*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 5 April 2014*
Tarikh: Mac 2014
Tempat: Dewan Harmoni, Kolej Kelima UPM
Panel Jemputan:
1) Imam Muda (IM) Fakhrul
2) Ustaz Sabir bin Jamaludin
Nota kaki 1: Forum ini diadakan sempena Festival Tradisi Intelektual Islamik 2014
(FESTIM 2014) yang telah diadakan pada 20-27 mac 2014 di Kolej
Kelima, UPM. Saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa untuk
menjayakan festival ini & merupakan ketua pemantau untuk
forum ini.
Bismillahirrahmanirrahim...
Apa yang ustaz faham mengenai "Bernafas Dalam Jiwa Hamba"
ini? Siapakah hamba itu dan apa yang sepatutnya yang perlu ada dalam
diri, hati & jiwa hamba itu? (IM Fakhrul)
>
Bernafas dalam jiwa hamba --> terbahagi kepada dua perkara,
i)
Bernafas --> orang yang bernafas, maknanya orang itu hidup
ii) Jiwa
Hamba --> manusia yang mempunyai jiwa hamba kepada Allah
>
Jadi, boleh disimpulkan, “Bernafas Dalam Jiwa Hamba” ini
bermaksud seseorang yang hidup & hidupnya bersama dengan jiwa
sebagai hamba Allah.
>
Hidup dalam keadaan jiwa hamba kepada Allah walau apa jua pangkat
kita.
>
Tiada darjat atau pangkat yang paling tinggi di sisi Allah kecuali
pangkat hamba.
>
Dalam surah Al-Furqan, Allah ada menceritakan tentang 1 sifat iaitu
Ibadurrahman (hamba kepada ar-Rahman). Dalam sifat ini, ada 12
ciri-ciri untuk mendapatkan sifat Ibadurrahman itu.
*Nota kaki 2: Baiklah,
sebenarnya di sini IM Fakhrul tak kupas sangat apa 12 ciri tu.. Jadi,
saya tolong carikan untuk dikongsi bersama dengan semua pembaca..
5)
Ekonomis dalam pengeluaran, tidak bermewahan dan tidak boros
6)
Ikhlas melakukan ibadat kerana Allah
7)
Tidak melakukan pembunuhan
8)
Menjauhi perbuatan zina
9)
Menjauhi penyaksian palsu
10)
Tidak mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah
11)
Mematuhi perintah Allah
12)
Mendoakan kebaikan bagi keluarga dan keturunan
>
Allah menyandarkan hamba kepada ar-Rahman
>
Apa sahaja yang kita hembus ni, biarlah kerana Allah.
>
Apa yang kita buat dari sebesar-besar perkara ke sekecil-kecil
perkara, kena ingat Allah.
Bagaimanakah caranya nak terapkan dalam
hati seseorang itu untuk sentiasa ingat bahawa kita ni hidup di dunia
ini sebagai seorang hamba Allah? (Ustaz Sabir)
-
Kenapa kita dijadikan oleh Allah?
-
Allah bukan cipta kita ni suka-suka.
-
Kita mesti tahu tujuan hidup kita.
-
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku”
(Az-Zariyat; 56)
-
Allah dah jelaskan, “Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”
(al-Baqarah; 30)
-
Allah bagi kita pendengaran, penglihatan dan akal/mata hati kepada
kita untuk mengenal Dia.
-
Disebabkan itulah, disunnahkan kepada kita untuk melaungkan azan di
telinga bayi kerana telinga berfungsi dulu lepas bayi lahir.
-
Manusia yang “Bernafas Dalam Jiwa Hamba” itu, hidupnya penuh
dengan buat kebaikan.
-
Tanya diri kita, adakah kita bangga jadi orang Islam?
-
Sentiasa cakap pada diri kita, saya bangga jadi seorang muslim;
ii)
sebab saya ada al-Quran
iii)
sebab saya ada Rasul
-
Kita kena tahu kita datang dari mana, kemana destinasi yang akan kita
tuju..
-
Sentiasa tanya diri kita soalan-soalan ini, jadi kita boleh terapkan
sifat seorang hamba kepada Allah dalam diri kita.
Dalam konteks seorang pelajar, biasanya jika pelajar ni menghadapi
masalah, orang pertama yang dia cari adalah ibu bapa &
kawan-kawan. Meluahkan masalah kepada mereka, dengan harapan kedua
ibu bapa & kawan-kawan mereka ni boleh tenangkan hati mereka.
Persoalannya, adakah salah jika seseorang berfikiran begitu sedangkan
kita tahu, hanya Allah yang boleh memberi ketenangan kepada hati
kita. Pendapat ustaz? (IM Fakhrul)
>
Kalau kita semata-mata mengadu kepada manusia, tanpa mengadu kepada
Allah, itu memang salah.
>
Kalau seseorang itu, memang dia bernafas dengan jiwa sebagai seorang
hamba Allah, apa yang dia buat, dia akan letakkan Allah di hati dia.
>
Bila ditimpa musibah, orang yang bernafas dengan jiwa hamba ini, dia
akan terus mengadu kepada Allah, sebab dia rasa dia ada Allah.
>
Kita akan sentiasa tahu yang ada Allah yang Maha Berkuasa.
>
Apa sahaja masalah, terus mengadu kepada Allah, sebab tahu hanya
Allah sahaja yang boleh selesaikan masalah.
>
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”
(al-Baqarah; 45)
>
Dengan dua cara ini Allah akan tolong selesaikan masalah kita.
