Thursday, 6 December 2018

Selamat Pengantin Baru, Lina

~25 November 2018~

Happy birthday dear my bestfriend, Farlina
& Selamat pengantin baru!

Dia kawan baik saya, kawan dari zaman sekolah, sekarang dah jadi isteri orang dah..


~ Dia faham diri saya yang jenis timid dengan orang lain

~ Dia orang pertama yang akan datang pujuk saya bila saya menangis

~ Dia yang tarik tangan saya pergi berjumpa guru disiplin saat saya dibuli dulu (Mangsa Buli

~ Pernah sekali saya merajuk dengan dia, dia pergi koperasi sekolah, beli sejambak bunga & melutut bagi bunga pada saya (macam dalam drama TV).. hahaha.. 

~ Bila plan nak keluar bersama, selalu sangat kami akan pakai baju warna yang sama, padahal tak pernah tanya or bincang pun.. Tengok sajalah gambar-gambar yang saya lampirkan dalam entry ini, hampir semua gambar kami pakai baju sedondon.






Masa hari pertungan dia. Saya tergerak hati nak pakai baju kurung merah dan tudung cream & saya tak tahu pun tema warna baju dia masa tu. Sekali bila dah sampai rumah dia, masing-masing speechless & tergelak.. Kali ni baju & tudung dua-dua sedondon.. Haha

~ Seorang asal Sarawak, tapi belajar & graduate di UPM, Selangor.
Seorang asal Selangor, tapi abil degree & graduate di UNIMAS, Sarawak
*Cantik susunan Allah buat kami*

~Ada ayat dia yang saya ingat sampai sekarang. Masa tu kami tengah duduk di bangku di tepi tapak perhimpunan sekolah, tiba-tiba dia cakap, "Wawa, kau jangan pernah tidur / mengandung selagi belum kahwin tau. Kalau tak, aku tak nak kawan dengan kau!" kenapa tiba-tiba dia cakap macam tu pun tak tahu lah, padahal saya nak rapat dengan lelaki pun susah. Haha

Bila umur semakin meningkat, sebenarnya makin jauh jarak kami. Tidak lah macam belangkas macam zaman sekolah rendah. Jarang berjumpa, mesej atau whatsapp pun jarang. Sudah tidak selalu berkongsi cerita & masalah macam zaman sekolah dulu. 
Tapi, bila masing-masing dah start kerja, baru slow-slow kami catch up semula, pergi dinner sama-sama, paling kurang pun sebulan sekali.




----------------------------------------------------------------------


Ucapan buat Lina,

~ Happy birthday yang ke-26 tahun
 Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan oleh-Nya

~ Selamat pengantin baru
 Selamat menempuh alam kehidupan yang baru
 Selamat bercinta hingga ke Syurga & semoga bahagia hingga ke anak cucu 
 Semoga kau mampu menjalani amanah dan tanggungjawab yang baru dengan baik
Semoga bahagia selalu
By the way, maaf sebab aku tak buat duty as pengapit dengan baik masa hari persandingan kau di kedua-dua belah pihak.

Haa, tak tahu nak ucap apa lagi.. sebak ni bestfriend kita dah kahwin.. sob sob~~
Apa-apapun, kita tetap akan terus berkawan.. Still boleh keluar makan-makan, kan?




Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku, bestfriends aku, tak pernah putus asa dalam persahabatan kita walaupun aku banyak buat benda yang ko tak suka..
Terima kasih jugak sebab ikut jer kepala aku kadang-kadang bila aku ajak ko pergi mana-mana unexpected.. hehe
Aku sayang ko tau.. Ingat tu!
Walaupun bak kata ko, friendship kita macam chipsmore, tenggelam timbul tenggelam timbul, ada masa time gap buat kita jauh tapi masa jugak bawak kita jadi dekat dan dekat *translate sikit2 ayat kat instagram ko :p*, just ingat aku TAK PERNAH lupakan ko! (Haa, dah capital word dah tu.. kalau lupa jugak, tak tau lah aku nak cakap macam mana.. haha)
Maaf sebab tak mampu jadi kawan yang betul-betul perfect buat ko, kadang-kadang tak faham ko.. hihi
However, U are such a very good friend of mine!
Lovoovveee youuu!
Muahhh! \(^o^)/
(Copy paste entry lama.. hihi)























