Tuesday, 27 November 2018

Mangsa Buli

Assalamualaikum..,

Baru-baru ini, saya baru lepas menonton satu drama Korea yang bertajuk Flower Boys Next Door. Drama ini mengisahkan seorang perempuan yang mengasingkan dirinya, tiada kawan, hanya duduk di rumah sahaja kerana dia takut untuk keluar, berjumpa orang lain dan berada di dalam suasana yang ramai orang. Baginya, di rumah kecil itulah tempat yang paling selesa dan membahagiakannya. Kenapa dia jadi begitu? Sebab si dia pernah menjadi mangsa buli di zaman persekolahannya. 


Image result for flower next door

Ya, saya boleh relate diri saya sedikit dengan drama ini. Kenapa? Kerana saya juga pernah menjadi mangsa buli.

Apa itu buli?
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
Selain itu, buli juga boleh dikatakan sebagai tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.

Buli terbahagi kepada 2, iaitu;

1) Buli fizikal -> melibatkan pukul-memukul, peras ugut, menolak atau sebagainya hingga menyebabkan kesakitan dan kecederaan
2) Buli mental -> Lebih kepada ejek-mengejek
(Sumber dari Wikipedia)


Image result for stop bullying



Ya betul, saya pernah menjadi mangsa buli. Buli mental.

Alkisahnya, dari kecil, saya seorang yang biasa-biasa sahaja. Ceria, gembira, pemalu, tapi tetap confident sedikit dengan diri sendiri untuk menyertai pertandingan nasyid, buat persembahan tarian dan persembahan membaca puisi (berdiri depan perhimpunan seorang diri pulak tu) yang dianjurkan oleh sekolah atas saranan guru-guru. Walaupun ada mengalami kegagalan, contohnya tak boleh buat lompatan dengan baik sewaktu masuk pertandingan lompat tinggi dan lompat jauh, atau dapat tempat terakhir sewaktu pertandingan larian, semua itu tidak menjadi masalah besar kepada saya. Saya masih seorang yang ceria dan mudah berkawan. Ini diri saya dari kecil, sehingga habis sekolah rendah.

Masuk sekolah menengah (paling tepat ketika saya tingkatan 2), ayah saya ditukarkan tempat kerja. Dia diarahkan untuk bekerja di daerah Banting, Selangor. Of course, dari mula saya dah cuak, kena berpindah ke tempat baru. Sebagai pelajar sekolah, dah tentulah kerisauan terbesar saya adalah untuk menyesuaikan diri di sekolah baru. Bagaimana guru-gurunya? Bagaimana murid-muridnya? Bolehkah mereka berkawan dengan saya?

Bila masuk sahaja ke sekolah tu, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun tidaklah berkawan dengan semua orang dalam masa yang singkat, tetapi saya manage untuk berkawan dengan beberapa orang yang duduk di sekeliling saya di dalam kelas.

Saya tidak tahu bagaimana buli itu bermula, cuma secara tiba-tiba beberapa orang pelajar lelaki yang duduk di bahagian belakang kelas mula mengganggu saya. Mulanya saya cuma menyangka mereka sekadar bergurau, untuk menjadi rapat as a classmate. Tetapi lama-kelamaan, cara mereka itu membuatkan saya tidak selesa.


Image result for dont bully

Okay, ketika itu sebenarnya memang dari awal saya kurang sedikit keyakinan diri kerana kulit muka saya agak mnggelupas ketika itu (masa itu tak tahu pasal produk timbang kilo & gatal-gatal nak cuba skincare mak. Padan muka!).. Apa yang saya ingat, mereka mula mengatakan saya jongang (kerana gusi saya besar, & setiap kali senyum or ketawa, gusi saya akan kelihatan) dan panggil saya dengan gelaran excident (merujuk kepada muka saya buruk, muka pecah macam kereta excident). Gelaran itu pulak menular sehingga beberapa pelajar kelas lain pun turut memanggil saya begitu.

Masa itu, saya tak tahu semua itu adalah satu bentuk buli. Selama ini saya cuma tahu buli itu adalah buli fizikal sahaja. Memang ketika itu, saya rasa down sangat. Saya jadi fobia bila dengar perkataan "excident". Keyakinan saya menurun, zero! Saya rasa teruk sangat, mereka berjaya buat saya rasa sayalah perempuan paling hodoh di dunia ini. Sejak itu, presentation adalah sesuatu yang paling saya benci. Selalu saya terfikir, "Tak bolehkah cuma belajar saja? Tak perlu buat apa-apa presentation." 

