Tuesday, 2 January 2018

Happy New Year



Image result for happy new year 2018
 
 
Selamat menyambut tahun baru 2018!
Semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Bertambahnya umur 1 angka,
Semoga semakin matang dalam menjalani kehidupan.
 
 
Azam 2018:-
1) Kurangkan berat badan sedikit
2) Semakin bijak mengawal perbelanjaan
3) Buat baik dengan orang lain
4) Banyakkan bersedekah
5) Banyakkan ibadah sunat
6) Tambah ilmu pengetahuan (banyakkan membaca, belajar bahasa asing, etc)
7) Improve my english
8) semakin berdisiplin menjaga kesihatan (bersenam, makan makanan sihat, etc)
9) Semakin bijak mengawal emosi (tak mau cepat marah or sentap)
10) Semakin rajin (di rumah or di pejabat)
 
 
Insya-Allah... (^_^)

Trip To Jangkar Waterfall, Lundu, Sarawak

Assalamualaikum,

3 Disember lepas, saya berpeluang untuk meneroka Jangkar Waterfall, tidak jauh dari kampung saya, di Lundu, Sarawak, bersama pak usu saya, adik saya & 3 orang sepupu saya.

Jangkar Waterfall terletak di Kampung Jantan, Lundu, Sarawak..

Dari Kuching melalui Jalan Bau - Lundu, jalan straight jer sampai jumpa simpang 3, ambik jalan kiri menuju ke Sematan, tak jauh dari simpang 3 tu, lebih kurang 5km atau xsampai, masuk simpang sebelah kiri yang ada sign Kampung Biawak. Jalan terus (lebih 10km) sampai jumpa tanda nama Kampung Jantan di sebelah kanan. Masuk situ, okay, boleh start tanya penduduk di situ macam mana nak ke Jangkar Waterfall.

Pemandangan dari Jangkar Waterfall

Penduduk di Kampung Jantan tu mesra, diorang akan tunjukkan arah, mana nak parking. Mostly penduduk di situ memang guide, kata mereka kalau first time datang memang nak kena ada guide bawak ke Jangkar Waterfall tu.

Kami pulak, sampai awal sangat, pukul 7pagi, penduduk situ baru bangun tidur la, tengah sapu lantai, sidai pakaian. Bertanya kat penduduk tu siapa guide yang akan bawak kami ke Jangkar Waterfall, tapi waktu itu tiada guide yang available, sebab terlalu awal, & mereka nak pergi sembahyang dulu (mostly Kristian). Katanya biasa pukul 9 atau 10 baru start. 

Lepas tu konon nak tunggu sampai pukul 9, ingat kan nak pergi lah minum di mana2 dulu, tapi kedai tutup pulak.. Haha.. Terus pergi ke sempadan Sarawak-Kalimantan, lagipun mak usu kerja di situ..


Mak Usu bawak jalan-jalan di sempadan Sarawak Kalimantan.


Tunggu punya tunggu, dah pukul 9 pagi, pegawai Rela yang bekerja di situ call kawan dia yang merupakan salah seorang guide ke Jangkar Waterfall.. Tapi disebabkan keadaan pagi tu agak licin, so, pendakian kena dimulakan dalam pukul 1 tgh hari.

Balik rumah nenek dulu, lepas zohor dalam pukul 12.45 tgh hari (Waktu Zohor di Sarawak pukul 12.32tgh hari),  gerak semula ke Kampung Jantan. Di situ kami bertemu beberapa orang lelaki, yang memang merupakan guide ke Jangkar Waterfall. Lepas mengisi nama pada borang &  membuat bayaran (RM10 seorang), kami pun mulakan perjalanan.

Dari tempat parking, berjalan sikit sampai jumpa ladang pokok getah. Oh ya, di kampung ni memang terdapat banyak anjing ye.. Itu semua anjing peliharaan penduduk kampung yang majoritinya beragama Kristian.. Anggaran untuk sampai ke Jangkar Waterfall, dalam masa sejam.

Geng hiking kali ni - pak usu & bro & cousinsss 

Overall, trek pendakian ke Jangkar Waterfall ni, boleh dikategorikan sebagai SENANG!. Yup, senang. Trek dah ada, jalan pun biasa jer. But unfortunately, tak tahu lah disebabkan hiking waktu tengah hari, baru lps mkn, atau sebab lemak dah berkepuk-kepuk dalam badan, badan dah tak fit, atau sebab dah lama tak exercise, atau rasa psiko nak kejar guide yang jalan laju sangat, saya jadi sangat lemau masa tu. Tak sampai separuh perjalanan pun, dalam 5 minit jer, saya dah terasa lemah nak duduk.. haha..

Ada jugak rasa nak give up & ajak jer diorang semua patah balik & balik rumah terus. Tapi apa yang saya fikir masa tu, "Kalau patah balik, aku yang malu sebab aku yang ajak diorang hiking sini. Nanti mesti aku jugak yang menyesal, sebab orang lain boleh sampai, aku tak boleh padahal trek dia senang jer. Lepastu pemandangan atas tu cantik, memang aku akan menyesal kalau aku ajak diorang balik". So saya kuatkan lah jugak semangat untuk terus naik.


Di pertengahan jalan, terserempak 2-3 orang pendaki lelaki yang baru turun. Ada 2 ekor anjing yang follow mereka. Ingatkan anjing mereka. tapi lepas melintasi pendaki tu, anjing-anjing tu pergi follow belakang kami pula. Kali ni pak usu kat belakang sekali, siap bawak kayu sebab nak berjaga-jaga tak nak bagi anjing tu dekat sangat.


Saya memang dah lemah masa tu, dah terfikir kalau anjing-anjing ni kejar, mampu ke nak lari. Haha.. Tapi anjing-anjing tu macam faham jer, mereka cuma ikut dari belakang, tak datang dekat.. Cuma bila saya berhenti duduk sebentar, masa tu mereka datang dekat (tapi tak sentuh) & pandang saya seolah-olah suruh teruskan perjalanan.

Akhirnya setelah sejam lebih hiking, sampailah ke Jangkar Waterfall (bahagian bawah). Rehat dulu & bergambar dulu 15 minit, kemudian baru teruskan perjalanan nak ke Jangkar Waterfall, bahagian atas.


Waterfall pertama - with my bro


Nak ke atas tu tak lama, cuma 5 minit, tapi jalan dia agak curam & agak menegak (lebih dari 45 darjah). Kena berhati-hati & memang ada tali disediakan di beberapa tempat. But it really worth. Sampai atas, pemandangan dia memang sangat cantik.

Pak usu & seorang cousin lelaki apa lagi, terus terjun masuk kolam situ. Tengok pemandangan cantik dari atas tu & rasa kesejukan air terjun tu, memang rasa berbaloi & rasa bangga sebab tak give up tadi.. Haha.. Satu pengalaman baru bagi saya..

Dalam 30 minit dok kat atas tu, baru mula balik perjalanan turun. Time turun saya bertenaga, tak penat, tapi yang lain-lain semua dah start kepenatan & sakit kaki.. hihi.. Alhamdulillah, semua selamat sampai di rumah pada pukul 5 petang.. ^^





Sampai jugak ke atas nie, walaupun hampir give up di pertengahan jalan 

Inilah 2 ekor anjing yang jadi peneman sepanjang perjalanan naik ke atas ni..