Sunday, 31 August 2014

Birthday Shout to adik Mariam!!! (^_^)


 Assalamualaikum w.b.t…

Ni first time nak buat birthday shout kat blog... hehe
This special first time birthday shout is for……, one of my special sister, 
Siti Mariam binti Abdull Rahman… *yeay!! tepuk2*




*nyanyi sikit*
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to adik Mariam,
Happy birthday to you..... (n_n)

Hehe..
Alhamdulillah, di kehidupan dunia yang singkat ni,
Allah bagi saya kenal dengan adik..
Perkenalan dengan adik bermula sebab saya berkenalan dari Facebook, adik add saya nak berkenalan katanya.. hihi
Saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab diberi peluang oleh Allah berkenalan dengan adik..

Adik ni seorang yang baik sangat..
Pendengar yang baik..
Dia banyak kali pinjamkan saya telinga dia untuk mendengar cerita & luahan hati saya,
Bila saya ada buat salah atau terhilang arah sikit, dia banyak bagi nasihat & pendapat..
Kadang-kadang sampai kene marah.. hehehe
Tutur kata adik lembut je, penuh hikmah, sebab tu, kadang-kadang rasa selesa nak bercerita dengan dia..





--------------------------------------------------

Buat adik,
Selamat hari lahir, happy birthday, sanah helwah..
Semoga Allah panjangkan umur adik, bagi rezeki halal yang melimpah-ruah kat adik & mempermudahkan segala urusan adik..
Semoga Allah sentiasa meredhai, merahmati & melindungi adik dalam lindungan rahmat & kasih-sayang-Nya..
Semoga adik turut diberikan kesihatan diri yang baik..
Semoga adik juga disayangi & disenangi sentiasa oleh semua orang yang bertemu dengan adik & adik sentiasa berbahagia..
Semoga adik akan dipertemukan jodoh dengan seseorang jejaka yang baik hati, bertanggungjawab & sayang sangat2 kat adik, & dipanjangkan jodoh dengannya hihi.. *yang penting time kawin jangan lupa jemput akak! :p*
Adik seorang adik yang baik bagi akak,
Terima kasih sebab sudi berkongsi banyak cerita dengan akak, dengar cerita & luahan akak..
Maaf sebab banyak susahkan adik, susahkan hati adik..
Maaf juga sebab akak xmampu jadi seorang kakak yang baik buat adik..
Apepun, u are one of the very wonderful sister that I ever have.. 
Jaga diri & bahagiakan dirimu selalu…
Akak saaayaaaaannngggg adikkkk…
Muah! Muah! \(^o^)/


 




Saturday, 23 August 2014

Allah yang Maha hebat… (^_^)

Assalamualaikum w.b.t…
Apa khabar semua? Saya harap semuanya sihat2 sahaja.. 
Entry kali ni saya rasa nak bercerita sikit lah pasal dugaan, dan permintaan kita yang tidak dimakbulkan Allah..
Saya percaya, setiap orang pasti ada sesuatu yang diminta kat Allah tiap hari, kan?
Tentu ramai yang ternanti2 & berharap supaya permintaan tu dimakbulkan..
Pasti ada juga yang rasa sedih bila permintaan tu tak dimakbulkan, betul tak? Walau xbanyak pun, tapi rasa sedih tu pasti ade juga sikit kan..

Hari ni, saya ada tengok sebuah cerita Hindustan, God Tussi Great Ho (God, Kamu sangat hebat).
Walaupun cerita tu bukanlah bergenre Islamik, dilabelkan sebagai “Indian fantasy comedy film”, tapi sebenarnya kan, ada maksud yang sangat tersirat yang cuba disampaikan melalui filem ni.. Cuma kita nampak atau tak je maksud tersirat dari filem ni..


 


Cerita ni mengisahkan kisah Arun Prajapati atau dipanggil AP, yang melalui banyak dugaan dalam hidupnya & sentiasa menyalahkan ‘Tuhan’ atas apa yang berlaku padanya.. AP bekerja di sebuah syarikat televisyen sebagai wartawan, tetapi kerjaya dia sangatlah tak berjaya.. Banyak program yang dia kendalikan gagal.. Selain tu, AP juga mempunyai keluarga yang turut menjadi dugaan buatnya.. Ayah AP seorang pegawai yang sudah pencen, & sering membebel & mengungkit kegagalan AP dalam kerjayanya.. AP juga mempunyai seorang adik perempuan, tetapi adiknya ini tergolong dalam golongan seorang gadis yang tidak cantik & banyak lelaki menolak untuk mengambilnya menjadi isteri.. Semua ni sentiasa merunsingkan AP.. Jika dia runsing, perkara yang dia lakukan ialah menjerit, marah-marah sambil memandang langit, kononnya dia sedang memarahi ‘Tuhan’.