>
Kalau kita cari ketenangan bukan dengan dua cara itu, ketenangan tu
akan datang, tapi sekejap saja. Bila kita duduk sorang-sorang,
masalah itu akan datang balik.
>
Bila kita nak selesaikan masalah,
ii)
Solat, doa dan istighfar (minta ampun)
>
Kalau kita tak minta ampun pada Allah, jauh dari Allah, mana mungkin
Allah nak selesaikan masalah kita.
>
Antara sebab mustajab doa. (Jadi kalau dalam keadaan ni, banyakkan
berdoa)
iii) Angkat tangan minta pada Allah
iv)
Sebut Ya Rabb banyak kali
v)
Jangan makan, minum & pakai benda haram
vi) Doa dalam keadaan beradab
>
Allah dekat dengan kita, lebih dekat dari urat tekak.
>
Tapi kita rasa jauh, sebab kita tak bernafas dalam jiwa hamba.
>
Dengan istighfar, taubat, usaha dan doa, insya-Allah, Allah bagi
jalan penyelesaian masalah.
*Nota kaki 3: Lepas
part ni, IM Fakhrul terus menyanyi sikit lagu Insya-Allah, by Maher
Zain.. :)
Raise
your hands and pray
Guide
my steps, don’t let me go astray
Insya-Allah,
you’ll find your way
Umat islam pada zaman kini sering menyatakan bahawa dia seorang
Islam, tetapi tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam. Sebagai
contoh di Malaysia sahaja, muslimah-muslimahnya banyak yg mendedahkan
aurat, judi berleluasa, maksiat bermaharajalela dan sebagainya. Jadi,
apa pandangan dan pendapat ustaz mengenai perkara ini? (Ustaz
Sabir)
-
Islam dulu dan sekarang tidak sama.
-
Banyakkan niat sesuatu kerana Allah.
-
Banyakkan pergi ke taman-taman Syurga
-
Taman-taman Syurga -> Majlis zikrullah -> Majlis yang ada
bacaan potongan ayat-ayat al-Quran
-
Kenapa kita tak boleh jadi hamba Allah?
-
Sebab sekarang ni, kita banyak menipu diri kita sendiri, tak jujur
dengan diri kita sendiri.
-
Tengok balik niat kita bila buat sesuatu kerja.
-
Niat kita itu kerana Allah atau kerana perkara lain?
-
Kalau nak tidur kena ingat Allah, nak hidup kena ingat Allah, maka
seluruh hidup kita hanya kerana Allah.
-
Orang yang mengaku Islam, tapi tidak mengamalkan gaya hidup Islam, maka
dia sebenarnya tidak kenal Allah, tidak kenal Syurga dan Neraka.
-
Punca segala-galanya, sebab kita tinggalkan apa yang nabi buat iaitu
amar makruf, nahi mungkar.
Boleh ustaz cadangkan 1 cara praktikal untuk kita bantu golongan
remaja yang hanyut & lalai dengan godaan duniawi. (merujuk
kepada kisah beberapa remaja yang meninggal di sebuah konsert - kejadian berlaku tidak berapa lama dari tarikh forum) (Ustaz
Sabir)
-
Masalah umat zaman sekarang, kita melihat Islam itu dakwahnya hanya
di masjid, surau dan majlis-majlis dakwah.
-
Fikir, apa yang kita dah buat untuk Islam.
-At
least, buat sesuatu yang kecil pun tidak mengapa. Macam post pasal kebaikan,
tampal kat dinding bagi orang lain baca ke.
-
Sekarang ni pun kita ada facebook, post perkara yang baik-baik di
facebook tu.
Penggulungan (IM Fakhrul)
>
Mudah-mudahan Allah bagi hidayah pada kita agar terang hidup kita.
>
Ilmu ini lebih mulia kerana ilmu inilah yang akan menjaga kita.
Baiklah,
sampai di sini sajalah kot. Sebenarnya ketika sesi penggulungan oleh
IM Fakhrul tu, banyak yang IM Fakhrul cakapkan sebenarnya, tetapi
saya tak sempat nak catat sebab tak berapa fokus time tu.
Kenapa
tak fokus? Sebab.., masa sesi soal jawab tu, lepas Ustaz Sabir
menjawab soalan, dia cakap dia perlu balik secepat mungkin lepas IM
Fakhrul buat penggulungan. Dia ada perkara urgent, iaitu, dia kena
bawa isteri dia ke hospital untuk bersalin. (Nota kaki 3: sampai sekarang saya tak lupa peristiwa ini) Lepas tu saya dan
beberapa orang ahli jawatankuasa semua agak panik sedikit, agak kelam
kabut sebab kami tak tahu menahu pun pasal tu. Dan disebabkan
kepanikkan itulah, saya tak berapa fokus ketika IM Fakhrul bercakap
semasa sesi penggulungan tu. Sempat tangkap dua ayat tu saja. Walau
macam mana pun, ini merupakan 1 pengalaman baru buat kami semua
semasa menjayakan program. Kenangan yang tak dapat dilupakan.
Saya
rasa sampai di sini sajalah entri saya kali ni.. Maafkan segala silap
saya jika ada salah silap dalam bicara di entri ini.. Yang baik tu
datang dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya yang
banyak kekurangan.. Semoga berjumpa lagi di entri lain kali..
Insya-Allah..
Keep
calm & teruskan mencari redha Allah.. :)
Assalamualaikum..
^_^
Nota kaki: Gambar-gambar di entry ini adalah hasil carian di laman sesawang google