Sunday, 1 October 2017

Perempuan dan Diam

Assalamualaikum..
 
Masa driving semasa dalam perjalanan pergi kerja pagi tadi, terdengar 1 petikan sesi motivasi bersama Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (DFMK) yang membincangkan mengenai perempuan dan diam.
 
Ini antara intipati yang sempat terakam oleh minda saya.
 
Perempuan ni memang fitrah dia banyak bercakap. Bercerita mengenai hal-hal seharian dan masalah-masalah remeh yang dihadapi. Tetapi, kalau perempuan ini tiba-tiba diam, itu maksudnya ada sesuatu. Diam ini ada beberapa sebab:-
 
1) Dia banyak fikir sesuatu, rasa berat fikiran dia, rasa kecil hati, ada benda yang buat dia terluka yang tak mampu diluah & sebagainya.
2) Diam sebab dia rasa kalau dia keluarkan 1 perkataan je pun, nanti dia akan meletup marah. Jadi, perempuan pilih diam daripada meletup.
3) Diam sebab ingin dibelai, rasa disayangi & dihargai.
 
Konklusinya, kalau perempuan tiba-tiba diam itu tandanya dia sedang menangis dalam hati.
 

Wednesday, 20 September 2017

Happy Birthday Efa!

Asslamualaikum..
Lama dah tak menaip di sini.. berhabuk dah. Fuh Fuh *tiup habuk*
 
Hari ni saya memang nak mengambil kesempatan di tarikh 20 September ini untuk mengucapkan happy birthday kepada salah seorang kawan baik saya...., iaitu,
Efarizan binti Suradi!! *yeay.. tepuk-tepuk tangan*

 

 
 
Rasanya kalau tak silap, nie birthday shout yang ke-3 yang saya buat di blog saya..
 
Nyanyi sikit, 
 
 Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday Dear Efa,
Happy birthday to youuuuu..  
 
 
Mula berkenalan dengan Efa sejak masuk UPM.. Memang kami duduk di kolej yang sama, iaitu kolej ke-5, tapi berlainan bilik, blok & course. Saya Major Fizik, dia pulak Major Kimia.. Tapi kami mula kenal dari kelas Calculus.. Tak ramai pelajar Major Fizik & Major Kimia dalam kelas tu, cuma beberapa orang je, sebab majoritinya terpisah di kumpulan yang lain.. Itulah permulaan perkenalan kami..
 
Macam mana boleh betul2 rapat? Errmm, honestly, saya pun tak ada idea macam mana kami mula rapat.. Yang saya ingt, kami selalu pergi ke Bukit Ekspo lepas Asar.. duduk atas rumput, tepi kolam, berbual macam2..



 
 
Di UPM, dia lah orang pertama yang tengok saya menangis.. Jujur cakap, saya susah nak cerita hal peribadi pada orang, terutama sekali hal-hal sedih secara berdepan, sebab susah nak kawal nangis.. haha.. tapi ada 1 perkara yang buat saya tak mampu simpan, saya cerita pada dia, & itulah pertama kali saya menangis di UPM depan seseorang..
 
Bagi saya, Efa memang betul-betul seorang pendengar yang baik & sangat memahami saya. Saya selesa bercerita segala benda yang saya rasakan masalah saya, walaupun bila fikir balik, mungkin cuma masalah overthinking or buruk hati saya.. haha.. Tapi, bila saya lost dengan perasaan sendiri, kata-kata dia lah yang Alhamdulillah, berjaya tenangkan saya sedikit..
 
I feel glad that we meet in this path of life.. Sekarang, kami berjauhan.. seorang di Selangor, seorang di Johor.. Last jumpa masa majlis konvokesyen kami.. setiap kali dah plan nak berjumpa, ada saja halangan.. How I miss her so much.. (T_T)




 
------------------------------------------------------------

 
To Efa,
Happy birthday to you <3
Semoga Allah panjangkan umur kau, murahkan rezeki kau, & mempermudahkan segala urusan kau..
Semoga Allah sentiasa meredhai, merahmati & melindungi kau dalam lindungan rahmat & kasih-sayang-Nya..
Semoga kau terus disayangi & disenangi sentiasa oleh semua orang yang kau temui / berurusan & bahagia / gembira sentiasa..
Semoga ko dipertemukan dengan jodoh, seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, sentiasa buat ko bahagia & hormat family ko.. (andai ditakdirkan kita kahwin pada tahun yang sama, mohon jangan pilih tarikh yang sama dengan aku nanti, susah aku nak datang & jangan lupa jemput jugak, sebab aku nak tengok hari bahagia kau nanti.. :p ) haha
Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku, tak pernah putus asa dalam persahabatan kita walaupun aku banyak buat benda yang kau tak suka, lebih-lebih lagi bila aku pernah lukakan hati kau tanpa sengaja dengan kata-kata main lepas aku dulu.. huhuhu




 
Terima kasih jugak sebab ikut jer kepala aku kadang-kadang bila aku ajak kau pergi mana-mana unexpected masa kita study di UPM dulu.. hehe
Terima kasih sebab faham aku, banyak bagi kata-kata nasihat yang menusuk hati kat aku..
Well, aku rindu nak duduk atas rumput, tepi kolam & borak-borak dengan kau.. Paling rindu saat duduk di Bukit Ekspo petang-petang!
Maaf sebab tak mampu jadi kawan yang terbaik buat kau,kadang-kadang tak faham kau, & tentu banyak kali aku lukakan hati kau bile aku konon-konon cuba bagi nasihat hidup kat kau.. hihihi
Still, I love u & I miss u so much!
Take care & be happy always..
Hope we can meet again soon..
I'm here if you need me
Muah! \(^o^)/


 
 
 
 
 




Monday, 19 June 2017

Quote hari ini #200617

Kita memang tak boleh kawal pemikiran orang lain terhadap kita,
Tetapi kita boleh kawal pemikiran kita untuk terus bersangka baik dengan orang lain.

~Be strong~