"Eventhough our friendship like a chipsmore, sink arise sink and arise again, i never ever to forget our relationship. There is a time gap that make us far away but time also bring back our become close and closer..right?" - Lina's Instagram post

Tuesday, 27 November 2018

Mangsa Buli

Assalamualaikum..,

Baru-baru ini, saya baru lepas menonton satu drama Korea yang bertajuk Flower Boys Next Door. Drama ini mengisahkan seorang perempuan yang mengasingkan dirinya, tiada kawan, hanya duduk di rumah sahaja kerana dia takut untuk keluar, berjumpa orang lain dan berada di dalam suasana yang ramai orang. Baginya, di rumah kecil itulah tempat yang paling selesa dan membahagiakannya. Kenapa dia jadi begitu? Sebab si dia pernah menjadi mangsa buli di zaman persekolahannya. 


Image result for flower next door

Ya, saya boleh relate diri saya sedikit dengan drama ini. Kenapa? Kerana saya juga pernah menjadi mangsa buli.

Apa itu buli?
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
Selain itu, buli juga boleh dikatakan sebagai tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.

Buli terbahagi kepada 2, iaitu;

1) Buli fizikal -> melibatkan pukul-memukul, peras ugut, menolak atau sebagainya hingga menyebabkan kesakitan dan kecederaan
2) Buli mental -> Lebih kepada ejek-mengejek
(Sumber dari Wikipedia)


Image result for stop bullying



Ya betul, saya pernah menjadi mangsa buli. Buli mental.

Alkisahnya, dari kecil, saya seorang yang biasa-biasa sahaja. Ceria, gembira, pemalu, tapi tetap confident sedikit dengan diri sendiri untuk menyertai pertandingan nasyid, buat persembahan tarian dan persembahan membaca puisi (berdiri depan perhimpunan seorang diri pulak tu) yang dianjurkan oleh sekolah atas saranan guru-guru. Walaupun ada mengalami kegagalan, contohnya tak boleh buat lompatan dengan baik sewaktu masuk pertandingan lompat tinggi dan lompat jauh, atau dapat tempat terakhir sewaktu pertandingan larian, semua itu tidak menjadi masalah besar kepada saya. Saya masih seorang yang ceria dan mudah berkawan. Ini diri saya dari kecil, sehingga habis sekolah rendah.

Masuk sekolah menengah (paling tepat ketika saya tingkatan 2), ayah saya ditukarkan tempat kerja. Dia diarahkan untuk bekerja di daerah Banting, Selangor. Of course, dari mula saya dah cuak, kena berpindah ke tempat baru. Sebagai pelajar sekolah, dah tentulah kerisauan terbesar saya adalah untuk menyesuaikan diri di sekolah baru. Bagaimana guru-gurunya? Bagaimana murid-muridnya? Bolehkah mereka berkawan dengan saya?

Bila masuk sahaja ke sekolah tu, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun tidaklah berkawan dengan semua orang dalam masa yang singkat, tetapi saya manage untuk berkawan dengan beberapa orang yang duduk di sekeliling saya di dalam kelas.

Saya tidak tahu bagaimana buli itu bermula, cuma secara tiba-tiba beberapa orang pelajar lelaki yang duduk di bahagian belakang kelas mula mengganggu saya. Mulanya saya cuma menyangka mereka sekadar bergurau, untuk menjadi rapat as a classmate. Tetapi lama-kelamaan, cara mereka itu membuatkan saya tidak selesa.


Image result for dont bully

Okay, ketika itu sebenarnya memang dari awal saya kurang sedikit keyakinan diri kerana kulit muka saya agak mnggelupas ketika itu (masa itu tak tahu pasal produk timbang kilo & gatal-gatal nak cuba skincare mak. Padan muka!).. Apa yang saya ingat, mereka mula mengatakan saya jongang (kerana gusi saya besar, & setiap kali senyum or ketawa, gusi saya akan kelihatan) dan panggil saya dengan gelaran excident (merujuk kepada muka saya buruk, muka pecah macam kereta excident). Gelaran itu pulak menular sehingga beberapa pelajar kelas lain pun turut memanggil saya begitu.

