Tuesday, 31 July 2018

Forum Kau & Aku OSEM

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 14 Jun 2012* 


Tarikh: 28/4/2012

Tajuk Forum: Kau & Aku OSEM

Ahli panel :-
1) Imam Muda (IM) Nazrul
2) Puan Norlaila Amiza binti Zakaria (anak didik Dr Fadzilah Kamsah -kalau tak silap) 


Bismillahirrahmanirahim..



Related image



Boleh tak terangkan, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Kau dan Aku OSEM" ni? (IM Nazrul)

~ OSEM
O --> Ordinary
S --> Student
    E --> Extraordinary
M --> Muslim

~ Proses tarbiyah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sebenarnya untuk jadikan seseorang itu extraordinary muslim.

~ 3 syarat jadi extraordinary muslim :
  i) Amar makruf
 ii) Nahi mungkar
iii) Belajar / menekuni ilmu

~ Kena berani menegur kawan yang buat mungkar.

~ Imam Hassan al-Banna --> ada 10 ciri untuk lahirkan extraordinary muslim.

Boleh baca di link ini 10 pesanan Imam Hassan al- Banna,
[https://missnahzatulnazwa.blogspot.com/2018/07/10-nasihat-hassan-al-banna.html]

~ Pelajar yang ada akidah --> tidak akan berlaku mereka yang berjaya lahirkan anak luar nikah.

~ Nak jadi superb punya muslim --> kena ada sifat ihsan.

~ "Kamu buat apa benda sekalipun, anggap seolah-olah ada Allah di sebelah"


Image result for remaja islam kartun

 

Bagaimana cara untuk mencapai OSEM itu sendiri? (Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria)

~ Cara nak menyampaikan kasih sayang --> sebarkan salam.

~ Laga-laga pipi --> salah 1 saham dapat pahala.

~ Untuk lelaki --> makhruh jumpa peluk hari-hari tiap kali jumpa.

~ Untuk perempuan --> sunat jumpa peluk hari-hari tiap kali jumpa.

~ Ulama-ulama besar sangat menjaga salam.

~Bersalaman lepas habis solat berjemaah.

~ Buat sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w dulu.

~ Ilmu tidak akan masuk dalam hati yang gelap.

~ Tidur --> baca doa sebelum tidur & lepas bangun tidur, jangan raup wajah bila baru bangun.

~ Baca doa bila tengok cermin

~ Sebelum tidur, ambil wuduk.

~ Yang payah itulah yang Allah nilai untuk jadi saham-saham masuk ke Syurga.

~ Masuk tandas --> masuk kaki kiri, keluar kaki kanan.

~ Jangan tinggalkan amalan-amalan kecil itu, mana tahu amalan-amalan kecil itu yang menyebabkan kita masuk Syurga & sebaliknya.

~ Masuk tandas pun ada doa.

~ Amalkan sunnah-sunnah kecil dulu.

~ Senyum --> sekurang-kurangnya nampak 2 batang gigi --> untuk menampakkan keikhlasan.

~ Pandang wajah orang yang berbual dengan kita (sama jantina)

~ Tundukkan wajah (berlaianan jantina)

~ Ada banyak cara kreatif untuk menjadi OSEM

~ Berbual seperti mana kita mengangkat akidah kita.

~ Syarat pertama dalam Islam bila menerima pujian --> istighfar

~ Apa-apa je yang berlaku, sebut nama Allah.



Apa significant "Kau & Aku" ni? (IM Nazrul)

~ Bila ada perkataan "Kau & Aku" ni boleh jadi ada 2 orang manusia, sesama jantina atau berlainan jantina.

~ Bukan kita seorang, tapi kalau boleh, kita nak ajak semua sekali jadi OSEM.

~ Orang yang sayang diri sendiri, dia akan buat yang terbaik untuk diri dia.

~  Kalau nak check iman kita, lihat bila kita duduk seorang diri.

~ Kemanisan iman --> rasa sayang pada Allah, lebih dari sayang pada diri sendiri & segala-galanya.

~ Kamu sayang seseorang, kamu tidak sayang dia melainkan kerana Allah.

