Tuesday, 14 August 2018

Hubungkait Al-Quran dan fakta-fakta saintifik

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 3 Mei 2012* 



Tajuk Forum: Hubungkait Al-Quran & Fakta-fakta Saintifik

Tempat: Kolej Pendeta Za'aba, UPM
Tarikh: 20/04/2012

Panel:-
1) Prof. Dr. Mat Rofa Ismail (Fakulti Sains, UPM)
2) Ustaz Mohd Hafiz bin Ghazali (Pusat Islam UPM)


Bismillahirrahmanirahim..


Moderator forum..

- Majlis ilmu merupakan salah 1 dari taman-taman Syurga.

- 4 perkara yg akan kita dapat bila pergi ke majlis ilmu :-
    1) Sakinah (ketenangan)
    2) Rahmat dari Allah
    3) Malaikat akan merendahkan sayapnya, duduk bersama-sama kita di majlis ilmu tersebut & akan mengingati wajah kita & akan meminta pada Allah memberikan rahmat kepada kita..
    4) Allah akan sebarkan pada sekalian penduduk langit nama-nama & wajah-wajah mereka yg menghadiri majlis ilmu sehingga membuatkan seluruh penduduk langit menyintainya..


Related image



Apakah sebenarnya sikap orang bukan Islam yang menganggap Islam itu sebagai agama keganasan? (Prof. Dr. Mat Rofa Ismail)

- Kajian yang dilakukan oleh pihak barat (dulu-dulu lah), daripada 6.6 billion penduduk di muka bumi ini, 2.2 billion adalah beragama Kristian & 1.6 billion pula beragama Islam. Itu yang diketahui, yang tidak diketahui tak disebarkan pada umum.

- Kemudian ada para pengkaji lain, (di Eropah juga) nak buat balik kajian tersebut, rupa-rupanya kajian yang sebelum ini tertukar. sebenarnya, 2.2 billion penduduk bumi ialah beragama Islam, manakala 1.6 billion lagi beragama Kristian.

- Muhammad adalah nama popular di Belanda. 1/3 daripada penduduknya adalah muslim.

- Orang di barat semakin galak mengkaji tentang Islam.

- Statistik menunjukkan, pada tahun 2050 di barat, kemungkinan besar semua penduduknya ialah Islam.

- Kemanisan Islam sebenarnya telah dirasai oleh penduduk-penduduk Eropah.

- Tapi di timur, semakin hilang keislamannya (mungkin sebab dah lama duduk dalam Islam)

- Hadis Rasulullah s.a.w, "Urusan Islam akan sampai di mana saja, di mana siang & malam sampai, takdir menguasai segalanya"

- Lepas mengkaji Islam ~ penduduk Eropah berebut-rebut memeluk Islam setelah melihat keindahan Islam dari pelbagai sudut.



Bagaimana proses kejadian manusia menurut al-Quran? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)

- Lihat kembali hikmah dalil aqli & naqli tentang penciptaan kita.

- 2 jalan kita di dunia ini ;-
  i) Jalan menuju kebaikan
 ii) Jalan menuju kejahatan

- Allah utuskan 2 perkara untuk kita di dunia ini untuk dijadikan panduan hidup kita:-
 i) Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul
 ii) al-Quran

- Allah menciptakan manusia sebagai khalifah.

- Jaga hubungan dengan Allah & manusia.

- Kita kena ingat balik tujuan kita dilahirkan di dunia.

- Kita tahu, kita hidup ni, melalui beberapa alam.
i) Alam roh ~ hanya Allah yang tahu berkenaan alam ini, (bila & dimana), alam dimana kita telah buat perjanjian dgn Allah.
ii) Alam rahim
iii) Alam dunia
iv) Alam barzakh


Image result for al quran dan sains



Apa itu alam barzakh & dimana alam tersebut? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)

- Akidah Islamiah ~ perkara yang diremehkan pada hari ini.

- Kira orang Islam tak lari untuk percaya perkara-perkara ghaib.

- Beriman pada perkara ghaib --> percaya pada hari kiamat & adanya makhluk-makhluk yang tak dapat kita lihat dengan mata kasar.