Masa itu, saya tak tahu semua itu adalah satu bentuk buli. Selama ini saya cuma tahu buli itu adalah buli fizikal sahaja. Memang ketika itu, saya rasa down sangat. Saya jadi fobia bila dengar perkataan "excident". Keyakinan saya menurun, zero! Saya rasa teruk sangat, mereka berjaya buat saya rasa sayalah perempuan paling hodoh di dunia ini. Sejak itu, presentation adalah sesuatu yang paling saya benci. Selalu saya terfikir, "Tak bolehkah cuma belajar saja? Tak perlu buat apa-apa presentation." 

Dari tingkatan 2 sampai tingkatan 3 begitu. Hampir setiap hari menangis, sampai kadang-kadang saya tak segan silu menangis dalam kelas. Tapi perkara ini tak berubah. Saya tak pernah ceritakan pada mak bapa saya. Sebab saya takut mak bapa saya akan pergi ke sekolah dan berjumpa dengan mereka, which is saya tahu itu akan memburukkan lagi keadaan yang sedia buruk. 

Hanya bila suatu hari, kawan baik saya, Lina menarik tangan saya dan membawa saya ke bilik guru disiplin untuk menceritakan segalanya, barulah keadaan berkurang sedikit. Tak hilang terus, tapi berkurang. 


Related image


Alhamdulillah, saya masih boleh fokus dalam pelajaran. Saya tetap mampu mengulang-kaji pelajaran dengan baik, mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan. cuma setiap hari saya tetap akan rasa berat hati nak ke sekolah untuk hadap semua ni. Saya berjaya mendapat keputusan yang baik dalam PMR dan akhirnya di tingkatan 4 saya tidak sekelas dengan mereka lagi! Lega & aman damai rasa (tapi bila terserempak di kaki lima sekolah, mereka masih membuli saya).

Kesannya, sampai sekarang saya jadi seorang yang sangat kurang keyakinan diri. Takut nak berjumpa & bermesra dengan kawan / orang baru (terutama lelaki), atau berada dalam 1 kelompok manusia yang ramai dalam jangka masa yang panjang. Saya rasa tidak selesa, bila ada orang yang melihat saya, fikiran saya akan berfikir seolah-olah orang itu sedang mengutuk saya. 

Kecantikan telah menjadi 1 titik penting dalam diri saya. Saya selalu rasa saya hodoh & insecure. Selalu rasa cemburu dengan perempuan lain yang lebih cantik. Selalu jugak saya cemburu bila melihat seorang perempuan ada ramai kawan lelaki atau dilayan dengan baik oleh kawan lelaki. Lagi parah bila crush or ex-girlfriend lelaki yang saya suka itu cantik & diminati ramai. Ayat yang sering berputar di fikiran saya, "untunglah jadi perempuan cantik, ramai lelaki suka", lepas tu rasa macam Allah tak adil kat saya [Astaghfirullah] (padahal ini ujian tanda kasih sayang Allah), lepas tu depressi sendiri. Huhu


Image result for effect of bullying


Keyakinan diri memang down sangat-sangat. Bila melangkah masuk ke alam pekerjaan, barulah saya cuba lawan perasaan takut & kurang keyakinan diri itu perlahan-lahan. Iyalah, di alam pekerjaan kan memerlukan kita berinteraksi dengan ramai orang. Lagi-lagi apabila saya diletakkan dalam bahagian sales. Fuh, bila jumpa customer tu, risau bukan main, sambil bercakap pun berpeluh-peluh. Huhuhu

Adakah saya berdendam dengan mereka? Hurm.. Masa sekolah dulu, jahat sikit la.. Lepas menangis-nangis kena buli tu, mesti dalam hati berdoa supaya nanti kalau diorang kahwin, biar anak-anak diorang pun kena buli jugak macam saya, baru diorang rasa kifarah kejahatan diorang.. Huhu.. Tapi sekarang bila fikir balik, entah, mix feeling. Kadang-kadang pernah terfikir, kalau perkara ini tidak pernah belaku dulu, mesti saya tidaklah begitu kurang keyakinan diri macam sekarang. Tapi kadang-kadang berfikir, mungkin disebabkan macam tu saya jadi mudah kurang selesa dengan lelaki & hikmahnya saya mudah jauhkan diri dari terlalu / terlampau bersosial dengan orang-orang yang saya tak tahu baik buruk hati budinya & Alhamdulillah, kawan-kawan yang saya ada sekarang, semuanya baik-baik.