~ 2 orang yang bertemu & berpisah kerana Allah, insya-Allah akan dapat naungan Arasy.

~ Benci dlm hati itu selemah-lemah iman.

~ Punca maksiat :-
  i) Bermula dengan mata
 ii) Diikuti dengan senyum
iii) Bercakap & berkata-kata
iv) Adanya temujanji
 v) Adanya pertemuan
Vi) Berlakulah maksiat

~ Cinta lepas kahwin itu nikmat.

~ Masa kita, bukan hanya di dunia saja kita hidup, tapi kita juga akan hidup di akhirat.

~ "Seseorang yang sayang seseorang di dunia ini, dia akan duduk bersama dengan orang yang disayanginya di Syurga Allah"

~ Di alam dunia ini kita diuji oleh Allah.

~ Tugas & peranan kita kena jaga.

~ Kita semua ini ialah penjuru-penjuru bagi agama Islam.

~ Semua kena main peranan untuk jadi OSEM.


Image result for muslim awesome kartun


Ibrah-ibrah dari Zaman Rasulullah atau sahabat-sahabat untuk menjadi OSEM. (Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria)

~ Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w semua OSEM.

~ Umat Rasulullah semua OSEM.

~ Penuhkan jiwa dengan iman, kalaulah datang dugaan, boleh berjihad dengan nafsu.

~ Jangan kutuk / hina orang lebih-lebih. Sebab, mana tahu sebelum kita meninggal, Allah akan terbalikkan kita, kemungkinan besar kita akan buat perkara yang kita tak suka tu.

~ Cegah diri kita dan kawan-kawan dari maksiat.

~ Belajar dari orang yang konon-konon nampak tiada ilmu, tapi sebenarnya banyak benda lain yang dia tahu.

~ Jangan rasa diri kita baik. Kena baiki diri.

~ Wajib tunjuk diri kita baik depan orang secara zahirnya.

~ Jangan tinggalkan solat wajib.

~ Jadi orang yang benar-benar hidupkan agama.

~ Kenapa lelaki & prmpn yang baik boleh berzina? --> kerana mereka berlamaan dalam tempoh yang panjang.

~ Jika seseorang dah biasa berpegang tangan dengan yang tak halal, tak mustahil jika lepas kahwin nanti, dia berpegang tangan dengan yang tak halal juga.

~ Puasa Isnin & Khamis

~ Doa --> minta agar dijauhkan nikmat maksiat & diletakkan nikmat beribadah dalam hati.

~ Bergurau --> Tak salah, tapi jangan menipu dalam gurauan.

~ Tak boleh bergurau yang menyebabkan orang lain risau, gelisah.


Related image



Kesimpulan.

IM Nazrul

~ Renung firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143, "Aku jadikan kamu umat yang seimbang"

~ Hebat tak hebat kita, kita akan jadi saksi kepada umat sekalian manusia.

~ Jadilah apa sekalipun, engineer, doktor, saintis, guru, apa-apa saja, tapi letakkan Allah dalam jiwa.


Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria.

~ Cegah kemungkaran, kena bawa banyak kebaikan sebagai seorang muslim.

~ Kemungkaran tu ibarat bilik yang gelap, jadi kita kena pasang lampu untuk terangkan

~ Tunjuk akhlak yang baik, lemah lembut.

~ 1 tanggungjawab kita --> doa spesifik untuk orang yang kita nak cegah kemungkarannya.

~ Dilanda musibah, baca innalillahiwainnailaihirajiun.. --> doa, "Ya Allah, berikanlah pahala atas musibah ini & gantikanlah dengan lebih baik"

~ Beli manzil --> semoga akan dapat lindungi diri.

~ Ambil saham, jadi saksi berkumpul di tempat-tempat yang baik.


Image result for muslim awesome kartun


Sesi soal jawab.

1) Medium terbaik bagi seorang OSEM untuk mendptkan hiburan.

Puan Norlaila Amiza bt Zakaria

~ Kalau nak berhibur, tiada keperluan berhibur dengan drama-drama di tv yang tiada manfaat dengan agama.