Dalam diam, AP menyukai rakan wartawan dia, Alia.. Alia ni cantik, ‘friendly’, berdedikasi & kiranya mempunyai ciri2 yang ramai lelaki sukalah.. Tapi AP ni tak berani langsung nak luahkan perasaan dia, & selalu bersaing dengan Rocky, kawan lama Alia hanya untuk menarik perhatian Alia. AP ada cita-cita, untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya, dia cuba memperkenalkan program baru, (saya lupa tajuk), yang membuatkan orang yang disoal untuk bercakap benar & dapat mengesan jika seseorang itu berbohong.. Alia memberi sepenuh sokongan pada AP.. Tapi satu perkara yang tak diduga berlaku pada malam pelancaran program itu, AP disabotaj oleh Rocky & disebabkan sabotaj tu, AP dibuang kerja & Rocky diberi tugas untuk mengambil alih program tu..

Seperti biasalah, AP akan memarahi ‘Tuhan’ disebabkan kegagalannya.. & satu hari, ‘Tuhan’ memanggil AP untuk berjumpa dengannya & dalam perjumpaan tu, AP meluahkan semua ke-tidak-puas-an hati dia pada ‘Tuhan’ sebab menyebabkan ramai manusia derita dan kecewa disebabkan permintaan mereka tidak dimakbulkan.. Kemudian ‘Tuhan’ memberikan kuasa sebagai ‘Tuhan’ kepada AP selama 10 hari & memberi peluang kepada AP untuk memerintah dunia.. Sudah tentulah, AP sebagai manusia biasa, dia cuba baiki keadaan diri dia dulu.. Jadikan diri dia seorang bintang, mengubah wajah adik perempuannya menjadi cantik sampai semua lelaki tergila-gilakan adik dia, kenakan Rocky dengan teruk & cuba mendapatkan cinta Alia.. Hanya pada hari terakhir AP mendapat kuasa sebagai ‘Tuhan’ itulah, barulah dia cuba membantu manusia lain.. AP memperkenankan semua doa manusia, kononnya semua manusia akan berasa gembira bila permintaan mereka dimakbulkan..

Setelah itu, ada masalah yang berlaku.. Rusuhan di sana-sini, banduan2 yang sering berdoa untuk dibebaskan, dilepaskan dari penjara, lelaki yang teruk selalu berdoa untuk mengahwini adik AP berjaya mengahwininya, perempuan yang menang loteri yang banyak ditinggalkan suami yang melarikan duit itu, & macam-macam lagi.. Keadaan negara menjadi huru-hara.. Sampailah klimaksnya, Alia berkahwin dengan Rocky sebab Rocky sering berdoa supaya dia berkahwin dengan Alia, & Alia terbunuh bila ada banduan yang dilepaskan dari penjara datang menghuru-harakan majlis perkahwinan Alia. Ketika itulah AP berjumpa dengan ‘Tuhan’ lagi & minta ‘Tuhan’ kembalikan keadaan seperti asal.. Ketika itulah AP menyedari, tak semua permintaan yang diminta oleh seseorang manusia itu, baik untuk manusia tersebut..


 



Nampak kan, 1 cerita yang penuh dengan pengajaran.. Ya, mungkin dari sudut diri kita sebagai orang Islam, kita merasakan filem ini mempersendakan Allah.. Ya, mungkin.. Saya tak nafikan tu..
Cuma apa yang saya cuba nampakkan ialah, mesej yang cuba disampaikan melalui filem ini.. Beberapa mesej yang saya nampak,
1. Bila kita memohon sesuatu pada Allah, & jika Allah tidak memperkenankan permintaan kita, janganlah menyalahkan & berputus asa dengan situasi itu. Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita.
2. Mungkin sesuatu yang kita minta itu membawa bencana pada diri kita di kemudian hari, jadi sebab itu Allah tidak memperkenankan doa kita.
3. Mungkin sesuatu yang kita minta itu belum sesuai masanya untuk kita, jadi Allah menangguhkan masa untuk memperkenankan doa kita.
4. Allah mengetahui apa yang baik & buruk untuk kita, sedangkan kita tidak mengetahui.
5. Allah tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, tapi kita tidak tahu.
6. Kita cuma manusia biasa, punya banyak kekurangan.. Apa sahaja kelebihan yang kita ada, pasti akan ada kelemahannya.
7. Quote by Salman Khan, “Everything that God give is enough for every human. Everyone need to be happy with what they have.”