- Alam barzakh --> Alam perantaraan di antara alam mati dan alam dibangkitkan dari mati. 

- Bermula bila roh terpisah dari jasad.

- Kekuatan orang Islam => doa

- Sebelum menempuh alam barzakh
i) Jaga hubungan dengan Allah & sesama manusia.
ii) Kuatkan tautan hati pada Allah.

- Jangan sesekali kita menggadaikan akidah kita.




Apakah persoalan @ nilai tentang Islam itu sendiri yang dapat menarik orang bukan Islam (Eropah) memeluk Islam? (Prof Dr Mat Rofa Ismail)

- Islam berkembang dengan benar.

- Memeluk islam bukanlah 1 paksaan.

- Sebenarnya, di dunia ini, orang melayu ialah golongan yang paling mudah diperintah & mempunyai lidah yang lembut.

- Melihat sejarah orang Islam, bagaimana toleransi umat Islam --> menarik orang bukan Islam

- Contoh, kisah King Richard & Salehuddin al-Ayubi & kisah toleransi umat Islam ketika peperangan Badar di mana umat Islam memberi makan terlebih dahulu pada tawanan & bagaimana mereka semua melayan tawanan lebih baik berbanding tentera Islam sendiri.

- Datuk Bandar England sendiri mengatakan, (bila gejala lesbian & gay mula berkembang) --> masa depan Eropah bergantung pada agama Islam.

- Tarikan lain --> sumbangan tamadun Islam..

- Islamlah yang mula-mula menubuhkan Universiti

- Pada kurun ke-12, Alam Melayu juga mempunyai sebuah Universiti, sedangkan Eropah ketika itu berada di zaman gelap.

- Islam ialah cahaya & cahaya takkan boleh dipadamkan..




Apakah itu ilmu al-Quran? (Ustaz Mohd Hafiz b. Ghazali)

- Hadis, "sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya"

- Apa yang penting bagi umat Islam ialah mempraktikkan al-Quran.

- Orang yang datang majlis ilmu, tentu akan dapat ilmu baru. Walau tak banyak pun, pasti akan dapat juga sikit.. Kalau pergi majlis ilmu, tak dapat apa-apa ilmu baru, ada something wrong lah tu..

- Mukjizat al-Quran :-
 i) Cara bacaan al-Quran saja ada banyak cara oleh ulama-ulama, tapi masih memberikan maksud yang sama.
ii) Mengandungi bahasa & maksud yang baik..





Mukjizat al-Quran dari sudut pandangan saintifik. (Prof. Dr Mat Rofa Ismail)

- Dalam al-Quran ada mengatakan, kiamat tidak mungkin berlaku kecuali bila bumi Arab (gurun-gurun di Arab) tumbuh banyak tumbuhan & terdapat sungai-sungai yang mengalir.

- Sekarang ais di Kutub Utara mencair kerana global warming. Air yang mencair itulah membentuk sungai & mula mngalir ke Semenanjung Tanah Arab.

- Latitude bumi sekarang sedikit berubah.

- Gempa bumi yang berlaku baru-baru ini, buat kedudukan latitude bumi semakin tunggang-langgang.

- Ais di Kutub Utara semakin cepat mencair..


Sampai di sini sajalah dulu yer.. ukhuwah fillah abadab abada.. jaga diri semua, jaga iman.. ^^


Ini sahajalah yang sempat saya salin ketika itu. By the way, kalian juga boleh cuba cari dan membeli buku Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin. Saya ada membeli & telah membacanya.. Seriously best! 


Image result for al quran and saintifik


Dalam buku ni ada beberapa bahagian:
1) Ayat al-Quran
2) Alam Semesta
3) Asal-usul Manusia
4) Tujuan & matlamat hidup manusia

Saya paling suka baca bahagian Alam Semesta & Asal-usul manusia. Ada ilmu yang disampaikan.

Cubalah cari di kedai buku & bacalah. Insya-Allah, dapat sedikit ilmu.. (^_^)

Assalamualaikum