Saturday, 4 January 2020

Forum Stairway to Jannah, Stay Away from Naar

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 16 Jun 2012*




Assalamualaikum.. ^^

Tajuk Forum: Stairway to Jannah, Stay Away from Naar
Tarikh: 11 Mei 2012
Tempat: Dewan Sri Harmoni, Kolej Kelima UPM

Panel jemputan: 

1) Ustaz Amin (TV9)
2) Imam Muda Fakhrul
3) Ustazah Rozita (seorang guru cemerlang di salah sebuah sekolah di Melaka & beliau sering dijemput memberi ceramah untuk muslimah di Kolej Matrikulasi Melaka)

Nota kaki: ini forum pertama yang saya terlibat sebagai ahli jawatankuasa di Kolej Kelima, UPM




Bismillahirrahmanirrahim....

Batas pergaulan antara lelaki & perempuan (ikhtilat). Bagaimana situasi yang dikatakan terma ikhtilat itu sesuatu yang tidak elok dipandang. (IM Fakhrul)

~ Ikhtilat --> percampuran / pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam konteks yang banyak.

~ Ikhtilat dari sudut pandangan individu :-
  i) Ada yang terlalu keras
 ii) Ada yang terlalu memudahkan
iii) Ada yang meletakkan batas-batas pergaulan.

~ Lelaki & perempuan boleh bekerjasama dalam perkara yang membawa kepada kebaikan. 

~ Ikhtilat harus, sebab konteks masyarakat zaman sekarang, banyak perkara yang menyebabkan seorang lelaki & perempuan itu perlu berurusan antara satu sama lain. 

~ Tiada masalah dengan batasan yang diletakkan dalam islam.

~ Batasan yang perlu dijaga :-
   i) Ada batasan, ada hajat & tujuan khtilat tersebut.
  ii) Kena jaga pandangan.
 iii) Kena iltizam dengan pakaian yang ditetapkan oleh syarak.
  iv) Jaga adab terutama kata-kata.
   v) Jaga cara jalan.



Cara untuk menghindari zina-zina yang berlaku sekarang ini. (Ustaz Amin)

~ Allah jadikan pada kita banyak deria.

~ Dengan deria, boleh jadi ketenangan, boleh datangkan stress.

~ Contoh, deria telinga, dengar lagu-lagu yang lembut & zikir, mendatangkan ketenangan, tetapi kalau dengar lagu-lagu yang entah apa-apa boleh mendatangkan stress.

~ Deria ini dijadikan untuk benda masuk dalam hati.

~ "Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji & satu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra' : ayat 32).

~ Jangan hampiri zina.
  i) Jaga fesyen
 ii) Pakai minyak wangi, jangan sampai menarik lelaki.
iii) Jaga cara jalan, jaga telinga
 iv) Jaga sentuhan

~ Tidak akan berzina seorang penzina, bila dia ingat Allah.

~ Cara nak ingat Allah :-
  i) Zikir
 ii) Solat
iii) Mengaji
 iv) Pergi majlis ilmu



Solat, tapi still buat perkara mungkar. Dimana silapnya? (Ustazah Rozita)

~ Muhasabah sendiri, bagaimana solat kita.

~ Solat yang sempurna itu benteng kemungkaran.

~ Lihat sebelum solat :-
  i) Keikhlasan kepada Allah.
 ii) Tiada rasa takut kepada Allah
iii) Sering tidak mengingati Allah

~ Semasa solat :-
  i) Ingat kerja dunia.
 ii) Ada yang kita tidak ambil kisah
iii) Bawa urusan dunia dalam solat




Couple. Adakah term couple dalam Islam ini dibenarkan atau ada masa tertentu dianggap haram? (IM Fakhrul)

~ Couple boleh, tapi ada syarat :-
  i) Boleh tundukkan pandangan. (IM cakap, kalau jumpa makwe/pakwe, jangan pandang dia, jangan senyum kat dia, tapi cepat-cepat tutup muka.. hehe)
 ii) Boleh jaga aurat
iii) Adakan hijab dalam hati. (IM cakap, jangan ingat kat dia sangat)
 iv) Tidak boleh berdua-duan
  V) Tidak melunakkan ucapan. (cakap macam askar)
 vi) Tidak menyentuh berlainan jenis

~ Agak-agak boleh buat tak semua syarat ni?