~ Lebih baik banyakkan mengkaji siapa ulama-ulama besar kita.

~ Hiburan itu tidak akan menajamkan minda.


IM Nazrul

~ Berenang, memanah, berkuda --> apa yang diajarkan semasa zaman Rasulullah.

~ Boleh berhibur,tapi kena ada batasan.

~ Berhibur dengan Al-Quran  >saranan Rasulullah<

~ Masalah kita, kita anggap lakonan kat tv itu ialah hiburan.

~ Kita tak anggap majlis seperti taman-taman Syurga ini sebagai 1 hiburan.


2) Betulkah perempuan yang berambut panjang itu, rambut itu akan melindunginya dari api neraka?  (Puan Norlaila Amiza bt Zakaria)

~ Hadis itu bukan hadis sahih

~ Kena check, adakah itu hadis palsu atau hadis yang dhaif (lemah)

~ Tapi, perempuan memang disunatkan untuk simpan rambut panjang.


Jaga diri, jaga iman, semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan-Nya..





Thursday, 26 July 2018

10 nasihat Hassan Al-Banna


1. Jika anda mendengar azan, segera melakukan solat, walaupun anda sibuk.

2. Bacalah al-Quran, lakukanlah kajian, dengarkanlah pengajian dan berzikirlah.

3. Biasakan berbicara dengan bahasa Arab standard.

4. Jangan memperbanyakkan perdebatan dalam semua urusan.

5. Jangan terlalu banyak ketawa.

6. Jangan banyak bergurau.


7. Jangan bersuara keras melebihi yang diperlukan pendengar.

8. Jangan mengumpat seseorag, jangan merendahkan lembaga Islam, dan jangan berbicara kecuali dalam kebaikan.

9. Berkenalanlah denagan saudara dan teman yang anda jumpai.

10. Kewajiban itu lebih banyak dari waktu anda milik. Oleh itu, bantulah orang lain agar memanfaatkan waktunya. Kalau anda berurusan, persingkatkan pelaksanaannya.

Forum Simfoni bidadari syurga

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 1 November 2012*


Tarikh :- 6/5/12

Tempat :- Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan

Ahli Panel :-

1) Ustazah Nik Farhan Mustapha (Pensyarah UPM)

2) Ustazah Fardatul Ulfah bt. Jamali (isteri IM Hassan)



~Wanita solehah itu umpama angin, tidak terlihat tapi mendamaikan~


Image result for wanita solehah kartun




Dalam asas modenisasi ini, apakan batasan & kayu ukur pada wanita dalam berfesyen? (Ustazah Nik Farhan)

~ Sentiasa bermujahadah -> sentiasa berusaha kearah kebaikan

~ Islam tidak melarang berfesyen, yang penting tutup aurat.

~ Aurat dalam pandangan sarjana :-
  i) Ibarat telanjang
  ii) Buruk, tidak cantik

~ 5 perkara penting :-
  i) Tahu apa itu aurat
 ii) Pakai pakaian yang besar (longgar) & tidak menampakkan aurat
iii) Tidak jarang
iv) Jangan menyerupai lelaki
 v) Jangan bermegah-megah

~ Pakai / tutup aurat dengan niat

~Sentiasa betulkan hati.



Apakah tanggungjawab seorang wanita dalam kehidupan? (Ustazah Fardatul Ulfah)

~ Tanggung -> kita kena pikul

~ Jawab -> apa kita pikul, terpaksa kita jawab.

~ Setiap dari kamu adalah pemimpin & akan dipertanggungjawabkan tentang kepimpinan.

~ Tanggungjawab :-
  i) Hubungan kepada Allah
 ii) Hubungan kepada manusia

~ Tanggungjawab pelajar
  i) Belajar
 ii) Pada ibu bapa

~ Sebelum kahwin, ketaatan kepada ibu & ayah.

~ Selepas kahwin, ketaatan jatuh kepada suami.

~ Tunaikan segala tanggungjawab kepada Allah, Rasul, ibubapa, guru-guru, sahabat-sahabat.

