Saturday, 18 January 2020

Mujahadah Melawan Nafsu


*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 23 Mei 2013*


Image result for melawan nafsu kartun




Tajuk :- Mujahadah melawan nafsu

Oleh :- Ustazah Nik Farhan binti Mustafa (Pensyarah UPM, personaliti Tanyalah Ustazah TV9)

Tarikh :- 24 April 2013

Tempat :- Dewan Sri Harmoni, Kolej kelima…




Ø  Mujahid --> orang yang bermujahadah

Ø  Mujahadah --> perkataan arab “kita buat sesuatu dengan paling baik.

Ø  Mujahadah bermaksud, kita bunuh/lawan nafsu sampai nafsu tu tak mampu kuasai diri kita.

Ø  5 unsur diri manusia :-
1) Badan --> lapisan luaran (fizikal) manusia.
2) Roh --> Nyawa, pelaksana yang menybabkan pergerakan badan
3) Akal --> Penasihat kepada tindakan badan dan menasihati dengan ilmu
4) Nafsu --> Juga penasihat kepada tindakan badan tetapi nasihat bukan berdasarkan ilmu, hanya yang seronok-seronok sahaja. (berlawanan dengan akal)
5) Hati --> Anggota badan manusia yang paling berkuasa.

Ø  Allah tak tengok pada luaran, tapi pada hati.

Ø  Sebelum lawan nafsu, ingat nafsu sama fungsi dengan akal (sebagai penasihat)

Ø  Nak lawan nafsu, bagi akal ilmu.

Ø  Bila orang kenal Allah, dia hebat.

Ø  Carilah ilmu, nescaya kerja mencari anda.

Ø  Set mind bahawa kita belajar untuk mengenal Allah.

Ø  Doa lawan nafsu,

Allahumma ati nafsi taqwaha wazaqkiha anta khairu man zakkaha anta wa liyyaha wa maulaha”
Ya Allah, kurniakanlah padaku diriku taqwa dan bersihkan diriku ini kerana Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Ya Allah, Engkaulah pemiliknya.

Allahumma a’inna a’li zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik”
Ya Allah, tolonglah kami mengingati Engkau, bersyukur pada Engkau dan baik ibadahku.

Ø  Dalam islam, nak kenal Allah, tak ada cara yang khusus.

Ø  Sayangnya manusia, dia mudah lupa pada Allah.

Ø  Akal mestilah disalut dengan ilmu agama

Ø  Hanya yang soleh akan dapat solehah, jadi, soleh/solehahkan diri dulu.

Ø  Waktu berdoa, biar sampai hati rasa bergetar.

Ø  Cara bermujahadah
1) Doa
2) Banyak ingat Allah
- Dalam hidup ni, kalau banyak ‘bercakap’ dengan Allah, akan terhindar dari sifat keji
- Selalu buat, pasti kita tenang.
3)  Cuba wujudkan biah soleh/solehah dalam diri
- Kalau kita wujudkan biah soleh/solehah dalam diri, lama-kelamaan orang lain akan ikut
4) Ikut persatuan-persatuan yang baik..
- Bila kita duduk dalam kumpulan, otak kita akan mudah ikut benda yang baik.

Ø  Jangan putus asa dalam bermujahadah

Ø  Terus berusaha selagi nyawa dikandung badan

Ø  Pohonlah hidayah ketika menyusuri jalan menuju Allah. Insya-Allah, engkau akan gagah di jalan mujahadah.


Image result for mujahadah melawan nafsu

Sesi soal jawab

1)  Semakin tinggi iman, ujian semakin hebat. Tapi macam mana nak yakinkan orang bahawa ujian tu dia mampu lakukan/hadapi.

--> Bila Allah bagi sesuatu, pahala yang Allah bagi ini sangat besar.

--> Allah nilai pada usaha.

--> kita usaha, tapi tak jumpa jalan, percaya pada Allah, Allah akan bagi yang terbaik.

--> Orang yang ada Allah, dia takkan kisah

--> Kebahagiaan datang dalam hati, bukan pada luaran.

--> Hanya pada Allah dapat ketenangan dan kebahagiaan.

--> Sentiasa bermonolog dengan Allah.

--> Bercerita segalanya pada Allah. Percaya pada Allah.

--> Jangan fed-up walaupun hakikatnya memang kita sedih.




2) Program-program Islam banyak berkembang, buat ada rasa nak berubah contoh nak mula pakai tudung labuh. Tapi bila fikir orang sekeliling, rasa ragu-ragu nak berubah. Bagaimana nak mendepani cabaran-cabaran untuk berubah?

--> Berubah sikit-sikit perkara yang tak nampak di luar dulu.

