Tajuk
:- Forum Cinta High Class
Tarikh
:- 21/11/2014
Tempat
:- Kolej Kelima, UPM
Panel
jemputan :- 1) Ustazah Fatimah Syarha
2) Dr. Farhan Hadi
Isi
Forum :-
1. Bagaimanakah
cara untuk kita semaikan kedalam diri para mahasiswa/siswi untuk sentiasa
beringat dan bersabar dalam mendapatkan cinta yang high class? Seperti yang
kita sedia maklum di dalam dunia yang moden ini terlalu banyak godaan dan
cabaran di luar sana. (Ustazah Fatimah Syarha)
- Cinta
ni ibarat keindahan alam sekitar.
- Bila
ada kerosakan, alam akan musnah.
- Cek
cuaca dalam cinta, adakah menghampiri bencana, atau kita nampak macam ada
nikmat, tapi rupanya musibah lebih banyak.
- Cinta
itu ada lebih 50 istilah.
- Tapi
dalam banyak-banyak istilah ini, cinta terbahagi kepada 3 kategori, iaitu;
i)
Pedang yang tajam
ii)
Arak yang memabukkan
iii)
Bencana besar
- Apa
saja yang berlaku dalam hidup kita adalah ujian, termasuklah cinta.
-
Setiap diri bertanggungjawab dengan diri sendiri.
- “Dan
Kami pecahkan mereka di dunia ini kepada beberapa golongan; di antaranya ada
orang yang soleh dan diantaranya ada yang tidak sedemikian. Dan Kami uji mereka
dengan nikmat yang baik dan bencana yang buruk, agar mereka kembali kepada
kebenaran” (Al-A’raf; 168)
- “Maka
bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar dan mohonlah keampunan
untuk dosamu dan bertasbihlah serta memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi.”
(Al-Ghafir; 55)
-
Sabar, sesungguhnya janji Allah itu benar.
- Bila
kita jatuh cinta, biar ia jadi pahala.
2. Mungkin
ada di kalangan mahasiswa/siswi kita yang hadir pada hari ini sedang di lamun
cinta. Jadi bagaimana untuk kita menasihatkan mereka untuk mengelola perasaan
cinta dan kasih sayang ini sebaiknya terhadap pasangan mereka? (Dr Farhan Hadi)
-
Kepentingan pengurusan cinta yang baik :-
i)
Menjamin kebahagiaan rumah tangga
ii)
Dapat melahirkan satu generasi yang hebat
iii)
Hidup dalam keadaan Redha pada Allah
- Cinta
ini 1 benda fitrah yang akan dirasai semua orang
- Tidak
salah jatuh cinta, tapi salah atau betul itu bergantung pada tindakan kita.
-
Cara-cara yang perlu dilakukan bila suka pada seseorang :-
i)
mujahadah à tahan dahulu, sabar dahulu
ii)
banyakkan bersukan
iii)
baca zikir “la hawlawala quataillah billah” banyak kali.
3. Mungkin
terdapat segelintir dari kalangan remaja hari ini yang menghantar sms tazkirah,
call tolong kejutkan subuh, mengambil berat ketika sakit dan sebagainya ibarat
membawa hubungan mereka ke arah positif, akan tetapi sebenarnya mereka tidak
sedar perkara seperti itulah yang akan membawa mereka ke peringkat seterusnya. Apakah
pandangan dan nasihat ustazah? (Ustazah Fatimah Syarha)
-
Perasaan nak disayangi dan menyayangi itu fitrah.
- Kenal
dengan jalan-jalan menghampiri pernikahan.
-
Jangan berkenalan mengarah kepada zina.
- Kenal
bertahun-tahun sekalipun, kita akan cuma kenal lakonannya.
-
Perkenalan sesungguhnya adalah selepas nikah.
4.
adakalanya kita mendengar ungkapan seperti “kalau bercinta lepas kahwin, macam
mana kalau lelaki itu bukan di kalangan orang baik-baik. Jadi lebih baik
berkenalan terlebih dahulu sebelum berkahwin”. Bila tiba-tiba hubungan terputus
tengah jalan & membuatkan kita rasa kecewa, bagaimana cara untuk
mengatasinya? (Dr Farhan Hadi)
- Apabila
kita sentiasa memikirkan hikmah, kita takkan rasa kecewa.
