Hari ini saya belajar 1 perkara.
Perkara
yang memberi sedikit kesedaran pada saya.
Tentang
kesihatan diri,
Tentang
dugaan penyakit dan kesihatan yang kita alami.
Selama
ini, bila saya demam, selsema, atau pening kepala,
Saya
mudah mengeluh,
“Hurm..,
sakitnya kepala”
“ish,
selsema! Gatalnya…”
Rungutan
demi rungutan saya ungkapkan.
Kadang-kadang,
kesakitan paling teruk yang saya alami, iaitu keracunan makanan,
Masa tu
mesti terguling-guling tahan sakit perut,
Beribu
kali keluar masuk toilet,
Sampai
muntah-muntah,
Dengan
linangan air mata, pasti saya berdoa, “Ya Allah, sembuhkanlah sakitku ini, aku
dah tak tertahan menanggungnya”
Padahal
baru 30 minit sakit-sakit tu.
Dan
hari ini,
Di
tempat praktikal saya,
Semasa
berborak dengan salah seorang pekerja Chinese (perempuan),
Saya
tersedar satu perkara,
Kalau
kita rasa tak tertahan dengan ujian kesakitan yang kita hadapi, fikirkanlah,
mungkin ada orang lain yang jauh lebih sakit daripada kita.
Kisahnya
bermula dengan dia nak tempeh jahit skirt kat mak saya je,
Tapi
makin lama, makin panjang pulak ceritanya.
Katanya
dia susah nak cari skirt di kedai-kedai pakaian sebab dia memerlukan skirt yang
besar, kerana pinggang dia besar hasil disebabkan beberapa series pembedahan
yang dialaminya dulu.
Yang
saya pulak, mulut ni gatallah pulak nak bertanya,
“U buat
operation dulu, U sakit ke?”
Dia pun
memulakan cerita,
Kisahnya
bermula bila dia mengandungkan anak keduanya,
Dan
ketika dia nak melahirkan anaknya itu, dia terpaksa melahirkan dengan kaedah
caeseran. (maksudnya kene bedahlah)
Katanya
ketika bedah tu, doctor ikat dia punya fallopian tube.
Lepas
tu, beberapa hari selepas itu, ketika dia bangun tidur waktu pagi, dia lihat
ada darah di seluruh pinggangnya.
Cepat-cepat
dia pergi hospital.
&
dia dibedah sekali lagi sebab ada masalah dengan jahitan & ikatan fallopian
tubenya.
Jadi
ketika itu doctor tebuk lubang sikit pada bawah pinggangnya untuk memudahkan
darah dan cecair seperti nanah keluar.
Selama
6 bulan dia berkeadaan macam tu,
Katanya
perut dia masa tu pun dah macam orang tengah pregnant.
Then, 3
years after that,
Sekali lagi
dia buat operation,
Sebab pada
kedua-dua fallopian tube dia semacam ada ketumbuhan di situ,
Jadi,
buat operation lagi.
Setahun
kemudian,
Terdapat
lagi masalah dengan abdomen dia,
Focus pada
Rahim dia,
Jadi,
ketika pembedahan itu, dia ambil keputusan supaya doctor buangkan saja Rahim dia,
Sebab dia
dah tak tahan tanggung sakit + banyak kali kena buat operation.
Dah sekali
operation, bukannya terus baik, memakan masa berbulan-bulan juga untuk sembuh
dari operation tu.
&
katanya sekarang,
Walaupun
dah 10 tahun perkara tersebut berlalu,
Sekarang
ni, bekas jahitan dia masih terasa gatal-gatal dan tidak selesa, tambah lagi
bila dia memakai pakaian yang ketat di bahagian pinggang.
Seluar &
skirt pun dia terpaksa pakai jenis besar, untuk elakkan terkena bekas jahitan
dia tu.
Semasa dengar
cerita dia,
Saya yang
mulanya khusyuk mendengar, terus speechless.
Lepas dia
habis bercerita, saya pun senyap,
Tak tahu
nak cakap apa, nak bagi respon apa.
Speechless.
Terfikir, kalau berlaku pada diri saya, kuatkah saya menempuhinya?
First of
all, kesian.
Ya kesian
pada dia.
Iyalah,
rahim kan merupakan satu anggota badan anugerah terbesar dari Allah untuk insan
bernama perempuan.
Tetapi dia
terpaksa buang rahim dia atas sebab kesihatan.
Saya rasa,
Ya Allah,
lemahnya saya,
Setakat
demam sikit, pening kepala sikit, saya dah merungut dah.
Sedangkan
ramai lagi orang lain,
Menanggung
kesakitan yang jauh lebih hebat dari saya.
Insaf,
Sangat insaf.
Itu yang
saya rasakan.
Hurm…,
Bila Allah
nak tarik nikmat kesihatan yang ada pada diri kita,
Kun fayakun,
Sekejap
sahaja Dia tarik, & meranalah kita…
Moralnya
di sini, jagalah kesihatan kita dengan baik.
Mungkin
kita selalu lupa untuk bersyukur atas nikmat Allah yang 1 ini.
Wallahualam…