Wednesday, 27 February 2019

Forum Salahkah Aku Bercinta

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 30 Mac 2012*

Assalamualaikum w.b.t..



Tarikh: 29/3/2012
Tempat: Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM
Panel Jemputan: 
1) Ustazah Fatimah Syarha & suami, Dr. Farhan Hadi
2) Imam Muda Hassan

Image result for ustazah fatimah syarha
Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi
Image result for imam muda hassan
Imam Muda Hassan

Bismillahirrahmannirrahim...

Apa itu cinta? (Ustazah Fatimah Syarha)

> Cinta itu adalah kecenderungan terhadap sesuatu..

> Perasaan yang fitrah, perasaan yang normal & sihat bagi seorang manusia & akan dirasai oleh semua orang.

> Apa sahaja bentuk fitrah, ia tetap ada peraturan. Contoh fitrah makan ada peraturan dia, fitrah belajar ada peraturan dia, dan sebagainya.. Begitu juga dengan fitrah cinta.. Turut ada peraturannya..

> Dalam sebuah buku, jika dilihat, ada hampir 60 istilah cinta., tapi dari 60 istilah tersebut, dapat kita bahagikan kepada 3 iaitu :-
  1. Cinta kepada Allah.
  2. Cinta yang disalurkan kepada org lain, melalui jalan yang salah, yang haram.
  3. Cinta yang diibaratkan seperti arak yang memabukkan. diberi nasihat dah x mampu nak terima dah.

> Cinta juga terdapat 3 jenis :-
  1. Cinta kepada Allah.
  2. Cinta kerana Allah.
  3. Cinta bersama Allah.




Bagaimana nak jaga hati? (Dr. Farhan Hadi)

> Hati ibarat raja dalam diri.

> Di dalam badan manusia, ada seketul darah, sekiranya baik seketul darah itu, maka baiklah keseluruhan tubuh manusia. Sekiranya buruk seketul darah itu, maka buruklah seluruh tubuh manusia. & seketul darah itu ialah hati.

> Jaga hati daripada dosa.

> 4 peringkat kerosakan hati :-
   1. Rasa bersalah dengan dosa yang dilakukan.
   2. Rasa biasa dengan dosa, dilakukan berulang kali.
   3. Seronok melakukan dosa.
   4. Menjadi penyokong & penaja kepada dosa.

> Tanda matinya hati :- 
   1. Sering tertinggal melakukan kebaikan (solat berjemaah, majlis ilmu, sedekah & sebagainya)
   2. Tidak rasa berdosa, biarpun melakukan dosa kecil.

> Ikut nasihat ulama-ulama dan muktabar, ikut syariat yang sering diingatkan oleh mereka.

> Cari hati di 3 tempat :-
  1. Ketika membaca al-Quran
  2. Ketika solat
  3. Dalam zikir dan mengingati mati.

> Jika tidak jumpa hati di 3 tempat ini, berdoalah pada Allah S.W.T. agar dikurniakan hati yang baru..

> Bila baca al-Quran, seolah-olah Allah sedang bercakap dengan kita.

> Bila menunaikan solat, seolah-olah kita sedang bercakap dengan Allah..

> Jadi jagalah kedua-dua amalan ini..

Image result for jaga hati kartun


Istilah bercinta kerana Allah. Apakah ertinya? (IM Hassan)

> Perasaan cinta itu ada di mana-mana. Perasaan cinta pada kawasan sekitar, kedua ibu bapa, pada rakan, hatta pada yang berlainan jantina sekalipun..

> Perasaan ini fitrah.

> Ada 4 panduan cinta :-
  1. Takut kepada Allah
  2. Beramal dengan al-Quran.
  3. Bersyukur walau sedikit.
  4. Bersiap sedia menghadapi hari muka / ingat akhirat.


Image result for bercinta kerana Allah


Pendapat mengenai isu perigi mencari timba. (Dr. Farhan Hadi)

> Bila diutarakan bab ini, pasti akan ada 4 persoalan :-
  1. Bolehkah seorang wanita melamar lelaki?
  2. Tidakkah menjatuhkan maruah bile seorang wanita melamar lelaki?
  3. Bagaimanakah cara untuk seoang wanita melamar lelaki?
  4. Adakah bila wanita melamar lelaki ini menyalahi adat?