~ Jangan menyebabkan cinta menjadi fitnah.

~ Bercintalah selepas kahwin.. :)



Kisah-kisah cinta sebelum/selepas kahwin dalam sirah Rasul. (Ustaz Amin)

~ Perempuan dijadikan dari tulang rusuk sebelah kiri, dekat dengan hati untuk disayangi & dekat dengan tangan untuk dilindungi.

~ Perempuan kena hormati suami.

~ Fitrah perempuan, suka suami lead.

~ Suami --> jangan biarkan isteri buat keputusan.

~ Perempuan --> jadilah perempuan yang berwatak seperti wanita.

~ Dijadikan kasih & sayang, jaga hubungan intim.

~ Andai berlaku penceraian --> jaga hak-hak.

~ Jangan mencari penasihat rumahtangga yang tidak baik.

~ Kalau bercerai, kena selesaikan hak-hak, terutama hak anak-anak.

~ Islam bercinta dengan tanggungjawab.

~ Kalau nak suami masuk Syurga, jadi isteri solehah.



Macam mana nak approach orang yang kita suka dengan niat nak jadikan teman atau berserah pada jodoh sahaja? Ada tak apa-apa tips untuk mencari jodoh yang sesuai? (ustazah Rozita)

~ Ciri-ciri nak cari calon suami
 1) Mestilah berilmu & bertakwa
 2) Bertanggungjawab
 3) Memiliki akhlak yang terpuji
 4) Perangai yang lemah lembut --> bahasa, tindak-tanduk
 5) Memiliki, memahami ilmu agama
 6) Tidak berpenyakit (yang jelas seperti gila)
 7) Rajin, berusaha
 8) Sekufu, sesuai
 9) Tidak dayus
10) Pandai jaga darjat & status
11) Berkebolehan buat urusan rumahtangga
12) Tidak bersangka buruk
13) Mudah memaafkan orang lain
14) Sabar
15) Jaga rahsia
16) Tepati janji
17) Utamakan kebersihan
18) Jaga pergaulan
19) Tidak mudah cemburu

~ Ciri-ciri calon isteri pun lebih kurang juga..

~ So, pastikan diri kita memiliki semua ciri-ciri ni dulu..

~ Cinta lepas kahwin lebih bermanfaat.

Image result for kartun pasangan muslimah

SESI SOAL JAWAB
(Cara yang santai: sesiapa yang mempunyai soalan, boleh tulis soalan di atas sehelai kertas, "pass" kepada AJK bertugas, nanti pihak AJK akan sampaikan soalan kepada moderator forum)


Hukum berdua-duaan dengan pensyarah yang berlainan jantina dalam konteks menuntut ilmu (IM Fakhrul)
~ Jumpa pensyarah tu harus, nak dapat ilmu.

~ Andai pensyarah tu berlainan jantina, kena jaga adab-adab.

~ Kalau boleh ajak kawan untuk elakkan fitnah

~ Sekuat mungkin kita kena cuba lari dari fitnah


Sekiranya seseorang itu ingin kembali dalam cara hidup islam, bagaimana nak istiqamah? (IM Fakhrul)

~ Cara nak istiqamah :-
   1. Kuatkan semangat dan tekad.
   2. Kuatkan hati dengan pilihan yang baik.
   3. Doa sentiasa agar semangat tidak luntur.


Apa hukum berkongsi pinggan makanan perempuan & lelaki? (IM Fakhrul)

~ Lebih elok kita jaga diri.

~ Syaitan akan sesatkan kita dgn benda-benda kecil.

~ Harus --> bagi mereka yang dah berkahwin.