--> Ubah hati dulu.

--> Ubah benda yang orang tak perasan.

--> Ubah solat dulu; khusyuk

--> Buka tangan masa takbir time solat & buang segala hal dunia.

--> Solat dengan khusyuk, akan ada kekuatan untuk ubah yang diluar.


Image result for melawan nafsu kartun


3) Doa biar khusus yang focus. Mohon pencerahan.

--> Doa dari lubuk hati.

--> Doa bersunggug-sungguh

--> Allah tahu apa yang ada dalam hati, cuma Allah tunggu kita minta.




4) Wanita merupakan fitnah bagi lelaki. Apa yang dimaksudkan dengan fitnah itu?

--> Perempuan penuh dengan emosi.

--> Ibu ni ibarat sekolah, kalau dia berjaya mendidik anaknya, dia mampu mendidik seluruh masyarakat.

--> Didik perempuan, biar emosi perempuan tu emosi yang baik.

--> Ajar anak perempuan menguruskan hal-hal rumah tangga.


5) Bagaimana nak atasi masalah kecelaruan identiti?

--> Doa jangan lupa.

--> Doa mesti kuat.

--> Jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan terjebak.

--> Buat checklist, kenapa perkara itu berlaku.

--> Jangan cuba-cuba buat, sekali buat akan mudah terdorong.




6) Mengelakkan pandangan dari pensyarah yang tak tutup aurat.

--> Jaga/tundukkan pandangan.

--> Pandang pada yang perlu sahaja.

--> Doa jangan lupa.

--> Berbisik-bisik pada Allah; minta Allah tolong jagakan pandangan.




7) Cara jaga telinga dengar suara perempuan.

--> Suara perempuan tiada masalah.

--> Masalahnya ialah bila suara itu merdu, sengaja dilunakkan.

--> Contoh kalau dengar penyanyi perempuan menyanyi, doa supaya lagu itu tak masuk dalam hati, biar lalu kat telinga jer.

--> Buat perkara yang kita mampu, contoh tutup radio ke, tukar siaran radio ke..




8) Hukum tengok kawan selalu dating, tapi rasa bersalah nak tegur.

--> Tegur orang memang susah.

--> Ikut cara Rasulullah.

--> Buat dengan cara berhikmah

--> Memang akan ambil masa

--> Buat dia malu sendiri.

--> Doakan untuk sahabat

--> Jangan harapkan perubahan sekelip mata

Ø  Kenal Allah, aura kita positif.. :)


Image result for mujahadah melawan nafsu


Nota kaki 2: Gambar-gambar di entry ini adalah hasil carian di laman sesawang google

Saturday, 11 January 2020

Forum Bernafas dalam jiwa hamba

*Dipetik (a.k.a copy & paste) & penambahbaikkan dari artikel blog lama saya, "Coretan Seorang Muslimah" yang bertarikh 5 April 2014*

Assalamualaikum w.b.t..

Tarikh: Mac 2014
Tempat: Dewan Harmoni, Kolej Kelima UPM
Panel Jemputan:
1) Imam Muda (IM) Fakhrul
2) Ustaz Sabir bin Jamaludin

Nota kaki 1: Forum ini diadakan sempena Festival Tradisi Intelektual Islamik 2014 (FESTIM 2014) yang telah diadakan pada 20-27 mac 2014 di Kolej Kelima, UPM. Saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa untuk menjayakan festival ini & merupakan ketua pemantau untuk forum ini.


Bismillahirrahmanirrahim...


 Apa yang ustaz faham mengenai "Bernafas Dalam Jiwa Hamba" ini? Siapakah hamba itu dan apa yang sepatutnya yang perlu ada dalam diri, hati & jiwa hamba itu? (IM Fakhrul)

> Bernafas dalam jiwa hamba --> terbahagi kepada dua perkara,
i) Bernafas --> orang yang bernafas, maknanya orang itu hidup
ii) Jiwa Hamba --> manusia yang mempunyai jiwa hamba kepada Allah

> Jadi, boleh disimpulkan, “Bernafas Dalam Jiwa Hamba” ini bermaksud seseorang yang hidup & hidupnya bersama dengan jiwa sebagai hamba Allah.

> Hidup dalam keadaan jiwa hamba kepada Allah walau apa jua pangkat kita.

> Tiada darjat atau pangkat yang paling tinggi di sisi Allah kecuali pangkat hamba.

> Dalam surah Al-Furqan, Allah ada menceritakan tentang 1 sifat iaitu Ibadurrahman (hamba kepada ar-Rahman). Dalam sifat ini, ada 12 ciri-ciri untuk mendapatkan sifat Ibadurrahman itu.