> Ingat kembali kisah cinta & perkahwinan Rasulullah s.a.w dgn Saiyidatina Siti Khadijah r.a dimana Saiyidatina Siti Khadijah jatuh cinta pada peribadi Rasulullah yang jujur, baik, tidak merungut dengan upah yang diterima, kerja dengan bersungguh-sungguh & sebagainya. Walaupun Siti Khadijah yang mengupah Rasulullah s.a.w, & Saiyidatina Siti Khadijah ini dikira bos kepada Rasulullah, tetapi Saiyidatina tidak tergesa-gesa melamar Rasulullah, malah beliau menggunakan orang tengah untuk menyatakan hasrat hatinya pada Rasulullah..

> Pengajaran yang kita boleh ambil ialah, tak salah wanita melamar, tetapi guna cara baik, perlu ada caranya yang disyariatkan Islam.

> Jika zaman sekarang, bila perempuan suka pada seorang lelaki, dia akan sms lelaki tersebut, seolah-olah "mengoffer" diri.

> Biasanya, jika seorang perempuan offer diri pada lelaki (sms), mungkin dia akan dipermainkan.

> Lumrah kehidupan, jika kita mudah mendapat sesuatu, pasti kita tidak hargai sangat & tak jaga betul-betul.

> Tetapi jika sesuatu itu didapati dengan bersungguh-sungguh, insya-Allah, apa yang didapati itu akan dihargai & dijaga dengan elok

> Panduan bila wanita melamar lelaki :-
  1. Guna orang tengah. Lelaki akan respect.
  2. Penting untuk meraikan wali. Seperti Rasulullah, setelah menerima khabar lamaran dari Siti Khadijah, baginda tidak terus membuat keputusan, sebaliknya baginda bermusyawarah bersama bapa saudaranya, Abu Talib.

Related image



Definisi nikah khitbah (nikah gantung). (IM Hassan)

> Juga dikenali sebagai nikah tunang. Bertunang dan terus lafazkan akad nikah.

> Kahwin, tapi tidak duduk sekali sehingga 1 tempoh masa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

> Tapi bila berjumpa, berpegang tangan @ berlaku hubungan kelamin, tidak menjadi masalah.

> Andai mengandung pun, anak di dalam kandungan itu tetap sah tarafnya.

> Cuma tidak buat kenduri @ hebahan secara besar-besaran.

> Nafkah zahir & batin belum menjadi kewajipan.


Image result for mencari pasangan hidup kartun


Cinta alam maya. (Ustazah fatimah Syarha)

> Bercinta secara halal itu halal, bercinta secara haram itu haram. (kata-kata Hassan al-Banna)

> Maksudnya jika cinta itu disalurkan pada jalan yang halal iaitu melalui perkahwinan, maka halal lah ia. Jika disalurkan pada jalan yang haram seperti bercinta sebelum kahwin, berdating, sms perkara-perkara yang lagha & sebagainya, maka haramlah ia.

> Guna jalan mujahadah.

> Berpuasalah dahulu, & nanti insya-Allah kita akan rasai indahnya waktu berbuka.

> Setiap kesabaran akan dibayar dengan kemanisan yang indah.

> Ye lah, sebelum kahwin nak sms, andai lambat reply mesej, akan merajuklah.. seronokkah perasaan begitu? tak seronok pun..

> Jadi, tahanlah diri dulu dari percintaan yang sia-sia sebelum kahwin ini..



Related image



Ciri-ciri penting untuk dilihat dalam mencari pasangan hidup. (Dr. Farhan Hadi)

> Perlu memilih pasangan yang berkualiti.

> Contohnya seorang jurutera, bila dia hendak membina sebuah binaan, dia kenalah pastikan dia memilih bahan-bahan yang berkualiti agar binaan tersebut tidak akan runtuh, berdiri megah & sebagainya.

> 4 faktor pemilihan pasangan hidup :-
   1. Paras rupa
   2. Keturunan
   3. Harta
   4. Agama

> Tapi, utamakan untuk pilih yang beragama.

> Sebab andai utamakan kecantikan, harta & keturunan, nikmatnya hanya sekejap sahaja. 

> Andai pilih berdasarkan agama, insya-Allah, akan bahagialah hidup.

> Bila kita memilih isteri yang solehah, ia ibarat membina sebuah madrasah yang hebat untuk anak-anak.. :)

> Nak pasangan yang soleh /solehah, maka solehah /soleh kan diri kita dulu..

