Monday, 20 October 2014

Magic beyond words

Assalamualaikum…

Semalam (20/10/14), dalam pukul 2 lebih, saya menonton sebuah rancangan di saluran DIVA (saluran 702 astro), sebuah rancangan yang bertajuk “Magic Beyond Words; JK Rowling”

Rancangan itu menunjukkan kisah hidup JK Rowling, seorang penulis siri novel terkenal, Harry Potter..





Mesti ramai yang tahu & dah tengok cerita Harry Potter tu kan.. Saya sendiri pun merupakan salah seorang peminat cerita Harry Potter itu & saya sendiri sudah membeli ketujuh-tujuh siri buku Harry Potter tersebut. Tapi yang dalam bahasa malayu punya lah..

Tapi tak ramai sangat yang tahu tentang JK Rowling, bagaimana hidup beliau sebelum karya Harry Potter diterbitkan, bagaimana beliau mula mendapat ilham untuk menulis cerita Harry Potter & bagaimana rentetan hidupnya semasa cerita Harry Potter ditulis.

Kisah JK Rowling yang dipaparkan tu bermula dengan kisah dirnya semasa kecil. Beliau suka bermain bersama adiknya & seorang kawan baiknya. Permainan mereka? Permainan mereka bukanlah seperti kita zaman kecil2 dulu, main batu seremban, guli, gasing, dan sebagainya. Mereka suka bermain di pinggi hutan, mengenakan pakaian seakan-akan ahli sihir, siap membawa tongkat sakti lagi. Itulah permainan mereka setiap hari.

Bila beliau remaja, ketika itu barulah mereka mendapat tahu bahawa ibunya sakit. Penyakit Sclerosis berganda, dan sudah berada di peringkat yang teruk. Ketika itu juga JK Rowling cuba memohon masuk ke Universiti Oxford dalam bidang penulisan, tetapi permohonannya ditolak. Akhirnya beliau memilih untuk mengambil bidang Bahasa di Universiti of Exeter.

Seperti yang dipaparkan dalam rancangan semalam, saya memahami bahawa JK Rowling telah banyak kali bertukar kerja, kerana beliau sendiri merasakan tidak seronok dengan pekerjaan yang dilakukannya. Sebenarnya, satu-satunya perkara yang membuatkan dia gembira ialah menulis, kerana beliau memang suka menulis.

1 hari semasa dia dalam perjalanan pergi temuduga, (saya tak pasti sama ada dia baru nak pergi, atau dah nak balik), di dalam kereta api yang sedang rosak, beliau tertidur. Dalam tidurnya, beliau bermimpikan Harry Potter.. Sejak itulah beliau mula merangka cerita, draft, nota dan sebagainya maklumat untuk Harry Potter.

Tidak lama selepas itu, ibu beliau meninggal dunia disebabkan penyakit yang ditanggung. Beliau pun berpindah ke Portugal, dan bekerja sebagai seorang guru Bahasa Inggeris. Di sana, beliau mengenali seorang lelaki dan mereka berkahwin. Tidak lama lepas berkahwin, suaminya berlaku kasar kepadanya, mendera beliau dari segi fizikal dan emosi.

Setelah melahirkan seorang anak perempuan, JK Rowling sudah tidak tahan untuk hidup bersama suaminya. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya dan membawa anaknya bersama. JK Rowling membawa anaknya ke Edinburgh, Scotland untuk tinggal berdekatan dengan adiknya, Dianne.

Disebabkan tiada pekerjaan dan terpaksa menanggung perbelanjaan seorang anak yang sedang membesar, beliau terpaksa meminta bantuan dari kerajaan negeri, sebagai seorang ibu tunggal, dan mendapat bantuan sebanyak 60 poun seminggu.
Bila dia meluahkan semua masalah kepada adiknya, adiknya memberi 1 nasihat kepadanya, iaitu, “buat sesuatu yang kamu suka, yang menggembirakan kamu.” Atas nasihat adiknya itu, beliau menunjukkan semua manuskrip Harry Potter yang dah ditulisnya kepada adiknya, dan meminta adiknya membaca. Lepas membaca manuskrip Harry Potter karya JK Rowling tersebut, hanya 1 ayat yang mampu diucapkan oleh Dianne, “It’s magical.” Dianne menyuruh JK Rowling untuk teruskan penulisannya, mencari sebuah syarikat agen yang bertanggungjawab mencari syarikat untuk menerbitkan karyanya dalam bentuk sebuah buku.

Banyak syarikat agen yang menjadi tempat beliau menghantar manuskripnya, tetapi hanya satu tempat sahaja yang betul-betul membaca manuskripnya dan bersetuju untuk menerima, iaitu syarikat Christopher Little Literary Agent. Pihak Christopher bersetuju untuk menjadi agen penerbitan buku Harry Potter dan bersetuju untuk mencari syarikat yang berminat untuk menerbitkan karya Harry Potter. Walau bagaimanapun, Christ selalu berpesan pada JK Rowling, “jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi sebab buku kanak-kanak agak sukar untuk mendapat keuntungan”

Akhirnya, setelah banyak syarikat penerbitan yang telah dicari oleh agensi Christopher Little, sebuah syarikat penerbitan, iaitu Syarikat Bloomsbury berminat untuk membukukan karya Harry Potter. Setelah setahun menunggu, akhirnya karya Harry Potter pun dibukukan & dipasarkan di kedai-kedai buku.

