Thursday, 15 March 2018

MOVIE REVIEW; Along With The Gods: The two world

Assalamualaikum..

Lama dah nak buat review cerita Along with The Gods ni di sini, hari ni baru berkesempatan. Saya pergi menonton cerita ni dengan Miey seminggu lepas cerita nie keluar di pawagam Malaysia. Reason utama nak tengok cerita ni? Sebab Do Kyung Soo EXO berlakon. Haha! Saya tahu DO ada berlakon dalam cerita ni, tapi tak tahu pulak cerita ni akan ditanyangkan di Malaysia. Lepas dapat tahu tu, cepat-cepat inform Miey.. Hehe

Dikatakan, cerita ini diolah mengikut kepercayaan Buddha. Pada awal tayangan, ditunjukkan dahulu petikan kepercayaan Buddha, "Apabila seseorang memasuki alam 'afterlife' mereka akan diadili sebanyak 7 kali dalam masa 49 hari. Dibicarakan dengan penipuan, kemalasan, ketidakadilan, pengkhianatan, keganasan, pembunuhan dan ketakwaan. Hanya roh yang bebas dari segala pertuduhan akan dibangkitkan semula."


Image result for along with the gods the two worlds




Dalam movie ini, watak utama Kim Ja Hong (dilakonkan oleh Cha Tae Hyun) merupakan seorang yang digelar "Orang Mulia" kerana meninggal ketika dia sedang dalam operasi menyelamatkan mangsa kebakaran. Dia diiringi oleh 3 orang pengawal iaitu, Ga-Rim, Haewonmak & Deok-Choon, yang akan membantu membela Kim Ja Hong untuk melepasi 7 perbicaraan.


Well, boleh saya katakan, cerita ini boleh memberi pengajaran kepada kita sebagai orang Islam. Walaupun overall cerita ini mengikut kepercayaan Budhha, tetapi masih ada element-elemen keadaan neraka yang digambarkan dalam Islam untuk kita renung & ambil pengajaran.


Image result for perjalanan hidup akhirat


1) Selepas meninggal dunia, Kim Ja Hong ditunjukkan berada di satu kawasan bersama ribuan manusia lain, beratur di hadapan sebuah pintu masuk, menunggu untuk dibicarakan.
- Jika mengikut agama Islam, keadaan ini seolah-olah menggambarkan Padang Mahsyar, tempat dimana kita semua akan dikumpulkan di akhirat nanti dengan matahari tinggi sejengkal dari kepala mengunggu giliran dihisab amalan.


2) Peranan Deok-Choon untuk 'scan' kehidupan Kim Ja Hong, untuk mencari hujah2 bagi kesalahan yang dia lakukan di dunia.
- Kita tahu dalam Islam, di kiri kanan bahu kita ada Malaikat Raqib & Atid yang bertugas mencatat amalan baik buruk kita di dunia & dikatakan di Akhirat nanti, kita akan terima 1 buku yang mencatat segala amalan kita. Saya anggapkan bahawa Deok-Choon itulah buku amalan yang mengandungi segala amalan Kim Ja Hong di dunia.


 3) Perkara yang kita buat, sekecil2 perkara pun akan dicatat & diambil kira. contoh Kim Ja Hong tinggalkan kawannya & menyebabkan rakannya terbunuh. Watak Haemonwak juga ada berkata saat ini, "Don't post mean comments online hastily! Everything will be recorded."
-Yes, in reality sekarang ni, memandang kan dunia hanya di hujung jari, mudah saja berita tersebar. Kita pun kadang-kadang suka nak bagi komen2 online yang mengutuk, menyakitkan hati, menjatuhkan maruah orang. Bagaimana kalau komen kita itu menjadi penyebab orang yang menjadi mangsa itu terbunuh? Bukankah ini bermakna di mata penduduk langit, kita adalah pembunuhnya? Wallahualam. Ini lah yang dimaksudkan Haemonwak, bukan sekadar pembunuhan, tapi setiap dosa yang kita buat, walaupun kecil & tiada orang nampak, tetap dicatat oleh 2 Malaikat di kiri kanan bahu kita.


4) Setiap amalan yang Kim Ja Hong lakukan di dunia, kebanyakannya ditayangkan di Cermin Karma di hadapan dewa-dewa Neraka
_ Dalam Islam, sudah digembar-gemburkan kepada kita, setiap amalan yang kita lakukan di dunia, baik atau buruk, secara terang-terangan atau secara sembunyi, akan ditayangkan semula di hadapan Allah.



Related image


5) Kim Ja Hong perlu dibicarakan di 7 buah Neraka
- Semua perbicaraan ini mnggambarkan konsep hisab yang disebut-sebut dalam Islam, cuma bezanya, kita tiadalah sampai 7 Dewa kan.


6) Dewi kemalasan cakap, setiap orang buat dosa.
- Betul, sebaik mana pun seseorang itu, kita bukanlah seorang yang Maksum (bersih dari dosa). Pasti ada dosa yang kita lakukan, tidak kira kecil atau besar, secara terang-terangan atau sembunyi, sama ada kita sedar atau tidak.


7) Hormati & taat pada ibu
- Dalam movie ini pun lebih menggambarkan kita harus berbuat baik kepada ibu. Hormati ibu, jangan derhaka kepada ibu. Neraka terakhir yang menjadi persinggahan Kim Ja Hong ialah Neraka Ketaatan, di mana dia hampir disabitkan bersalah kerana buat ibu dia berasa sedih.


8) Keadaan Neraka yang menakutkan
- Setiap neraka yang dilewati oleh Kim Ja Hong, berbeza hukumannya, tapi semuanya menakutkan. Dibakar dalam kawah gunung berapi, diikat dan disiat2 dgn duri tajam, digelek sehingga lumat, dipukul2 oleh batu. Bagaimana neraka yang digambarkan dalam Islam? Wallahualam.


Ini sahaja lah yang dapat saya ceritakan. Pendapat saya, movie ini sangat bagus. Saya bagi rating 9/10! Memberi pengajaran dalam cara yang halus kepada kita & seterusnya membuatkan kita berfikir & muhasabah diri.


Image result for berbuat baik di dunia akhirat

No comments:

Post a Comment