Thursday, 25 July 2019

Book Review; Untuk kita pendosa, harapan selalu ada


Tajuk Buku: Untuk Kita Pendosa
Penulis: Hilal Asyraf

Sebenarnya dah lama habis baca buku ni, tetapi baru sekarang nak update beberapa point-point menarik yang saya dapat dari buku ini

Image result for untuk kita pendosa

Antara point-point penting yang terdapat dalam buku ini:-

1) Para pendosa ini sentiasa mempunyai harapan. Harapan sentiasa terbuka selagi ajal & kiamat belum tiba.


2) Dosa adalah perbuatan yang dipalitkan kepada mereka yang melanggar batasan yang Allah tetapkan.


3) “Setiap nak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah yang bertaubat” (HR Ahmad, Tirmizi & Ibnu Majah).


4) Berdosa bukan penutup kepada pintu rahmat


5) Allah tidak memaksa kita mentaati-Nya ataupun tidak, hendak berjaya ataupun tidak. Tetapi Allah menceritakan keburukan tidak mentaati-Nya & keburukan apabila memilih kegagalan.


Image result for taubat dosa kartun

6) Allah adalah yang terampuh. Dia yang menciptakan kita. Dia yang menciptakan semuanya


7) Ketenangan, perasaan selamat, perasaan bahagia & perasaan aman ini wujud ketika menghadapi kesukaran & pada saat kritikal. Perasaan ini hanya diperoleh apabila merapatkan diri dengan Allah


8) Allah Maha Mengetahui, Maha Halus pemerhatian-Nya. Pengetahuan & pemerhatian Allah tidak terlepas walaupun dalam sekecil-kecil perkara & yang tersembunyi jauh dalam lubuk hati.


9) Istidraj merujuk kepada keadaan seorang yang dilimpahkan rezeki & kejayaan yang melimpah ruah dalam hidupnya secara berterusan walaupun dia bukan hamba Alaah yang taat


10) Orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung (HR Bukhari)

Image result for taubat dosa


11) Orang yang dilumuri dosa sukar memikirkan kebaikan


12) Khasiat mendekati Allah:-
i- Orang yang beriman percaya bahawa Allah menurunkan musibah sebagai ujian
ii- Orang yang beriman percaya bahawa segala bentuk musibah yang Allah turunkan masih dalam batas kemampuan manusia
iii- Orang yang beriman percaya bahawa Allah tidah memungkiri janji-Nya


13) Semua manusia berdosa. Tidak ada seorang pun manusia terlepas.


14) Sekiranya kita mahu melihat sejauh mana keimanan kita, kita dapat mengukurnya dari segi layanan kita kepada dosa:
i- Orang beriman -> segera kembali kepada Allah S.W.T
ii- Orang tidak beriman (lemah iman, mempunyai penyakit hati) -> terus-terusan berasa seronok bergelumang dengan dosa


15) Resepi utama menghidupkan hati adalah menjaga perkara-perkara dosa:
i- Mendirikan solat fardhu
ii- Membaca al-Quran


Related image


16) Allah tidak pernah menzalimi para hamba-Nya. Tetapi para hamba-Nya sahaja yang menzalimi diri mereka sendiri


17) Satu petanda bahawa iman kita tidak beroperasi adalah kita tidak mampu melakukan amal kebaikan


18) “Iman itu bukan sekadar bicara, bukan juga sekadar cita-cita, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat dalam hati & dibuktikan dengan amal” - Tabi’in


19) Taubat Allah hanya tertutup pada 2 perkara:
i- Mati
ii- Matahari terbit dari Barat


20) 3 cabaran besar dalam kehidupan manusia:-
i- Mempunyai kalbu yang sifatnya berbolak-balik
ii- Mempunyai iman yang sifatnya turun & naik
iii- Mempunyai syaitan yang bersumpah bagi menyesatkannya setiap detik


Imej mungkin mengandungi: teks

 Ini sahaja beberapa point yang boleh saya kongsikan. Sebenarnya banyak lagi input menarik untuk bacaan, jadi, saya syorkan pembaca membeli sendiri dan hayatilah pembacaan buku ini.

Insya-Allah, kita akan lebih memahami akan taubat & akan segera melakukan taubat selepas ini. ^_^

Nota kaki: Gambar-gambar di entry ini adalah hasil carian di laman sesawang google

Wednesday, 24 July 2019

Tiada jodoh, renungkan semula

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 5 Disember 2013*

Image result for tiada jodoh islam


Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan,
Kita biasa dengar ungkapan ini;


"Dah takde jodoh..."


Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya,

ianya adalah pengajaran dari Allah.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang-menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah.


Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.


Dengan kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.


Pada Tuhan tak pernah-pernah diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya, beri hatinya.


Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan.


Image result for tak ada jodoh


Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, gaduh,  ibu bapa tidak memberi restu, keluarga, harta, sikap, tak sefahaman, atau kerana sebab-sebab kecil seperti berebut murtabak, bluetick, tak reply mesej 2-3 jam, tak call sehari dan macam-macam sebab lagi. Itu cumalah asbab.


Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.


After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang di tuju?


Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,

"Kun Fayakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh,
Siapa yang awk lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Saya perlukan Allah.
Saya sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah Ta'ala..
Dengan sengaja atau tidak sengaja

Image result for jodoh kartun


Setiap apa yang kita baca, setiap teguran & nasihat orang lain kepada kita, kadang-kadang secara tidak langsung ianya merupakan teguran dari Allah untuk kita yang disampaikan oleh-Nya melalui hamba-Nya yang lain.. Keep smiling.. ^_^

Ajarkan aku untuk redha dengan segala ketentuan-Nya.. :)



Nota kaki: Semua nukilan adalah dari copy & paste blog lama dan saya sendiri sudah lupa di mana sumber asalnya.

Nota kaki 2: Gambar-gambar di entry ini adalah hasil carian di laman sesawang google



Tuesday, 16 July 2019

Perancangan Allah itu lebih baik

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 4 Julai 2013*

Assalamualaikum...

Analoginya..,

Bayangkan, kita ada anak kecil umur 3 tahun. Suatu hari, ketika kita tengah memasak di dapur, si anak ternampak pisau lalu merengek-rengek menangis nakkan pisau itu jadi mainan


Agak-agak kita bagi?
Tentulah tidak kan..

Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak? Tidak, kerana sayanglah kita enggan berikan.. Walaupun di mata anak pisau itu 'menyeronokkan' tapi kita lebih tahu ia merbahaya untuk anak kita..

Kita lebih tahu
Anak tidak tahu...


Related image





Begitulah juga kita dengan Allah.. Kita 'merengek' nakkan sesuatu tetapi Allah tidak izinkan.. Adakah Allah tidak sayangkan kita? Bahkan kerana sayanglah kemahuan kita tidak diturutkan malah diganti dengan yang lebih baik


Kerana apa yang kita mahukan itu mungkin kelihatan baik pada pandangan kita tetapi tidak pada pengetahuan Allah..

Wallahualam


Allah lebih tahu..
Kita tidak tahu..
Kita merancang, Allah juga merancang..
Tetapi perancangan Allah itu lebih baik..
^_^ 


Image result for perancangan allah







TRIP REVIEW; Kedah & Langkawi 2019

Assalamualaikum


Kali ni saya nak buat 1 itinerary semasa saya ke Kedah baru-baru ini. Tujuan ke Kedah sebenarnya nak menghantar sepupu untuk sambung belajar di sana, tapi disebabkan nenek saya ikut makcik saya menghantar sepupu saya, jadi saya, mak & adik saya pun menyibuk jugak (sebab nak spent time dengan nenek sebenarnya. Bapak tak dapat ikut sebab tak dapat cuti)

Makcik saya sekeluarga & nenek bertolak dari Airport Kuching, kemudian transit di KLIA2. Jadi saya, mak & adik cuma perlu jumpa mereka di KLIA2 dan menaiki kapal terbang yang sama untuk ke Alor Setar. Di Alor Setar pulak, makcik saya sudah sedia menunggu.

Tarikh Trip
4 Julai 2019 (Khamis) - 8 Julai 2019 (Isnin)

Transport
Kapal terbang Air Asia KL - Alor Setar: Depend pada harga semasa. Saya kena dalam +/-RM500 untuk 3 orang dewasa, pergi balik
Feri Kuala Kedah - Langkawi: RM23
Feri Langkawi - Kuala Kedah: RM23
Kereta Sewa Langkawi: Myvi - RM100, Toyota Innova - RM150 (saya tak buat apa-apa booking. Bila sampai saja di jeti, ada ramai orang offer kereta sewa. Tinggal pilih jer mana yang dipercayai hati)

Hotel Di Langkawi
Nama Hotel: De Baron resort
Bilik: Family room, 2 double bed, private bathroom, ada connecting door dengan bilik sebelah, peti sejuk, sea view, free breakfast, private parking
Harga: RM500 semalam untuk 2 bilik (booking di booking.com)
- Di hotel ini terdapat swimming pool siap dengan slide. Berbaloi bawa budak-budak. Dekat dengan jeti & depan hotel terletak Rams Home Decor Sdn Bhd so boleh shopping coklat & pinggan-mangkuk di situ
- Tak banyak ambil gambar di hotel, so bolehlah google saja ye kalau nak tengok lebih lanjut macam mana rupa hotel ini.

