Tuesday, 1 May 2018

TRIP REVIEW; Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum
Awal bulan lepas (6/4/2018 - 8/4/2018), saya dan 2 orang kawan saya (Farlina & Shazmin) pergi buat short vacation 3 hari 2 malam ke Pulau Pinang. Okay, Malas nak intro panjang2, ini kesimpulan bajet / tips perbelanjaan kami bertiga di PP.
Jarak  & Masa Perjalanan Banting - George Town : +/- 400km (5 jam)
Bertolak dari Banting: 8.15 pagi
Sampai Penang: 1.15 petang
 Hotel
Nama Hotel: Hotel Mingood
Bilik: Triple single bed, private bathroom, air conditioner, TV, tempat letak kereta disediakan di hotel, breakfast jugak disediakan
Check-in: Pukul 2 petang
Harga untuk 2 malam: RM260.55 (Termasuk tax)
- Overall hotel ini okay, harga berpatutan & agak selesa. Cuma masa awal-awal masuk bilik, air conditioner tak berfungsi & terpaksa panggil technician. Dah betulkan lama sikit kena tunggu dia nak sejuk. Breakfast pun simple jer, just cereal & roti keeping dengan air teh, kopi & jus but it's perfect sebab kami pun tak nak makan berat-berat waktu pagi.


Image result for hotel mingood

Terjumpa David Arumugam (Alleycats) di hotel pada hari ke-2 kami di sini

Lepas check-in hotel, solat dulu, then terus keluar jalan-jalan, tapi sebelum tu, destinasi pertama ialah kedai makan (belum lunch lagi). Shazmin in charge tempat makan so kami google lah jalan dari hotel ke kedai makan, Nasi Kandar Hameediyah.
Tapi!, Tapi, tapi, tapi, dah sampai depan kedai tu, tutup pulak daa.. Cari lagi kedai makan nasi kandar lain, semua tutup! Memang pusing-pusing je kami jalan-jalan cari kedai makan. Last-last, jumpa 1 kedai makan melayu yang jual masakan-masakan panas. Makan lah disitu. Rezeki dapat makan hari tu. Alhamdulillah.
Lepas makan, baru start cari spot-spot bergambar.
1) Penang Street Art
Tempat: Tidak setempat di satu kawasan or lorong, berterabur. Mana-mana lorong akan ada at least 1-2 art
Bayaran: Percuma

Shazmin



Wawa

Farlina

2) Wonderfood Museum
Waktu operasi: 9 pagi - 6 petang
Tiket masuk: RM15

3) Avatar Secret Garden
Waktu operasi: 8 pagi - 12 malam
Tiket masuk: RM1
Parking: RM5
- Di sini, dinasihatkan pergi pada waktu malam, baru nampak lampu dia, cantik. Masa ni kami just guna GPS ke Jalan Tokong, sampai-sampai je di lorong jalan tu, akan ada beberapa orang lelaki menunggu, guide kita untuk parking kereta. Kena bayar RM5 untuk parking.

4) Bukit Bendera
Parking kereta: RM5
Tiket kereta api: RM3 (sebelum pukul 9 pagi)
Little Love Lane: RM5
- Bukit Bendera ni kami pergi pada hari kedua. Memang dah plan nak pergi pagi-pagi sebab rasa macam banyak je tempat yang nak kena jelajahi hari ni. So masa sarapan tu, ada seorang aunty cina (Aunty A) ni rajin bercakap & berkongsi tips-tips pelancongan. Dia lah yang bagitahu, kalau pergi Bukit Bendera sebelum pukul 9pagi, harga tiket RM3, lepas pukul 9pagi RM10. Kami pulak sampai tepat-tepat sebelum pukul 9 (masa parking, tengok jam dah pukul 8.50 pagi. Haha), so dapatlah tiket RM3, tapi orang yang selepas kami, dah kena RM10.