-
Mungkin Allah nak tunjukkan jalan yang lain (bila ditolak)
- Suatu
hari nanti, mungkin kita akan jumpa dengan seseorang yang lebih sesuai dengan
kita.
- Baiki
diri kita dulu.
-
Mungkin masih ada sifat-sifat sebaik dalam diri kita.
-
Fikirkan hikmah
- Kena
bersangka baik pada Allah.
Sesi
soal jawab :-
1. Apa
ciri-ciri lelaki yang betul-betul suka dan nak kat kita bukan kerana rupa, tapi
kerana akhlak? (Dr. Farhan Hadi)
- kalau
dia betul-betul ikhlas, dia akan berjumpa ibu bapa kita dulu.
2. Kita
tahu perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. Tapi
bagaimana pula dengan kisah Nabi Nuh? Nabi Nuh adalah seorang nabi utusan Allah
tetapi isterinya menderhaka pada Allah. (Ustazah Fatimah Syarha)
-
Kebiasaannya yang baik untuk yang baik.
- Kalau
kita minat pada kebaikan, insya-Allah dapat pasangan yang minat kebaikan juga.
- Mulia
dan hina diri kita tak bergantung pada pasangan kita.
- Jaga
diri kita sendiri terlebih dahulu.
3. Sedikit
penjelasan berkenaan istikharah. (Dr Farhan Hadi)
-
Sangat digalakkan untuk mencari pasangan yang baik.
-
Pasangan kita cuma faktor luaran sahaja.
- Yang
penting diri kita sendiri sebenarnya.
-
Faktor dalaman lebih penting.
-
Istikharah adalah petanda.
-
Tetapi tidak semestinya mimpi.
-
Petanda paling penting,
i)
Diberi kelapangan hati kita dengan pilihan kita
ii)
Dimudahkan urusan
iii) mimpi
itu cuma bonus
-
Istikharah bukan untuk pilih jodoh je, tapi untuk semua urusan kita.
- Lepas
solat dhuha, buat istikharah supaya dapat bimbingan dari Allah.
4. Pada
pandangan ustaz, seorang lelaki yang biasa, tapi ingin mengahwini seorang
wanita yang tinggi keturunannya, contohnya Syarifah, boleh ke tak? (Dr Farhan
Hadi)
- Ada
golongan Syed & Syarifah yang tegas terhadap perkara ini kerana berfikir
mereka dari keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
- Bukan
nama atau keturunan yang penting, tapi paling penting keimanan yang baik.
-
Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa.
- Nak
berkahwin tu, kalau boleh, carilah pasangan yang dekat jurang sosial.
- Sebab
takut-takut jika ada jurang, boleh menghambat kebahagiaan.
-
Tengok faktor agama, lepas tu faktor keturunan.
5. Wali
dah setuju, tetapi perempuan itu tak sedia lagi. Bagaimana ye? (Dr Farhan Hadi)
-
Perempuan itu tak bersedia mungkin sebab ada faktor lain, contohnya dah ada
orang lain.
- Hal
perkahwinan tak boleh dipaksa.
- Kalau
tak sedia, tunggu dulu
-
Takut-takut kalau kahwin juga, rumah tangga tak bahagia.
- Soal
hati tak boleh dipujuk tak boleh dipaksa.
6. Apa
yang dimaksudkan dengan perkenalan kearah berzina sebenarnya? (Ustazah Fatimah
Syarha)
- Siapa
yang tergesa-gesa nak cepat, dia ditakdirkan tak dapat benda tu.
-
Perasaan-perasaan nak dilayan, dibelai tu, biar lepas nikah.
- Biar
dibaja lepas nikah.
- Kalau
dibaja sebelum nikah, buat rasa nak nikah cepat-cepat.
-
Ciri-ciri orang yang dapat syurga Firdaus (terdapat dalam surah mukminun)
i) Khusyuk
dalam solat
ii)
Jangan buat perkara yang tidak berfaedah
- Tundukkan
pandangan à Kalau berurusan dibolehkan tapi
kurangkan
iii) Tunaikan
zakat (penyucian) hati
iv) Menjaga
faraj (jangan dekati jalan-jalan zina)