~ Semua yang kita buat boleh dikira sebagai ibadah, bilamana ia menepati syarat ibadah.

~ Berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik.



Image result for wanita solehah kartun



Akhlak sebagai seorang wanita dalam pergaulan dan urusan dengan lelaki. (Ustazah Fardatul Ulfah)

~ Jawapan ada dalam al-Quran (Surah an-Nur, ayat 30 & 31)

~ Jaga pandangan, jaga kemaluan, jangan menampakkan perhiasan, labuhkan tudung.

~ Tundukkan pandangan, cakap dengan tegas.

~ Perlunya ada perasaan malu.

~ Tundukkan hati.

~ Antara lelaki dan perempuan, perlu ada gap dalam pergaulan.



Apakah usaha yang boleh diusahakan untuk mencari jodoh? (Ustazah Nik Farhan)

~ 2 usaha :-
i) Usaha batiniah
ii) Usaha lahiriah

~ Dahulukan batiniah daripada lahiriah

~ Tanya Allah (doa banyak2)

~ Nak orang yang soleh, kita kena jadi solehah

~ Kalau nak, guna perantara (orang tengah yang boleh dipercayai)

~Senyap lelaki -> tanda tak setuju

~ Orang banyak fikir “apa orang kata?”

~ Orang tak pernah fikir “apa Allah kata?”

~ Baiki diri untuk jadi solehah



Related image



SESI SOAL JAWAB

1) Apa hukum pakai stoking yang menyamai warna kulit? (Ustazah Fardatul Ulfah)

~ Stokin tebal, tak jarang.

~ Yang tak boleh, nampak kulit.

~ Disebabkan tebal dan tak jarang, it’s ok..

~ Asalkan tak nampak kulit


2) Dalam memilih orang tengah, baik pilih perempuan atau lelaki dalam approach lelaki?  (Ustazah Nik Farhan)

~ Perempuan banyak benda yang kena jaga.

~ Dahulukan muslimah

~ Boleh guna muslimin, tapi jaga batasan.

~ Tapi kalau muslimin mahram, boleh, lagi digalakkan.

~ Pilih orang tengah yang kita percaya, jangan pilih sembarangan.



3) Tabarruj, Sejauh mana kita boleh menampakkan perhiasan? (Ustazah Nik Farhan)

~ Apa yang ada di muka dan tangan, dibolehkan.

~ Tabarruj -> jangan sampai menarik perhatian

~ Kita dah cantik, semulajadi Allah ciptakan.

~ Apa yang Allah takdirkan, itulah kecantikan.

~ Bila kita redha dan syukur, akan terserlah kecantikan.

~ Sebelum 40, kecantikan datang dari Allah. Setelah 40, kecantikan lahir dari hati.

~ Bila banyak sifat-sifat mahmudah dalam hati, terserlah kecantikan.

~ Berinai :-
i) sebelum berkahwin -> tidak digalakkan
ii) selepas berkahwin -> digalakkan



Image result for wanita solehah kartun




4) Pandangan mengenai langkah bendul. (Ustazah Fardatul Ulfah)

~ 1 perkahwinan tu tak boleh ditangguhkan

~ Andai adik dapat jodoh dulu, tak salah.

~ Andai tak menyalahi syariat, tak salah.

~ Dah sampai jodoh, tiada masalah.



5) Diminati seorang lelaki. Cara untuk bantu mengatasi. (Ustazah Nik Farhan)

~ Sebagai seorang sahabat, doa pada Allah.

~ Doa yang baik, kita tak perlu bagitahu orang.

~ Minta dibesarkan iman.

~ Bila lelaki ada masalah, biarkan dia sekejap. Dia akan berfikir sendiri.

~ Berbeza dengan perempuan, perempuan akan luahkan.

~ Lelaki bila dia rasa dia ada masalah, baru dia akan ceritakan

~ Doa saja banyak-banyak.

~ Doa, biarkan dia sekejap, perhatikan keadaannya.

~ Seseorang akan cepat berubah, tapi jangan harapkan dia berubah dengan cepat.