Selepas buku Harry Potter dipasarkan, ketika itulah hidup JK Rowling mula berubah sedikit demi sedikit. Ramai orang mengagumi tulisannya.. Hidupnya pun berubah daripada seorang ibu tunggal yang tiada pekerjaan sehingga perlu meminta bantuan daripada kerajaan, hinggalah menjadi seorang wanita terkaya di Great Britain..





Nampak kan, rezeki seseorang, tiada siapa yang menduga.
Sebelum lahirnya Harry Potter, JK Rowling pernah meresakan bahawa hidupnya gagal. Ye lah, lepas je graduate dari universiti, dia tiada pekerjaan, perkahwinannya gagal dan hidup sebagai seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan.

Tapi sekarang, kita tengoklah sendiri. Karya Harry Potter hasil tulisannya ada di mana-mana, dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat di seluruh pelosok dunia. Christopher, agen penerbitan buku JK Rowling sering menasihatkan beliau ,"Jangan menaruh harapan terlalu tinggi, kerana buku kanak-kanak sukar mendapat keuntungan." Tapi lihatlah sendiri, buku kanak-kanak itulah yang telah merubah hidup JK Rowling sepenuhnya menjadi lebih baik.. That’s is means by magic beyond words..

Dari kisah hidupnya, mesti semua orang nampak kan, tak semua kegagalan dan kedukaan itu merugikan. Bagi JK Rowling sendiri, setiap kegagalan yang dia tempuh itulah menjadi ruang dan peluang untuknya untuk terus menulis cerita Harry Potter.
Rezeki Allah pada setiap orang berbeza, datang dalam bentuk yang berbeza dan datang pada waktu yang berbeza.. :)
Jadi, sabarlah atas rezeki yang tertangguh, & bersyukurlah atas rezeki yang diperolehi, walaupun sedikit.. (^_^)
Sampai di sini saja.. Jumpa lagi, Insya-Allah..

Assalamualaikum..


Monday, 6 October 2014

Salam Aidiladha (^_^)

Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar? Apa khabar iman? Sihatkah atau sakitkah?
Kalau sihat, Alhamdulillah.. Kalau sakit, rawatlah ia sebaiknya.. :)

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat kalian semua..
Semoga Allah redha dengan segala amalan kita di bulan zulhijjah yg mulia ini..


 


Hari raya Aidiladha..
Ada yg panggil sebagai hari raya haji..
Xramai juga yang sebut sebagai hari raya korban..

Bila tiba je hari raya Aidiladha ni, ada 1 perkataan yang dikaitkan dengan Aidiladha ni..
Pengorbanan!
Ya, sebuah pengorbanan..
Hari raya Aidiladha, cukup sinonim dengan kisah pengorbanan Nabi ibrahim, Siti Sarah, Siti Hajar & Nabi Ismail.
Kisah pengorbanan Siti Sarah yang membenarkan suaminya Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar untuk mendapatkan zuriat,
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar & anaknya Nabi Ismail di sebuah padang yang panas,
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail,
Kisah pengorbanan Nabi Ismail yang redha bila mengetahui ayahnya diperintahkan untuk menyembelih dirinya..
Allah, sungguh besar pengorbanan mereka, hingga dikenang sehingga ke hari ini..

Dari kisah mereka, saya sedar, tiada pengorbanan yang mudah..
Pasti ada sakitnya, pasti ada sukarnya..
Berkorban, bukan semata-mata berkorban nyawa, pangkat atau harta..
Sanggup berhenti kerja demi menjaga ibu bapa yang sakit di kampong, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup tolak duit berjuta-juta ringgit kerana tidak mahu mengambil rasuah, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup berlapar sehari kerana memberi sedekah kepada orang yang lebih susah, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup berjaga malam kerana hendak mengulangkaji pelajaran, itu sebuah pengorbanan.
Sanggup ketepikan masa rehat semata-mata untuk menggembirakan rakan yang sedang bersedih, itu sebuah pengorbanan.





Kalau nak disenaraikan, memang banyak perkara yang boleh dikatakan sebagai pengorbanan..
Apa sahaja yang kita buat untuk kebaikkan & kegembiraan orang lain, itulah sebuah pengorbanan..
Dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan keluarganya itu, saya belajar,
Setiap pengorbanan, jika kita ikhlas melakukannya & membawa Allah ke dalam hati kita,
Insya-Allah, Allah akan ganti pengorbanan itu dengan nikmat, suatu nikmat yang tidak kita jangka..
Sebelum mendapatkan pelangi, kita perlu menghadapi hujan dulu kan… :)

Jika perlu berkorban, berkorbanlah..
Allah tahu ia pedih & sakit untuk kita,
Tapi insya-Allah, Allah tidak akan mensia-siakan segala pengorbanan baik yang kita lakukan..
Segala kesakitan, segala kepedihan, segala kesedihan, insya-Allah Allah akan ganti dengan nikmat kegembiraan yang tidak terhingga kepada kita suatu hari nanti..
Cuma kita tidak tahu, bila, cepat atau lambat, dan bagaimana nikmat itu akan datang kepada kita..

Sabar, redha & jangan putus doa.. :’)