Wednesday, 20 September 2017

Happy Birthday Efa!

Asslamualaikum..
Lama dah tak menaip di sini.. berhabuk dah. Fuh Fuh *tiup habuk*
 
Hari ni saya memang nak mengambil kesempatan di tarikh 20 September ini untuk mengucapkan happy birthday kepada salah seorang kawan baik saya...., iaitu,
Efarizan binti Suradi!! *yeay.. tepuk-tepuk tangan*

 

 
 
Rasanya kalau tak silap, nie birthday shout yang ke-3 yang saya buat di blog saya..
 
Nyanyi sikit, 
 
 Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday Dear Efa,
Happy birthday to youuuuu..  
 
 
Mula berkenalan dengan Efa sejak masuk UPM.. Memang kami duduk di kolej yang sama, iaitu kolej ke-5, tapi berlainan bilik, blok & course. Saya Major Fizik, dia pulak Major Kimia.. Tapi kami mula kenal dari kelas Calculus.. Tak ramai pelajar Major Fizik & Major Kimia dalam kelas tu, cuma beberapa orang je, sebab majoritinya terpisah di kumpulan yang lain.. Itulah permulaan perkenalan kami..
 
Macam mana boleh betul2 rapat? Errmm, honestly, saya pun tak ada idea macam mana kami mula rapat.. Yang saya ingt, kami selalu pergi ke Bukit Ekspo lepas Asar.. duduk atas rumput, tepi kolam, berbual macam2..



 
 
Di UPM, dia lah orang pertama yang tengok saya menangis.. Jujur cakap, saya susah nak cerita hal peribadi pada orang, terutama sekali hal-hal sedih secara berdepan, sebab susah nak kawal nangis.. haha.. tapi ada 1 perkara yang buat saya tak mampu simpan, saya cerita pada dia, & itulah pertama kali saya menangis di UPM depan seseorang..
 
Bagi saya, Efa memang betul-betul seorang pendengar yang baik & sangat memahami saya. Saya selesa bercerita segala benda yang saya rasakan masalah saya, walaupun bila fikir balik, mungkin cuma masalah overthinking or buruk hati saya.. haha.. Tapi, bila saya lost dengan perasaan sendiri, kata-kata dia lah yang Alhamdulillah, berjaya tenangkan saya sedikit..
 
I feel glad that we meet in this path of life.. Sekarang, kami berjauhan.. seorang di Selangor, seorang di Johor.. Last jumpa masa majlis konvokesyen kami.. setiap kali dah plan nak berjumpa, ada saja halangan.. How I miss her so much.. (T_T)




 
------------------------------------------------------------

 
To Efa,
Happy birthday to you <3
Semoga Allah panjangkan umur kau, murahkan rezeki kau, & mempermudahkan segala urusan kau..
Semoga Allah sentiasa meredhai, merahmati & melindungi kau dalam lindungan rahmat & kasih-sayang-Nya..
Semoga kau terus disayangi & disenangi sentiasa oleh semua orang yang kau temui / berurusan & bahagia / gembira sentiasa..
Semoga ko dipertemukan dengan jodoh, seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, sentiasa buat ko bahagia & hormat family ko.. (andai ditakdirkan kita kahwin pada tahun yang sama, mohon jangan pilih tarikh yang sama dengan aku nanti, susah aku nak datang & jangan lupa jemput jugak, sebab aku nak tengok hari bahagia kau nanti.. :p ) haha
Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku, tak pernah putus asa dalam persahabatan kita walaupun aku banyak buat benda yang kau tak suka, lebih-lebih lagi bila aku pernah lukakan hati kau tanpa sengaja dengan kata-kata main lepas aku dulu.. huhuhu




 
Terima kasih jugak sebab ikut jer kepala aku kadang-kadang bila aku ajak kau pergi mana-mana unexpected masa kita study di UPM dulu.. hehe
Terima kasih sebab faham aku, banyak bagi kata-kata nasihat yang menusuk hati kat aku..
Well, aku rindu nak duduk atas rumput, tepi kolam & borak-borak dengan kau.. Paling rindu saat duduk di Bukit Ekspo petang-petang!
Maaf sebab tak mampu jadi kawan yang terbaik buat kau,kadang-kadang tak faham kau, & tentu banyak kali aku lukakan hati kau bile aku konon-konon cuba bagi nasihat hidup kat kau.. hihihi
Still, I love u & I miss u so much!
Take care & be happy always..
Hope we can meet again soon..
I'm here if you need me
Muah! \(^o^)/


 
 
 
 
 




Monday, 19 June 2017

Quote hari ini #200617

Kita memang tak boleh kawal pemikiran orang lain terhadap kita,
Tetapi kita boleh kawal pemikiran kita untuk terus bersangka baik dengan orang lain.