Image result for wanita solehah kartun



6) Dalam islam, adakah kelonggaran untuk membuka aurat. Contoh dlm perubatan, adakah ada kelonggaran. (Ustazah Nik Farhan)

~ Peringkat pemilihan doktor :-
  i) Perempuan muslimah
ii) Perempuan bukan muslimah
iii) Lelaki muslim
iv) Lelaki bukan muslim

~ Buka sekadarnya

~ Pegang sekadarnya

~ Kita pun kena ada ilmu juga dalam hal ni.



SLOT PENUTUP

Ustazah Fardatul Ulfah

~ Dunia ini adalah perhiasan dan seindah perhiasan adalah wanita solehah.

~ Letaknya solehah itu, zahirnya pada perbuatan.

~ Manusia boleh jadi lebih baik dari malaikat bila baik akhlaknya (Imam Ghazali)

~ Sebagai wanita, muslimah, jaga akhlak kita.



Ustazah Nik Farhan

~ Tiada siapa pun menjamin kesudahan di akhirat

~Kita semua duduk dalam bilik ujian 

~ Jangan sedih dengan apa yang berlaku

~ Nak jadi solehah, ibarat kena tanam pokok

~ Bandingkan diri dengan potensi

~ Sentiasa mujahadah -> sebab nak buat ni bukan mudah

~ Nak buat jahat, syaitan akan membantu kita

~ Berubahlah

~ Setiap hari, berusahalah untuk menjadi lebih baik


Related image



P/s:- Semua gambar diatas adalah hasil carian Google






Tuesday, 24 July 2018

BOOK REVIEW; Mars and Venus Together Forever


Tajuk buku: Mars And Venus Together Forever
Penulis: John Gray


Sebelum Ramadhan hari itu, saya baru habiskan membaca buku “Mars and Venus Together Forever” (MVTF) karya penulis John Gray (JG). Sebelum ini, John Gray terkenal dengan sebuah buku beliau bertajuk “Men are from Mars, Women are from Venus” (MMWV). Saya tidak tahu MVTF ini buku keberapa yang JG tulis selepas MMWV. Kalau search online, beliau telah menulis beberapa buah buku motivasi.


Saya beli buku MVTF ini di kedai buku MPH Alamanda Putrajaya. Sudah tentu saya beli edisi Bahasa Melayu, lebih senang nak faham bila baca buku dalam bahasa ibunda kan.. Hihi.

Image result for mars and venus together forever


Kalau dalam buku MMWV menceritakan secara umum mengenai perasaan wanita & lelaki, di buku ini pula lebih spesifik merujuk akan keadaan zaman sekarang di mana kebanyakan wanita zaman sekarang turut bekerjaya sepertimana kaum lelaki.


Dalam buku MMWV, (sebenarnya saya cuma baca beberapa bab sebab pinjam buku itu dari kawan. Belum sempat habis baca dan ada beberapa pekara yang menghalang, buku itu dipulangkan semula kepada kawan) buku ini merungkaikan persoalan wanita mengenai lelaki ini tidak difahami & lelaki merasakan wanita ini ‘complicated’. Isi yang saya ingat secara umumnya dinyatakan perbezaan antara lelaki & perempuan, iaitu:-

1) Lelaki umpama gelang getah (berlaku bila lelaki rasa perasaan bahagia mereka sudah berada di puncak)
-> Akan ada masa tiba-tiba dia terasa bosan dengan pasangan, & menarik diri umpama getah. Bila sudah okay dan rasa rindu pada pasangan, dia akan berpatah balik kepada pasangan & bagi kasih sayang yang banyak pada pasangan. Tidak dapat dipastikan berapa lama & berapa jauh gelang getah yang ditarik itu.

2) Bila ada masalah, lelaki lebih suka berada di dalam “gua”
-> Definisi lelaki suka menyendiri atau buat perkara lain yang boleh mengalih perhatian mereka dari masalah bila ada masalah. Perempuan better biarkan saja hingga dia keluar dari guanya. Lelaki dapat lupakan masalah mereka yang sebenar dengan menumpukan perhatian terhadap perkara lain yang kurang penting buat sementara waktu.

