Monday, 22 August 2016

Mata Lalat dan Mata Lebah

Assalamualaikum w.b.t.,

Manusia terbahagi dalam dua (2) golongan; iaitu manusia bermata lalat dan bermata lebah.

1) Mata Lalat
Analoginya ibarat mata lalat dimana kerjanya asyik mencari sesuatu yang busuk sebagai makanannya, setiap hari, dari pagi hingga malam.
Begitulah manusia yang diibaratkan sebagai mempunyai mata lalat, bangun sahaja manusia tersebut dari tidurnya, sehinggalah malam nak tidurnya, kerjanya asyik mencari kesalahan dan keburukan orang di sekelilingnya.

2) Mata Lebah
Analoginya ibarat mata lebah dimana kerjanya mencari madu setiap hari sebagai makanannya.
Begitulah manusia yang diibaratkan sebagai mempunyai mata lebah,, bangun sahaja dari tidur hinggalah malam nak tidurnya dia mencari perkara baik-baik dalam diri orang-orang di sekelilingnya.

Kita yang mana satu? Mata Lalat or Mata Lebah?
Kalau ibarat mata lalat, tetapkan hati untuk berubah.
Kalau ibarat mata lebah, Alhamdulillah, kekalkanlah..

Senyum-senyum selalu..
Assalamualaikum.. =)