak tempuhi titian yang bergoyang tu.. Sekali di section ketiga ni yang paling stabil, tak bergoyang pun & tak menimbulkan rasa gayat di jiwa saya.. hehe
 

Pada pandangan saya lah, trek turun bukit lebih mencabar (tapi disebabkan turun bukit, so tak penat) dari trek semasa naik tadi.. Kena tunduk, bukak langkah kaki besar-besar nak melangkah turun dari batu.. It makes me wonder macam mana lah Indian girl yang saya nampak pakai dress paras lutut yang saya nampak masa mula-mula masuk hutan tadi nak turun guna laluan ni (sampai sekarang saya masih fikir)..

Dalam perjalanan turun pun, kami guna trek menghala ke air terjun.. Biasanya menjadi tempat perkelahan pengunjung-pengunjung FRIM ni.. Sampai saja bawah, kiranya dah habis aktiviti yang ditemani ranger hutan, terus saya & Lina pergi duduk tepi air terjun tu, rendam kaki, & rehat-rehat segarkan badan sebelum drive balik Banting..
 

Kesimpulannya, trek di FRIM boleh dikatakan senang, sebab dia ada trail yang tersedia.. Even kitorang tengah puasa pun, alhamdulillah boleh naik & turun dengan selamat.. Puas lah jugak dapat naik titian kanopi tu.. Gayat memang gayat bagi saya, tapi bila dah habis tu, dia ada 1 perasaan lega or lepas beban dalam badan.. Perasaan penat masa mula-mula hiking tadi pun hilang.. Memang puas!



Sunday, 1 October 2017

Perempuan dan Diam

Assalamualaikum..
 
Masa driving semasa dalam perjalanan pergi kerja pagi tadi, terdengar 1 petikan sesi motivasi bersama Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (DFMK) yang membincangkan mengenai perempuan dan diam.
 
Ini antara intipati yang sempat terakam oleh minda saya.
 
Perempuan ni memang fitrah dia banyak bercakap. Bercerita mengenai hal-hal seharian dan masalah-masalah remeh yang dihadapi. Tetapi, kalau perempuan ini tiba-tiba diam, itu maksudnya ada sesuatu. Diam ini ada beberapa sebab:-
 
1) Dia banyak fikir sesuatu, rasa berat fikiran dia, rasa kecil hati, ada benda yang buat dia terluka yang tak mampu diluah & sebagainya.
2) Diam sebab dia rasa kalau dia keluarkan 1 perkataan je pun, nanti dia akan meletup marah. Jadi, perempuan pilih diam daripada meletup.
3) Diam sebab ingin dibelai, rasa disayangi & dihargai.
 
Konklusinya, kalau perempuan tiba-tiba diam itu tandanya dia sedang menangis dalam hati.
 

Wednesday, 20 September 2017

Happy Birthday Efa!

Asslamualaikum..
Lama dah tak menaip di sini.. berhabuk dah. Fuh Fuh *tiup habuk*
 
Hari ni saya memang nak mengambil kesempatan di tarikh 20 September ini untuk mengucapkan happy birthday kepada salah seorang kawan baik saya...., iaitu,
Efarizan binti Suradi!! *yeay.. tepuk-tepuk tangan*

 

 
 
Rasanya kalau tak silap, nie birthday shout yang ke-3 yang saya buat di blog saya..
 
Nyanyi sikit, 
 
 Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday Dear Efa,
Happy birthday to youuuuu..  
 
 
Mula berkenalan dengan Efa sejak masuk UPM.. Memang kami duduk di kolej yang sama, iaitu kolej ke-5, tapi berlainan bilik, blok & course. Saya Major Fizik, dia pulak Major Kimia.. Tapi kami mula kenal dari kelas Calculus.. Tak ramai pelajar Major Fizik & Major Kimia dalam kelas tu, cuma beberapa orang je, sebab majoritinya terpisah di kumpulan yang lain.. Itulah permulaan perkenalan kami..
 
Macam mana boleh betul2 rapat? Errmm, honestly, saya pun tak ada idea macam mana kami mula rapat.. Yang saya ingt, kami selalu pergi ke Bukit Ekspo lepas Asar.. duduk atas rumput, tepi kolam, berbual macam2..



 
 
Di UPM, dia lah orang pertama yang tengok saya menangis.. Jujur cakap, saya susah nak cerita hal peribadi pada orang, terutama sekali hal-hal sedih secara berdepan, sebab susah nak kawal nangis.. haha.. tapi ada 1 perkara yang buat saya tak mampu simpan, saya cerita pada dia, & itulah pertama kali saya menangis di UPM depan seseorang..
 
Bagi saya, Efa memang betul-betul seorang pendengar yang baik & sangat memahami saya. Saya selesa bercerita segala benda yang saya rasakan masalah saya, walaupun bila fikir balik, mungkin cuma masalah overthinking or buruk hati saya.. haha.. Tapi, bila saya lost dengan perasaan sendiri, kata-kata dia lah yang Alhamdulillah, berjaya tenangkan saya sedikit..
 
I feel glad that we meet in this path of life.. Sekarang, kami berjauhan.. seorang di Selangor, seorang di Johor.. Last jumpa masa majlis konvokesyen kami.. setiap kali dah plan nak berjumpa, ada saja halangan.. How I miss her so much.. (T_T)




 
------------------------------------------------------------

 
To Efa,
Happy birthday to you <3
Semoga Allah panjangkan umur kau, murahkan rezeki kau, & mempermudahkan segala urusan kau..
Semoga Allah sentiasa meredhai, merahmati & melindungi kau dalam lindungan rahmat & kasih-sayang-Nya..
Semoga kau terus disayangi & disenangi sentiasa oleh semua orang yang kau temui / berurusan & bahagia / gembira sentiasa..
Semoga ko dipertemukan dengan jodoh, seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, sentiasa buat ko bahagia & hormat family ko.. (andai ditakdirkan kita kahwin pada tahun yang sama, mohon jangan pilih tarikh yang sama dengan aku nanti, susah aku nak datang & jangan lupa jemput jugak, sebab aku nak tengok hari bahagia kau nanti.. :p ) haha
Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku, tak pernah putus asa dalam persahabatan kita walaupun aku banyak buat benda yang kau tak suka, lebih-lebih lagi bila aku pernah lukakan hati kau tanpa sengaja dengan kata-kata main lepas aku dulu.. huhuhu




 
Terima kasih jugak sebab ikut jer kepala aku kadang-kadang bila aku ajak kau pergi mana-mana unexpected masa kita study di UPM dulu.. hehe
Terima kasih sebab faham aku, banyak bagi kata-kata nasihat yang menusuk hati kat aku..
Well, aku rindu nak duduk atas rumput, tepi kolam & borak-borak dengan kau.. Paling rindu saat duduk di Bukit Ekspo petang-petang!
Maaf sebab tak mampu jadi kawan yang terbaik buat kau,kadang-kadang tak faham kau, & tentu banyak kali aku lukakan hati kau bile aku konon-konon cuba bagi nasihat hidup kat kau.. hihihi
Still, I love u & I miss u so much!
Take care & be happy always..
Hope we can meet again soon..
I'm here if you need me
Muah! \(^o^)/