~ Tapi yang tiada hubungan yang halal atau mahram, makanlah dalam pinggan asing-asing.

Image result for kartun pasangan islam


Peranan dalam menegakkan agama Islam. (Ustaz Amin)

~ Dakwah itu milik semua.

~ Tak perlu jadi ustaz, ustazah, alim ulama baru nak berdakwah.

~ Berpesan ke arah kebaikan pun dikira dakwah juga.

~ Sampaikan pada orang apa yang kita tahu, walaupun ilmu yang kita ada tu sikit.


Berniat nak pakai tudung labuh, tapi takut tak boleh nak istiqamah. (Ustazah Rozita)

~ Labuh --> labuh itu apa, nak tutup apa.

~ Bila pakai tudung tu, labuhkan untuk tutup apa yg patut (bentuk badan)

~ Teruskan untuk buat sesuatu yang elok.

~ Jangan fikir apa yang orang lain nak kata.


Bagaimana kalau kerja, kita kena masukkan tudung dalam uniform kita (untuk kerja yang memerlukan tudung dimasukkan dalam baju)? (Ustazah Rozita)

~ Bila terpaksa --> tengok, membayangkan bentuk tubuh badan kita ke tak.

~ Kalau nampak, besarkan baju..


Zina hati. (IM Fakhrul)

~ Kalau hati teringat je, tak ada masalah..

~ Masalahnya ialah, bila teringat sambil membayangkan perkara-perkara yang menimbulkan nafsu syahwat.

~ Nak mengingati boleh, ikut landasan-landasan yang Islam tentukan.


Bila tengok balik, tiba-tiba saya rasa special pulak gmbr ni.. Sebab, walaupun dalam keadaan duduk, tapi kedudukan saya di tengah-tengah IM Fakhrul & Ustaz Amin bersama 4 org kakak senior di kiri & kanan saya.. ;)


Assalamualaikum.. :)





Friday, 11 October 2019

TRIP REVIEW; Kelantan & Terengganu 2019

Assalamualaikum..


7 September 2019, saya pergi ke rumah Miey, saja-saja lepak & copy drama Korea.. Sambil-sambil tu, tiba-tiba Miey timbulkan topik nak ajak saya pergi ke Pantai Timur pada hujung minggu cuti Hari Malaysia (14/9/2019 - 16/9/2019) untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya. Agak last minute jugak lah tu.. Actually tak adalah last minute Miey bagitahu, dah lama dia bagitahu, cuma saya yang tak boleh nak confirmkan.

Dipendekkan cerita, kami pun merancang lah untuk pergi. Siap-siap tempah hotel & ambil cuti. Plan kami, nak pergi pada 13 haribulan & balik malam 15 haribulan (gara-gara tak nak tempuh jemmed punya pasal). Excited jugaklah nak pergi sebab ini pertama kali saya nak ke Kelantan.

Selain saya & Miey, trip ini disertai oleh rakan-rakan Miey yang lain iaitu Aliya, Aisyah, Waheeda & Shafiq (memerangkap tour guide kami)


Jumaat, 13 September 2019
  
- Perjalanan dimulakan pada pukul 8.00 pagi. (Alhamdulillah perjalanan smooth sahaja)
- Pukul 11.30 singgah di R&R Temerloh untuk lunch. 
- Kemudian berhenti di hentian Maran untuk bertukar driver
- Berhenti lagi di Hentian Paka untuk isi minyak & bertukar driver
- Ambil kawan Miey, Aliya di Bukit Besi
- Lepas keluar tol Bukit Besi, hujan lebat sangat.. Di kawasan Tanah Merah pun hujan lebat.
- Sampai hotel pukul 7.30 malam
- Lepas dinner, just rehat dalam bilik hotel sebelum berjumpa dengan Aisyah, Waheeda & Syafiq tengah hari esok (bas mereka gerak malam, jadi pagi esoknya baru sampai)