3) Perempuan umpama ombak
-> Emosi yang turun naik. Ada kalanya tiba-tiba dia sedih, & perkara yang disedihkan itu kadang-kala sudah pernah dibincangkan. Lelaki perlu bombing perempuan ke dasar ombak terendah dia, biarkan perempuan meluahkan segala yang ada di hati dan selepas itu perempuan akan ceria kembali.

Dalam MVTF pulak, JG masih menerangkan perbezaan lelaki dan perempuan, tetapi secara terperinci dalam konteks kedua suami isteri bekerja, di mana ada skill-skill tertentu yang perlu dipraktikkan keduanya agar semua masalah dapat diselesaikan secara aman dan perkahwinan kekal bahagia. Apa yang boleh saya katakana, sebagai seorang perempuan, pasti ramai yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh JG dalam buku ini dan boleh faham serta belajar mengenai sifat lelaki / suami.


Image result for couple cute kartun


Antara point-point penting yang terdapat dalam buku ini:-

1)Perempuan zaman dahulu sudah cukup rasa bahagia bila suami keluar mencari rezeki kerana bagi mereka, itu tandanya suami sayangkan mereka. Tapi, disebabkan perempuan zaman sekarang pun kebanyakkannya turut keluar mencari rezeki (bekerja), jadi apa yang perempuan perlukan ialah sokongan emosi dari lelaki.

2) Skill hubungan paling penting ~> Menjangkakan rintangan & sanggup mempelajari apa jua yang diperlukan sehingga rintangan itu tidak lagi menjadi isu yang utama.

3) Apabila seorang lelaki mengahwini seorang perempuan, matlamat utama adalah membahagiakan isteri mereka.

4) Wanita zaman moden tidak gembira kerana bebanan tugas yang golongan wanita pikul ternyata lebih banyak. Wanita rasa begitu keletihan.
i) Wanita juga keluar bekerja seperti lelaki. Namun, bila balik ke rumah, mereka perlu mengemas, memasak, membasuh & mengasuh anak-anak
ii) Di tempat kerja, wanita dituntut supaya berperanan dan berfikir seperti seorang lelaki
iii) Di rumah, mereka perlu menjadi seorang isteri & ibu yang bersikap mesra, feminine & pemurah

Image result for kasih sayang suami isteri kartun


5) Para suami perlu belajar memberi sokongan emosi yang diperlukan oleh isteri dengan mengurangkan pemberian solusi. Apabila isteri berhadapan dengan masalah, suami tidak perlu memberi jalan penyelesaian serta-merta, sebaliknya dengar dahulu luahan hati isteri secara empati (memahami kedudukannya)

6) Lelaki rasa bahagia bila pasangan menghargainya

7) Bila isteri meluahkan perasaan (tidak mengharapkan suami memberi solusi), tetapi suami pula memberi solusi, isteri menolak solusi tersebut, pasti suami rasa tidak dihargai lantas suami rasa tidak gembira. Bila suami tidak gembira, isteri pun tidak gembira kerana tidak dapat sokongan emosi dari suami.

Image result for kasih sayang suami isteri kartun


8) Apabila seorang isteri mendapat sokongan emosi dari suami, isteri rasa lebih tenang. Apabila hati isteri tenang,isteri dapat menentukan tugas mana mengikut priority, bergantung pada masa & kudratnya ketika itu.

9) Lelaki pula, apabila dia pulang ke rumah & rasa dihargai oleh isteri, secara perlahan-lahan dia cuba lebih membantu dalam urusan rumah tangga.

10) Paling penting, orang lelaki dapat menunjukkan sikap memahami & empati terhadap isteri, supaya isteri juga dapat memberi khidmat yang terbaik kepadanya.

11) Lelaki hari ini perlu memahami bahawa wanita hari ini lebih memerlukan peluang bagi meluahkan perasaan mereka.


Image result for suami bekerja kartun


12) Wanita bukan meluahkan perasaan untuk mendapat solusi. Jika lelaki memberi solusi saat wanita meluahkan perasaan, wanita rasa lelaki tidak memahami mereka.