Apa yang saya dapat, teruskan berdoa setiap masa.. Jika apa yang kta doakan itu baik untuk diri kita & akibatnya pada sekeliling kita nanti, insya-Allah Allah akan memakbulkannya.. Tapi jika doa kita itu tidak diperkenankan, janganlah berputus harapan dengan rahmat Allah.. Mungkin belum sesuai masanya untuk Allah makbulkan doa kita atau sesuatu yang kita pnta itu akan membawa bencana pada diri kita & akibatnya pada sekeliling kita nanti.. Tapi insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita.. Insya-Allah..


Sebenarnya tiap apa yang saya katakana di entry ni, merupakan 1 motivasi buat diri saya, supaya jangan terus bersedih & sentiasa ingat bahawa Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu.. Sampai di sini sahaja.. Semoga kamu semua gembira dengan kehidupan kamu.. Smile.. Apa-apa yang kita buat, ingatlah Allah.. Apa yang berlaku pada kita, baliklah pada Allah.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. (^_^)




Wednesday, 20 August 2014

20 Ogos 2014, kesabaran diuji... (>.<)

Allah ya Allah…
Xtahu macam mana nak describe hari ini..
Kesabaran & ketenangan hati diuji.. Tapi dalam ujian tu, ada rasa syukur yang x terhingga dipanjatkan pada Illahi..
Kisahnya begini,

Hari ini, saya sebenarnya dah berjanji dengan adik angkat saya, Nurul Amira (Saya panggil miey) untuk drive & temankan dia pergi UPM, nak uruskan sesuatu di kolej kediaman dia..





Hari ini, hari yang dijanjikan, ktorg pun pergilah ke UPM. Dalam pukul 9.00 pagi lebih, ktorg berangkat dari Banting.. Dalam pukul 10.00 lebih baru sampai UPM.. Sampai2 je, ktorg lepak dulu dalam bilik Classmate Miey ni (saya pun kenal juga beberapa orang classmate dia), sementara menanti seorang lagi rakan Miey dari Cheras, A.. Awal2 lagi kesabaran kami diuji dengan menunggu..menunggu rakan A yang xsampai2.. Dalam pukul 11.00 lebih baru dia sampai.. Then lepas tu, kami turun lah ke pejabat pengurusan kolej Miey tu.. Di sana pun, nampaknya kesabaran kami teruji dengan sistem pengurusan yang…, entah xtahu nak kata macam mana.. Tapi memang kene sabar je lah tadi.. Rasa nak marah pun ada juga lah..

Tapi masa tu saya fikir Miey lah.. Kalau saya yang cuma memerhati pun rasa geram, rasa macam nak marah dengan cara diorang, apatah lagi Miey kan.. Tentulah dia lagi tension dengan keadaan tu.. Dah lah kami datang untuk menguruskan benda yang xberapa seronok nak diuruskan pulak tu.. Tapi Miey chill je.. So saya fikir, saya kenelah bersabar juga.. So, saya senyum je, dengan harapan supaya Allah redakan perasaan marah ni.. Dalam masa menunggu tu, masuklah beberapa orang pelajar dari Jepun yang join 1 program di kolej Miey tu ke dalam pejabat pengurusan itu.. Memang rasa terhibur sikit lah tengok telatah diorang belajar perkataan2 bahasa melayu yang mudah macam selamat pagi, selamat tengah hari, selamat malam & sebagainya.. Rasa best juga lah dapat diperkenalkan dengan diorang.. Alhamdulillah..hehe.. Tapi diorang xlama, kejap je, lepas makan, diorang kene pergi ke Bukit Ekspo.. (kiranya bukit yang popular lah untuk pelajar UPM beriadah).. So, tinggallah saya, Miey, A dan Waheeda, bekas roommate Miey yang kebetulan ada di situ juga..