Dari tingkatan 2 sampai tingkatan 3 begitu. Hampir setiap hari menangis, sampai kadang-kadang saya tak segan silu menangis dalam kelas. Tapi perkara ini tak berubah. Saya tak pernah ceritakan pada mak bapa saya. Sebab saya takut mak bapa saya akan pergi ke sekolah dan berjumpa dengan mereka, which is saya tahu itu akan memburukkan lagi keadaan yang sedia buruk. 

Hanya bila suatu hari, kawan baik saya, Lina menarik tangan saya dan membawa saya ke bilik guru disiplin untuk menceritakan segalanya, barulah keadaan berkurang sedikit. Tak hilang terus, tapi berkurang. 


Related image


Alhamdulillah, saya masih boleh fokus dalam pelajaran. Saya tetap mampu mengulang-kaji pelajaran dengan baik, mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan. cuma setiap hari saya tetap akan rasa berat hati nak ke sekolah untuk hadap semua ni. Saya berjaya mendapat keputusan yang baik dalam PMR dan akhirnya di tingkatan 4 saya tidak sekelas dengan mereka lagi! Lega & aman damai rasa (tapi bila terserempak di kaki lima sekolah, mereka masih membuli saya).

Kesannya, sampai sekarang saya jadi seorang yang sangat kurang keyakinan diri. Takut nak berjumpa & bermesra dengan kawan / orang baru (terutama lelaki), atau berada dalam 1 kelompok manusia yang ramai dalam jangka masa yang panjang. Saya rasa tidak selesa, bila ada orang yang melihat saya, fikiran saya akan berfikir seolah-olah orang itu sedang mengutuk saya. 

Kecantikan telah menjadi 1 titik penting dalam diri saya. Saya selalu rasa saya hodoh & insecure. Selalu rasa cemburu dengan perempuan lain yang lebih cantik. Selalu jugak saya cemburu bila melihat seorang perempuan ada ramai kawan lelaki atau dilayan dengan baik oleh kawan lelaki. Lagi parah bila crush or ex-girlfriend lelaki yang saya suka itu cantik & diminati ramai. Ayat yang sering berputar di fikiran saya, "untunglah jadi perempuan cantik, ramai lelaki suka", lepas tu rasa macam Allah tak adil kat saya [Astaghfirullah] (padahal ini ujian tanda kasih sayang Allah), lepas tu depressi sendiri. Huhu


Image result for effect of bullying


Keyakinan diri memang down sangat-sangat. Bila melangkah masuk ke alam pekerjaan, barulah saya cuba lawan perasaan takut & kurang keyakinan diri itu perlahan-lahan. Iyalah, di alam pekerjaan kan memerlukan kita berinteraksi dengan ramai orang. Lagi-lagi apabila saya diletakkan dalam bahagian sales. Fuh, bila jumpa customer tu, risau bukan main, sambil bercakap pun berpeluh-peluh. Huhuhu

Adakah saya berdendam dengan mereka? Hurm.. Masa sekolah dulu, jahat sikit la.. Lepas menangis-nangis kena buli tu, mesti dalam hati berdoa supaya nanti kalau diorang kahwin, biar anak-anak diorang pun kena buli jugak macam saya, baru diorang rasa kifarah kejahatan diorang.. Huhu.. Tapi sekarang bila fikir balik, entah, mix feeling. Kadang-kadang pernah terfikir, kalau perkara ini tidak pernah belaku dulu, mesti saya tidaklah begitu kurang keyakinan diri macam sekarang. Tapi kadang-kadang berfikir, mungkin disebabkan macam tu saya jadi mudah kurang selesa dengan lelaki & hikmahnya saya mudah jauhkan diri dari terlalu / terlampau bersosial dengan orang-orang yang saya tak tahu baik buruk hati budinya & Alhamdulillah, kawan-kawan yang saya ada sekarang, semuanya baik-baik.

Saya masih berusaha perbaiki diri, masih dalam usaha tingkatkan keyakinan diri. Tidak mudah, kadang-kadang tersungkur jua (bersedih) bandingkan diri sendiri dengan wanita lain.

Moga Wawa terus kuat! 
Allah ada,
Allah akan tolong, insya-Allah


Related image

No comments:

Post a Comment