 






Antara tempat menarik di Langkawi yang sempat dilawati

1) Langkawi Cable Car
Harga: RM35 (Promosi hari itu untuk naik cable car + 3D Art + SkyDome + SkyRex)
- Naik cable car bergantung pada cuaca juga ye. Macam masa kami mula sampai, atas gunung sedang mendung & hujan barangkali, jadi penjualan tiket ditangguhkan & pengunjung tidak dibenarkan naik. Bila cuaca dah okay, baru jualan tiket dibuka semula.
- Tapi sayang kami cuma sempat naik cable car & masuk 3D Art sahaja

 

 

 


2) Makam Mahsuri
Harga: RM12
- Tak sempat nak explore banyak kat sini sebab cuaca hujan ketika tu


 

3) Underwater World
Harga: RM36
- Niat di hati nak pergi sini sebab nak ambil kesempatan jumpa penguin sebenarnya.. Hehe

 



Di Kedah
4) Menara Kedah
Harga: RM12

 



Tak banyak tempat yang dapat dijelajahi sebab terlalu ramai (14 orang termasuk 3 warga emas & seorang kanak-kanak), jadi kena fikirkan tahap kecergasan setiap orang juga.

Alhamdulillah, trip went well & boleh rapatkan family bonding, insya-Allah..


Monday, 1 July 2019

Saegil Chukahae Miey!! (^_^)



Assalamualaikum..

2 Julai

Happy birthday to my dear sister, 
Nurul Amira binti Shamsuddin!
*yeayyy.. tepuk-tepuk*

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Miey,
Happy birthday to you..

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Nurul Amira,
Allah selamatkan kamu..


Kenal Miey of course lah dari zaman sekolah menengah lagi..
Rasanya masa saya Form 5 & dia masa tu Form 4?
Macam mana boleh berkenalan tu tak usahlah ditanya & diungkit, kelakar jer rasa! Haha.. Biasalah, zaman fikiran masih belum matang lagi kan.. (Rasanya sekarang pun saya belum matang-matang lagi kot. Haha)

Tak sangka mula kenal-kenal gitu-gitu jer, last-last jadi adik-kakak angkat & still rapat sampai sekarang, siap ikut jejak langkah ambil Degree kat UPM tu.. Hehe..
 Alhamdulillah..

Partner in crime makan-makan, jalan-jalan, layan KDrama, layan KVariety, etc.
Layan jer bila tiba-tiba craving nak makan something, or nak pergi mana-mana. Bila jumpa, topik utama perbualan jer mesti pasal drama-drama Korea, sebab sama-sama minat tengok drama Korea.

Of course, dia pun tahu banyak rahsia hati saya, & juga seorang pendengar yang baik..



-----------------------------------------------------------------------

Buat Miey,
Selamat hari lahir, Happy Birthday, Sanah Helwah..
Semoga Allah panjangkan umur Miey, murahkan rezeki, memberi kesihatan yang baik & mempermudahkan segala urusan Miey.
Semoga Allah juga sentiasa merahmati, meredhai & melindungi Miey sentiasa.
Semoga Miey terus disayangi oleh semua orang di sekeliling Miey, keluarga & rakan-rakan.
Semoga Miey dipertemukan dengan jodoh yang baik, seorang lelaki yang bertanggungjawab, boleh terima Miey & family seadanya, sayangkan Miey & sentiasa buat Miey bahagia.
Terima kasih sebab layan je segala karenah craving unexpected akak, terima kasih sebab selalu sudi dengar cerita & luahan hati akak & terima kasih sebab banyak bersabar dengan segala kekurangan & sifat buruk akak.
Maaf kalau akak banyak susahkan Miey & sakitkan hati Miey secara tak sengaja..
Apa-apapun, you are one wonderful person that I've ever know & I am one of the lucky person that ever know this one kind & wonderful person.
Lovvveee Yoouuu!
Muaaah! \(^_^)/