Lama-lama, bila kesabaran kian menipis, kami mula fikir nak balik je.. Yelah, masa tu jam dah pukul 3.00ptg & kami dah rasa penat menunggu (dari pukul 12.00 tgh hari sampai 3.00 petang menunggu hanya untuk perkara yang simple! Rasa macam x berbaloi sangat).. Jadi Miey cakap kat akak yang bertugas di pejabat tu, supaya telefon diorang bila borang yang perlu ditandatangan oleh pengetua tu dah siap.. Tapi xlama lepas tu, baru je gerak, xkeluar pun lagi dari pagar UPM, baru sampai kat KOSASS, pihak pejabat kolej tu call Miey & A, cakap borang dah siap.. Dah terpaksa kitorang patah balik sebab nak ambik borang tu.. Lepas ambik tu, settle beberapa hal kejap, baru gerak keluar..

Memang pada mulanya saya & Miey bercadang nak singgah di Alamanda, Putrajaya lepas habis urusan di kolej dia tu.. Tapi sebelum tu, kami hantar A & Waheeda ke stesen KTM Serdang dulu.. Lepas tu, barulah gerak pergi ke Alamanda.. Masa tu dah pukul 4.00ptg, memang rushing lah bawa kereta, sebab nak solat.. Sampai2 je Alamanda, terus cari surau, solat, then pergi makan.. Makan punya makan, bercerita itu ini, then dalam pukul 6.00 lebih tu, ktorg nak balik dah..





Di sinilah dugaan terbesar hari ni berlaku.. Lepas bayar tiket parking kat mesin autopay, ktorg teruslah pergi kearah kereta.. Saya bawa kereta viva mak saya.. Viva automatic warna hijau cair..Sampai je kat kereta tu, saya tekan lah alarm yang kat kunci kereta tu, sebab nak buka kunci kereta kan.. Tapi, kereta langsung xberbunyi.. Biasa kalau kita tekan alarm kan, dia akan bunyi ‘tut tut’ lah kan.. Tapi nix de bunyi langsung.. Berkali2 saya tekan, xjuga ada respon ape2.. Masa tu fikir, “kunci ni dah habis bateri ke? Xpelah, buka pintu secara manual je..” Jadi saya buka pintu secara manual.. Masukkan kunci kat pintu, pusing, & terbukalah kunci.. Tapi of course lah, lepas tu wajiblah kereta tu berbunyi alaram yang sangat bising.. Kalut juga masa tu nak hentikan bunyi yang sangat bingit tu..

Tapi masalah xberhenti setakat tu je.. Bila saya nak hidupkan enjin kereta pulak, enjin kereta langsung xhidup.. Xda bunyi langsung.. Even bunyi enjin tersekat-sekat pun xada.. Berkali2 juga cuba pusing kunci, tapi enjin kereta still tak nak hidup.. Masa tu memang saya dah risau & gabra dah.. Masa kalut-kalut cuba hidupkan enjin tu, datanglah seorang makcik dari kereta yang park depan kereta saya ni.. Dia tanya kenapa, saya pun bagitahulah apa masalahnya.. Rupa-rupanya, makcik itu pun bernasib sama macam saya, kereta suami dia xboleh hidup juga.. Pada mulanya, memang saya ada niat nak minta tolong dari suami makcik tu, (saat2 macam ni memang rasa perlukan pertolongan lelaki kan..), tapi disebabkan kereta mereka juga mengalami masalah yang sama, terus saya batalkan niat saya.. Xsampai hati pulak..

Jadi memang saya dengan Miey risau lah..xtahu nak buat ape.. Ktorg nie perempuan, xtahu ape2 sangat pasal kereta pulak tu.. Dah dalam keadaan macam tu, saya pun xtahu nak buat ape, saya pun buat panggilan kat ayah saya.. 3 kali saya try call ayah saya, langsung xdapat.. (rasanya masa saya call tu, ayah tengah pergi ambik adik saya dari sekolah & xbawa fon).. Lagilah saya xtahu nak buat apa.. Miey pulak cuba call abang2 saudara dia untuk bertanya pasal kereta & minta bantuan.. Lepas tu baru ayah call balik, & terus cerita masalah ktorg ni.. Ayah pun memang bagi beberapa cara lah untuk dicuba untuk menghidupkan enjin kereta tu & siap cakap dia akan datang kalau cara2 yang dia bagi tu xberjaya.. Abang2 sedara Miey pun bagi beberapa tips juga& ada juga lah abang saudara Miey yang offer nak datang ke tempat ktorg untuk tolong.. Semua jenis tips ktorg dah cuba.. Ketuk2kan kunci kereta tu, try tutup pintu balik & cuba buka guna kunci yang diketuk, (lepas buat tu kalut lah nak tutup bunyi alarm kereta yang bingit tu), cuba gerak2kan gear kereta lah..macam-macam.. semua ktorg buat tapi xmenjadi juga.. Siap dah buka tempat enjin kereta pun, blur xtahu nak buat ape..





Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.. Memang itu je lah yang mampu saya & Miey sebutkan sepanjang dekat parking kereta tu.. Mengharap sangat ada keajaiban yang Allah bagi supaya enjin kereta tu hidup.. Pakcik yang mengalami masalah kereta xboleh hidup tu pun sama juga, dok mundar-mandir depan belakang, sama2 xtahu nak buat ape.. Tapi dari apa yang kitorang borakkan, nampaknya macam keadaan kereta pakcik tu lebih teruk dari saya.. Kereta pakcik tu alarm kereta dia langsung xboleh berhenti berbunyi, sampai kena cabut bateri baru berhenti.. Tapi saya at least alarm saya boleh berhenti berbunyi, bila abang saudara Miey suruh check lampu kereta< radio, signal semua pun, semua ok.. Cuma enjin je xnak hidup2..

Walaupun risau, walaupun gabra sangat2, saya cuba lah untuk bertenang & cuba fikir positif.. Masa tu, saya banyak kali cakap dalam fikiran saya, “relaks, relaks, mesti ada cara untuk hidupkan kereta ni.. Allah akan tolong juga nanti.. Sabar.., sabar.., kena sabar sikit je”.. Lagipun, masa tu saya xtakut sangat dah.. Sebab ada Miey kat sebelah, pakcik & makcik yang mengalami masalah yang sama dengan ktorg tu pun ada je kat depan, abang saudara Miey yang banyak bagi tips & support kat ktorg, dengan ayah saya yang dalam perjalanan menghala ke tempat ktorg.. Saya dengan Miey cuba untuk relaks.. Dalam masa menunggu ayah saya sampai tu, saya dengan Miey duduk je dalam kereta, (dengan pintu terbuka, sebab xnak tutup pintu, takut pintu terkunci & kitorg kena berusaha matikan alarm lagi) cuba tenangkan diri masing2, jangan takut sangat..





Masa kitorang duduk2 tu lah, 1 ‘miracle’ rasanya, Allah datangkan seorang Chinese man ni ke tempat ktorg.. Mulanya saya & Miey xperasan kehadiran dia, sebab dia borak dengan pakcik tu dulu.. Then, bila nampak dia, saya keluar dari kereta, konon nak dengar apa perbualan dia dengan pakcik tu, nak tahu apa masalahnya.. Tapi belum sempat apa-apa lagi, pakcik tu dah tunjuk kat kereta saya, & Chinese man tu pun pergi kearah ktorg dulu.. Dia tanya lah apa masalah kereta..Seriusly, jauh di sudut hati saya masa tu, rasa memang kagumlah dengan Chinese man tu.. Sebenarnya masa tu dia tengah rushing nak keluar dari car park tu, sebab takut masa tiket parking tamat.. Tapi dalam dia rushing tu, dia tetap cuba membantu..dia cuba bagi nombor kawan dia, seorang mekanik kat saya.. Mulanya saya ingat lepas dia bagi nombor tu, dia akan pergilah kot, sebab tengok gaya dia memang macam sangat2 mengejar masa.. Tapi yang buat saya rasa kagum, dia xpergi pun..dia ckp kat saya, “u call no ni, then bagi saya dengar suara”.. Lepas saya call, dia terus ambil fon saya & bercakap sendiri dengan kawan dia tu..