*Nota kaki 2: Baiklah, sebenarnya di sini IM Fakhrul tak kupas sangat apa 12 ciri tu.. Jadi, saya tolong carikan untuk dikongsi bersama dengan semua pembaca..
1) Tawaduk (rendah hati)
2) Lemah lembut
3) Melakukan Qiyamullail
4) Takut api neraka
5) Ekonomis dalam pengeluaran, tidak bermewahan dan tidak boros
6) Ikhlas melakukan ibadat kerana Allah
7) Tidak melakukan pembunuhan
8) Menjauhi perbuatan zina
9) Menjauhi penyaksian palsu
10) Tidak mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah
11) Mematuhi perintah Allah
12) Mendoakan kebaikan bagi keluarga dan keturunan

> Allah menyandarkan hamba kepada ar-Rahman

> Apa sahaja yang kita hembus ni, biarlah kerana Allah.

> Apa yang kita buat dari sebesar-besar perkara ke sekecil-kecil perkara, kena ingat Allah.

Image result for bernafas dalam jiwa hamba


 Bagaimanakah caranya nak terapkan dalam hati seseorang itu untuk sentiasa ingat bahawa kita ni hidup di dunia ini sebagai seorang hamba Allah? (Ustaz Sabir)

- Kenapa kita dijadikan oleh Allah?

- Allah bukan cipta kita ni suka-suka.

- Kita mesti tahu tujuan hidup kita.

- “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku” (Az-Zariyat; 56)

- Allah dah jelaskan, “Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” (al-Baqarah; 30)

- Allah bagi kita pendengaran, penglihatan dan akal/mata hati kepada kita untuk mengenal Dia.

- Disebabkan itulah, disunnahkan kepada kita untuk melaungkan azan di telinga bayi kerana telinga berfungsi dulu lepas bayi lahir.

- Manusia yang “Bernafas Dalam Jiwa Hamba” itu, hidupnya penuh dengan buat kebaikan.

- Tanya diri kita, adakah kita bangga jadi orang Islam?

- Sentiasa cakap pada diri kita, saya bangga jadi seorang muslim;
    i) sebab saya ada Allah
   ii) sebab saya ada al-Quran
   iii) sebab saya ada Rasul

- Kita kena tahu kita datang dari mana, kemana destinasi yang akan kita tuju..

- Sentiasa tanya diri kita soalan-soalan ini, jadi kita boleh terapkan sifat seorang hamba kepada Allah dalam diri kita.

Image result for bernafas dalam jiwa hamba


Dalam konteks seorang pelajar, biasanya jika pelajar ni menghadapi masalah, orang pertama yang dia cari adalah ibu bapa & kawan-kawan. Meluahkan masalah kepada mereka, dengan harapan kedua ibu bapa & kawan-kawan mereka ni boleh tenangkan hati mereka. Persoalannya, adakah salah jika seseorang berfikiran begitu sedangkan kita tahu, hanya Allah yang boleh memberi ketenangan kepada hati kita. Pendapat ustaz? (IM Fakhrul)

> Kalau kita semata-mata mengadu kepada manusia, tanpa mengadu kepada Allah, itu memang salah.

> Kalau seseorang itu, memang dia bernafas dengan jiwa sebagai seorang hamba Allah, apa yang dia buat, dia akan letakkan Allah di hati dia.

> Bila ditimpa musibah, orang yang bernafas dengan jiwa hamba ini, dia akan terus mengadu kepada Allah, sebab dia rasa dia ada Allah.

> Kita akan sentiasa tahu yang ada Allah yang Maha Berkuasa.

> Apa sahaja masalah, terus mengadu kepada Allah, sebab tahu hanya Allah sahaja yang boleh selesaikan masalah.

> “Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat” (al-Baqarah; 45)

> Dengan dua cara ini Allah akan tolong selesaikan masalah kita.

> Kalau kita cari ketenangan bukan dengan dua cara itu, ketenangan tu akan datang, tapi sekejap saja. Bila kita duduk sorang-sorang, masalah itu akan datang balik.

> Bila kita nak selesaikan masalah,
   i) Mengadu pada Allah
   ii) Solat, doa dan istighfar (minta ampun)

> Kalau kita tak minta ampun pada Allah, jauh dari Allah, mana mungkin Allah nak selesaikan masalah kita.

> Antara sebab mustajab doa. (Jadi kalau dalam keadaan ni, banyakkan berdoa)
   i) Musafir
   ii) Kusut-masai
  iii) Angkat tangan minta pada Allah
  iv) Sebut Ya Rabb banyak kali
  v) Jangan makan, minum & pakai benda haram
  vi) Doa dalam keadaan beradab

> Allah dekat dengan kita, lebih dekat dari urat tekak.