Hotel: My Place Hotel
Bilik: Family Room
- 1 katil queen & 2 katil single, bath tub, balkoni
- Ada kedai makan melayu di sebelah hotel, senang parking
- Masuk hotel perlu guna kad access yang diberikan
Harga: RM185.50 untuk 2 malam (termasuk tax)
Komen: 
1)Bilik besar, kalau ikut dalam gambar, sepatutnya cuma ada 1 katil queen & 1 katil single (based on gambar dalam booking.com), tapi ada tambahan 1 katil single. Muat untuk 4 orang.
2)Balkoni menghadap jalan.
3) Bilik air ada bath tub & shower. Tapi agak tricky sikit nak buka shower.
4) Hotel ini kena naik tangga je, tiada lift disediakan.



Sabtu, 14 September 2019

1) Warung Pak Mat (Lunch)
- Asalnya pergi sini sebab sini terkenal dengan Teh Tarik Madu dia, tapi bila sampai, dah habis pulak. Apapun makanan untuk lunch di sini nice.






2) Masjid Ar-Rahman
- Singgah sini untuk solat
- 1 word to describe; CANTIK!
- Ukiran-ukiran di luar masjid, dalam masjid & even tempat ambil wuduk dia pun cantik!
- Persekitarannya tenang, dikelilingi paya bakau & seolah-olah dibina atas pulau
- Bak kata Miey, gigih nak ke sini sebab jalannya sempit macam masuk kawasan kampung & rumah orang. 


Image result for masjid ar rahman kelantan
 Pemandangan dari atas *Gambar hasil carian Google




3) Acu Tera Sotong Celup Tepung
- Tak jauh dari Masjid Ar-Rahman
- Kami pesan sotong & udang celup tepung + ais krim kelapa.


Related image
*Gambar hasil carian Google



4) Aeon Mall Kota Bahru
- Pergi sini sebab diorang nak shopping hadiah


*Note: tak tahulah kenapa, tapi keempat-empat tempat kami pergi ni, bila sampai je kat situ, mesti hujan.. hihihi


Ahad, 15 September 2019

1) Ayang Cafe (Breakfast)
- Niat asal nak makan di Kopitiam Kita, tapi ramai orang
- Di sini pun ada disediakan roti dengan telur separuh masak di atasnya yang popular di Kelantan


Image result for ayang cafe
*Gambar hasil carian Google



2) Pasar Siti Khadijah
- Shopping


Image result for pasar siti khadijah
*Gambar hasil carian Google


3) Kenduri
- Kenduri di Tanah Merah
- Actually on the way ke tempat kenduri ni, mood saya swing sikit sebab risau minyak kereta tinggal 2 bar.. haha.. Ampuunnn



Balik dari kenduri, berpisah dah dengan Aisyah, Waheeda & Syafiq. Saya, Miey & Aliya ke Terengganu, diorang patah balik ke Kota Bahru.



4) Jambatan angkat Terengganu
- Dah alang-alang ke Terengganu, why don't kita singgah ke tarikan baru di Kuala Terengganu ni.
- Tapi masa sampai, tak nampak clear sangat jambatannya. Jerebu. Huhu.



5) Masjid Kristal
- Solat & salin pakaian di sini
- Masjidnya cantik, tapi tak boleh masuk dalam masa ni sebab tengah renovation. Jadi solat di bilik solat yang disediakan di hadapan masjid




Lepas solat, singgah beli Keropok Lekor untuk dibawa balik & makan di KFC dulu sebelum hantar Aliya ke Bukit Besi. Sampai di rumah Aliya dah tengah malam. Tepat pukul 12 tengah malam kami gerak balik ke Banting. Ni memang pertama kali buat kerja gila macam ni (sebab saya tak pernah drive tengah-tengah malam dalam jarak yang jauh & tempoh yang lama macam ni.) Alasannya, tak nak tempuh jemmed esok. Haha. Tapi nasib baiklah bergilir-gilir drive dengan Miey.

Alhamdulillah, nasib baik semuanya berjalan lancar, perjalanan pun smooth jer walaupun kena tempuh hujan lebat di beberapa tempat. =D