Dia yang cerita masalah kereta, & dia cuba buat apa yang kawan dia cakapkan.. Amazingly, enjin kereta hidup! Ya Allah, tak tahu nak cakap apa masa tu.. Speechless.. Rasa bersyukur sangat Allah datangkan Chinese man tu untuk tolong ktorg masa tu.. Berkali-kali juga saya ucap terima kasih kat dia sebab sudi tolong ktorg walaupun dia sendiri rushing kan..yelah, berkali2 juga dia tengok jam, sambil cakap, “sempat ke ni? I takut xboleh keluar sebab I dh bayar tiket parking”.. Ya Allah.. Dalam rushing tu pun dia sanggup spent masa kejap untuk tolong ktorg.. Dari mula ktorg menghadapi masalah tu, ramai je yang orang yang datang & pergi dari tempat parking tu.. Tapi xda sesiapa pun yang nak tolong atau bertanya.. Tibe2 datang Chinese man tu, memang rasa bersyukur sangat & kagum dengan peribadi dia..Yelah, mungkin Allah yg gerakkn hati dia utk tolong ktorg kan.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya..


 



Lepas enjin kereta hidup, saya terus call ayah, cakap enjin dah boleh hidup.. Lepas tu sebelum balik, sempatlah ber’pamitan’ dengan makcik & pakcik tu.. Kata pakcik tu, kereta diorang memang dah xtahu nak buat apa dah.. Memang kena panggil mekanik datang.. Jadi ktorg pun balik.. Tapi masalah xselesai lagi.. Tiket parking kereta.. Dah terlebih masa tu & ktorg xdapat keluar dh kalau nak guna tiket tu.. Pergi kat bahagian bawah, ada bahagian pengurusan parking, Miey turun & tanya pasal tu.. Mulanya abg pertama yang Miey jumpa tu cakap boleh bayar balik dekat autopay station.. Tapi Miey cuba, xboleh pulak.. Then dia pergi lagi ke tempat pengurusan tu, abg yg kedua (masuk2 je dalam kereta, Miey berulang kali cakap abg tu hensem.. hihi) pulak tolong buat something dengan tiket tu & lastly, ktorg boleh keluar dengan selamat dari Alamanda tu..

Alhamdulillah..seriously.. Xtahu nak express feeling macam mana untuk hari ini.. Gembira ada, marah ada, takut ada, sedih ada & kadang2 rasa kelakar pun ada.. Semua bercampur aduk.. Alhamdulillah, Allah mudahkan juga segalanya..& banyak juga pengajaran yang saya dapat hari ni..
1. Be punctual on time.. Sebab kita xtahu mungkin bila kita berjanji dengan seseorang, tapi kita lambat, & kita xtahu mungkin org tu ade hal lain ke..
2. Kalau kita boleh rasa geram bila orang x punctual waktu dengan kita, bagaimana pulak Antara kita dengan Allah? X marahkah Allah pada kita jika kita x punctual dengan waktu solat?
3. Buat kerja biar ikhlas & always senyum.. Cubalah untuk efisien & xmembuatkan orang lain marah dengan cara kerja kita yang menyusahkan mereka..
4. Apa pun yang berlaku, cuba untuk tenang dahulu & berfikiran positif.. Apa pun yang kita hadapi, ingat, bantuan Allah sentiasa datang tepat pada masanya..
5. Walaupun rasa xmampu, sekurang2nya, cubalah untuk berbuat baik pada insan lain, walaupun orang tu kita xkenal.. Ya, mungkin sedikit pertolongan kita tu merupakan sesuatu yang beerti bagi mereka yang dibantu..
6. Nikmat Allah itu banyak, kadang2 diberi pada kita dengan cara yang kita xsedar.. Jadi, bersyukurlah sentiasa..
7. Bagi kita, mungkin apa yang kita alami tu sudah cukup teruk, tapi sebenarnya ada lagi insan yang diuji jauh lebih teruk dari kita.. =)

Okaylah semua pembaca CSM, panjang lebar dah saya menulis.. Xtahu nak cakap apa lagi.. Penat badan, penat fikiran.., jadi saya nak masuk tidur & berehat..
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kalian semua..
Senyum.. ^_^
Assalamualaikum…





Tuesday, 12 August 2014

First Love Story........

Assalamualaikum w.b.t..





Apa khabar semua? Sihat?
Nak tanya ni, sape pernah tengok cerita “First Love” dari Thailand? Hehehe
Ni nak berkongsi sikit lah tentang cerita tersebut.. Kita ambik pandangan dari sudut positif je ye..
Saya dapat cerita tersebut semasa saya melawat seorang teman baik saya (muslimah), dan dia tolong copy & masukkan cerita itu ke dalam laptop saya.