> Ingat janji Allah, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik..

Related image




Persediaan menuju alam rumah tangga. (Ustazah Fatimah Syarha)

> Kena siapkan diri dalam 3 perkara :-

  1. Persiapan dari sudut rohani.
  2. Persiapan dari sudut jasmani.
  3. Persiapan dari sudut akal.

> Persiapan dari sudut rohani :-

  1) Siapkan diri dengan pergantungan kepada Allah.
  2) Bila kita sudah biasa di masa senang buat pergantungan kepada Allah, maka mudahlah kita mencari pergantungan kepada Allah bila ada perkara buruk yang berlaku dalam alam rumah tangga nanti.
  3) Selalu baca sms dari Allah (al-Quran), jawab call Allah (solat)

> Persiapan dari sudut jasmani
  - Kena sihat, pandai jaga kesihatan
  - Pandai untuk ambil makanan yang seimbang

> Persiapan dari segi akal dan ilmu
  - kena tahu ape status kita dalam rumah tangga.
  - Persiapkan diri dengan ilmu-ilmu rumah tangga contohnya poligami.

  - Lagi 1, kena jaga lidah.. jangan cakap lepas, celupar & suka membebel kata-kata yang tidak sedap didengari.. Jika kahwin nanti, andai kita sering bercakap celupar pada anak-anak & membebel tak tentu hala, ingatlah setiap kata-kata kita itu akan memberi kesan pada jiwa anak..

 > Kena ingat, Islam tidak mengatakan bahawa setiap perkahwinan itu wajib abadi.

> Memang kita nak sebuah perkahwinan yang abadi, tapi andaikata, ada perkara2 yang berlaku, membuatkan bila kita berasa lebih elok seorang diri, akhirat kita lebih terjaga selepas bercerai, maka ambillah jalan itu.. (huraian lanjut, ada dalam novel Sebarkan Cinta-Mu).



Image result for nikah khitbah kartun


Salahkah aku bercinta? (IM Hassan)

> Bercinta lah selepas kahwin..

> Dalam Islam tiada istilah cinta sebelum kahwin

> Kalau dah suka, maka ambillah jalan nikah.

> Selain cinta sudah menjadi cinta halal, nikmat yang terasa juga melebihi cinta sebelum nikah.

> Tapi ingatlah dengan 4 panduan cinta yang dah dinyatakan.




Sesi soal jawab penonton.

1. Untuk memilih seorang lelaki, kita kena cari yang beragama. Tapi apakah ukuran @ batchmark istilah lelaki yang beragama tersebut? (Ustazah Fatimah Syarha)

> Kita lebih tahu ukur atau menghukum yang zahir, tetapi hanya Allah sahajalah yang tahu apa yang terdapat dalam batinnya.

> Nak tahu seorang lelaki itu baik atau tidak, nak ukur agamanya, lihat cara dia menawarkan cintanya pada kita. Lihat ikhtilat dia.

> Sebenarnya tak perlu couple pun..

> Jika seorang lelaki tu dah biasa bergurau, bercakap-cakap & selalu sms dengan perempuan, tak mustahil lepas kahwin nanti dia boleh buat perkara yang sama dengan perempuan lain.

> Lelaki yang boleh langgar hukum Allah, tak mustahil dia juga boleh kecewakan kita lepas kahwin nanti..

> Begitu juga dengan perempuan.

Related image



2. i. Adakah limit dalam nikah khitbah? Contoh limit masa.

   ii. beza nikah biasa & nikah khitbah.

IM Hassan

i. -Terpulang pada pasangan itu sendiri nak overlimit @ kurangkan limit.

   - Atas persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.


ii. -Persamaan, rukun cukup & ada mas kahwin

    - beza, tidak duduk sekali.. 



Dr. Farhan Hadi

> Wujudnya nikah khitbah untuk mengelakkan masalah sosial & untuk jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

> Akad dulu, majlis kemudian.

> Pernikahan yang baik, ---> pernikahan yang tiada halangan pada kedua pasangan, kedua ibu bapa, adat & undang-undang.

> Fokus pada pelajaran, insya-Allah, tidak akan ingat pada yang lain.




P/s: gambar-gambar yang digunakan dalam entry ini semuanya hasil carian di Google Image.



No comments:

Post a Comment