Saya masih berusaha perbaiki diri, masih dalam usaha tingkatkan keyakinan diri. Tidak mudah, kadang-kadang tersungkur jua (bersedih) bandingkan diri sendiri dengan wanita lain.

Moga Wawa terus kuat! 
Allah ada,
Allah akan tolong, insya-Allah


Related image

Friday, 19 October 2018

Trip Review; Pulau Tinggi

Tarikh
 29/09/2018 (Sabtu) - 30/09/2018 (Ahad)

Pakej
 2 Hari 1 Malam

Agent
 RAHA LEGACY HOLIDAY SDN BHD
- Proses booking: Saya cuma isi borang booking yang terdapat di website, dan pihak Raha akan memberi maklum balas melalui emel berkenaan kekosongan bilik resort yang kita pilih. Setelah Confirm booking, mereka akan sediakan invoice dan Hotel Voucher akan diberikan setelah pembayaran dibuat.

Resort
 TAD Marine Resort

Bilik
 Standart Twin Sea View
- 1 Queen bed, private bathroom, air-conditioner, TV, almari, peti sejuk 


Harga
Pakej: RM350 seorang (belum termasuk tax) 
Bot: RM90 seorang
- Free Lunch, Dinner & Breakfast

Trip
Jeti: Jeti Tanjung Leman, Mersing 
Bot bertolak: 1.00 petang 
- Di jeti tersebut ada 1 kaunter khas untuk TAD Marine Resort, just pergi ke kaunter tersebut & tunjuk Hotel Voucher yang telah diberikan oleh pihak RAHA Agency melalui emel.
- Perjalanan menaiki bot dari Jeti Tanjung Leman ke TAD Marine resort hanya mengambil masa selama 30 minit.
- Bila check-in di pendaftaran, kami disajikan dengan jus oren (welcome drink)
- Lunch & dinner disediakan oleh pihak hotel. Mereka masak 5-6 lauk dan hidangkan
- Breakfast secara buffet
- Sebelum bertolak balik, pihak receptionist akan call untuk memberitahu pukul berapa bot bertolak dan pukul berapa kita perlu check-out 



Makanan dinner yang dimasak & disediakan oleh pihak resort untuk 2 orang
 
Pemandangan pagi dari depan bilik

Tips / Penambahbaikan
1) Bawa insect repellent. Ada banyak agas di sekitar kawasan pantai (Ini kalau nak jalan-jalan tepi pantai jauh sikit dari resort). Tapi pihak resort turut menyediakan botol-botol cecair insect repellent sepanjang laluan resort.

2) Tips dari pihak pengurusan resort, masa terbaik untuk melancong ke pulau ialah selepas Tahun Baru Cina sampai bulan Julai.

3) Better pergi atau ambil pakej 3 hari 2 malam, & tambahkan aktiviti seperti snorkeling, island hopping dan sebagainya.

4) Bawa buku. Boleh baca buku ketika bosan tiada aktiviti sebab kadang-kadang line internet pun slow.



Tuesday, 14 August 2018

Hubungkait Al-Quran dan fakta-fakta saintifik

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 3 Mei 2012* 



Tajuk Forum: Hubungkait Al-Quran & Fakta-fakta Saintifik

Tempat: Kolej Pendeta Za'aba, UPM
Tarikh: 20/04/2012

Panel:-
1) Prof. Dr. Mat Rofa Ismail (Fakulti Sains, UPM)
2) Ustaz Mohd Hafiz bin Ghazali (Pusat Islam UPM)


Bismillahirrahmanirahim..


Moderator forum..

- Majlis ilmu merupakan salah 1 dari taman-taman Syurga.