> Tapi kita rasa jauh, sebab kita tak bernafas dalam jiwa hamba.

> Dengan istighfar, taubat, usaha dan doa, insya-Allah, Allah bagi jalan penyelesaian masalah.

*Nota kaki 3: Lepas part ni, IM Fakhrul terus menyanyi sikit lagu Insya-Allah, by Maher Zain.. :)


Turn to Allah
He never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don’t let me go astray
Show me the way
Show me the way
Show me the way
Insya-Allah, you’ll find your way




 Umat islam pada zaman kini sering menyatakan bahawa dia seorang Islam, tetapi tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam. Sebagai contoh di Malaysia sahaja, muslimah-muslimahnya banyak yg mendedahkan aurat, judi berleluasa, maksiat bermaharajalela dan sebagainya. Jadi, apa pandangan dan pendapat ustaz mengenai perkara ini? (Ustaz Sabir)

- Islam dulu dan sekarang tidak sama.

- Banyakkan niat sesuatu kerana Allah.

- Banyakkan pergi ke taman-taman Syurga

- Taman-taman Syurga -> Majlis zikrullah -> Majlis yang ada bacaan potongan ayat-ayat al-Quran

- Kenapa kita tak boleh jadi hamba Allah?

- Sebab sekarang ni, kita banyak menipu diri kita sendiri,  tak jujur dengan diri kita sendiri.

- Tengok balik niat kita bila buat sesuatu kerja.

- Niat kita itu kerana Allah atau kerana perkara lain?

- Kalau nak tidur kena ingat Allah, nak hidup kena ingat Allah, maka seluruh hidup kita hanya kerana Allah.

- Orang yang mengaku Islam, tapi tidak mengamalkan gaya hidup Islam, maka dia sebenarnya tidak kenal Allah, tidak kenal Syurga dan Neraka.

- Punca segala-galanya, sebab kita tinggalkan apa yang nabi buat iaitu amar makruf, nahi mungkar.

Image result for allah dalam hati

*Sesi soal jawab*

 Boleh ustaz cadangkan 1 cara praktikal untuk kita bantu golongan remaja yang hanyut & lalai dengan godaan duniawi. (merujuk kepada kisah beberapa remaja yang meninggal di sebuah konsert - kejadian berlaku tidak berapa lama dari tarikh forum) (Ustaz Sabir)

- Masalah umat zaman sekarang, kita melihat Islam itu dakwahnya hanya di masjid, surau dan majlis-majlis dakwah.

- Fikir, apa yang kita dah buat untuk Islam.

-At least, buat sesuatu yang kecil pun tidak mengapa. Macam post pasal kebaikan, tampal kat dinding bagi orang lain baca ke.

- Sekarang ni pun kita ada facebook, post perkara yang baik-baik di facebook tu.



Penggulungan (IM Fakhrul)

> Mudah-mudahan Allah bagi hidayah pada kita agar terang hidup kita.

> Ilmu ini lebih mulia kerana ilmu inilah yang akan menjaga kita.

Related image

Baiklah, sampai di sini sajalah kot. Sebenarnya ketika sesi penggulungan oleh IM Fakhrul tu, banyak yang IM Fakhrul cakapkan sebenarnya, tetapi saya tak sempat nak catat sebab tak berapa fokus time tu.

Kenapa tak fokus?  Sebab.., masa sesi soal jawab tu, lepas Ustaz Sabir menjawab soalan, dia cakap dia perlu balik secepat mungkin lepas IM Fakhrul buat penggulungan. Dia ada perkara urgent, iaitu, dia kena bawa isteri dia ke hospital untuk bersalin. (Nota kaki 3: sampai sekarang saya tak lupa peristiwa ini) Lepas tu saya dan beberapa orang ahli jawatankuasa semua agak panik sedikit, agak kelam kabut sebab kami tak tahu menahu pun pasal tu. Dan disebabkan kepanikkan itulah, saya tak berapa fokus ketika IM Fakhrul bercakap semasa sesi penggulungan tu. Sempat tangkap dua ayat tu saja. Walau macam mana pun, ini merupakan 1 pengalaman baru buat kami semua semasa menjayakan program. Kenangan yang tak dapat dilupakan.


Saya rasa sampai di sini sajalah entri saya kali ni.. Maafkan segala silap saya jika ada salah silap dalam bicara di entri ini.. Yang baik tu datang dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya yang banyak kekurangan.. Semoga berjumpa lagi di entri lain kali.. Insya-Allah..

Keep calm & teruskan mencari redha Allah.. :)

Assalamualaikum.. ^_^

Related image


Nota kaki: Gambar-gambar di entry ini adalah hasil carian di laman sesawang google