~Be strong~

Wednesday, 24 May 2017

Ramadhan Al-Mubarak ^_^

 
Related image


Assalamualaikum..

Pejam celik, pejam celik.., sekarang kita dah memasuki semula Bulan Ramadhan bagi tahun 1438H..

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dan merupakan bulan yang paling suci dalam kalendar Islam. Bulan Ramadhan ini juga merupakan masa untuk umat Islam berfikir & merenung diri sendiri sambil membuat kebajikan.

Pada entry kali ini, saya nak berkongsi dengan semua pembaca akan keistimewaan Ramadhan dan kesilapan-kesilapan yang biasanya seorang muslim lakukan di Bulan Ramadhan ini..


Image result for salam ramadhan


30 keistimewaan Ramadhan
1) Ramadhan merupakan jalan menuju ketakwaan
2) Ramadhan itu bulan mujahadah
3) Puasa Ramadhan itu menumbuhkan sifat amanah
4) Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin
5) Puasa Ramadhan menimbulkan rasa solidaritis sesama muslim
6) Puasa Ramadhan melatih kesabaran
7) Puasa Ramadhan menyihatkan
8) Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah pada bulan ini
9) Ramadhan bulan keampunan
10) Siapa yang dilihat Allah, maka dia terbebas dari azab-Nya
11) Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah
12) Di bulan Ramadhan, para Malaikat meminta ampun untuk umat ini
13) Di bulan Ramadhan, Syurga membenah diri
14) Di malam akhir bulan Ramadhan, Allah mengampuni umat ini
15) Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, Allah mengampuni umat ini
16) Pahala syuhada bagi orang yang melakukan kebaikan & menghidupkan Ramadhan
17) Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda
18) Setiap hari dalam bulan Ramadhan memiliki keutamaan
19) Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa
20) Sebaik-baik sedekah adalah bersedekah di bulan Ramadhan
21) Doa mustajab di bulan Ramadhan
22) Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji
23) Pahala I'tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji & umrah
24) Dalam Ramadhan terdapat mala yang istimewa (Lailaul Qadar)
25) Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan
26) kitab-kitab suci diturunkan di bulan Ramadhan
27) Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
28) Perang Badar terjadi di bulan Ramadhan
29) Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan
30) Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan


Image result for salam ramadhan


12 kesilapan Muslim di bulan Ramadhan
1) Makan & minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
2) Makan sahur di tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
3) Bersahur hanya dengan makan & minum sahaja tanpa ibadah lain
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa
5) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana solat terawih
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah
7) Bermalasan dan tidak produktif di siang hari dengan alas an berpuasa
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alas an ia adalah ibadah
9) Menganggap waktu imsak sebagai "lampu merah" bagi sahur sehingga tidak puasa
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan haram
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa & berbuka


Image result for salam ramadhan


Itulah keistimewaan Ramadhan & kesilapan muslim yang dapat saya kongsikan bersama.. Selain itu, perbanyakkanlah ibadah-ibadah sunat di Bulan Ramadhan ini.. Apa ibadah sunat itu? Banyak & macam-macam.. Zikir, selawat, istighfar, doa solat terawih, witir, tahajud, dhuha, baca al-Quran & macam-macam lagi.. Buatlah semaksimum yang mampu, tapi yang wajib jangan dilupakan, jaga dengan sebaik mungkin ya..

Saya doakan semoga diri saya & semua pembaca akan Berjaya melaksanakan rukun Islam ke-3 ini dengan baik & akan istiqamah melakukannya walaupun bukan di bulan Ramadhan nanti.. Tak nak lah di bulan Ramadhan je semuanya baik, tapi bila masuk Syawal nanti, hilang semua kebaikan tu.. Insya-Allah.. Lagi 1, niat pun kenalah kita perbetulkan.. Niatlah untuk melakukan ibadah kerana Allah semata-mata, bukan kerana bulan Ramadhan ye.. :)


Image result for salam ramadhan


Sekian, Assalamualaikum w.b.t

Adaptasi dari blog lama saya, http://hatijiwafikiranwawa.blogspot.my/2013/07/ramadhan-al-mubarak.html