Saya nak ucapkan selamat pengantin baru buat kawan saya, Efarizan binti Suradi...
Dia salah seorang kawan baik saya ketika di UPM dulu, sekarang dah jadi isteri orang dah..
Kawan masa UPM, kawan yang laju jer jawab "on" bila saya ajak keluar tengok wayang.. Pernah lari sampai ke Mid Valley gara-gara kat Kolej tak ada air masa tu. hihi
Makanan favourite kami? Carbonara Spaggeti di Food Court Alamanda Putrajaya. Even keluar dinner waktu malam pun, bila tiba-tiba teringin nak makan, sanggup tu bawa motor dari UPM ke Putrajaya semata-mata untuk dinner sahaja, sedangkan saya jenis yang bukan senang nak bawa motor sendiri keluar malam-malam..
Teman lepak di Bukit Expo.. tempat favourite kami lepak petang-petang, depan kolam 1, sebab tak ramai orang lalu-lalang di kawasan tu..
Kawan meluah perasaan di UPM, kawan yang selalu memberikan kata-kata semangat..
How I really cherish this friendship :')
How I really cherish this friendship :')
For Efa:-
~ Selamat pengantin baru
~ Semoga bahagia selalu
~ Selamat menempuh alam kehidupan yang baru
~Selamat bercinta hingga ke Syurga & semoga bahagia hingga ke anak cucu
~ Semoga kau mampu menjalani amanah dan tanggungjawab yang baru dengan baik
~ Jangan cepat emo bila dah kahwin ni.. hihihi
~Jaga diri
~ Semoga tabah mengharungi kehidupan berumah tangga
~ Cepat-cepat dapat baby comel.. hihihi :p