Wednesday, 10 September 2014

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW…





---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda. 
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.

Tuesday, 9 September 2014

Semester baru sesi 2014/2015…. (^_^)



Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, syukur pada nikmat Allah..
Minggu ni, bermula semester baru untuk saya teruskan lagi pengajian saya di UPM..
Semester ke-7, tahun ke-4, final year, dalam bidang Fizik..
Allahuakbar, rasa cepat sangat masa berlalu..
Rasa macam masih baru je dapat surat tawaran, pergi buat medical check-up, mendaftar masuk, & sesi orientasi, tup tup sekarang dah masuk final year dah..
Terasa pantas masa berlalu..
Heee, tapi saya belum ada roommate lagi..




Semasa mendaftar masuk hari tu, bila saya tanya pada Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej saya, katanya roommate saya pelajar tahun pertama.
Bila saya masuk bilik, bilik saya kosong je.. (tapi agak kemas).. pelik juga saya..
Keesokannya saya diberitahu bahawa roommate saya tu dia pindah ke kolej lain sebab nak masuk SUKSIS (lebih kurang macam polis juga lah) & saya diberitahu juga, roommate saya tu sebenarnya berasal dari Sarawak.. Adelah rasa terkilan sikit sebab dia pindah, sebab kalau tak, tentu dah ade teman saya dalam bilik ni sambil borak dalam loghat Sarawak.. hehehe (saya pun berasal dari Sarawak)..
So sekarang ni, kenalah tunggu kemasukan kedua pelajar baru.. 

Nak kongsi sikit..,
Sebenarnya, sepanjang 3 tahun saya berada di UPM ni, banyak benda yang saya pelajari..
Buat program Bakti Siswa di rumah penjagaan orang tua, panjat gunung, join volunteer, & macam-macam lagi..


& dalam semua yang berlaku ni, saya sedar, saya belajar,
Perkara yang baik yang datang kepada kita, tidak selamanya akan kekal dalam hidup kita..
Kita tak tahu, mungkin kebahagiaan yang kita rasa tu, mungkin boleh direntap dari kita dengan sekelip mata sahaja..
Di sini, saya belajar untuk bersyukur dengan semua perkara yang baik yang berlaku pada saya sekarang, & belajar redha pada kehilangan..



note to myself





Heee... apelah saya ni, cakap bukan-bukan pulak.. hehe
Tak nak sedih-sedih dah, cuba untuk terima dengan redha & senyum, walaupun pahit..
Apa yang berlaku tu, pasti ada sebab kenapa Allah jadikan perkara itu berlaku, pasti akan ada hikmahnya yang kita tak sedar nanti..
Sabar, percaya pada Allah.. (^_~)

Akhir kata,
Kepada semua kawan-kawan yang seangkatan dengan saya, selamat memulakan semester baru ini dengan azam & semangat yang baru..
Kepada adik-adik yang bari mendaftar bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, selamat maju jaya.. Ingat priority, iaitu belajar & belajar & banggakan ibu ayah dengan pencapaian anda.. hehe..
Jaga diri, jaga iman..
Assalamualaikum.. (^_^)