13) Lelaki lebih suka bertindak & tidak bercakap, wanita pula lebih suka berbual dahulu sebelum bertindak.

14) Fungsi otak;
Wanita:- Emosi -> Pertuturan -> Pemikiran
Lelaki:- Emosi -> Tindakan -> Pemikiran

15) Orang lelaki mudah rasa kecewa & putus asa apabila melihat pasangan mereka masih mengadu tidak puas hati walaupun suami sudah melakukan yang terbaik.

16) Wanita sebenarnya jarang menghargai apa-apa solusi semasa mereka sedang tertekan. Perkara yang paling penting mereka perlukan adalah didengari, bukan penyelesaian masalah.

Image result for suami isteri kartun


17) Apabila perbualan suami isteri sering bertukar menjadi perbalahan, pintu hati mulai tertutup, kasih sayanh juga turut memudar.

18) Apabila isteri diberi peluang untuk berkongsi perasaannya dengan suami secara bebas, dia cenderung menjadi lebih penyayang.

Image result for suami isteri kartun



19) Nasihat buat orang lelaki apabila hendak memberi sokongan kepada wanita:-
i) Apabila lihat isteri sedang runsing, jangan tunggu higga dia memulakan bicara (sekiranya suami mula dahulu, itu sudah meredakan 50% tekanannya)
ii) Semasa isteri sedang meluahkan perasaan, sentiasa ingatkan diri supaya tidak ambil hati terhadap kata-katanya
iii) Jangan ikutkan perasaan setiap kali terasa mahu membalas kata-kata isteri
iv) Sekiranya suami tidak tahu apa yang harus dikatakan ataupun berkata yang positif secara sopan, lebih baik diam sahaja
v) Sekiranya isteri enggan bercakap, kita haruslah bertanya sehingga dia bersuara
vi) Tidak kira apa yang kita buat, jangan sesekali mengadili ataupun menegur sikap isteri yang sedang beremosi
vii) Sentiasa bawa bertenang & tahan diri daripada membalas.


Image result for suami isteri kartun


20) Ketika wanita dalam keadaan emosi -> mereka mahu diberi perhatian
     Ketika lelakidalam keadaan emosi -> Mereka mahu dibiarkan bersendirian

21) Semasa meluahkan perasaan, wanita hanya mahu bercakap dengan bebas. Dia tidak perlu fikirsama ada kata-katanya itu betul, tepat ataupun logik. Tetapi lelaki tidak selesamendengarnya sebab mereka tidak memahami keperluan wanita brhubung perkara itu kerana apabila lelaki bersuara, mereka berterus-terang, bercakap secara logik, & fokus pada matlamat selepas membuat pertimbangan dan berfikir panjang.

22) Orang lelaki suka dipuji apabila pandangannya diiktiraf

23) 3 cara menunjukkan wanita hilang keseimbangan diri:-
i) Tertekan dan makan secara berlebihan
ii) Terlalu banyak membuat kerja
iii) Mahu orang lelaki lebih banyak bercakap

Image result for married quote sweet cartoon

24) Seorang wanita rasa tidak selamat kerana mengganggap diri tidak disayangi ataupun pasangan mereka masih belum tahu bagaimana hendak membuatkan diri mereka rasa terjamin.

25) 3 tingkah laku yang menunjukkan orang lelaki hilang pertimbangan diri:-
i) Kerja secara berlebihan
ii) Tidak keluar dari guanya
iii) Mahukan sokongan yang lebih dari wanita

26) 7 rahsia menyuburkan perasaan cinta:-
i) Perbezaan ituumpama magnet
ii) Perubahan dan berkembang maju
iii) Perasaan, keperluan & kelemahan
iv) Mengubat hati, tanggungjawab sendiri
v) Cinta, hubungan romantic & monogamy
vi) Persahabatan, otonomi (menggesa) & keseronokan
vii) Berganding bahu


