Sunday, 1 October 2017

Perempuan dan Diam

Assalamualaikum..
 
Masa driving semasa dalam perjalanan pergi kerja pagi tadi, terdengar 1 petikan sesi motivasi bersama Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (DFMK) yang membincangkan mengenai perempuan dan diam.
 
Ini antara intipati yang sempat terakam oleh minda saya.
 
Perempuan ni memang fitrah dia banyak bercakap. Bercerita mengenai hal-hal seharian dan masalah-masalah remeh yang dihadapi. Tetapi, kalau perempuan ini tiba-tiba diam, itu maksudnya ada sesuatu. Diam ini ada beberapa sebab:-
 
1) Dia banyak fikir sesuatu, rasa berat fikiran dia, rasa kecil hati, ada benda yang buat dia terluka yang tak mampu diluah & sebagainya.
2) Diam sebab dia rasa kalau dia keluarkan 1 perkataan je pun, nanti dia akan meletup marah. Jadi, perempuan pilih diam daripada meletup.
3) Diam sebab ingin dibelai, rasa disayangi & dihargai.
 
Konklusinya, kalau perempuan tiba-tiba diam itu tandanya dia sedang menangis dalam hati.
 

No comments:

Post a Comment