- 4 perkara yg akan kita dapat bila pergi ke majlis ilmu :-
    1) Sakinah (ketenangan)
    2) Rahmat dari Allah
    3) Malaikat akan merendahkan sayapnya, duduk bersama-sama kita di majlis ilmu tersebut & akan mengingati wajah kita & akan meminta pada Allah memberikan rahmat kepada kita..
    4) Allah akan sebarkan pada sekalian penduduk langit nama-nama & wajah-wajah mereka yg menghadiri majlis ilmu sehingga membuatkan seluruh penduduk langit menyintainya..


Related image



Apakah sebenarnya sikap orang bukan Islam yang menganggap Islam itu sebagai agama keganasan? (Prof. Dr. Mat Rofa Ismail)

- Kajian yang dilakukan oleh pihak barat (dulu-dulu lah), daripada 6.6 billion penduduk di muka bumi ini, 2.2 billion adalah beragama Kristian & 1.6 billion pula beragama Islam. Itu yang diketahui, yang tidak diketahui tak disebarkan pada umum.

- Kemudian ada para pengkaji lain, (di Eropah juga) nak buat balik kajian tersebut, rupa-rupanya kajian yang sebelum ini tertukar. sebenarnya, 2.2 billion penduduk bumi ialah beragama Islam, manakala 1.6 billion lagi beragama Kristian.

- Muhammad adalah nama popular di Belanda. 1/3 daripada penduduknya adalah muslim.

- Orang di barat semakin galak mengkaji tentang Islam.

- Statistik menunjukkan, pada tahun 2050 di barat, kemungkinan besar semua penduduknya ialah Islam.

- Kemanisan Islam sebenarnya telah dirasai oleh penduduk-penduduk Eropah.

- Tapi di timur, semakin hilang keislamannya (mungkin sebab dah lama duduk dalam Islam)

- Hadis Rasulullah s.a.w, "Urusan Islam akan sampai di mana saja, di mana siang & malam sampai, takdir menguasai segalanya"

- Lepas mengkaji Islam ~ penduduk Eropah berebut-rebut memeluk Islam setelah melihat keindahan Islam dari pelbagai sudut.



Bagaimana proses kejadian manusia menurut al-Quran? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)

- Lihat kembali hikmah dalil aqli & naqli tentang penciptaan kita.

- 2 jalan kita di dunia ini ;-
  i) Jalan menuju kebaikan
 ii) Jalan menuju kejahatan

- Allah utuskan 2 perkara untuk kita di dunia ini untuk dijadikan panduan hidup kita:-
 i) Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul
 ii) al-Quran

- Allah menciptakan manusia sebagai khalifah.

- Jaga hubungan dengan Allah & manusia.

- Kita kena ingat balik tujuan kita dilahirkan di dunia.

- Kita tahu, kita hidup ni, melalui beberapa alam.
i) Alam roh ~ hanya Allah yang tahu berkenaan alam ini, (bila & dimana), alam dimana kita telah buat perjanjian dgn Allah.
ii) Alam rahim
iii) Alam dunia
iv) Alam barzakh


Image result for al quran dan sains



Apa itu alam barzakh & dimana alam tersebut? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)

- Akidah Islamiah ~ perkara yang diremehkan pada hari ini.

- Kira orang Islam tak lari untuk percaya perkara-perkara ghaib.

- Beriman pada perkara ghaib --> percaya pada hari kiamat & adanya makhluk-makhluk yang tak dapat kita lihat dengan mata kasar.

- Alam barzakh --> Alam perantaraan di antara alam mati dan alam dibangkitkan dari mati. 

- Bermula bila roh terpisah dari jasad.

- Kekuatan orang Islam => doa

- Sebelum menempuh alam barzakh
i) Jaga hubungan dengan Allah & sesama manusia.
ii) Kuatkan tautan hati pada Allah.

- Jangan sesekali kita menggadaikan akidah kita.




Apakah persoalan @ nilai tentang Islam itu sendiri yang dapat menarik orang bukan Islam (Eropah) memeluk Islam? (Prof Dr Mat Rofa Ismail)

- Islam berkembang dengan benar.

- Memeluk islam bukanlah 1 paksaan.