Image result for suami isteri kartun


27) Langkah bagaimana wanita dapat memupuk jiwa feminine:-
i) Luangkan lebih banyak masa pada setiap hari untuk berbual mengenai apa-apaisu tanpa berorientasikan matlamat bersama rakan yang bukan tempat kita meminta nasihat
ii) Pergi berurut ataupun melakukan rawatan tubuh
iii) Berhubung dengan rakan ataupun sedara-mara melalui telefon ataupun cara lain
iv) Luangkan masa untuk aktiviti seperti riadah, yoga, menulis jurnal ataupun berkebun secara tetap
v) Cipta cara kerja yang dapat memupuk naluri wanita. Contoh; minta bantuan orang lain dan tidak terlalu bergantung pada diri sendiri atau melakukan segala-galanya seorang diri
vi) Peluk ahli keluarga & rakan-rakan
vii) Luangkan masa menulis kad ucapan tanda terima kasih kepada semua orang yang pernah menyokong anda
viii) Guna jalan yang berlainan apabila memandu pulang ke rumah
ix) Sekali-sekala, ambil peluang bercuti beberapa hari
x) Sertai kumpulan sokongan atau buat janji temu dengan juru terapi demi memastikan kita dapat berkongsi perasaan secara bebas
xi) Luangkan masa untuk diri sendiri melakukan perkara yang paling kita suka sekali seminggu
xii) Senaraikan perkara yang hendak kita lakukan kemudia tandakan dengan huruf besar di atas mana-mana perkara yang tidak perlu disiapkan segera


Image result for husband and wife cute cartoon


28) Cara orang lelaki dapat memupuk jiwa maskulinnya:-
i) Luangkan masa bersama rakan lelaki untuk aktiviti riadah
ii) Menonton filem aksi
iii) Ambil masa untuk bersendirian
iv) Berlatih kawal diri – elakkan beronani
v) Mengerah otot setiap minggu. Contoh, angkat berat, jogging, menunggang basikal, memanjat bukit, berenang
vi) Buat sesuatu bagi melawan rasa malas bila berada di rumah
vii) Lakukan kebaikan pada orang lain
viii) Jangan lepaskan perasaan marah pada orang lain
ix) Apabila perlu menyiapkan sesuatu yang tidak mengambil masa yang lama, maka kita buatlah segera
x) Apabila rasa takut melakukan sesuatu,teruskan juga. Lebih baik gagal semasa mencuba daripada tidak mencuba langsung

29) Antara faktor yang boleh membunuh perasaan kasih sayang adalah perkara rutin. Sekali sekala, buatlah aktiviti yang berlainan dari kebiasaan bersama pasangan. Setiap kali mencuba sesuatu yang laindari kebiasaan, ia pasti membawa perubahan yang lebih bermakna dalam hubungan.

30) 6 sikap menunjukkan pintu hati tertutup:-
i) Hilang kepercayaan
ii) Hilang rasa prihatin
iii) Hilang penghargaan
iv) Hilang rasa hormat
v) Hilang sikap menerima
vi) Hilangnya sikap memahami

Image result for husband and wife cute cartoon


31) Lelaki yang mengamalkan monogami dilihat sebagai ‘kuat’ (tidak mudah tergoda & akan dipercayai orang lain)

32) Buku ‘Think and Grow Rich’ (Napolean Hill) -> 500 individu paling Berjaya di America berhubung kualiti yang diperlukan demi mencapai kejayaan, semua hanya mengamalkan monogami


Related image


Baiklah, ini sahaja point-point yang terdapat dalam buku MVTF ini. Buku ini sangat bagus dibaca terutama oleh pasangan suami isteri yang keduanya bekerja, di mana mungkin selepas membaca buku ini, mereka akan lebih memahami antara 1 sama lain.

Point yang saya bagi cuma sedikit sahaja (walaupun sampai 32 point.. hihi), tetapi huraian lengkap yang lebih menarik & lebih kefahaman, ada dalam buku itu.. Tak salah kan kalau kita pergi kedai buku & membelinya? Tidak kiralah yang sudah berkahwin atau masih bujang. Lagipun, membaca itu kan jambatan ilmu. =)


P/S: Semua gambar-gambar di artikel ini adalah diperolehi daripada carian Google