Sebenarnya, pertama kali tengok cerita itu, saya dah jatuh hati dah..
Kenapa? Sebab hero dia comel! Hahaha.. :p
Xadalah.. itu Cuma sebab sampingan je.. Tapi sebab utama kenapa saya suka tengok cerita tu, disebabkan jalan cerita dia yang menarik.
Walaupun cerita itu bukanlah cerita berbentuk cinta islamik, tetapi ada pengajaran secara islamik yang kita boleh ambil dari situ..
Baiklah, saya mula bercerita dulu sinopsisnya sedikit ya.. J
Begini…………………….,


 


Ada seorang pelajar sekolah menengah perempuan bernama Nam menyukai seorang senior di sekolahnya secara diam-diam yang bernama Shone. Shone ni boleh tahan comellah.. Memang ramai perempuan yang meminati dia. Boleh dikatakan dia selalu dapat hadiah dari perempuan & ramai perempuan cuba mengambil perhatian dia.. Tapi berbeza dengan Nam.. Nam ni seorang yang boleh dikatakan agak kurang cantik berbanding dengan pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Dia berwajah gelap & pendek, berbanding pelajar perempuan lain di sekolah itu yang putih, tinggi & berkacukan cina. Tapi walau macam mana pun, Nam tidak pernah berasa rendah diri dengan keadaan dirinya. Nam ada 3 orang kawan.. Cheer, Nim dan Gie.. Satu hari, Cheer menjumpai sebuah buku yang bertajuk, “9 recipe of love book”.. Dengan bantuan & sokongan dari Gie, Cheer & Nim, Nam Berjaya buat semua cara yang ada dalam buku itu.. Sampailah satu hari dia menyertai kelab drama sekolah dan memegang watak Snow White. Dalam drama itu pulak, Shone bertanggungjawab untuk menguruskan “prop” lakonan. Semenjak menjadi Snow White tu, wajah Nam sedikit sebanyak berubah menjadi cantik.. Ramai yang mula meminati Nam termasuklah bestfriend Shone, Top. Tapi bagi Nam, Shone tetap di hati.. hehehe.. Top meluahkan perasaan kepada Nam & meminta Nam menjadi kekasih dia.. Dalam terpaksa, Nam bersetuju sebab itu juga merupakan cara dia boleh dekat dengan Shone. Diorang melalui hari-hari dengan biasa, sampailah satu hari, Nam meminta untuk putus hubungan dengan Top, dengan alasan, dia menyintai orang lain.. Tibalah pada Hari Valentine terakhir diorang di sekolah, dengan sokongan rakan-rakannya Gie, Nim & Cheer, Nam mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan yang disimpannya terhadap Shone. Tapi menyedihkan, bila lepas dia meluahkan perasaan tu, rupa-rupanya Shone couple dengan rakan dia yang bernama Pin.

Secara kasarnya di sini, kita Nampak yang Shone macam xda hati je kat Nam kan.. Tapi sebenarnya tak.. Lepas Nam meluahkan perasaan & dapat tahu Shone couple dengan Pin tu, Shone pulang ke rumah.. Di rumah itu lah baru ditunjukkan, Shone membuka sebuah buku nota, di dalamnya penuh dengan gambar Nam & kenangan diorang. Tapi Shone tak dapat nak meluahkan semuanya pada Nam sebab dia kene pergi ke Bangkok, untuk menyertai kelab bola sepak yang terkenal di Bangkok.. & lepas tu, Nam juga menyambung pelajaran ke US dan menjadi pereka fesyen yang terkenal. 9 tahun berlalu, mereka dipertemukan semula dalam sebuah program bual bicara televisyen.. Terharunya, bila kedua-dua mereka rupanya masih setia menanti antara satu sama lain untuk berkahwin..




Macam mana? Sweet ending kan.. hehehe..
Dari cerita ni, apa yang saya dapat, take love in a positive way.. Kerana cinta, Nam berubah, berubah menjadi cantik, berubah menjadi pandai, (dari tempat ke-30 dalam kelas ke tempat pertama), berubah segala-galanya ke arah yang positif..

Pengajaran yang kedua, dari segi cinta islamiknya, mungkin seseorang itu memang ditakdirkan menjadi jodoh kita, tetapi kita dipertemukan dengan dia pada masa yang salah.. Jadi Allah pisahkan kita dengannya  buat sementara waktu untuk kita sama-sama memperbaiki diri, & bersatu dalam keadaan yang lebih bersedia.
Lihat sajalah kisah antara Shone & Nam, mereka menyintai Antara satu sama lain, tetapi ketika itu merupakan masa yang salah, & mereka terpisah, & last-last kembali bertemu dalam keadaan yang lebih bersedia & dengan ekonomi yang lebih kukuh..