- Sebenarnya, di dunia ini, orang melayu ialah golongan yang paling mudah diperintah & mempunyai lidah yang lembut.

- Melihat sejarah orang Islam, bagaimana toleransi umat Islam --> menarik orang bukan Islam

- Contoh, kisah King Richard & Salehuddin al-Ayubi & kisah toleransi umat Islam ketika peperangan Badar di mana umat Islam memberi makan terlebih dahulu pada tawanan & bagaimana mereka semua melayan tawanan lebih baik berbanding tentera Islam sendiri.

- Datuk Bandar England sendiri mengatakan, (bila gejala lesbian & gay mula berkembang) --> masa depan Eropah bergantung pada agama Islam.

- Tarikan lain --> sumbangan tamadun Islam..

- Islamlah yang mula-mula menubuhkan Universiti

- Pada kurun ke-12, Alam Melayu juga mempunyai sebuah Universiti, sedangkan Eropah ketika itu berada di zaman gelap.

- Islam ialah cahaya & cahaya takkan boleh dipadamkan..




Apakah itu ilmu al-Quran? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)

- Hadis, "sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya"

- Apa yang penting bagi umat Islam ialah mempraktikkan al-Quran.

- Orang yang datang majlis ilmu, tentu akan dapat ilmu baru. Walau tak banyak pun, pasti akan dapat juga sikit.. Kalau pergi majlis ilmu, tak dapat apa-apa ilmu baru, ada something wrong lah tu..

- Mukjizat al-Quran :-
 i) Cara bacaan al-Quran saja ada banyak cara oleh ulama-ulama, tapi masih memberikan maksud yang sama.
ii) Mengandungi bahasa & maksud yang baik..





Mukjizat al-Quran dari sudut pandangan saintifik. (Prof. Dr Mat Rofa Ismail)

- Dalam al-Quran ada mengatakan, kiamat tidak mungkin berlaku kecuali bila bumi Arab (gurun-gurun di Arab) tumbuh banyak tumbuhan & terdapat sungai-sungai yang mengalir.

- Sekarang ais di Kutub Utara mencair kerana global warming. Air yang mencair itulah membentuk sungai & mula mngalir ke Semenanjung Tanah Arab.

- Latitude bumi sekarang sedikit berubah.

- Gempa bumi yang berlaku baru-baru ini, buat kedudukan latitude bumi semakin tunggang-langgang.

- Ais di Kutub Utara semakin cepat mencair..


Sampai di sini sajalah dulu yer.. ukhuwah fillah abadab abada.. jaga diri semua, jaga iman.. ^^


Ini sahajalah yang sempat saya salin ketika itu. By the way, kalian juga boleh cuba cari dan membeli buku Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin. Saya ada membeli & telah membacanya.. Seriously best! 


Image result for al quran and saintifik


Dalam buku ni ada beberapa bahagian:
1) Ayat al-Quran
2) Alam Semesta
3) Asal-usul Manusia
4) Tujuan & matlamat hidup manusia

Saya paling suka baca bahagian Alam Semesta & Asal-usul manusia. Ada ilmu yang disampaikan.

Cubalah cari di kedai buku & bacalah. Insya-Allah, dapat sedikit ilmu.. (^_^)

Assalamualaikum







Tuesday, 31 July 2018

Forum Kau & Aku OSEM

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 14 Jun 2012* 


Tarikh: 28/4/2012

Tajuk Forum: Kau & Aku OSEM

Ahli panel :-
1) Imam Muda (IM) Nazrul
2) Puan Norlaila Amiza binti Zakaria (anak didik Dr Fadzilah Kamsah -kalau tak silap) 


Bismillahirrahmanirahim..



Related image



Boleh tak terangkan, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Kau dan Aku OSEM" ni? (IM Nazrul)

~ OSEM
O --> Ordinary
S --> Student
    E --> Extraordinary
M --> Muslim

~ Proses tarbiyah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sebenarnya untuk jadikan seseorang itu extraordinary muslim.

~ 3 syarat jadi extraordinary muslim :
  i) Amar makruf
 ii) Nahi mungkar
iii) Belajar / menekuni ilmu

~ Kena berani menegur kawan yang buat mungkar.