5) Dark Mansion
Waktu operasi: 10 pagi - 6.30 petang
Tiket: RM26.50 (Free tiket masuk ke Made In Penang Interactive Museum pada hari yang sama atau keesokan harinya)





 



6) Penang Gold Museum
Waktu Operasi: 9 pagi - 6.30 petang
Tiket: RM28
- Masuk dalam ni, akan ada seorang guide yang akan bawak kita ke dalam & terangkan everything pasal emas. Nanti jugak kita boleh cuba aktiviti mendulang emas (bukan emas betul) & emas yang kita jumpa tu, boleh dibawa balik sebagai cenderahati.

 






7) 3D Penang Trick Art
Waktu Operasi: 9 pagi - 6 petang
Tiket: RM15




8) Made in Penang Interactive Art
Waktu Operasi: 9 pagi - 6 petang
Tiket: Percuma (sebab dah masuk ke Dark Mansion. Tunjuk saja tiket masuk ke Dark Mansion)
- Masuk sini dlam pukul 5 petang, time keluar memang betul2 sebelum tutup.

 






Tempat makan pulak tah banyak tempat yang kami pergi sebab fokus lebih kepada nak pergi tempat-tempat menarik & mengejar masa. Tapi, antara tempat makan yang kami pergi;

1) Kedai Makanan Panas
Total makan 3 orang: RM23

2) Nasi Kandar Hameediyah
Nasi Briyani + Ayam madu + telur: RM16/seorang
- Kalau datang sini lepas pukul 12 tengah hari, ramai orang dah beratur dah

Pedas sikit (bagi saya yang memang jenis tak tahan pedas), tapi sedap!!


3) Pasembur
Lokasi: Tepi jalan
Harga 1 pinggan: RM10



4) Roti Bakar Jalan Transfer
Teh Tarik + roti bakar telur goyang + murtabak daging,
Total makan 3 orang: RM22.60



Tips lain:
1) Bawak tudung lebih. Ada perempuan biasanya pakai 1 tudung saja bila jalan-jalan & matching kan dengan baju yang berbeza, tapi sepanjang kami di Penang, waduh, x boleh nak pakai tudung 1 je. Peluh! So, bawak tudung banyak sikit.

2) Bawak iron in case hotel yang didiami tak bawak iron.

3) Bawak plug extension. Nasib baik saya bawa, sebab bilik kami cuma ada 2 plug & bila malam, semua nak cas handphone & power bank.

4) Pesanan Aunty A masa kami sarapan pagi, jika menggunakan backpack, lebih elok letak beg tu di bahagian depan instead of belakang, terutama sekali kalau jalan berseorangan & di tempat yang ramai orang, untuk elakkan kecurian.

5) Bajetkan duit, kumpulkan dan better seorang sahaja yang pegang semua duit itu. Memudahkan segala urusan pembayaran. Tak ada lah nanti setiap seorang nak keluarkan dompet, nak keluarkan duit.

6) Lagi tips dari aunty A, jika anda pergi ke tempat-tempat yang ada orang tunjukkan parking & minta bayaran parking, bayar sahaja. Kalau tak bayar, lihatlah lepas tu nanti kereta anda akan ada kesan calar yang panjang.

Kesimpulan perbelanjaan: 
Hotel: RM86.85 / seorang

Minyak kereta: RM30.67 / seorang
Kami menggunakan kereta saya, iaitu Perodua Bezza Advance. Total minyak pergi balik RM92 saja.

Tol: RM34.97 / seorang
SKVE (TPG - Bandar Saujana Putra): RM2.70
PLUS [Bandar Saujana Putra - Batu Maung (kami menggunakan jambatan kedua)]
Masa pergi: RM54
Masa balik: RM45.50
- Err, kami pun tak tahu kenapa ada beza harga tol pergi dan balik.. hihi

Tempat-tempat menarik yang dilawati (termasuk parking): RM103.50

So, total perbelanjaan saya sendiri (meliputi hotel, minyak, tol, tempat-tempat menarik, makan dan cenderahati) lebih kurang dalam RM400 sahaja.