*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 29 Julai 2013*
Assalamualaikum
semua.. Apa khabar? Alhamdulillah..
“Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya
Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr. Dan tahukah
kamu apakah malam al-Qadr itu? Malam kemuliaan itu lebih baik
daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para Malaikat dan roh
(Jibrail) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.
Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.” (Surah al-Qadr,
ayat 1-5)
Pada
entry kali ini, saya nak kongsi sedikit info yang saya tahu tentang 1
malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Malam ini disebut dalam
Al-Quran dalam surah Al-Qadr (kemuliaan) & ia lebih baik dari
seribu bulan. Itu lah dia Lailatul Qadar.
Bila
Lailatul Qadar?
->
Tidak diketahui dengan tepat tarikhnya
->
Biasanya di malam-malam ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan.
->
Waktunya dikira apabila masuk waktu waktu Maghrib hingga terbit
fajar.
->
1 kaedah mengetahuinya, sesetengah ulama mengira dengan hari
permulaan puasa.
1)
Ahad atau rabu => hari yang ke-29
2)
Jumat atau selasa => hari yang ke-27
3)
Khamis => hari yang ke-25
4)
Sabtu => hari yang ke-23
5)
Isnin => hari yang ke-21
->
Tapi kaedah ini bukanlah suatu yang muktamad
->
Mungkin juga berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita
ia malam yang genap tapi bagi negara yang puasa lewat atau awal 1
hari, ia malam yang ganjil.
Cuaca
pada Lailatul Qadar
1)
Sangat terang & tenteram, Malaikat turun berduyun-duyun, memberi salam & aminkan doa mereka yang sedang beribadah.
2)
Diriwayatkan dalam 1 hadis Imam Bukhari, pernah berlaku malam
Lailatul Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu, jangan abaikan malam
yang hujan kerana menyangka ia bukan Lailatul Qadar. Hujan kan rahmat
dari Allah..
3) Pada siangnya suasana menjadi cerah, matahari bersinar namun tidak terasa panas
Tanda
malam Lailatul Qadar
->
Ada yang berkata orang yang menemui Lailatul Qadar, ia melihat nur
yang terang-benderang di segenap tempat hingga di segala ceruk yang
gelap gelita.
->
Ada pula yang berkata dia mendengar ucapan salam dan kata-kata lain
dari Malaikat
->
Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon kayu
sujud
->
Ada pula yang berkata permohonannya makbul
Doa
& amalan Lailatul Qadar
1)
Doa “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi
Kemaafan (Maha Pengampun), suka memberi kemaafan (keampunan), maka
maafkanlah (ampunkanlah) aku & kedua ibu bapaku”
2)
Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa & zikir
3)
Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur (sekurang-kurangnya baca surah al-Ikhlas 3 kali)
4)
Bagi perempuan yag haid atau nifas, banyakkan berzikir sentiasa
Tanda
orang yang menemui Lailatul Qadar
->
Malaikat masuk ke dalam rumah orang beriman dan member salam, kecuali
rumah yang ada berhala, rumah yang menjadi batu api, orang berkekalan
dengan dosa besar & derhaka kepada ibu bapa.
->
3 tanda orang mendapat salam malaikat, bulu roma memerang, mengalir
air mata jernih & hati berasa tenang sekali.
->Orang
yang mendapat Lailatul Qadar ialah orang yang meningkatkan ketakwaannya,
hubungan dengan Allah semakin meningkat & perangai berubah kepada
lebih baik.
Terdapat
berbagai cerita mengenai tanda-tanda Lailatul Qadar iaitu dapat
saksikan kejadian ganjil-ganjil, tapi cerita itu tidak dapat
disahihkan kebenarannya, ia tidak disebut dalam al-Quran &
al-Hadis. Jadi ia bukan petanda utama Lailatul Qadar, cuma pengakuan
rohani orang-orang tertentu saja.
Kejarlah malam
Lailatul Qadar selagi masih punya kesempatan., sebab kita tidak tahu,
adakah tahun hadapan kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan
atau tidak
Yang
penting,
walaupun sudah tamat bulan Ramadhan nanti, diharap semua
amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini pun tidak
‘tamat’ ye.. Teruskan dengan istiqamah kerana Allah..
Sayang
kalian kerana Allah.. ^_^
Assalamualaikum..
P/s: gambar-gambar yang terdapat di entry ini semuanya hasil carian google