~ Imam Hassan al-Banna --> ada 10 ciri untuk lahirkan extraordinary muslim.

Boleh baca di link ini 10 pesanan Imam Hassan al- Banna,
[https://missnahzatulnazwa.blogspot.com/2018/07/10-nasihat-hassan-al-banna.html]

~ Pelajar yang ada akidah --> tidak akan berlaku mereka yang berjaya lahirkan anak luar nikah.

~ Nak jadi superb punya muslim --> kena ada sifat ihsan.

~ "Kamu buat apa benda sekalipun, anggap seolah-olah ada Allah di sebelah"


Image result for remaja islam kartun

 

Bagaimana cara untuk mencapai OSEM itu sendiri? (Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria)

~ Cara nak menyampaikan kasih sayang --> sebarkan salam.

~ Laga-laga pipi --> salah 1 saham dapat pahala.

~ Untuk lelaki --> makhruh jumpa peluk hari-hari tiap kali jumpa.

~ Untuk perempuan --> sunat jumpa peluk hari-hari tiap kali jumpa.

~ Ulama-ulama besar sangat menjaga salam.

~Bersalaman lepas habis solat berjemaah.

~ Buat sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w dulu.

~ Ilmu tidak akan masuk dalam hati yang gelap.

~ Tidur --> baca doa sebelum tidur & lepas bangun tidur, jangan raup wajah bila baru bangun.

~ Baca doa bila tengok cermin

~ Sebelum tidur, ambil wuduk.

~ Yang payah itulah yang Allah nilai untuk jadi saham-saham masuk ke Syurga.

~ Masuk tandas --> masuk kaki kiri, keluar kaki kanan.

~ Jangan tinggalkan amalan-amalan kecil itu, mana tahu amalan-amalan kecil itu yang menyebabkan kita masuk Syurga & sebaliknya.

~ Masuk tandas pun ada doa.

~ Amalkan sunnah-sunnah kecil dulu.

~ Senyum --> sekurang-kurangnya nampak 2 batang gigi --> untuk menampakkan keikhlasan.

~ Pandang wajah orang yang berbual dengan kita (sama jantina)

~ Tundukkan wajah (berlaianan jantina)

~ Ada banyak cara kreatif untuk menjadi OSEM

~ Berbual seperti mana kita mengangkat akidah kita.

~ Syarat pertama dalam Islam bila menerima pujian --> istighfar

~ Apa-apa je yang berlaku, sebut nama Allah.



Apa significant "Kau & Aku" ni? (IM Nazrul)

~ Bila ada perkataan "Kau & Aku" ni boleh jadi ada 2 orang manusia, sesama jantina atau berlainan jantina.

~ Bukan kita seorang, tapi kalau boleh, kita nak ajak semua sekali jadi OSEM.

~ Orang yang sayang diri sendiri, dia akan buat yang terbaik untuk diri dia.

~  Kalau nak check iman kita, lihat bila kita duduk seorang diri.

~ Kemanisan iman --> rasa sayang pada Allah, lebih dari sayang pada diri sendiri & segala-galanya.

~ Kamu sayang seseorang, kamu tidak sayang dia melainkan kerana Allah.

~ 2 orang yang bertemu & berpisah kerana Allah, insya-Allah akan dapat naungan Arasy.

~ Benci dlm hati itu selemah-lemah iman.

~ Punca maksiat :-
  i) Bermula dengan mata
 ii) Diikuti dengan senyum
iii) Bercakap & berkata-kata
iv) Adanya temujanji
 v) Adanya pertemuan
Vi) Berlakulah maksiat

~ Cinta lepas kahwin itu nikmat.

~ Masa kita, bukan hanya di dunia saja kita hidup, tapi kita juga akan hidup di akhirat.

~ "Seseorang yang sayang seseorang di dunia ini, dia akan duduk bersama dengan orang yang disayanginya di Syurga Allah"

~ Di alam dunia ini kita diuji oleh Allah.

~ Tugas & peranan kita kena jaga.

~ Kita semua ini ialah penjuru-penjuru bagi agama Islam.

~ Semua kena main peranan untuk jadi OSEM.