Ya, masa perpisahan tu terjadi, memanglah sedih.. Saya akui tu.. Tapi Allah tak akan biar sesuatu itu terjadi tanpa memberi hikmahnya kan?
Dalam cerita tu juga, ada sebuah lagu yang turut dimainkan, & juga buat hati saya rasa tersentuh. Lagu Thailand, tapi ade translation English..

I don’t understand
Why it must be you
To be the one in my heart
I have met many people
But it must be you eventually
Who are in my heart
Love, is not a coincidence
Love, can connect you with me
There’s only the heart that knows
Who is the one in my dream
You’re the one that I’ve been waiting
Because the heart is begging
Cause the heart is calling for
Born to be your forever
It’s because my heart
Never confused
It’s certain that you are the only one
There are not many reasons
It just because my heart chooses you

Saya rasa sedih bile tengok bait-bait lirik ni..
Kenapa? Mungkin sebab saya sedang rasa sakitnya menyintai seseorang tapi kini terpisah..
Cuma bezanya, tak tahu sama ada dalam jarak terpisah ini, kami akan bertemu kembali & saya dapat bersama dengan jejaka impian saya, sama macam yang dialami oleh Nam, atau tak..
 Serahkan je semuanya pada Allah kan.. Dia lebih mengetahui segala yang terbaik… :’(

Eh, mengarut pulak saya ni..
Ok lah semua, penat dah tangan menaip..
Ape pun, saya juga nak berpesan, jika menonton sesuatu cerita, cubalah ambil sisi positifnya & dabil engajaran dari sudut islamiknya walaupun cerita tersebut bukanlah cerita bergenre islamik.
Dan, jika kita menyintai seseorang, serahkan hati kita pada Allah, biar Dia yang tetapkan.. & doakanlah yang baik2 tentang orang itu..

Sampai di sini sahaja entry saya kali ini.. semoga bertemu lagi di entry lain yang akan datang..
Insya-Allah..

Assalamualaikum..













New blog, New life, Insya-Allah..

Assalamualaikum w.b.t semua..




Xtahu nak mula cakap macam mana.. hehe..
Ape pun, Ahlan Wasahlan, Selamat datang ke blog ini.. ^_^

Ini blog saya yang terbaru. Masih menggunakan nama “Coretan Seorang Muslimah” untuk blog ini, sama seperti blog saya yang lepas..
Kenapa saya buat blog baru?
Sebab utama, saya nak buat jalani kehidupan yang baru. Kehidupan yang lebih jujur dan ikhlas..

Jadi, sebab itulah saya buat blog yang baru, menulis entry yang jauh lebih jujur & ikhlas berbanding dari dalam blog saya yang lama..
Jujurnya, dalam blog lama saya tu, tidak semua entry yang saya post dengan ikhlas, xsemua tulisan saya jujur..
Jadi saya nak ubah semua tu di dalam blog saya yang baru ini..
Lagipun, saya nak lebih aktif dalam penulisan blog sekarang ni.
Blog yang lepas tu, insya-Allah, akan masih kekal & saya tidak akan buang blog itu..

Saya bukanlah seorang muslimah yang baik, tapi jauh di dasar hati ini, saya ingin menjadi yang baik buat semua orang yang saya jumpa dan kenal..
Dan dalam menjadi seorang yang baik, keikhlasan & kejujuran merupakan elemen yang sangat penting yang perlu ada dalam diri seseorang..
Mungkin disebabkan saya pernah merasa sakitnya ke-tidak-ikhlas-an & ke-tidak-jujur-an orang pada saya membuatkan saya rasa 2 elemen ini penting perlu ada dalam hidup seseorang..

Tapi sebelum meminta orang lain menjadi ikhlas & jujur pada kita, kita perlu mulakan dengan ikhlas & jujur pada diri sendiri dulu, kan.. =)
Doakan saya, mohon terus sokong saya,
Tegurlah saya jika saya ada melakukan salah dan silap..
Saya doakan semoga Allah merahmati & meredhai kalian semua..
Insya-Allah, jumpa lagi di entry yang akan datang.. (^_~)