Image result for muslim awesome kartun


Ibrah-ibrah dari Zaman Rasulullah atau sahabat-sahabat untuk menjadi OSEM. (Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria)

~ Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w semua OSEM.

~ Umat Rasulullah semua OSEM.

~ Penuhkan jiwa dengan iman, kalaulah datang dugaan, boleh berjihad dengan nafsu.

~ Jangan kutuk / hina orang lebih-lebih. Sebab, mana tahu sebelum kita meninggal, Allah akan terbalikkan kita, kemungkinan besar kita akan buat perkara yang kita tak suka tu.

~ Cegah diri kita dan kawan-kawan dari maksiat.

~ Belajar dari orang yang konon-konon nampak tiada ilmu, tapi sebenarnya banyak benda lain yang dia tahu.

~ Jangan rasa diri kita baik. Kena baiki diri.

~ Wajib tunjuk diri kita baik depan orang secara zahirnya.

~ Jangan tinggalkan solat wajib.

~ Jadi orang yang benar-benar hidupkan agama.

~ Kenapa lelaki & prmpn yang baik boleh berzina? --> kerana mereka berlamaan dalam tempoh yang panjang.

~ Jika seseorang dah biasa berpegang tangan dengan yang tak halal, tak mustahil jika lepas kahwin nanti, dia berpegang tangan dengan yang tak halal juga.

~ Puasa Isnin & Khamis

~ Doa --> minta agar dijauhkan nikmat maksiat & diletakkan nikmat beribadah dalam hati.

~ Bergurau --> Tak salah, tapi jangan menipu dalam gurauan.

~ Tak boleh bergurau yang menyebabkan orang lain risau, gelisah.


Related image



Kesimpulan.

IM Nazrul

~ Renung firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143, "Aku jadikan kamu umat yang seimbang"

~ Hebat tak hebat kita, kita akan jadi saksi kepada umat sekalian manusia.

~ Jadilah apa sekalipun, engineer, doktor, saintis, guru, apa-apa saja, tapi letakkan Allah dalam jiwa.


Puan Norlaila Amiza bt. Zakaria.

~ Cegah kemungkaran, kena bawa banyak kebaikan sebagai seorang muslim.

~ Kemungkaran tu ibarat bilik yang gelap, jadi kita kena pasang lampu untuk terangkan

~ Tunjuk akhlak yang baik, lemah lembut.

~ 1 tanggungjawab kita --> doa spesifik untuk orang yang kita nak cegah kemungkarannya.

~ Dilanda musibah, baca innalillahiwainnailaihirajiun.. --> doa, "Ya Allah, berikanlah pahala atas musibah ini & gantikanlah dengan lebih baik"

~ Beli manzil --> semoga akan dapat lindungi diri.

~ Ambil saham, jadi saksi berkumpul di tempat-tempat yang baik.


Image result for muslim awesome kartun


Sesi soal jawab.

1) Medium terbaik bagi seorang OSEM untuk mendptkan hiburan.

Puan Norlaila Amiza bt Zakaria

~ Kalau nak berhibur, tiada keperluan berhibur dengan drama-drama di tv yang tiada manfaat dengan agama.

~ Lebih baik banyakkan mengkaji siapa ulama-ulama besar kita.

~ Hiburan itu tidak akan menajamkan minda.


IM Nazrul

~ Berenang, memanah, berkuda --> apa yang diajarkan semasa zaman Rasulullah.

~ Boleh berhibur,tapi kena ada batasan.

~ Berhibur dengan Al-Quran  >saranan Rasulullah<

~ Masalah kita, kita anggap lakonan kat tv itu ialah hiburan.

~ Kita tak anggap majlis seperti taman-taman Syurga ini sebagai 1 hiburan.


2) Betulkah perempuan yang berambut panjang itu, rambut itu akan melindunginya dari api neraka?  (Puan Norlaila Amiza bt Zakaria)

~ Hadis itu bukan hadis sahih

~ Kena check, adakah itu hadis palsu atau hadis yang dhaif (lemah)

~ Tapi, perempuan memang disunatkan untuk simpan rambut panjang.


Jaga diri, jaga iman, semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan-Nya..